CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20520|Reply: 87

SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI (AS)?

[Copy link]
Post time 6-6-2013 12:07 PM | Show all posts |Read mode
SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI (AS)?




Siapakah musuh sebenar Imam Al Mahdi(as)? Siapakah yang akan memulakan penentangan terhadap beliau apabila beliau zuhur? Tentera Amerika? Zionist? Tentera Wahabi?
Hadis Pertama: Ditentang Di Kufah

Imam al Baqir(as) bersabda: “Apabila al Qaim muncul, beliau akan mendekati Kufah, kemudian beberapa ribu orang akan keluar dan mendakwa beliau tidak mempunyai anak, bersama mereka adalah senjata, dan mereka akan berkata, “pulanglah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan bantuan kamu dengan anak-anak Fatimah”, maka beliau akan menentang mereka dengan pedang sehinggalah yang terakhir dari kalangan mereka, dan kemudian beliau akan memasuki Kufah dan membunuh setiap munafiq yang sesat, memusnahkan mahligai mereka dan membunuh tentera mereka sehingga Allah meredhai.” Irshad Al-Mufeed v.2 p.384

Siapakah kumpulan Batriyah ini? Perhatikan komentar Syeikh Ali Korani di bawah:

“Nampaknya kebanyakan dari mereka yang Batrya ini dalah Syiah.“Mujam Al Mawthoo’ee Ahadis Imam Al Mahdi a.s hal.570

Apabila Al Qaim keluar dari Karbala dan mendekati Najaf dan orang-orang sekitarnya, di antara Karbala dan Najaf, 16,000 orang fuqaha dan dari orang-orang munafiq akan berkata: “Orang ini bukanlah dari keturunan Fatimah kerana sepatutnya beliau berbelas kasihan terhadap mereka, dan apabila beliau memasuki Najaf, dan tinggal di sana untuk satu malam dan keluar melalui gerbang Al Nakhilah berdekatan kubur Hud(as) dan Saleh(as), 70,000 penduduk Kufah mahu membunuh beliau. Jadi beliau akan membunuh mereka semua, sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka.” Noor al Anwar, v.3, hal 345

16,000 orang fuqaha? 70, 000 orang Kufah? ini bukan jumlah yang kecil. Yang digelar fuqaha ini bukanlah seorang ustaz biasa yang belajar 3-4 tahun. Untuk mencapai status ini, sudah pasti seorang fuqaha itu belajar belasan tahun minimum. Seorang Ayatollah perlu belajar dan mengajar puluhan tahun, baru digelar fuqaha. Namun itu sendiri tidak menjadikan mereka bertambah celik, malah semakin buta apabila menentang Imam Zaman sendiri.



Hadis Kedua: Sejahat-jahat Fuqaha


Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]

Hadis ini menunjukkan fuqaha di akhir zaman adalah sejahat-jahat manusia, dan mereka merupakan asal serta punca segala fitnah, namun sudah tentu fitnah itu akan dikembalikan kepada mereka dari tangan Imam Mahdi(aj) sendiri. Ya, kebanyakan penyembah ulama akan mengatakan: “Ini bukan ulama Syiah.” Ini adalah satu kenyataan sempit mereka yang tersepit. Konteks hadis ini sendiri menunjukkan yang menentang Imam Mahdi itu ulama Syiah. Tetapi tak mengapa, baca hadis seterusnya:


Imam Hassan Askari(as) berkata kepada Abi Hashim Al Jaafari: “Wahai Ibn al Jaafari, wahai Abu Hashim, akan datang suatu masa nanti kepada manusia, ulama mereka adalah makhluq Tuhan yang paling jahat di atas muka bumi, ini adalah kerana mereka condong ke arah falsafah dan kezuhudan, namun mereka menyesatkan Syiah kami dan mereka yang memegang Wilayah kami..”Al-Bihaar Wa Madinat Al-Hukm Wal-Athaar v.2 p.57 p.58 v.4.

Sudah pasti, ulama Wahabi atau Sunni bukanlah yang ditaati oleh masyarakat Syiah, jadi jelas hadis ini telah menunjukkan ulama Syiahlah yang menyesatkan masyarakat Syiah, mereka disebut sebagai sejahat-jahat ulama dan punca segala fitnah dalam masyarakat Syiah.


Amirul Mukminin a.s di dalam khutbahnya menyebutkan tentang akhir zaman:“Fuqaha” akan cenderung ke arah pembohongan dan ulama akan cenderung ke arah kesesatan.” Ilzaam Al-Naaseb Ithbaat Al-Huja Al-Ga’eb v.2 p.195.

Daripada Mufadhal bin Umar, telah berkata: Aku mendengar Abu Abdillah berkata; Sekiranya Qaim bangkit, dia akan bermula dengan pembohong di kalangan Syiah, dan seterusnya akan membunuh mereka.” [Ikhtyar Ma'rifat AlRijal Al Toosi jilid 2, ms 589][AlKashi, ms253]

Kebangkitan al Qaim(aj) akan dimulakan dengan pembohong dari kalangan Syiah. Siapakah pembohong dari kalangan Syiah ini? Ada orang yang jahil mengatakan Ahmad al Hassanlah yang merupakan pembohong dari kalangan Syiah ini. Ini satu kenyataan yang kelakar, kerana jelas, seruan Imam Ahmad(as) tidak dapat diterima oleh umum masyarakat Syiah, maka “fitnah” beliau tidak cukup kuat untuk menyesatkan majoriti Syiah sehingga menimbulkan fitnah besar. Malah beliau dan pengikut beliau sendiri sudah dipulau dari digelar sebagai pengikut Syiah Imamiyah. Jelas pembohong dari kalangan Syiah ini adalah sejahat-jahat manusia yang mana fitnah berasal dari mereka, para fuqaha.


Rasulullah (sawas) bersabda: “Wahai Ibnu Mas’ud, ulamak-ulamak dan fuqaha-fuqaha mereka adalah pengkhianat dan pemaksiat, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang datang kepada mereka dan mengambil dari mereka. Mereka adalah sejahat makhluk Allah yang mana Allah kan memasukkan mereka ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta, dan tidak akan dikembalikan.” [Makarim Al Akhlaq, ms 450-451]

“Bila keluarnya Mahdi, dia tidak akan mempunyai musuh kecuali ulamak-ulamak, jika tidak kerana pedang, para ulamak akan mengisukan fatwa supaya membunuhnya.” [Bayan Al Aimmah (a.s), jilid 3, ms 99]

Hadis di atas menjelaskan lebih banyak perkara, bahawa satu-satunya musuh Imam Mahdi adalah para ulama. Tak perlu berdalih lagi bahawa ini bukan ulama Syiah. Ya, sememangnya ulama dari ajaran lain juga berpotensi menjadi penentang Imam Mahdi, namun itu tidak menafikan ulama-ulama Syiah tidak mempunyai peranan dalam penentangan ke atas beliau.


Musuh-musuhnya adalah ulamak-ulamak taqlid, mereka akan berada di bawah kekuasaannya kerana takut akan pedangnya dan kekuatannya, dan keinginan kepada apa yang dimilikinya.” [Yaum Al Khallas, ms 279][Besharat Al Islam, ms 297]

Ulama-ulama taqlid? Semoga kita terselamat.



Menentang Mahdi dengan Quran

“Apabila Qaim kami bangkit, dia akan berhadapan dengan orang-orang jahil yang lebih teruk berbanding dengan apa Rasulullah (sawas) hadapi semasa zaman jahiliyyah. Bagaimana ia boleh berlaku? Dia (a.s) berkata: Ketika Rasulullah (sawas) datang, manusia menyembah batu, bata, batang kayu dan ukiran. Apabila bangkit Qaim kami, akan berhadapan dengannya orang-orang yang mentafsirkan kitab Allah, dan akan menggunakannya sebagai bukti, dan dia berkata: Demi Allah kebaikan akan memasuki rumah-rumah kamu.” [Kitab Al Ghaybah oleh Sheikh Al Nu’mani, ms 297]


Membalas Dendam Pada pengeluar Fatwa

Amirul Mukminin (a.s) berkata: “Dan dia akan membalas dendam terhadap pengeluar-pengeluar fatwa di dalam urusan agama yang tidak diketahui mereka. Maka celakalah bagi mereka dan siapa jua yang mengikut mereka , seolah-olah agama ini hilang, maka mereka dapat mendirikannya? Atau agama ini bengkok, maka mereka dapat membetulkannya? Atau manusia telah meminta perkara yang bertentangan agama, maka mereka bersetuju dengannya? Atau mereka telah dipaksa melakukan kebaikan, maka mereka membuat sebaliknya?” [Bayan Al Aimmah, jilid 3, ms 298]

Siapa pengeluar fatwa? Anda semua pasti tahu jawabannya. Apa yang akan terjadi selepas Imam Mahdi(as) menghapuskan punca pecah belah umat ini?

Daripada Malik bin Thamra, daripada Amirul Mukminin (a.s), telah berkata: “Wahai malik bin Thamra, bagaimanakah kamu apabila Syiah bertikaian antara satu sama lain, dia kemudian mempersatukan jari2 kedua-dua belah tangannya.” Aku berkata: “Wahai Amirul Mukminin, apakah ada kebaikan pada zaman tersebut?”. Kesemuanya adalah baik apabila Qaim kami dan 70 orang lelaki akan berbohong kepada Allah dan RasulNYA, dan dia akan membunuh mereka, dan seterusnya Allah akan menjadikan kesemuanya bersatu.” [Bisharat Al Islam, ms 50] [Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 115]

Alhamdulillah, selepas pembunuhan mereka yang munafiq ini, Allah akan menjadikan umat Syiah yang bertikaian ini kesemuanya bersatu semula. Inilah bukti yang menunjukkan betapa besarnya fitnah yang datang dari para ulama dan fuqaha yang paling jahat di atas muka bumi ini. Masakan tidak besar, jika hanya dengan kematian pemuka ini sahaja yang membuatkan umat Syiah bersatu? Siapakah 70 orang ini? Wallahualam. Apa yang pasti adalah mereka dari kalangan para ulamak dan fuqaha. Jadi kepada mereka yang menolak Imam Ahmad(as) atas alasan majoriti para ulama menolak beliau sebagai Al Yamani, maka FIKIRKANLAH SEMULA.

Kerana Imam Zaman(aj) tidak akan mempunyai musuh kecuali para ulama. Ingin bergantung kepada mereka sebagai penentu kebenaran? Orang yang cerdik, pasti tidak akan berbuat demikian.

Wallahualam.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2013 03:00 PM | Show all posts
MENJAWAB KERAGUAN TENTANG DAJJAL BASRAH?

Bismillah ar Rahman ar Rahim.





Syeikh Ali Kurani dalam kitabnya, Dajjal Dari Basrah telah menuduh Imam Ahmad(as) sebagai dajjal berdasarkan hadis berikut:


قال أميرالمؤمنين عليه السلام: (ويخرج الدجال من دجلة البصرة, وليس مني, وهو مقدمة دجالين كلهم) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس



Telah berkata Amirul Mukminin a.s: “Dajjal akan keluar daripada sungai Dijlah Basrah, dan dia bukan daripadaku, dia adalah permulaan dajjal-dajjal kesemuanya.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 249


Sebenarnya hadis ini masih kurang jelas untuk kita menisbahkannya kepada Imam Ahmad al Hassan, tambahan pula terdapat banyak dalil yang dapat menyabitkan Imam Ahmad kepada dakwaannya sebagai Al Yamani. Namun kita bukan mahu membincangkan perkara tersebut. Perkara yang meragukan adalah:


Benarkah Dijlah Basrah itu berada di Basrah?









Pertama sekali harus kita terangkan bahawa perkataan “Dijlah” merujuk kepada sungai Tigris. (Rujukan di sini)









Daripada peta di atas, sungai yang merentasi Basrah tidak dikenali sebagai Sungai Tigris, juga bukan Sungai Furat(Euphrates). Ia dikenali sebagai Shat al Arab, yang merupakan gabungan, pertemuan antara dua sungai, iaitu sungai Furat dan Tigris.


Sungai Tigris langsung tidak merentasi Basrah, jadi apabila disebutkan Dijlah al Basrah, satu-satunya wilayah pemerintahan yang berdekatan dengan Basrah yang di lalui Sungai Tigris adalah Maysan. Dengan mengambil kira fakta ini, hadis di bawah rasanya perlu dibawa bagi menjelaskan lagi isu ini:


عن أمير المؤمنين عليه السلام قال: (ثم يخرج المهدي الهادي المهتدي الذي يأخذ الراية من يد عيسى ابن مريم, ثم يخرج الدجال من بعد ذلك, يخرج الدجال من ميسان نواحي البصرة) ) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس, ص 134



Daripada Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Kemudian akan keluar Mahdi yang mendapat petunjuk dan member petunjuk yang akan mengambil panji dari tangan Isa bin Maryam, kemudian akan keluar dajjal selepas daripada itu, keluar dajjal dari Misaan di pinggir Basrah.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 134


Oleh kerana Dijlah tidak melalui Basrah, yang sungainya dikenali sebagai Shat al Arab, maka mengatakan bahawa Dajjal akan keluar dari wilayah Maysan adalah lebih tepat dan berpadanan antara dua hadis ini.




Makna sebenar perkataan "Dajalah" Dari Segi Tatabahasa Arab:


Mereka yang berusaha bersungguh2 mengelirukan dan meragukan umat manusia juga berhujah bahawa perkataan "دجلة البصرة Dajlatul Basrah" bermaksud "Dajal Basrah" di dalam hadis pertama di atas. Tetapi pada hakikatnya mereka ini lupa bahawa kaedah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan menetapkan bahawa kata singular (mufrad) bagi perkataan Dajal adalah "دجال Dajjaal", manakala kata plural (jama') bagi Dajal adalah "دجالون atau دجاجلة". Perkataan "دجلة" yg difahami oleh umat Arab adalah sungai Dijlah atau Tigris.




Jadi, dimanakah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan bila membicarakan tentang kebenaran dan sekaligus memutarbelitkan kata2 Imam as mengikut selera hawa nafsu mereka???




Siapakah Dajjal dari Maysan ini?


Jika mengambil kira pendapat kami, Haydar Imshatat, bekas pengikut Imam Ahmad(as) yang akhirnya berpaling dan kemudian dirinya pula yang mengaku sebagai Mahdi pertama adalah lebih layak sebagai dajjal ini. Bukan sahaja beliau tidak mempunyai apa-apa sifat seperti yang dirujukkan kepada Al Yamani atau Mahdi Pertama, malah beliau dilahirkan di Maysan!! Sila rujuk laman web beliau di sini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 03:03 PM | Show all posts
HUBUNGKAIT ANTARA DUABELAS MAHDI DAN AL YAMANI



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih




Akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu yang terkeliru dengan dua tanggapan salah. Mereka mendakwa:





  • Keperluan Duabelas Mahdi muncul selepas Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), sepertimana yang disebutkan di dalam wasiat “ kesemua mereka adalah duabelas Imam. Setelah itu akan ada duabelas Mahdi selepas mereka”. Jadi, Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mungkin menjadi Mahdi yang pertama di kalangan duabelas Mahdi kerana beliau hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s).
  • Al Yamani dan Mahdi Pertama tidak mungkin peribadi yang sama.

Kedua-dua tanggapan salah ini berlaku hasil daripada salah faham, penafian atau terlepas pandang hadis-hadis yang menyebutkan tentang duabelas Mahdi dan Al Yamani. Di sini, kami akan cuba membahaskan poin-poin penting yang menghubungkan kedua-dua karakter berdasarkan hadis-hadis. Hujah-hujah yang sewajarnya juga akan dipaparkan bagi menjelaskan bahawa kedua-dua konsepsi salah ini adalah bersifat anggapan semata-mata, dan kebenaran adalah sepertimana yang diterangkan di dalam wasiat Rasulullah (sawa).




Bagi membetulkan tanggapan salah yang pertama, kami akan mengkesampingkan pendapat sendiri sambil menganalisa dan lebih penumpuan kepada hadis-hadis Rasulullah (sawa) dan para Imam (a.s). Terlebih dahulu kami akan menyenaraikan beberapa hadis berkaitan dengan duabelas Mahdi dan membicarakan tentangnya kemudian.




Telah berkata Imam Sadiq (a.s): “Di kalangan kami selepas Qa’em, akan ad duabelas Mahdi daripada keturunan Hussein (a.s).” Ghaybat Al Tusi ms 385




Telah berkata Imam Sajad a.s: “Qa’em akan muncul di kalangan kamu dan selepasnya akan ada duabelas Mahdi.” Sharh Al Akhbar 3/400



Sabda Nabi Muhammad (sawa): “Wahai Ali, akan ada duabelas Imam dan selepas mereka akan ada duabelas Mahdi.” – wasiat yang disebutkan oleh Syeikh Tusi di dalam Ghaybah Al Tusi, ms 150 dan berbagai sumber lagi.

Jelas terbukti melalui hadis-hadis di atas, bahawa terdapat duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Ini adalah benar dan kami menerimanya. Moga-moga mereka yang menyembah Allah swt juga menerimanya.

Tetapi kenapa mereka menganggap bahawa Mahdi Pertama tidak boleh hidup semasa hayat Imam keduabelas?

Setelah melakukan penelitian kami dapati bahawa ianya tidak pernah disebutkan di dalam hadis. Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) telah dilahirkan lebih 1000 tahun yang lalu dan kita sekarang berada di zamannya selaku Hujjah Allah. Dia adalah hujjah Allah ke atas kita. Maka, pemegang wasiatnya juga mestilah Hujjah Allah, ini adalah fakta, kerana Hujjah Allah hanya akan digantikan dengan Hujjah Allah jua (rujuk kepada sabda Nabi (sawa) kepada Ali a.s, yang dia disisinya adalah umpama Harun a.s disisi Musa a.s, dan perlu diingat bahawa kesemua karakter tersebut adalah maksum dan merupakan Hujjah Allah). Berpandukan ini, sewajarnya pemegang wasiatnya hidup semasa hayat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) kerana suatu hari nanti akan berlaku penggantian.

Persoalan yang harus kita jawab setelah itu adalah, Apakah mustahil bagi seorang pemegang wasiat itu hidup semasa hayat orang yang bakal digantikannya? Tidak, ianya tidak mustahil sama sekali, bahkan senario sebaliknya adalah mustahil kerana pemegang wasiat mesti hadir semasa hayat orang yang bakal digantikannya.

Mari kita renungi semula sejarah.

Pemegang wasiat kepada Nabi Muhammad (sawa) adalah Imam Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Ali (a.s) adalah Imam Hassan bin Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Hassan bin Ali (a.s) adalah Imam Hussein bin Ali (a.s). Ini jelas membuktikan bahawa Pemegang wasiat mesti hidup semasa hayat mereka yang bakal digantikan. Begitu juga Pemegang wasiat kepada Imam Hussein (a.s) adalah Imam Sajad (a.s), dan Pemegang wasiat kepada Imam Sajad (a.s) adalah Imam Baqir (a.s). Ketiga-tiga mereka (a.s) berada di Karbala pada waktu dan tempat yang sama. Jelas menunjukkan kepada kita bagaimana Pemegang wasiat mesti hadir di masa hayat mereka yang bakal digantikan.

Secara logiknya Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) mesti hadir di masa hayatnya sekarang. Senario sebaliknya adalah bersalahan dengan logik berdasarkan sirah para Nabi, Rasul dan pemegang-pemegang wasiat terdahulu. Ini adakah faktanya yang tidak dapat disangkal lagi, dan pemegang wasiat tersebut mestilah dari susur galur keturunan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) (berdasarkan rujukan hadis Syiah yang sahih), dan bumi ini tidak boleh wujud tanpa wujudnya Hujjah (juga dari sumber hadis Syiah yang sahih).

Sumber hadis manakah yang menidakkan kehadiran Pemegang Wasiat ketika keghaiban Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)? Begitu juga, sumber manakah yang menyebutkan bahawa Pemegang Wasiat harus hadir setelah kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)?

Tidak ada sumber yang menyatakan sedemikian dan kebenaran telah didedahkan melalui KalamNYA dan kata-kata Hujjah yang dilantiNYA, sepertimana berikut:

Telah berkata Imam Sadiq a.s: “Dari kalangan kami selepas daripada Qa’em, kami akan mempunyai duabelas Mahdi dari keturunan Hussein a.s”. Ghaybah Al Tusi ms 385.

Hadis ini jelas merujuk kepada kekuasaan iaitu akan wujud kekuasaan Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi setelah berakhirnya kekuasaan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s). Inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Imam Sadiq (a.s) dan bukan bermaksud Pemegang Wasiat yang bakal dilahirkan selepas kewafatan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), kerana hal yang sedemikian adalah mustahil sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Setelah kekuasaan Mahdi Pertama, maka akan wujud kekuasaan Mahdi Kedua dan seterusnya. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis kerana hadis dan logika tidak pernah berpisah.

Apa pula hujah kalian bahawa Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi a.s akan muncul di masa keghaibannya?

Hujah berikut bagi menjelaskan tanggapan salah terhadap masalah nombor dua. Mari kita teliti dan berikan lebih tumpuan kepada hadis bagi menjawab persoalan ini.

Sebelum itu, amat wajar sekali untuk mempercayai bahawa Nabi Muhammad (sawa) telah mengkhabarkan kepada kita tentang duabelas Mahdi yang akan datang selepas duabelas Imam, dan duabelas Mahdi ini adalah merupakan Pemegang Wasiat dan mereka adalah Hujjah Allah. Sepertimana disebutkan dalam hadis bahawa bumi tidak akan kosong dari Hujjah. Hadis juga memberitahu kita bahawa akan ada duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Sewajarnya kita mengimani kesemua duabelas Mahdi dan duabelas Imam yang Nabi (sawa) sebutkan di dalam wasiatnya, dan sesungguhnya kesemua mereka adalah khalifah pilihan Allah swt di muka bumi ini.

Perlu diperhatikan juga hadis yang menyebutkan bahawa Al Yamani akan menewaskan Sufyani. Mari kita perhati dan teliti hadis-hadis tersebut:

“Yang akan memerangi Sufyani adalah orang-orang dari timur, khalifah Al Mahdi, dan dia akan menewaskan Sufyani di Syam (Syria).” Sharh Ahqaq Al Haq bab 29, ms 62.

Sekarang kita sedia maklum bahawa Al Yamani akan mengalahkan Sufyani dan hadis di atas secara terangan memberitahu kita bahawa Sufyani akan dikalahkan oleh khalifah Al Mahdi.

Rasulullah (sawa) telah bersabda:”Seorang lelaki daripada timur dengan bendera hitam kecil akan membunuh lelaki dari Syam, dan dia adalah seorang yang patuh kepada Mahdi (a.s).” Al Mahdi Al Maw’ood Al Muntazer bab 30, ms 238.

Berdasarkan hadis di atas, kedua-dua Al Yamani dan Sufyani adalah merupakan tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), dan Al Yamani akan mematuhi arahan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) samada sebelum dan selepas kemunculannya. Dengan kata lain, Al Yamani adalah khalifah Al Mahdi dan seorang yang patuh kepada arahan Imam Mahdi (a.s), sehingga dapat menewaskan Sufyani dari Syam. Al Yamani juga adalah Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah sepertimana yang dibuktikan dalam hadis-hadis.

Apa yang tersurat di dalam ayat Quran seperti yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq (a.s) adalah amat penting dalam memahami perkara ini:

Mufadhal Ibnu Umar telah bertanya kepada Imam a.s:”Apakah Imam Mahdi a.s yang ditunggu dan dijangkakan akan muncul pada waktu yang ditentukan, dan dikenali kebanyakan manusia?” Imam a.s menjawab:”Semoga dijauhkan Allah daripada diketahui masa kemunculan Imam Mahdi a.s oleh Syiah kami.” Mufadhal bertanya lagi: “Mengapa sedemikian, wahai Imam?” Imam a.s menjawab:”Kerana ia adalah “Saa’ah” yang Allah swt rujuk ketikamana DIA berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) Saa’ah itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai “Saa’ah” itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Dia adalah juga “Saa’ah” yang Allah swt firmankan: “Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya?” Firman Allah swt:”Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan “Saa’ah” [yaitu] kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila “Saa’ah” sudah datang?” Firman Allah swt lagi: “Telah dekat [datangnya] “Saa’at” itu dan telah terbelah bulan”. FirmanNya lagi: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan Saa’ah; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.”Orang-orang yang tidak beriman kepada “Saa’ah” itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai “Saa’ah” itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” Bihar Al-Anwar, Alamah Al-Majlisi, vol. 53,ms. 1.

Saa’ah yang dimaksudkan Quran adalah Imam Mahdi (a.s) sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Sadiq (a.s). Doa untuk Imam Mahdi a.s juga ada menyebutkan tentang perkataan tersebut dan ianya amat signifikan.

Apa pula kata Rasulullah (sawa) berkaitan dengan “Saa’ah” (iaitu Imam Mahdi a.s sepertimana yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq a.s). Rasulullah (sawa) telah bersabda: “Saa’ah tidak akan tiba sehingga bangkitnya seorang lelaki yang bersama dengan kebenaran, apabila Allah swt membenarkan perkara yang sedemikian. Barangsiapa yang mengikutinya akan terselamat dan barangsiapa yang tidak, akan hancur binasa. Wahai hamba-hamba Allah, bersegeralah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak merentasi salji kerana dia adalah khalifah Allah swt dan khalifahku.” Dala’il Al-Imamat, by At-Tabari, p. 452; Bihar Al-Anwar, vol. 51, p. 65.

Justeru, kemunculan Imam Mahdi a.s adalah selepas hadirnya seorang lelaki yang bangkit dengan kebenaran. Lelaki itu adalah merupakan khalifah Rasulullah (sawa) Al Yamani.

Apa lagi yang kalian ketahui mengenai Al Yamani?

Nabi Muhammad (sawa) telah bersabda:”Akan ada seorang lelaki yang datang dari keturunan lelaki ini (Abbas) yang akan memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan kekejaman, dan akan ada juga dari keturunan lelaki ini (Ali a.s) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan ketenangan. Sekiranya kamu melihat perkara ini berlaku, hendaklah kamu bersama-sama dengan lelaki ini, kerana dia adalah Al Yamani yang datang dari timur dan membawa bersamanya panji Al Mahdi.” Mahdi Al-Muntazer Al-Maw'ood bab 2/ms.207

Terbukti Al Yamani akan hadir sebelum Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) dan mengajak kepadanya sepertimana dia mendapat petunjuk dan juga berperang dengan Sufyani.

“Walaubagaimanapun, yang paling mendapat petunjuk di kalangan mereka adalah Al Yamani kerana dia mengajak kepada kebenaran.” As-Sirat Al-Mustaqeem vol. 2, An-Nibaty Al-Amili, ms. 250.

Imam Muhammad Al baqir telah berkata: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani. Ianya adalah panji kebenaran kerana dia mengajak kepada kebenaran. Ketikamana dia muncul penjualan senjata adalah dilarang kepada manusia dan kepada setiap muslim. Benar, ketikamana dia muncul, bersegeralah kamu kepadanya kerana panjinya adalah panji yang mendapat petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan barangsiapa yang melakukan sedemikian akan dicampakkan ke dalam api neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan petunjuk.” Al-Ghaybah An-Nu'mani, p. 264

Imam Sadiq a.s telah berkata:”Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. Bihar Al Anwar v.52 p.210

Kesimpulan yang dapat kami hubungkaitkan dalam kes ini adalah:

  • Mahdi Pertama di kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah, dibuktikan oleh hadis.
  • Al Yamani adalah Khalifah, dibuktikan oleh hadis.
  • Al Yamani hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi a.s di masa keghaibannya, dibuktikan oleh hadis.
  • Mahdi pertama berkuasa setelah Kekuasaan Imam Muhammad Al mahdi a.s, juga ditunjukkan oleh hadis.

Kesemua ini telah dibuktikan dan dijelaskan oleh hadis-hadis Nabi (sawa) dan para Imam a.s. Moga-moga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang tetap dengan kebenaran dan tidak mengabaikan Quran serta Ahlulbayt a.s, atau kata-kata mereka. Moga-moga Allah memberikan kami kemampuan untuk mendengar dan memahami mereka.




Semoga Allah memberkati setiap pencari kebenaran. Sesungguhnya Sayyid Ahmad Al Hassan a.s telah tiba di Akhir zaman dan dia adalah pengklaim sebenar, sepertimana yang dijelaskan oleh hadis:




Imam Abu Abdillah a.s berkata: “Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapa pun melainkan empunyanya, jika tidak Allah akan memendekkan umurnya.” Al Kafi v.1, ms.373.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 03:06 PM | Show all posts
AL YAMANI ADALAH PEMBANTU KANAN IMAM MAHDI (A.S)

Antara tokoh paling menonjol yang akan membuka jalan bagi penubuhan Daulah Keadilan Ilahi adalah figur Al-Yamani, pembawa panji Ahlulbayt (a.s), satu-satunya sahaja panji Kebenaran. Memandangkan kepelbagaian figur ini seperti yang dijelaskan dalam riwayat Ahlulbayt (a.s), maka harus kita memberi perhatian bahawa pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Al-Mahdi (a.s) adalah washinya, yang merupakan tanda pasti (mahtum) dan tidak tertakluk kepada Al-Bada' (perubahan ketuhanan dalam perkara-perkara yang dianggap telah ditetapkan) sepertimana yang disebutkan dalam riwayat. Walaupun orang lain adalah tertakluk kepada Al-Bada', dia dianggap sebagai salah satu daripada lima tanda pasti yang mendahului kedatangan Imam Mahdi (a.s), yang mengemudi lapangan Kezuhuran; bahkan ianya sebahagian daripada Kezuhuran yang Suci, yang mendahului dengan libasan pedang.


• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah (a.s), berkata: Lima tanda mendahului kemunculan Al-Qa'im (pendiri): [kemunculan Al-Yamani dan As-Sufyani, penyeru yang menyeru dari langit, penelanan bumi di Al-Bayda 'dan pembunuhan Jiwa yang Tulen (An-Nafs Az-Zakiyyah)][1]


Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Al-Yamani akan berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s) dan sebagaimana yang diriwayatkan, ia dianggap sebagai salah satu dari tanda-tanda pasti kezuhuran yang tidak tertakluk kepada Al Bada' kecuali Allah mengkehendaki sebaliknya.


• Diriwayatkan daripada Abu Jafar Muhammad bin Ali (a.s), [... Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ianya adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi). Apabila keluarnya Al-Yamani, maka urusniaga senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila dia keluar, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus ...][2]


Setelah meneliti riwayat yang menyebutkan beberapa panji kesesatan, maka hanya satu sahaja panji petunjuk yang boleh didapati. Apabila mengkaji riwayat yang disebutkan di atas, maka dapat kita pastikan bahawa hanya satu panji sahaja yang mendapat bimbingan berbanding lain-lainnya yang membawa kepada kesesatan. Dalam konteks ini, Imam (a.s) berkata: "Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani.” Setelah itu menjustifikasikan kenyataannya dengan berkata: “Kerana dia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Al-Mahdi),” bermakna dia menyeru untuk berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s) secara nyata dan terbuka kepada semua golongan, tanpa berselindung seperti menyeru kepada kelompok, pihak berkuasa, pergerakan, atau entiti politik tertentu. Al-Yamani mempunyai kewajipan untuk menyeru kepada Imam Mahdi (a.s). Ini adalah tugas penyandangnya yang digambarkan dengan kata-kata Imam Al-Baqir (a.s), "Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka," serta oleh riwayat-riwayat lain yang menekankan baiah kepadanya.


Oleh kerana manusia akan diuji dengan mengikuti dan mematuhi Al-Yamani, dan mereka yang bertentangan dengannya akan dihumban ke dalam neraka, maka seruan Al-Yamani harus terbuka dan perlu mengemukakan bukti yang mengesahkan kesahihan tuntutan beliau. Malah dia harus keluar dan membuang semua kekaburan tanpa berselindung atas kelompok tertentu sepertimana mereka yang menangguk dia air yang keruh dewasa ini, yang mana setiap dari mereka memberi bayangan kepada dirinya sendiri tanpa berani untuk menuntut sebagai Al-Yamani, walaupun mereka sangat menginginkan kedudukan tersebut. Dalam keadaan ini, apabila washi sebenar mendedahkan dirinya dan mengklaim seruan ini, maka menjadi norma kebiasaan mereka menjatuhkan dan menafikannya disebabkan iri hati. Sekiranya seruan ini dituntut oleh orang lain selain daripada orang yang benar-benar diamanahkan, maka Allah akan mengutuk dakwaan tersebut sebagai palsu tidak lama selepas itu, kerana Dia SWT berfirman: [Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta. Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta)][3]


• Daripada Abu Abdullah (a.s), [Urusan ini tidak akan diklaim melainkan oleh orang yang berhak, atau Allah akan Allah SWT akan memendekkan umurnya][4]


Kemudian, selepas seruan ini dibuat dan di dalam riwayat menyebutkan setelah berlalu suatu tempoh waktu yang berpanjangan selama 72 bulan iaitu hampir enam tahun sebelum Al-Yamani menyerahkan kekuasaan kepada Imam Mahdi (a.s). Dalam tempoh ini, Mahdi pertama (Al-Yamani) akan membuka jalan bagi bapanya Imam Mahdi (a.s) untuk muncul, menyediakan lapangan dakwah dan melancarkan peperangan. Panji-panji yang berjuang di bawah pimpinan beliau juga akan keluar sama seperti As-Sufyani yang akan keluar pada masa yang sama seperti Al-Yamani dan Khurasani. Pertempuran antara mereka akan berlangsung selama mana pemerintahan As-Sufyani iaitu selama lapan bulan.


• Daripada Ibn Al-Hanafiyyah, berkata: [Tujuh puluh dua bulan memisahkan antara kemunculan panji hitam dari Khurasan, Syuaib bin Saleh dan Mahdi pertama, sebelum menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi.][5]


Bercakap tentang keluarnya Al-Yamani di dalam satu riwayat, Imam (a.s) berkata: Keluarnya Al-Yamani adalah untuk memerangi As-Sufyani, kemaraan kedua-duanya adalah berturut-turut seperti benang manik. Sejurus selepas al-Yamani keluar, maka As-Sufyani juga akan keluar, kerana Al-Yamani akan mengetuai panji Imam Mahdi (a.s) dan As-Sufyani adalah musuh ketat Imam (a.s). Al-Yamani bangkit untuk berperang demi Imam Mahdi, dan pada masa itu, urusan jual beli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Malah, dilarang urusan jual beli senjata kerana ia akan diagihkan kepada umat Islam secara percuma apabila mereka keluar untuk berperang (iaitu untuk melawan musuh-musuh Imam), kerana kamu dan harta anda adalah kepunyaan Imam (a.s) yang merupakan khalifah Allah , kedaulatan sebenar ke atas orang-orang yang beriman. Oleh itu, anda tidak boleh menjual apa yang kami berikan kepada anda melainkan kepada pemiliknya yang berhak. Allah SWT berfirman, {Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu}.[6] Imam adalah lebih berhak ke atas kehidupan anda daripada diri anda sendiri dan sekaligus amat berhak ke atas senjata atau wang anda sendiri. Oleh itu, menjual senjata kepadanya adalah dilarang, bahkan anda mesti berjuang untuknya dan menawarkan senjata yang anda miliki kepada saudara-saudara anda yang berjuang di sisinya, suatu perkara yang sudah tentunya tidak memerlukan Fatwa.


Manakala menjual senjata kepada musuh-musuh Imam, tidak memerlukan penjelasan dalam isu ini kerana ianya telah disebutkan dalam hadis: “Apabila keluarnya Al-Yamani, urusan jualbeli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin.” Isu senjata adalah bergantung kepada keluarnya untuk berperang. Sepertimana yang jelas disebut dalam riwayat, seruan Al-Yamani untuk menyertai Imam Mahdi (a.s) adalah mendahului keluarnya untuk berperang. Justeru, menyeru orang ramai untuk menyokong Imam Al-Mahdi (AS) adalah satu keperluan dan ianya wajib ke atas (Al-Yamani) untuk menghimpun kaumnya dan menegaskan Hujjatnya (otoriti dan bukti) ke atas mereka. Imam (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim untuk memberontak terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah tergolong di kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus.]


Jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah Hujjat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan mereka yang memberontak terhadapnya adalah yang derhaka kepadanya, dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Hal sebegini hanya terbatas untuk peribadi maksum, yang bermaksud mereka yang memberontak terhadapnya dianggap sebagai terkeluar dari wilayah Keturunan Muhammad dan Hujjat dari kalangan mereka (a.s).


Diriwayatkan daripada Ali bin Musa Ar-Ridha (a.s), daripada Musa bin Jafar (a.s), daripada Jafar bin Muhammad (a.s), daripada Muhammad bin Ali (a.s), daripada Ali bin Al-Hussein (a.s), daripada Al-Hussein bin Ali (a.s), daripada Ali bin Abi Talib (a.s), daripada Rasulullah (sawas), daripada Jibril (a.s), daripada Mika'il (a.s), daripada Israfil (a.s), daripada Luh Mahfuz, dan daripada Qalam, berkata: Allah SWT berfirman, [Katakanlah, wilayah Ali bin Abi Talib adalah kubuKu yang menghindar kamu daripada azab. Barangsiapa yang memasukinya akan selamat dari api nerakaKu.][7]


Imam Ridha (a.s) berkata: Aku telah mendengar daripada ayahku Musa bin Jafar berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Jafar bin Muhammad berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Muhammad bin Ali berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Ali bin Al-Hussein berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata, aku telah mendengar daripada Rasulullah (sawas) berkata, aku telah mendengar Allah swt berfirman, [Katakanlah, tidak ada Tuhan melainkan Allah, dia yang mengakui ini akan memasuki kubuKu dan selamat daripada azabKu. Telah berkata, apabila tunggangan kami berlalu pergi, Dia menyeru kepada kami: untuk menerima syarat pengakuan ini dan aku adalah syarat-syarat itu.][8]


Mereka yang memberontak terhadap Al-Yamani akan berakhir di dalam neraka. Oleh itu, memberontak terhadapnya adalah sama seperti berpaling dari kubu ini (wilayah) dan mengabaikannya, kerana ia adalah terkeluar dari wilayah Hujjat Allah pada zamannya. Dari segi lain, kubu Allah yang menghindari seseorang daripada azabNya adalah pengakuan keesaan-Nya dengan mengatakan “tiada Tuhan melainkan Allah.” Barangsiapa yang mengatakannya dengan sepenuh hati dan mematuhi Hujjat Allah pada zamannya, kerana dia dilantik oleh Allah. Oleh, itu mereka yang tidak mengiktiraf perlantikan Allah ini adalah tidak mengakui keesaan-Nya, walaupun dia mengakui dengan lisannya. Maka Imam Al-Mahdi (a.s) dan anaknya Mahdi pertama (a.s), serta anak-anaknya para Mahdi (a.s), kesemua mereka adalah dari syarat-syaratNya; Tiada lagi Hujjat (bukti dan otoriti Allah) di muka bumi ini selepas Nabi, Rasul, dan para Imam melainkan para Mahdi dari keturunan Imam Mahdi (a.s).


Wajib bagi Al Yamani yang merupakan Mahdi pertama dan yang pertama beriman untuk mengumumkan seruan beliau dan membuktikan beliau lebih berhak berbanding yang lainnya untuk mendapat sokongan, mempunyai ikatan kekeluargaan dan kedudukan di sisi Imam Mahdi (a.s).





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 03:06 PM | Show all posts
Sebagai contoh, kelompok-kelompok Islam semasa rejim Saddam (Semoga Allah melaknatnya) saling berbalah antara satu sama lain. Mereka berbeza pendapat kerana tidak seorang pun daripada mereka yang percaya dengan kesempurnaan (ismah) pihak lain, dan mereka berjuang dengan cara yang mereka lihat terbaik. Walau bagaimanapun, pada masa itu, pemberontakan dan bangkangan mereka antara satu sama lain, tidak akan membawa mereka ke neraka, kerana tidak seorang pun daripada mereka adalah merupakan Hujjat ke atas yang lain dan kedua-duanya berjuang.


Manakala pemberontakan orang-orang yang menentang Al-Yamani, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka kerana dia dilantik oleh Allah. Maka panji dari timur yang merangkumi Al-Yamani dan Al-Khurasani, Syuaib bin Saleh dan lain-lain adalah panji-panji yang akan berjuang untuk membuka jalan bagi kezuhuran Imam (a.s). Mereka semua berhimpun di bawah panji Al-Yamani atau sebaliknya mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, kerana Imam Al-Baqir (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim berpaling (memberontak} terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada Kebenaran dan jalan yang lurus]. Jalan yang lurus adalah jalan yang membawa terus kepada Allah SWT, yang berfirman:


{Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus.}[9]


{Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus}.[10]


Jalan yang lurus itu adalah jalan wilayah iaitu jalan Ali bin Abi Talib. Allah SWT berfirman: {Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya}.[11] Tetapi siapakah yang mengikuti jalan Ali (a.s)? Allah SWT berfirman:


{Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?}[12]


{Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus}[13]


{Dan sesungguhnya (Isa) menjadi tanda kedatangan Saa’ah, maka janganlah kamu ragu-ragu tentangnya (Saa’ah) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus}.[14] Saa’ah itu merujuk kepada Imam Mahdi (a.s), seperti yang dinyatakan dalam riwayat.


Penetapan di atas jalan kebenaran itu tidak dapat dicapai melainkan melalui Allah dan wakil-wakilNya. Dengan menyifatkan Al-Yamani sebagai [seorang yang menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus], Imam (a.s) tidak memaksudkan pujian yang berlebih-lebihan, tetapi hanya mengaitkan kebenaran dalam semua maknanya. Walaupun begitu, makna tersebut tidak dapat disempurnakan melainkan oleh salah seorang Hujjat daripada Hujjat Allah dan peribadi maksum yang suci dari keturunan Nabi. Menurut riwayat, tidak wujud dari kalangan Ahlulbayt dan Hujjat-Hujjat Allah pada masa itu (kebangkitan Al Yamani) melainkan Imam Mahdi dan anaknya yang juga washi serta Mahdi pertama.


Disebabkan Al-Yamani bukanlah Imam Mahdi (a.s), jadi dia mestilah Mahdi pertama, kerana tidak wujud washi selain dia; dan begitu juga baki sebelas Mahdi yang lain adalah dari keturunan Mahdi pertama. Maka sudah semestinya Mahdi pertama adalah Al Yamani yang disebutkan oleh Imam Al-Baqir (a.s) sebagai: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ia adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi a.s). Apabila keluarnya Al-Yamani urusan jualbeli senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila keluarnya Al Yamani, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan bagi muslim untuk berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus.


Rasulullah (sawas) menuntut supaya berbaiah kepada Al-Yamani dalam beberapa riwayat, antaranya adalah seperti berikut:


Diriwayatkan daripada Thawban, Rasulullah (sawas) bersabda: [Panji hitam akan keluar dari timur seolah-olah berhati besi! Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbai'ah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.]


Dalam konteks ini, Rasulullah (sawas) bersabda: "Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbaiah kepada mereka," iaitu baginda (sawas) menyeru manusia supaya berbaiah dan menjawab seruan beliau adalah wajib ke atas semua orang-orang yang mendengarnya. Seorang Maksum tidak pernah menyeru untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum yang dilantik oleh Allah. Selain itu, Rasulullah (sawas) tidak melantik Al-Yamani atau meminta untuk menyandarkan baiah kepadanya dengan kehendak dirinya sendiri; {yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka}.[15]



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 03:07 PM | Show all posts


{Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri}.[16] Tidak pernah sama sekali mana-mana Rasul, Imam, atau washi, sama ada di masa lalu atau masa kini dan di masa depan, meminta orang ramai untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum. Malah, mereka sentiasa menganggap bahawa baiah, kedaulatan dan pelantikan adalah hak Allah, manakala pelantikan dan pemilihan oleh manusia adalah tuntutan Iblis. Di samping itu, baginda (sawas) amat menekankan keperluan baiah ini, tanpa ada pengecualian sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan, apabila baginda (sawas) bersabda: “Berbaiahlah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak atas salji.” Baginda tahu bahawa mereka yang ingkar akan mengemukakan alasan tempang ini sebagai hujah, jadi tiada ruang lagi buat mereka mereka-reka alasan. Dalam konteks ini, saya mahu pembaca yang dikasihi bertanya kepada diri anda sendiri, samada anda adalah salah seorang dari orang-orang yang ingkar tersebut atau tidak? Tiada lagi alasan, walaupun anda terpaksa merangkak di atas salji. Hendaklah anda menuntut bela untuk Allah dan bukan untuk diri anda sendiri, jika tidak, anda akan berakhir bersama-sama dengan Syaitan di dalam Neraka.


Oleh kerana, sudah jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah maksum dan sekaligus adalah Hujjat Allah ke atas manusia. Kita juga tahu bahawa Hujjat Allah adalah Nabi-nabi dan Muhammad (sawas adalah Nabi terakhir, serta para Imam yang kesemuanya telah wafat sekarang. Oleh itu, tidak wujud lagi maksumin pada zaman kezuhuran yang suci selain daripada Imam Mahdi (a.s) dan washi Imam Mahdi (a.s). Ditambah pula dengan fakta bahawa Al-Yamani (a.s) bukanlah Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (a.s) dan riwayat juga menyebutkan bahawa Al-Yamani adalah salah satu dari tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s), yang akan keluar dari timur. Manakala Imam Mahdi (a.s) akan muncul dari Mekah di antara Rukun dan Maqam Ibrahim dan bukan dari timur, seperti yang disebutkan dalam beberapa riwayat. Maka disimpulkan bahawa pemimpin panji dari timur, yang Allah dan RasulNya lantik sebagai washi adalah Mahdi pertama (Al-Yamani), kerana dia adalah washi (a.s) dan pelopor bapanya. Washi juga adalah maksum kerana mereka diamanahkan dengan wilayah Ilahi dan baiah, yang juga diberikan kepada Al-Yamani sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat.


Oleh itu, Al-Yamani dan Mahdi pertama mestilah menjadi orang yang sama kerana Rasulullah (sawas) dan Ahlulbayt (a.s) tidak akan menyeru orang ramai untuk berbai'ah kepada dua orang berlainan pada masa yang sama di zaman kezuhuran yang suci.


Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, akan terdapat 24 Hujjat selepas Rasulullah (sawas) dan hanya dua di kalangan mereka yang akan menyaksikan zaman kezuhuran: iaitu Imam Mahdi (a.s) dan penyedia lapangannya, Mahdi pertama.


• Al-Sadiq (a.s) berkata: [Selepas Al-Qa'im (a.s), akan terdapat dua belas Mahdi dari kami, dari keturunan Al-Hussein (a.s)][17]


• Rasul Allah (sawas) bersabda: [Sekiranya kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, bersegeralah kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana di di dalam nya khalifah Allah Al Mahdi.][18]


Khalifah Allah Al Mahdi adalah orang yang akan membawa panji dari timur dan khalifah-khalifah (pengganti) Al Mahdi adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang berjumlah 12 orang Mahdi kesemuanya. Maka yang pertama dari mereka adalah pemimpin panji dari timur dan dia adalah Hujjat Allah dan maksum. Di samping itu, panji dari timur hanya boleh diketuai oleh peribadi maksum dan mereka yang berpaling daripadanya dan menderhaka kepadanya, adalah terkeluar dari wilayah dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Oleh itu, dia mestilah maksum dan riwayat mengesahkan bahawa pemimpin panji Al Yaman adalah satu-satunya yang akan mengalahkan As-Sufyani.


Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji dari timur adalah khalifah Allah Al Mahdi dan Imam Mahdi (a.s) hanya akan berada di bawah satu panji sahaja. Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji tersebut adalah Al-Yamani yang tiada siapa berhak untuk memberontak terhadapnya. Beliau juga dari keturunan Muhammad (a.s) dan Muhammad (sawas) mempunyai asal dari Yaman sepertimana disebutkan sebelum ini di dalam hadis-hadis, yang mengatakan bahawa semua penduduk Mekah adalah dari Yaman kerana Mekah terletak di Tihamah; sekaligus ini bermakna bahawa keturunannya juga adalah dari Yaman. Walau bagaimanapun, peribadi yang kita cari adalah pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Mahdi (a.s).


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Imam Al-Mahdi (AS) akan keluar dari Mekah selepas kedatangan kedua-dua As-Sufyani dan Al-Yamani, kerana mereka adalah dua tanda pasti sebelum kezuhuran baginda (a.s). Sehubungan itu, khalifah Allah Al Mahdi yang datang dari kalangan panji timur adalah Mahdi pertama dan panji timur adalah panji Al-Yamani, washi, pembantu dan ketua tentera Imam Mahdi (a.s). Walaupun penjelasan ini sudah mencukupi, namun masih ada sesuatu yang lebih menjelaskan hal ini iaitu pemimpin panji timur dan Mahdi pertama adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang membawa nama yang sama.




________________________________________________________________________


[1] Al Imamah wa Al Tabshirah, ms 128.
[2] Al Ghaybah, Muhammad bin Ibrahim An Nu’mani, ms 264.
[3] Al Haaqah: 44-46
[4] Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), Syeikh Ali Kurani, jilid 3, ms 28. Al Kafi, jilid 1, ms 373. Thawab Al A’mal wa ‘Iqabuha, jilid 3, ms 255. Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 112.
[5] Kitab Al Fitan, Na’im bin Hamaad, ms 165. Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), jilid 1, ms 397.
[6] Al An’aam: 94
[7] Al Amili, ms 306.
[8] ‘Uyun Akhbar Al Ridha (a.s), ms 145.
[9] Al Ahqaaf: 30
[10] Al Haaj: 67
[11] Al Hijr: 41
[12] Al Mulk: 22
[13] Al Shuraa: 52
[14] Al Zukhruf: 61
[15] Shaad: 27
[16] An Najmu: 3
[17] Bihar Al Anwar, jilid 35, ms 148. Mukhtasar Bashair Darajat, ms 38.
[18] Ghayat Al Maram, Sayyed Hashim Al Bahrani, jilid 7, ms 103.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2013 03:58 PM | Show all posts
Rujukan-rujukan yang diberikan banyak dari sumber SYIAH

Tuan Thread ni penentang Syiah atau pendakwah fahaman Syiah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 04:44 PM | Show all posts
Rujukan-rujukan yang diberikan banyak dari sumber SYIAH

Tuan Thread ni penentang Syiah atau pendakwah fahaman Syiah?


Saya ingin berkongsi pandangan..
Saya menentang Syiah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2014 12:29 AM | Show all posts
sipolan posted on 6-6-2013 04:44 PM
Saya ingin berkongsi pandangan..
Saya menentang Syiah..

pandangan yg bertentangan dgn Al-quran dan Itrah ahlulbayt takde nilai bro. Tak silap aku, ahmad bin ismail al-kote ni dajjal. sbb dia tolak para faqih. padahal para Imam alaihim shalawatu wassalam suruh ikut para faqih. takde hadis yg sebut Ahmad bin Ismail akan memerintah sblm zuhurnya Imam Mahdi ajf. So ko jgn nak pandai2 buat cerita. aku ludah mak ko kang
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya imam mahdi yg dijanjikan itu adalah seorang tokoh yg memperelok agama islam. Beliau adalah penerus dan bukanlah tubuh agama baru. Ketika turunnya imam mahdi, kebenaran dari imam mahdi itu sangat asing bagi umat islam. Ini kerana umat islam telah dididik berdasarkan fitnah2 ulama. Ulama2 pada zmn imam mahdi adalah sejahat2 makhluk dibawah naungan langit. Dan mereka itu byk kluarkan fitnah dan akhirnya fitnah itu dikembalikan kpd mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:07 PM | Show all posts

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 08:50 AM | Show all posts
sipolan replied at 6-6-2013 03:06 PM
Sebagai contoh, kelompok-kelompok Islam semasa rejim Saddam (Semoga Allah melaknatnya) saling berbal ...

sipolan...

hadis Imam Baqir a.s tu berbunyi:

ثم قال عليه السلام : خروج السفياني واليماني والخراساني في سنة واحدة وفي شهر واحد في يوم واحد ونظام كنظام الخر زيتبع بعضه بعضا فيكون البأس من كل وجه ، ويل لمن ناواهم
وليس في الرايات أهدى من راية اليماني هي راية هدى لانه يدعو إلى صاحبكم ، فاذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على ( الناس و ) كل مسلم وإذا خرج اليماني فانهض إليه ، فإن رأيته راية هدى ، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه ، فمن فعل فهو من أهل النار ، لانه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم .


http://www.al-shia.org/html/ara/books/lib-hadis/behar52/a24.html

Imam Baqir a.s memberi peringatan bhw panji Al-Yamani yg membawa kebenaran tu akan muncul serentak dgn al-Sufyani dan al-Khurasani. Jadi, soalan saya apakah Ahmad ismail al-Quwaitek anda tu menepati ciri2 posisi yang disebutkan Imam a.s?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 01:38 PM | Show all posts
SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI? jawapan..penentang mahdi adalah orang-orang yang berada di malaysia,orang palastin,orang rusia,india,china,arab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
shia labeouf? shea butter?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 04:14 PM | Show all posts
tak faham aku...memang Syiah itu sesat...tapi musuh Islam nyata ada org Yahudi, golong kapir yg tak percaya keujudan Tuhan bertopingkan agama kristian...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Saja foward. Terlalu byk hadis "rekaan"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2016 12:54 PM | Show all posts
alamak
thread ni aku tak jawab lagi yeeee
ni baru le nak jawab

SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI?????????????????????????????????????????????
siapa lagi
aku le
pasal dah ramai yg ngaku al mahdi ni

kalau imam mahdi yg betul pun, aku tentang dulu habis2an
hinggakan aku dah tak dapat cari salah dan silapnya
......maka pas tu aku ikut dia le

lagipun mahdi sendiri tak tau dia adalah mahdi
dan dia pun takde jenis PERASAN pun kannnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 23-5-2016 12:54 PM
alamak
thread ni aku tak jawab lagi yeeee
ni baru le nak jawab

Hahaha. Cayalah!

Orgbesi tersilap. Ini pula pandangan saya. Boleh reject kalau tak betul

1) Imam Mahdi "pasti tahu" dirinya "Imam Mahdi" cuma dia tak mahu jadi "Imam Mahdi".

2) Org yg "berkepentingan" pasti mahu jadi "Imam Mahdi".

3) Umur Imam Mahdi jadi "khalifah" singkat. Dan pastinya dia tahu hal itu.

4) Yg paling penting, Imam Mahdi itu dibai'ah 2 kali. Dan pastinya kedua2nya "direject" 100%.

Maka, itulah "Imam Mahdi" yg sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa "Imam Mahdi sebenar" tak suka dibai'ah? Bukalah hadis2 mengenainya, pasti anda "hairan", kenapa ada hadis yg menyatakan sebelum Imam Mahdi "dibai'ah" terdapat org yg memaksanya utk "menerima bai'ah?"

Ini menjelaskan, Imam Mahdi "tak suka kpd manusia dizaman itu". Maka pastinya, Imam Mahdi lebih rela "dipancung" dari mengambil "bai'ah". Dan itulah yg akan diminta utk dilakukan oleh "Imam Mahdi"

Maka, tak timbul isu "mengaku Imam Mahdi" melainkan dipancung terlebih dahulu utk mengesahkannya. Jika tak boleh dipancung, maka itulah "Al-Mahdi" yg diberi petunjuk olehNya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu pandangan peribadi saya k? Anda semua berhak "reject" kalau tak suka ayat2 yg saya nyatakan.

Bukan apa, serabut tengok "ramai yg minat" nak mengaku "Imam Mahdi". Apa leh buat, ujian dari Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.069344 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list