CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1979|Reply: 3

Mourinho : Tak layak jadi juara

[Copy link]
Post time 19-5-2013 12:56 PM | Show all posts |Read mode

Mourinho (dua, kanan) diarah meninggalkan kawasan padang selepas membuat bantahan kepada pengadil perlawanan.


JOSE Mourinho berkata, Atletico Madrid tidak layak menjulang Piala Raja Sepanyol meskipun berjaya menumpaskan Real Madrid 2-1 pada perlawanan akhir, awal pagi semalam.

Menurutnya, berdasarkan statistik perlawanan, 'kemenangan' berpihak kepada Real selepas deretan peluang mengenai tiang gol.

Malah katanya, kecemerlangan penjaga gol lawan, Thibaut Courtois juga menjadi penghalang kejayaan Real di Santiago Bernabeu.

"Kami mempunyai tiga peluang terbaik menjaringkan gol. Bagaimanapun percubaan Cristiano Ronaldo, Mesut Ozil dan Karim Benzema semuanya mengenai palang di saat penjaga gol lawan sudah tertewas.

"Saya akui penjaga gawang Atletico beraksi cemerlang, tapi dia (Courtois) juga bernasib baik.

"Apa pun, mereka tidak layak menjadi juara malam ini," katanya.

Kekalahan di laman sendiri itu menyaksikan Mourinho gagal menjulang sebarang trofi utama bersama Los Blancos musim ini selepas terlepas final Liga Juara-Juara dan takhta La Liga.


wueeekkkkk KALAH!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2013 01:35 PM | Show all posts
ok la, RM juara try kena tiang.
Tolong bagi piala 1
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 08:04 PM | Show all posts
chelsea tahun 2010 kena 5 kali palang tapi tetep mng FA cup
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 01:50 PM | Show all posts
lepas nie dia buat havoc kat chelsea pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.259497 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list