View: 1882|Reply: 0
|
Rajagobal enggan layan kritikan
[Copy link]
|
|
Datuk K Rajagobal
JURULATIH Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal menegaskan bahawa beliau enggan melayan sebarang kritikan yang dilemparkan terhadap skuad kendaliannya ekoran tewas 2-3 kepada kelab pemain sambilan, Canberra FC di Canberra, Australia, Khamis lalu.
Sebaliknya, Rajagobal memberitahu tumpuan beliau hanyalah kepada baki dua perlawanan persahabatan menentang Sydney Olympic, esok dan Marconi Stallions, 13 Jun ini.
“Saya tidak mahu fokus atau nak ikut apa-apa laporan daripada surat khabar dan sebagainya. Fokus saya hanyalah untuk pasukan dan persediaan menghadapi perlawanan kedua serta ketiga,” kata Rajagobal menerusi laporan berita di sebuah stesen televisyen di Sydney semalam.
Semalam, kekalahan skuad kebangsaan ke atas Canberra FC menimbulkan kritikan dari banyak pihak yang menganggapnya ia sesuatu yang memalukan.
Malah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong sendiri menjelaskan betapa dia malu dengan kekalahan skuad Harimau Malaya itu dan berkata: “Saya tak tahu mana hendak letak muka kalau saya Rajagobal.”
Mengulas lanjut, Rajagobal berkata:“Saya tidak mahu memberi apa-apa komen kerana kita tahu apa yang terbaik untuk pasukan kita dan persediaan yang perlu dilakukan.”
Dalam pada itu, Rajagobal turut memberitahu bahawa beliau akan menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan menentang Sydney Olympic, esok.
Ini kerana katanya, kemenangan harus diraih bagi mengembalikan semula keyakinan umum terhadap prestasi semasa skuad Harimau Malaya.
“Saya akan turunkan pemain yang difikirkan cukup cergas. Saya akan lihat dahulu sebelum memikirkan siapa yang perlu saya turunkan esok.
“Kalau boleh, saya nak turunkan pemain yang dirasakan sesuai untuk menghadapi Sydney Olympic ini,” tambah Rajagobal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|