CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30825|Reply: 21

Psoriasis Kulit merekah, bersisik

[Copy link]
Post time 13-5-2013 03:44 PM | Show all posts |Read mode
APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal umur, jantina dan keturunan.

Biasanya simptom psoriasis bermula ketika pesakit masih muda, tetapi kebanyakan pesakit mula mengalami masalah ini dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.


Bagaimana bentuk dan rupa psoriasis? Ketua Jabatan Dermatologi Universiti British Columbia merangkap Pengarah Perubatan Pusat Penjagaan Kulit, Hospital Besar Vancouver, Kanada, Profesor Harvey Lui, berkata psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.

Selain itu, serangan psoriasis biasanya bersifat simetri iaitu ada di sebelah kiri dan kanan anggota badan serta mempunyai garis luar yang ketara dan tempat permulaan serangan boleh dilihat dengan jelas.

Katanya, psoriasis adalah masalah penggantian kulit yang berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa tiga atau empat hari berbanding proses normal yang berlaku dalam tempoh sebulan.

Ini menyebabkan kulit matang dan mati dengan cepat. Akibatnya, sel-sel kulit akan berkumpul, bertimbun, keras, kering dan menggelupas, menyebabkan ia nampak seperti bersisik.

“Puncanya belum diketahui dengan tepat, tetapi dipercayai ia penyakit keturunan. Penyakit ini boleh dirangsang oleh pelbagai faktor antaranya jangkitan bakteria, trauma, tekanan psikologi, sesetengah jenis ubat, penyakit, alkohol dan pendedahan keterlaluan pada cahaya matahari.


“Psoriasis akan menyebabkan rasa sakit dan gatal. Malah, ia boleh berlaku di mana saja kulit badan, termasuk kulit kepala, dan dalam kes ini psoriasis nampak seperti kelemumur teruk,” katanya ketika forum kesihatan anjuran Leo Pharma Malaysia sempena pelancaran ubat sapu Daivobet baru-baru ini.

Ia juga boleh berlaku pada kuku, tapak kaki dan tangan mahupun kemaluan. Serangannya juga berbeza antara individu; ada berbentuk setompok kecil saja, tetapi ramai juga diserang seluruh badan.

Psoriasis ada beberapa jenis, iaitu:

- Plak — Jenis paling lazim, biasanya menyerang lutut dan kulit kepala; berwarna merah menyala dan diliputi sisik putih keperangan; gatal dan berdarah jika digaru.

- Scalp — Khusus pada kulit kepala, menyebabkan masalah kelemumur teruk.

- Guttate — Jenis ini biasanya timbul selepas serangan bakteria pada kanak-kanak atau remaja. Dalam kebanyakan kes ia biasanya menyerang kulit perut, kaki dan lengan. Boleh hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu atau bulan.

- Pustular — Jenis yang lebih serius sehingga kadangkala boleh menyebabkan luka, tetapi jarang berlaku.

- Flexural — Biasanya berlaku di tempat berkulit lembut di kalangan orang tua seperti ketiak, di bawah payu dara, perut, kemaluan atau punggung.

- Kuku — Hampir 50 peratus pesakit mengalami masalah ini atau gabungan dengan jenis lain. Kuku akan hilang warna, berkedut dan boleh tanggal.

- Facial — Serangan (tompok merah) khusus pada muka, tetapi jarang berlaku.

- Artritis — Hampir enam peratus pesakit turut mengalami artritis pada sendi, terutama sendi tangan, kaki dan tulang belakang.

Walaupun penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi serangannya boleh dikawal. Kebanyakan pesakit perlu menggunakan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah kulit yang kronik ini.

Serangan psoriasis menyebabkan semua pesakitnya menghadapi masalah sosial dan psikologi. Pesakit berasa malu dan rendah diri untuk berdepan masyarakat. Malah, ramai menyembunyikan masalah mereka dan menghadapi tekanan emosi bersendirian menyebabkan penyakit bertambah teruk.

Profesor Lui berkata, psoriasis adalah cabaran sepanjang hayat dan ia perlu dirawat bagi mengembalikan keyakinan pesakit serta meningkatkan kualiti hidup mereka.


Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan, iaitu terapi cahaya (menggunakan cahaya ultra lembayung dan mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk menghilangkan tanda psoriasis), ubat sistemik (pil atau suntikan tetapi masalahnya seluruh sistem badan akan menerima kesan ubat) dan krim sapu.

Antara krim sapu terbaru adalah gabungan calcipotriol dan betamethasone dipropionate, yang perlu disapu sekali sehari dan dikatakan mampu menunjukkan kesan positif lebih cepat.

Berdasarkan laporan yang disiarkan dalam British Journal Dermatology pada 2002, gabungan dua bahan ini memberikan kesan 70 peratus jika disapu sekali sehari berbanding 75 peratus jika disapu dua kali sehari.

Ini bermakna ubat terbaru di pasaran ini akan menyenangkan pesakit dan membolehkan mereka meneruskan aktiviti harian tanpa perlu terlalu memikirkan penyakit mereka.

“Sebenarnya sebarang jenis ubat boleh digunakan untuk mengatasi masalah psoriasis, termasuk losyen pelembap, tetapi sebaiknya carilah ubat yang menyenangkan dan memberi kesan berpanjangan.

“Pengambilan ubat boleh dihentikan sebaik simptom psoriasis (kulit tebal dan bersisik) hilang kerana tompok merah akan pudar secara beransur-ansur. Ini menandakan kulit anda dalam proses pemulihan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 09:27 AM | Show all posts
Yang terbaik ialah berjumpa doktor. Tapi ada jugak yg tak serasi dengan ubat-ubatan. Saya ada kawan yg dah bertahun-tahin ambik ubat doktor tapi tak berkesan jugak so dia pun try satu produk ni. Mula -mula macam skeptical jugak tapi alhamdulillah berkesan. Cuma mahal la pulak. So apa-apa pun terpulang pada kita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 05:06 PM | Show all posts
houzofbeaute posted on 14-5-2013 09:27 AM
Yang terbaik ialah berjumpa doktor. Tapi ada jugak yg tak serasi dengan ubat-ubatan. Saya ada kawan  ...

apa nama produk tu? nk beli kt mana????
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 05:07 PM | Show all posts
rosemary sayang terima kasih atas info ni..... walupun saya belajar ttg perubatan... saya tidak tahu plak ttg pnykit ni... trimas!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 03:52 AM | Show all posts
houzofbeaute, bole saya tahu kat mane ada jual ubat ni...need info for this product.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 07:50 AM | Show all posts
shazalis posted on 15-5-2013 03:52 AM
houzofbeaute, bole saya tahu kat mane ada jual ubat ni...need info for this product.

Saya beli dari kawan kat office. Nama dia SNE. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh PM saya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2013 03:46 PM | Show all posts
paling elok makan kington..
sangat elok utk org yg sakit kulit..
byk yg dah sembuh lps makan kington ni 1 kotak .

cb tgk sini utk lebih detail

http://eol2u.blogspot.com/2012/11/kington.html
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:26 PM | Show all posts
kasihannya siapa yg menghidap sakit ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 12:40 PM | Show all posts
ayah aku penghidap sakit ni. dah berpuluh tahun sejak aku kecik. prob dia tak tahan panas tapi tak tahan sejuk lak. selalu kulit memangbersisik. bila dia garu badan (gatal) kulit sisik tu jatuh la ke lantai. kalau cadar memang penuh dengan debu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 01:05 AM | Show all posts
Senduduk_Putih posted on 4-7-2013 12:07 PM
Jom tengok gambar kes terbaru PSORIASIS yang dihidapi oleh pemuda ini sejak 7 tahun yang lalu -
htt ...

saya juga pesakit psoriasis hampir 3 tahun. memang sebelum ni berhabis dah beribu ringgit mencari penawar. tapi x pe semua tu ikhtiar kite Allah yang menyembuhkan. Alhamdulillah sekarang dh beransur ok.. Kuping bahagian kaki dah xder..bahagian siku dah licin.. Gatal2 dah hilang.. tinggal bahagian kepala mcm kelemumur biasa.. Kupin2 tebal dah xder. Saya amek suplemen shaklee. Semulajadi, berkesan n selamat. Saya puas hati dgn suplemen shaklee ni sy sign up jadi ahli utk dptkan harga yg murah. Sesiapa yg ada psoriasis nk cuba dgn suplemen shaklee boleh pm/wa  saya. 019-7775895
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 02:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 03:14 PM | Show all posts
Banyak sangat kes psoriasis yang berkesan dengan pemakanan kesihatan cordyceps...
cordyceps bertindak menseimbangkan dan menguatkan sel badan....

banyak lagi testimoni di
http://cordyceps.blinkweb.com
like di www.facebook.com/cordyceps-Rich

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:44 AM | Show all posts
saya juga pesakit psoriasis hampir 3 tahun. memang sebelum ni berhabis dah beribu ringgit mencari penawar. tapi x pe semua tu ikhtiar kite Allah yang menyembuhkan. Alhamdulillah sekarang dh beransur ok.. Kuping bahagian kaki dah xder..bahagian siku dah licin.. Gatal2 dah hilang.. tinggal bahagian kepala mcm kelemumur biasa.. Kupin2 tebal dah xder. Saya amek suplemen shaklee. Semulajadi, berkesan n selamat. Saya puas hati dgn suplemen shaklee ni sy sign up jadi ahli utk dptkan harga yg murah. Sesiapa yg ada psoriasis nk cuba dgn suplemen shaklee boleh pm/wa  saya. 019-7775895
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:28 PM | Show all posts
hem.. jaminan untuk sembuh penyakit ni agak sukar.... bnyk yg promot product... huhuhu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:21 PM | Show all posts
helmeita replied at 2-2-2015 02:28 PM
hem.. jaminan untuk sembuh penyakit ni agak sukar.... bnyk yg promot product... huhuhu.....

my hubby pun psoriasis.

me suggest dia amek Nutriferon Shaklee. sebab ada customer pada kawan me dah nmpak perubahan (tak laa baik 100% ~ tapi banyak kurang).

tapi biasa laa. kena istiqamah. sebab kawan tu pun amek dalam 4 kotak jugak baru nmpak hasil. tapi, suami me nie plakn degillll yg amat. pastu selalu outstation. so, kalo outstation, me bekalkan siap2 Nutriferon dlm beg ~ haram dia tak amek.

tensen betol.


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 03:17 PM | Show all posts
hem .. kadang kadang yg promote kat cini pun nak jual ubat jer.. tension juga... ada yg nak ambik kesempatan.. huhuhu... hem tu fobia nak percaya tu.... skrg refer kat ubat klinik jer... n makan pantang.. benda jadi pun n merebak sebab tanda tanda imun badan makin merosot.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2015 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
helmeita replied at 6-2-2015 03:17 PM
hem .. kadang kadang yg promote kat cini pun nak jual ubat jer.. tension juga... ada yg nak ambik ke ...

Hem cuba google sendiri Nutriferon Shaklee.

Kalo me suggest, nnti hem kata me promote.

Cuba google sendiri.

Kalo nak cari traditional ~ mmg kena sapu vco. Atau almond oil. Tapi berminyak & actually x nmpak kesan sgt. Sbb psoriasis nie adalah penyakit auto-imun. So kena rawat dalaman.

Suami me pun sama. Masalahnyer dia mmg payah makan ubat. Sapu2 pun x mo.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 01:34 AM | Show all posts
helmeita replied at 2-2-2015 02:28 PM
hem.. jaminan untuk sembuh penyakit ni agak sukar.... bnyk yg promot product... huhuhu.....

hehehe...pomote product tanpa ikut konsep sainshanya berhujah dgn testimony.makan ubat steroid pun bole dpt kemajuan pwnyembuhan.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 10:01 AM | Show all posts
Kawanku kena psoarisis. Ada few spots kt badan dia.
Dah pergi Skin Specialist Dr Ko. Dua kali pergi.
Dia bagi ubat makan dan sapu. Memang berkesan katanya, tp utk jangka masa yg singkat je, dalam 4 bulan camtu. Lepas tu naik balik. Pergi lagi sekali kena RM600 lagi sklai utk ubat yg sama. Sampai bila nk camtu katanya.

Dr kata dia boleh bagi ubat yg kuat dan lebih berkesan, tapi dia tak rekemen. Kalau mkn ubat tu tak boleh mengandung dlm 1 tahun. Mesti kuat kesan ubat tu.
Lagi satu dia boleh buat rawatan laser, tapi selalunya utk yg kena psoarisis hampir satu badan.

So far kawan ku tk cuba lagi supplement lain. Tak berapa nak percaya katanya. Dan takut nanti kena depend pd supplement tu sampai bila2. Dia prefer yg sapu kt luar je. dan sekarnag ni masih mencari yg betul2 berkesan. Kesian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 04:06 PM | Show all posts
ada saudara yg mangalami penyakit ni  masuk group wasap kursus bagi yg   penyakit  mcm ni.... dari apa yg dia servey..tak semua org pakai ubat yg sama akan sembuh... ada yg sembuh pakai ubat a... ada lak yg cuba ubat a tak de kesan....(  sembuh pun kejap je.. dah tu naik balik.... ).. ubat ada mcm mcm jenis... ada yg serasi dgn ubat doktor kerajaan ada yg serasi ubat farmasi....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.320601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list