CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19721|Reply: 41

Diganggu Ketika Bertugas Malam (Kisah Seram)

[Copy link]
Post time 9-7-2013 03:36 PM | Show all posts |Read mode


Saya ingin berkongsi satu kisah, yang pernah dialami oleh saya sendiri. Kisah ini terjadi kira-kira empat tahun yang lalu. Waktu itu saya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat keselamatan di Singapura.

Malam itu saya dikehendaki untuk menggantikan tempat teman sekerja saya, yang secara kebetulan pada malam itu dia diserang demam panas dan tidak dapat meneruskan tugasnya. Saya diarahkan untuk ke tempat itu yang bertempat di kawasan Bishan yang berdekatan dengan kompleks kolam renang.

Setibanya saya di tempat itu, kawasan di sekeliling bangunan itu sungguh menyeramkan. Timbul pelbagai persoalan di dalam hati saya pada ketika itu. Kawasan bangunan itu dikelilingi oleh pokok-pokok rimbun yang menambahkan ketakutan di dalam hati.

Tanpa membuang masa saya pun meneruskan langkah menuju ke bilik pengawal dan di.situ saya melihat teman sekerja saya sedang duduk di dalamnya. Saya pun menghampiri dan memberi salam, dia menyambut salam dengan wajahnya yang pucat mungkin disebabkan demam. Dengan tidak bertanya banyak, saya pun menyuruhnya segera pulang memandangkan dia seperti tidak bermaya.

Selepas menyerahkan tugasnya kepada saya, dia pun beredar. Di dalam bangunan itu, tidak ada sesiapa kecuali saya kerana semua pekerja di tempat itu, bekerja dari pukul lapan pagi hingga lima petang (waktu pejabat). Jam di dinding menunjukkan sudah hampir pukul sebelas malam. Namun pada waktu itu, hati saya mula gelisah seperti ada yang tak kena. Hampir segala yang saya lakukan seperti ada yang mengawasi.

Dengan perasaan segan silu saya pun keluar dari bilik pengawal untuk menghisap rokok dengan harapan agar perasaan negatif itu berubah menjadi positif. Semasa saya sedang menghisap rokok, tiba-tiba seluruh anggota badan saya terasa seram sejuk. Bulu roma tengkuk dan tangan mula meremang, dengan segera saya mematikan bara rokok dan masuk kembali ke dalam bilik pengawal.

Setibanya saya di dalam bilik, saya dapat merasakan seperti ada sesuatu yang berada bersama saya di dalam bilik tersebut. Hati menjadi semakin kacau. Saya pun mula melaungkan Azan dan membaca surah-surah suci. Semakin kuat saya membaca, semakin kuat getaran yang dapat saya rasakan.

Selepas menahan perasaan takut selama tiga jam, saya pun menghubungi salah seorang penyelia yang berada dekat dengan lokasi di mana saya ditugaskan. Saya menceritakan segalanya kepadanya. Dia menyuruh saya untuk bertenang dan memperbanyakkan membaca surah-surah sehingga dia datang. Selesai saja berbual dengannya, tiba-tiba bulu roma saya meremang, kali ini dua kali ganda hebatnya.

Tanpa membuang masa dengan segera saya bergegas keluar dari bilik itu dan berlari menuju ke pagar bangunan tersebut. Ketika itu saya tak kira, apa nak jadi, jadilah! Saya ingin keluar dari kawasan itu dan menantikan kedatangan Pak Aziz iaitu penyelia yang saya maksudkan tadi. Semasa saya sedang melangkahkan kaki keluar dari pintu pagar, saya pun dengan secara tidak sengaja telah menoleh ke belakang. Ya Allah saya ternampak satu lembaga seperti bertubuh manusia tidak berpakaian!!!

Saya tersentak sejenak, lembaga itu pun lenyap di sebalik pokok kelapa yang berdekatan dengan bangunan janakuasa elektrik. Saya menggigil ketakutan, mujurlah ia berada kira-kira seratus meter dari mana saya berdiri. Saya bergegas keluar setelah saya dapat bergerak dan terduduk di simpang jalan kecil di situ.

Saya menghidupkan bacaan surah dari alat mp3 dalam telefon bimbit sambil melihat ke arah di mana saya ternampak lembaga itu. Selang beberapa minit kemudian, Pak Aziz pun tiba dan saya menceritakan segala-galanya. Pak Aziz dan saya pun masuk ke dalam kawasan itu, dia pun terkumat kamit membaca ayat-ayat suci sambil memandang ke sekeliling kawasan itu. Dengan perlahan dia pun berkata kepada saya, "Ini memang tempat permainan mereka..."

Berderau jantung saya mendengarkan ucapannya. Sehingga kini saya sendiri tak tahu apakah lembaga itu. Sungguh tidak dapat dilupakan peristiwa yang sungguh menakutkan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 03:46 PM | Show all posts
nih cerita benor ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 04:15 PM | Show all posts
kalau dah tau JAGA sorang2...gi la carik ayam temankan..dalam 2 3 ekor...konfirm ko tk sunyi..janji kuatkan iman...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 04:45 PM | Show all posts
encikotot posted on 9-7-2013 03:46 PM
nih cerita benor ker?

bukan astro bkn mastika ni pngalaman sebenar.. pnh kna ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 05:04 PM | Show all posts
cef_gango posted on 9-7-2013 04:45 PM
bukan astro bkn mastika ni pngalaman sebenar.. pnh kna ke?

xpnh kna.....

smpai skrg kja gad ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Penceritaan yg baik hingga boleh membawa pembaca ke alam imaginasi keadaan sebenar...

Ada lg tt cerita yg boleh dikongsi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2013 05:51 PM | Show all posts
cantik .... wooo
'
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 06:26 PM | Show all posts
esok sambung baca... huhuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sufeenan posted on 9-7-2013 05:19 PM
Penceritaan yg baik hingga boleh membawa pembaca ke alam imaginasi keadaan sebenar...

Ada lg tt c ...


sy pun setuju, terbuai je bila membaca...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:53 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 9-7-2013 01:46 PM
sy pun setuju, terbuai je bila membaca...

Kan..?

Especially tang bulu roma meremang berganda..
Terasa cam naik jugak bulu roma sendiri..
Ayat yang menusuk kalbu..
Zuu' org arab kata..

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sufeenan posted on 9-7-2013 09:53 PM
Kan..?

Especially tang bulu roma meremang berganda..


bole anta kat mastika neh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:57 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 9-7-2013 01:55 PM
bole anta kat mastika neh..

Gaya ayat dah ada bau2 majalah mastika..
Okla tu..leh claim copyright protected and gain royalty..

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:27 AM | Show all posts
dalam banyak2 pekerjaan, aku rasa kerja pak guard yg paling mencabar sekali. tambah2 kalau shift malam. fuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan perasaan segan silu....? :lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 07:29 AM | Show all posts
cef_gango posted on 9-7-2013 04:45 PM
bukan astro bkn mastika ni pngalaman sebenar.. pnh kna ke?

nak tanya sikit la
kenapa tt sorang ja kena jaga bangunan tu?
tak ada partner lain ke?
ya aku tau partner tt demam so kena balik tapi tak kan la tak ada ganti
selalu bangunan ofis mesti ada 3-4 orang guard
kalau sekolah ya la kadang2 tu sorang ja guard yang ada
ke kat singapore memang macam tu?

Last edited by pelukis.plan on 10-7-2013 08:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 08:22 AM | Show all posts
nama tt ary ke?
tt pernah type cerita ni july 2012 kat blog lain?
ni link dia ada cerita sama dengan tt

http://kisahmj12.blogspot.com/2012_07_01_archive.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 01:16 PM | Show all posts
pelukis.plan posted on 10-7-2013 08:22 AM
nama tt ary ke?
tt pernah type cerita ni july 2012 kat blog lain?
ni link dia ada cerita sama deng ...

aah lah same, hi encik ary
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:29 AM | Show all posts
TT tumpang cerita ya...

Pak guard la paling banyak pengalaman...
Jiran aku suami dia keja guard.. dia pernah cerita ada satu mlm dia kena bertugas sorang-sorang di post guard pintu belakang. Sepatutnya pintu belakang kena dua orang, kebetulan pulak sorang lagi member dia MC hari tu. Jadinya kena la dia jaga sorang diri kat pos belakang, yang sorang lagi jaga kat depan.

Husband jiran aku ni cerita post guard belakang ni tak ramai yang nak jaga... selalu mengelat. Maybe area situ pokok-pokok memang besar-besar plus sunyi kalau nak dibandingkan dengan post guard depan. Dia pon cuak juga sebenarnya tapi dah tugas nak taknak kena la buat..tawakal je la. Sebab katanya perasaan seram masa jaga post guard belakang memang ada tapi selama dia bekerja kira hari tu la dia kena bertugas sorang-sorang kat situ.

Dijadikan cerita malam tu dalam pukul 10 malam dia sampai... masuk je dalam post guard elok letak bag tiba-tiba..
Tup! lampu post guard tu terpadam.
Bila lampu dah terpadam dia terus la jln ke switch board nak on kan balik takkan nak bergelap... masa tu sikit pon dia tak terpikir apa-apa.

Disebabkan gelap makanya teraba-raba gak la dia mencari suis lampu kat dinding... Nak dijadikan cerita dalam teraba-teraba mencari suis lampu tu dia sudah terpegang something....
Gelap tak nampak la apa bende yang dia pegang..hanya tangan je la jadi mata utk dia discribe apa benda yang dia pegang tu.
Bila dah terperasan apa benda yang dia pegang tu...terus lintang pukang lari. Mana dengan lampu post guard tak on mana dengan beg tertinggal. Dia tak peduli dah masa tu yang penting keluar dari bilik pos guard.

Nak tau apa dia terpegang?
Masa teraba-raba dia sudah terpegang kepala orang.... Takkan nak tunggu mencicit la lari. Nak kata ada kawan-kawan dia pedajal mustahil sebab sebelum masuk post guard dia dah round sekeling area tu dulu untuk memastikan takde sesiapa kat kawasan tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:55 AM | Show all posts
arremyn posted on 22-7-2013 08:29 AM
TT tumpang cerita ya...

Pak guard la paling banyak pengalaman...

uih seram. pastu dia demam x? mmg respek la guard2 ni. smangat kne kuat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 12:02 PM | Show all posts
ma_rul posted on 22-7-2013 11:55 AM
uih seram. pastu dia demam x? mmg respek la guard2 ni. smangat kne kuat

Demam tu tak lak diceritakan

Ada lagi guard ceritakan pengalaman kat aku... sebab aku ni suka berborak ngan orang-orang tua hehehhe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.085482 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list