CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2240|Reply: 1

Final Piala FA: Tiada perubahan lokasi, kata Hamidin

[Copy link]
Post time 4-6-2013 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Hamidin Mohd Amin

PENGERUSI Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan dakwaan yang mengatakan perlawanan akhir Piala FA 2013 akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 29 Jun ini.
       
        Sebaliknya beliau berkata, final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, The Red Warriors (TRW) akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
       
        Menurutnya, pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.
       
        “Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar. “Lagipun, tiada sebab untuk kami mengubahnya ke Stadium Shah Alam kerana Stadium Nasional sudah terbukti mampu mengendalikan perlawanan yang ramai penonton.
       
        “Walaupun Stadium Bukit Jalil beberapa bulan ditutup kerana kerja-kerja membaiki bumbung stadium, tapi saya melihat semuanya berjalan lancar termasuk tahap pencahayaan yang memuaskan,” kata Hamidin.
       
        Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang mengatakan aksi kemuncak merebut piala berkenaan akan berlangsung di Stadium Shah Alam yang mempunyai kapasiti 80,000 penonton.
       
        Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai peruntukkan tiket yang akan dibuat oleh FAM, Hamidin berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket.
       
        “Kami masih belum memutuskan jumlah tiket yang bakal dicetak, mungkin tidak melebihi 85,000 keping walaupun Stadium Nasional mampu menampung jumlah penonton yang lebih besar. “Langkah ini bagi memastikan beberapa aspek dapat dikawal termasuk keselamatan,” jelas beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 09:21 AM | Show all posts
Dengan kehadiran ultras, budaya penyokong Malaysia berubah sedikit demi sedikit. Terpegun kejap tengok fan kedua-dua belah pihak masa Pahang vs JDT. Takde airhorn & vuvuzea yg memekak, suasana sangat menakjubkan.

https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=2&theater
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052557 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list