CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6737|Reply: 28

Kisah mangsa scammed company

[Copy link]
Post time 22-6-2013 11:41 PM | Show all posts |Read mode
Hello and Assalamualaikum semua org. First sekali, cerita yg akan aku sampaikan nanti ni adalah cerita benar dimana aku sendiri dah experience benda ni dalam bulan March baru-baru ni. Macam bukak pekung sendiri, rasa malu pun ada, tapi sebagai pengajaran utk yg lain la kan supaya tak terjebak jugak.

Al-kisahnya, aku ni bekas student TESL UiTM, tapi awal tahun ni, I've decided to quit studying. Sebab? Asyik repeat literature,so takut tak boleh bawak, aku quit. Quit dgn harapan nak sambung study, tapi course lain lah kan. Dalam masa nak sambung study balik,ada banyak masa sebelum intake baru, let's say new intake in July/Sept, ada 5-8months free time. So baik kerja kan?

Pergi interview sana sini, lepas tu mintak tolong Angah dptkan kerja kat AIA. Company insurance. Alhamdulillah company ni telus. Bagi basic dlm RM1500++ mcm tu, ok la utk diploma mcm aku. Baru nak start kerja betul-betul kan. Tapi tau la kan, kerja sales, utk budak yg tau komputer ni je, nak menjual-jual memang fail. Lagi guna phone binding service. Kerja kau call org je lah. But as long company bagi basic, alhamdulillah. Memang telus AIA ni, 10 hari kerja pun dorang byr. Even after I've quitted, they still pay me commisions, dlm rm30++ mcm tu. HAHA. Kerja kat AIA tak sampai sebulan, start 20/02/2012 sampai mid march mcm tu. Then dapat kerja as ADMIN ASSISTANT dkt REAL INGENIOUS SDN BHD (REAL lah sangatttt kan)

Satu hari tu, tak tau kenapa rasa down sgt bila tak dapat sale, mula lah hati nak cari kerja lain. Ye la, team leaderasyik dtg tempat tanya "Aina, berapa sales dah?". Adoi Megan, I suffer nak call customer, semua customer dah own more than 2 policies. Lagi dpt yg suka nak hentam, kalau tak nak cakap je tak nak, boleh closed contact terus. Dah rasa mcm tu, lantas aku pun beli la paper byk-byk. Cari dkt ruang perkerjaan tu, cari punya cari, haa jumpa, Admin Assistant, gaji RM2100-RM2300; Admin Executive, gaji RM2100-RM2900. Banyak kan? Utk org yg mata duitan mcm aku ni, aku pun gigih call, dorang set kan interview esoknya. PAdahal sebelum tu aku dah gi interview dgn Standard Chartered bank.

Esoknya, aku pi lah interview dkt Menara UOA Bangsar. Gah betul aku dapat kerja kat sini. Bangunan dia kemain lagi canggih.Yg interview aku Chinese, Amy name dia, petite, suka pakai blazer & skirt. Bajet good-good gitu. General Manager la ni.Awal-awal tanya parents aku buat apa, aku cakap la kerja kerajaan. Lepas tu dia tanya sikit-sikit pasal finance, sinceaku memang mata duitan, aku cakap aku tau je la, at least ada la sikit knowledge. So lepas interview, aku pun balik la,tak menaruh harapn apa-apa pun, cuma berharap aku dpt kerja yg tak payah buat sales, itu sajo.

Tak silap aku, hari Rabu aku interview, Jumaat petang dorang call, cakap aku dapat kerja tu. PERMANENT lagi yoo, bukan contract. Tapi lama aku tunggu utk dia panggil aku start kerja, takda exact date, sampai aku yg kena call berulang kali,dek tertarik dgn perkataan permanent tu, aku reject offer dari standard chartered, sebab dorg offer contract position je.Bangang jugak la.

Aku nanti akan ditempatkan under perempuan nama Diana. Aku call banyak kali la Diana ni tanya betul ke dapat kerja ni, berhari-hari la aku tunggu kat rumah tak buat apa-apa lepas berhenti AIA. Aku naik LRT gi Bangsar. Memang convenience location office dia, betul-betul turun LRT tu sampai la office. First day, under Diana ni ada 2 lagi budak. Nama apa aku tak ingat. Yg aku tau last-last tinggal aku sorang je. Yg sorang sebab bpk dia ragu-ragu dgn FOREX, haa ye lupa nak cakap, Real Ingenious(R.I) ni servicing company utk FOREX. Illegal lah tapi.Tapi masa tu tak tau lagi. Gigih jugak a pergi training apa semua sampai 8 hari. Dok ulang alik. Bila tanya bila dapat offer letter dia cakap bila training habis. Puihh la penipu. Ok takpa, aku stay dulu. Dok buat-buat pandai analyse graph apa semua.

Dari Diana, sampai Amy sampai ke laki cina nama apa tah aku pun tak ingat dok pujuk aku suruh pujuk family invest. Yg akutak faham kenapa beria sangat nak family aku yg invest, ohh sebab kebanyakan family members aku kerajaan, so senang nak buat loan, aku masa tu ye ye je yakin, ye la, nak tolong family itu ini, nak bagi dorg senang, aku try jugak la ckp dgn mak. Mak pun mcm tu je la, buat endah tak endah je, anggap tu semua kerja aku. Yg aku rimas, setiap kali aku dtg keje, tanya mcm mana dgn family, dorg tak tanya direct tau, alasan just nak aku bagi family faham FOREX tu mcm mana, sampai ada masa aku nak mengamuk jugak la explain. Aku cakap yg ye aku faham FOREX ni mcm mana, tapi ingat senang ka aku nak tgk family aku buat loan berhutang apa semua, tak gheti bahasa dorang ni nak push-push aku. Kalau betul aku kerja as admin assistant, and kalau betul sebagai admin assistant aku kena analyse graph je, bagi aku dok diam-diam analyse graph la lepas tu aku bagi la analysisgraph aku kat korang. C*laka betul.

Lepas hari ke-7 aku dah hilang sabar, sebab mula-mula dia kata training dlm 7 hari, and mungkin tak sampai kalau aku cepat. Disebabkan aku bab-bab teknikal, analyse graph apa semua memang cekap, dlm 3hari aku dah faham semua tu. Uptrend, downtrend,two-way market, apa jadah semua tu memang aku dah mahir la kan. So aku keep on tanya, where's my offer letter. First day lagi si Diana dah cakap ada renumeration apa semua, bonus la, company trips la, celaka semuanya menipu. on the 8th day, dekat-dekat nak habis office hour, si Diana ni panggil aku masuk bilik kaca, yg konon-konon private la discussionnya. Nak bagi aku offer letter. Jantung aku dup dap rasa ada benda tak kena. Baca punya baca, yes memang ada yang tak kena, tak stated pun berapa renumeration aku. So 8 hari aku dtg tu bodoh-bodoh je la. Aku question, where's my basic? Why it is not stated? Diana ni cakap once aku handle at least one account, baru aku dapat. Gila ke, nak bukak satu account, at least kena ada orgsanggup invest USD150,000 / RM420,000. Kau hado ke? Jumlah ni nak suruh family aku buat?

Aku memang hampir tertipu and hampir menipu family aku dgn semua ni. Bayangkan kalau aku tak sedar and still mata duitan? Tak mustahil ramai yang benci aku. Dah mana pulak aku nak cari duit nak ganti semua tu. B*bi punya REAL INGENIOUS. Konon 1 point movement dapat USD50, puihh la. Ni aku tergerak nak cerita sebab aku tgk ramai yg terkena. Memang dah lama benda ni cuma dorang keep on tukar nama company, aku syak nama dorang pun tak betul. Beria je nak celebrate April babies masa tu, kek Baskin Robbin, jamuan semua. Padahal masa training makan sendiri-sendiri. Masa aku AIA, AIA bagi 3 days free meal masa training, okay la tu.
Pengajaran yg aku dapat, JGN MATA DUITAN, buat kerja sebab tanggungjawab, no easy money.

Alhamdulillah, sekarang aku dapat kerja yg ikut bidang aku. Aku rasa aku tak boleh lari dari sains & komputer. So here I am as a software developer.

Syukur Ya Allah, for the experience.


ayna-aadnan.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2013 11:44 PM | Show all posts
Admin Assistant
The Advertiser
Based: Malaysia(Federal Territory/Kuala Lumpur)

Job Description

RM 1,600 - RM 2,200

Requirements:


  • DIPLOMA / Degree in any field
  • WITH / WITHOUT experience
  • FRESH GRADUATES are welcome
  • Good in Microsoft Office
  • Highly responsible & Committed
  • Can work in TEAM
  • Able to start IMMEDIATELY
  • Preferably age below 30 & BUMIPUTRA
​

Benefits:

  • MONDAY - FRIDAY (9am-6pm)
  • Indoor job only
  • Opportunities for Career Development
  • Yearly BONUS & Annual Dinner
  • Company Trip (Local & Overseas)
  • Nearby Public Transport (LRT / BUS)


Please contact
YANA 03-2283 5575


http://mystarjob.com/job/default.aspx?pid=20644


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2013 11:44 PM | Show all posts
Admin Executive
The AdvertiserBased: Malaysia(Federal Territory/Kuala Lumpur)

Job Description

( RM 2,200 - RM 2,900 )


Requirements:

  • DIPLOMA / Degree in any field
  • WITH / WITHOUT experience
  • FRESH GRADUATES are welcome
  • Good in Microsoft Office
  • Highly responsible & Committed
  • Can work in TEAM
  • Able to start IMMEDIATELY
  • Preferably age below 30 & BUMIPUTRA

​


Benefit:


  • MONDAY - FRIDAY (9am-6pm)
  • Indoor job only
  • Opportunities for Career Development
  • Yearly BONUS & Annual Dinner
  • Company Trip (Local & Overseas)
  • Nearby Public Transport (LRT / BUS)

Please contact
YANA 03-2283 5575


http://mystarjob.com/job/default.aspx?pid=20633



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2013 11:45 PM | Show all posts
What Should You Do If You Are a Victim of such Scams?

If you have any information pertaining to illegal deposit taking activities or illegal foreign currency dealings or are a victim of such activities or scams you can send details of such information or complaint together with the documents to Bank Negara Malaysia as follows:

Address:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Fax: 03-26987467
E-mail: [email protected]

We can also be contacted at the following telephone numbers:
Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2013 11:46 PM | Show all posts
Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram


Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:
  • Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
  • Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
  • Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.
Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.
Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: [email protected]


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2013 12:02 AM | Show all posts
http://eliyazid.blogspot.com/201 ... -plaza-sentral.html

http://ernisyafrinapenipu.wordpr ... ina-bt-kamaruzaman/

http://czuekazulaikha.blogspot.c ... dengan-jawatan.html

itu sahaja.............

aku x minat bisnes scam mecam nie..biaq untung 10 sen asal halal..............................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2013 12:15 AM | Show all posts
dkt kl byk co mcm ni.... ade lg teruk suruh byr duit utk dptkn keje....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 08:58 PM | Show all posts
preferably bumiputera plak tuh. cam cilaka je.

kawan aku pun ada terkena dengan company macam ni jugak, based kat building apa tah kat kl sentral. they offer RM2900 for my friend who was a fresh grad then (year 2011). masa kat situ pulak ade senior kat uni. tapi akak tu buat tak kenal, tanak cakap. sebab dia pun menipu, kata kawan aku ni. anyways, you should know when its too good to be true.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2013 12:24 PM | Show all posts
Salam...maaf aku nak mencelah..aku ingt kojo ni dah pupus..pasal aku pun pernah kono gak..haha..tp da lama gile..tahun 2001..memang cam hampeh..belakang ampang park..apa nama tah bangunan tu..mcm TT ge..lebeh seminggu training..lastly aku quit..apa pun x boley...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 05:25 PM | Show all posts
dah tukar nama?
adik aku pernah terkena tapi keje kt kl sentral..
adik aku sanggup berhenti keje kt shah alam, dekat dgn umah sewa dia...
nak keje kt situ..

nama sykt tu Golden Chain...adik aku keje kt situ 2011..
memang lumayan kalau basic 2500.. kalah gaji aku time tu..
tiba-tiba adik aku rajin lak terang kt ayah aku, aku & adik aku pasal forex..
aku faham pasal forex tapi aku tak tau masa tu sah ke tak..
adik alu kata kalau promte kat famili cuma leh bayar RM150,000
giler ke apa banyak gak bagi famili aku yg sederhana ni..
dah la ayah aku pekebun je..

adik aku target adik laki aku coz dia yg keje gomen..
aku tak sangka dia sanggup telpon pakcik aku yg keje kerajaan suruh join forex..
padahal adik aku jenis susah nak cakap dgn org..
nasib baik aku keje swasta yg gaji ciput..memang susah buat loan..
adik laki aku terfikir nak search sykt ni kt internet..
banyak komen buruk je pasal syarikat ni..

mula2 adik aku tak percaya bila adik laki aku tunjuk bukti..lama2 dia percaya..
adik aku tunjuk kt supervisor dia pasal kes sykt ni dalam internet
supervisor dia ckp tu saja nak jatuhkan sykt ni,, kira ada org dengki..
nak dekat sebulan keje dia berhenti coz rugi tambang je g keje balik keje..
lagipun dia tak langsng 1 client pun..
ada yg tahan sampai 6 bln kt situ  tanpa gaji..

modus operandi sama mcm TT cakap tu..
yang pelik tak boleh simpan no telpon ofismate kita.
nak g toilet pun kena ada orang teman..dasyatnya.
masing2 tak berani sembang dgn ofismate lain..

pengajaran: sila selidik tu sykt yg anda hendak bekerja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 05:46 PM | Show all posts
mycute posted on 25-6-2013 05:25 PM
dah tukar nama?
adik aku pernah terkena tapi keje kt kl sentral..
adik aku sanggup berhenti keje k ...

nak g toilet pun kena ada orang teman..dasyatnya.

gila aahh!! macam banduan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 08:39 AM | Show all posts
oneders posted on 25-6-2013 05:46 PM
nak g toilet pun kena ada orang teman..dasyatnya.

gila aahh!! macam banduan.

ntah teruk sgt..
nak g makan pun kena kawal..
nasib baik time adik aku keje tu, bulan puasa..
sebelum adik aku behenti keje, dia berjaya cakap dgn ofismate..
tu tau sikit2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 11:54 AM | Show all posts
mycute posted on 26-6-2013 08:39 AM
ntah teruk sgt..
nak g makan pun kena kawal..
nasib baik time adik aku keje tu, bulan puasa..

adik ko tak berborak langsung ngan collegue?? masa lunch takkan keluar berseorangan??
fuh!! siapa siapa pun akan tak tahan kalau kerja dalam environment macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 12:24 PM | Show all posts
oneders posted on 26-6-2013 11:54 AM
adik ko tak berborak langsung ngan collegue?? masa lunch takkan keluar berseorangan??
fuh!! siapa ...

tak leh nak berborak..
masa nak behenti dia berjaya berborak dgn ofismate dia..
ofismate cerita, nak gi makan pun ada supervisor ikut..
adik aku keje time bulan puasa, so tak pernah g lunch..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 01:49 PM | Show all posts
tahun 2004, masa tengah cari kerja, jumpa juga company macam ni.
pergi satu hari je. sempatlah sampai petang. ada yang dah blah awal2 masa lunch hour.
Tapi lepas tu tak pergi dah.
Rasa macam something wrong je
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi..sampai ke toilet diikut..cam warden penjara..
Tq TT citer pengalaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2013 10:03 PM | Show all posts
chaintea posted on 26-6-2013 09:46 PM
Ya rabbi..sampai ke toilet diikut..cam warden penjara..
Tq TT citer pengalaman

Not my experients..blogger exp...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 07:59 AM | Show all posts
Laa... mati2 aku ingat TT ni pompan... hahaha!!

Aku tak penah dgr lak company mcm ni... kalu company pinjaman wang berlesen tu taw laa... tp lepas baca ni aku bole kata takder yg mustahil kat kL tu... masalahnyer camner derang bole dpt opis dgn lesen perniagaan?? and biasa bebudak lepasan U ni mudah terpedaya...
pasal di offer gaji yg boom... cecah RM2900 tuu... mmg laa bebudak U ni pinar bijik mata...

advise aku kalu nk keje pastikan company tu dikenali... dan bukan yg fishy mcm ni... wat susahkan diri sendiri dan keluarga ajer nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 08:37 AM | Show all posts
medangtamang posted on 27-6-2013 07:59 AM
Laa... mati2 aku ingat TT ni pompan... hahaha!!

Aku tak penah dgr lak company mcm ni... kalu com ...
Satu hari tu, tak tau kenapa rasa down sgt bila tak dapat sale, mula lah hati nak cari kerja lain. Ye la, team leaderasyik dtg tempat tanya "Aina, berapa sales dah?". Adoi Megan, I suffer nak call customer, semua customer dah own more than 2 policies.
aku pon tertipu ingatkan tt ni perempuan =,='' .. hahahaha
gigih aku baca nak komen kesian kat tt tapi rupanya exp blogger lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 10:51 AM | Show all posts
senang je nak tau samada satu satu vacancy tu valid atau tak.. tengok pada gaji.
bila gaji pokok tidak berpadanan dengan jawatan, confirm scam.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.104368 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list