View: 9763|Reply: 32
|
NOVEL: AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA
[Copy link]
|
|
selamat sejahtera semua pembaca novel kat sini, saya nak upload novel saya ni. Diharap anda semua terhibur dan dapat memberikan sedikit sebanyak komen kepada novel hasil karya saya ni. Apa-apa pun, kita mulakan dengan sinopsisnya dulu ya.....
Ringkasan/Sinopsis:
Alasan‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’, satu alasan yang agak popular dan selalu digunakan di kalangan muda-mudi tidak kira perempuan mahu pun juga lelaki untuk menolak cinta seseorang atau pun meninggalkan kekasih mereka.
Adakah benar mereka tidak mahu pasangan yang baik buat diri mereka? Adakah seseorang itu perlu menjadi jahat supaya diterima cinta mereka? Hanya mereka yang memberi alasan tersebut sahaja yang tahu.
Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Aina yang telah ditinggalkan oleh kekasihnya dengan memberikan satu alasan yang berbunyi ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’. Alasan itu membuatkan fikirannya timbul bermacam-macam pertanyaan serta seribu satu persoalan.
Johar, seorang jejaka yang datang dari keluarga yang agak berada tetapi agak sederhana sahaja rupa parasnya juga sering menjadi mangsa ditolak cinta oleh gadis-gadis yang ingin didekatinya dengan alasan yang sama juga. Pertemuan di antara mereka berdua pada suatu hari telah membuahkan satu persahabatan yang erat di antaramereka berdua lebih-lebih lagi mereka berdua pernah merasai pengalaman ditolak cinta dengan alasan yang sama iaitu ‘AwakTerlalu Baik Untuk Saya’.
Sejauh manakah Aina & Johar dapat mencari erti & memahami maksud yang tersirat di sebalik ayat hikmat tersebut yang menjadi igauan dan mempengaruhi kehidupan mereka berdua? Serta berjayakah mereka berdua menemui cinta sejati yang menjadi dambaan mereka selama ini……?!
Last edited by RED 666 on 16-5-2013 08:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
okeh, selepas membaca sinopsisnya, bacalah pulak ceritanya ya..... kita mulakan dengan bab yang pertama..... bab yang akan memperkenalkan dengan watak heroin cerita ini iaitu Aina.
BAB 1
“Awak terlalu baik untuk saya….,”
Kedengaran seorang lelaki telah mengucapkan ayat tersebut kepada kekasihnya ketika kedua-dua mereka sedang berbual-bual di bawah sebuah pokok besar tepi tasik bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Berbual sambil menikmati keindahan tasik tersebut.
“Razzi, apa yang awak cakapkan ni, saya benar-benar tak faham?,” tanya gadis yang menjadi kekasih kepada lelaki bernama Razzi itu.
“Aina….,”
Kedengaran sebak dan tersekat-sekat suara Razzi ketika menyebut nama kekasihnya itu.
“Kenapa ni Razzi, apa yang awak nak cakap sebenarnya?,” tanya Aina kepada Razzi. Kata-kata Razzi tadi membuat dirinya berasa benar-benar bingung dan pelik, kenapa tiba-tiba sahaja teman lelakinya itu berkata sedemikian?
“Saya rasa sampai di sini sahajalah perhubungan kita. Apa-apa pun saya tak sanggup tengok awak sedih sebab awak terlalu baik untuk saya. Awak carilah lelaki lain yang lebih baik daripada saya,” jawab Razzi kepada Aina.
“Awak…. apa awak cakap ni…. saya tak faham langsunglah dengan awak ni?!,” tanya Aina yang nampak kehairanan.
Rasa hairan dan bingung Aina semakin bertambah-tambah apabila mendengarkan kata-kata Razzi itu tadi. Seribu satu persoalan pasti hinggap di fikiran Aina ketika ini. Apa yang membuatkan Razzi tiba-tiba melafazkan kata-kata yang bukan-bukan kepada Aina? Kata-kata yang agak abstrak dan sukar difahami maksudnya.
“Apa salah saya yang membuatkan awak tiba-tiba cakap macam ni? Kalau saya ada buat apa-apa salah dan silap kepada awak, saya mohon awak maafkan saya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki,” Aina memohon kemaafan daripada Razzi.
“Awak tak salah apa-apa pun, Aina. Sikit pun awak tak pernah sakitkan hati saya dan buat jahat kat saya. Awak mungkin ada nakal-nakal dan usik-usik saya sebelum ini, tapi saya tak pernah ambil hati serta rasa sakit hati dengan perbuatan awak itu. Saya anggap semua itu cuma gurauan semata-mata, untuk mengeratkan lagi hubungan kita berdua,” jelas Razzi kepada Aina dengan bersungguh-sungguh.
“Dah tu kenapa awak tiba-tiba saja nak putuskan hubungan kita ini? Lebih kurang tiga tahun kita bahagia bersama selama ini. Sampai hati awak buat saya macam ini, biarkan saya terkontang-kanting keseorangan ditinggalkan awak begitu sahaja! Awak memang kejam Razzi! Awak memang pentingkan diri awak sendiri saja!,” bentak Aina menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Razzi. Kata-kata dan perbuatan Razzi tersebut benar-benar menyakitkan hatinya.
Sejurus saja dimarahi Aina, Razzi pun memegang erat kedua belah tangan Aina, barangkali untuk memujuk Aina yang sedang dalam kemarahan itu.
“Saya memang sayangkan awak, sangat sayang kepada awak, bahagia bersama awak selama ini. Setelah sekian lama bersama awak, saya rasakan diri saya begitu kecil, rendah diri di mata awak, sebab awak terlalu baik kalau nak dibandingkan dengan saya ini. Saya rasa benar-benar tak layak berada di samping awak, awak lebih layak bersama dengan seorang lelaki yang baik, jauh lebih baik daripada diri saya yang hina ini. Awak lupakanlah saya, carilah lelaki lain yang lebih baik daripada saya dan mampu membahagiakan diri awak selama-lamanya.,” Razzi memberikan penjelasannya kepada Aina.
Aina yang mendengar penjelasan Razzi tersebut, tergamam dan kelu tidak berkata, barangkali penjelasan yang diberikan Razzi tersebut membuatkannya berasa terharu. Adakah Aina masih marahkan Razzi? Cuma hatinya saja yang tahu.
“ Selamat tinggal Aina, jaga diri baik-baik,”
Razzi melafazkan kata-kata tersebut dengan suaranya yang agak sebak dan sedih sambil melepaskan lembut tangan Aina yang dipegang eratnya tadi. Matanya kelihatan basah berlinangan air mata disebabkan rasa sedih yang amat sangat. Sedangkan Aina pula kelihatan terpancar seribu satu kehairanan & kebingungan di wajahnya ketika itu.
“Saya dah nak balik ke rumah ni. Kena balik cepat sebab ada kerja pejabat nak dibuat di rumah. Terpaksa bawa balik ke rumah sebab tak sempat nak habiskan lagi pun bos saya nak segera kerja tu, dah buat overtime pun masih tak sempat nak habiskan. Tadi kita datang bersama naik kereta saya, biar saya hantar awak pulang ke rumah ya,” Razzi menawarkan diri untuk menghantar Aina pulang ke rumah dengan menaiki keretanya.
“Tak apa, awak baliklah seorang. Saya boleh naik teksi je. Tak payah nak susahkan diri hantar saya balik rumah,” Aina menolak pelawaan Razzi itu, dengan nada yang agak kasar. Nampaknya Aina memang masih marahkan Razzi disebabkan kejadian itu tadi.
Sejurus sahaja menawarkan diri untuk menumpangkan Aina dan ditolak mentah-mentah, Razzi pun berlalu pergi dengan terus sahaja menaiki keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta yang berhampiran dalam keadaan bermuka sedih dan tergesa-gesa meninggalkan Aina keseorangan. Aina ketika itu diam terpaku dan membisu seribu bahasa, terkejut serta terpinga-pinga akibat penangan ayat misteri yang menimbulkan seribu satu tanda tanya berbunyi ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’ itu.
Apakah maksud yang tersirat di ayat misteri itu? Mungkin hanya Razzi sahaja yang tahu. Razzi yang memecut laju keretanya meninggalkan tepi tasik itu yang mungkin menjadi tempat pertemuan terakhirnya dengan Aina mula menjauh dan tidak kelihatan lagi di situ, jauh dari pandangan mata Aina. Aina pula masih berdiri keseorangan di bawah pokok besar di tepi tasik tersebut yang menjadi saksi pertemuan terakhir mereka berdua tadi.
Kelihatan air mata mula membasahi kelopak mata Aina sedikit demi sedikit dan kemudian mula bertakung dengan banyak sekali sehingga mula membasahi pipinya. Aina berasa amat sedih sekali dengan kejadian yang menimpanya sebentar saja tadi. Hatinya berasa amat pilu dan sakit sekali bagaikan dihiris sembilu akibat ditinggalkan begitu sahaja oleh Razzi, jejaka yang telah bertakhta dihatinya selama ini.
Selama lebih kurang tiga tahun mereka berdua menyulam cinta sejak di zaman universiti sampailah di zaman bekerja sekarang ini. Bersama- sama membina mahligai cinta yang tersergam megah dan indah. Mahligai cinta yang megah berdiri kukuh dan tidak akan runtuh dengan begitu mudah sekali.
Tetapi hari ini, tidak sampai satu jam pun pertemuan terakhir mereka di tepi tasik itu tadi, menghancurkan terus mahligai cinta yang dibina teguh selama ini begitu sahaja. Mahligai cinta yang kukuh lagi teguh itu hancur berkecai begitu sahaja bagaikan dihentam ombak tsunami akibat penangan daripada satu mantera hikmat lagi sakti yang berbunyi………
“AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”
Kata-kata hikmat Razzi tersebut terus bermain dan terngiang-terngiang di dalam fikiran Aina dan membuatkan hatinya cukup tidak tenteram sekali.
“AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”
“AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”
“AAARRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!,”
Aina menjerit di dalam hatinya akibat fikirannya diganggu oleh kata-kata hikmat Razzi itu. Mahu saja dia bertempik menjerit sekuat hati untuk melepaskan segala kemarahannya yang terpendam itu, supaya lega rasa hatinya daripada rasa sakit menahan sembilu yang dilepaskan oleh Razzi sehingga mencucuk dalam sampai pedih hatinya. Walaupun dengan sedaya upayanya cuba menahan kesakitan di hatinya itu, akhirnya Aina tidak dapat menanggung dan menahannya lagi.
“RAAAAAZZZZZIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!! AKU BENCI KAU!!!!!!!!!!!!!!!,"
Tiba-tiba sahaja kedengaran tempikan kuat daripada Aina, tanpa rasa malu menjerit berseorangan memarahi Razzi yang sudah tiada bersamanya lagi di tepi tasik itu dengan serta merta tanpa disedari oleh dirinya sendiri. Nampaknya, kelakuannya itu tadi adalah di luar kawalan dirinya sendiri akibat dikuasai perasaan marah yang menghantui dirinya.
Last edited by RED 666 on 14-5-2013 03:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
baca bab yang seterusnya pula untuk mengetahui kisah selanjutnya.....
BAB 2
“Fuhhh…. lega rasanya hati,” Aina berkata sendirian di dalam hatinya.
Sungguh lega rasa dihatinya setelah meluahkan semua kemarahannya terhadap Razzi itu. Dilepaskannya segala perasaan marah, kecewa dan sedih terhadap Razzi, lelaki yang amat menjadi pujaan hatinya selama ini. Tiba-tiba muka Aina merah padam…… rasa malu tiba-tiba muncul di dirinya.
“Alamak, ada orang nampak aku terpekik terlolong macam hantu pontianak kat tepi tasik ni tak? Malu besar aku kalau ada orang nampak, silap-silap orang lain ingat aku ni orang gila nanti,” bisik Aina dihatinya.
Aina pun memerhatikan keadaan sekelilingnya. Dilihatnya…. tiada orang ramai yang berhampiran dengan dirinya. Kalau ada pun sangat berjauhan di kawasan seberang tasik dan disudut yang lain sana, semuanya sibuk dengan hal masing-masing.
Muda-mudi yang datangberpasangan semua sibuk dengan pasangan masing-masing. Golongan berkeluarga pula sibuk melayan telatah comel anak-anak mereka bermain di sana.
Ada juga yang datang secara berseorangan atau berkumpulan bersama dengan kawan-kawan, dengan tujuan untuk beriadah, berjoging, melepak dan juga termenung sambil memerhatikan keindahan tasik itu.
“Fuhhh, nasib baik…,” Aina berkata sendirian.
Nasib baik tidak ada orang di kawasan di tepi tasik tempat pertemuan terakhir Aina dan Razzi tersebut. Sekiranya ada, sudah tentu Aina akan disangka gila dan diketawakan orang ramai di sekeliling beramai-ramai.
Bukan itu saja, boleh jadi juga mungkin akan ditahan polis atas alasan mengganggu ketenteraman awam malah
juga mungkin akan dihantar terus ke hospital sakit jiwa dan dianggap sebagai pesakit mental.
Aina pun lantas beredar pergi dari tepi tasik itu untuk balik ke rumah sewanya demi untuk menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru dan tidak tenteram itu. Juga untuk memikirkan kenapa dia ditinggalkan begitu sahaja oleh Razzi serta maksud tersirat ayat hikmat Razzi itu.
Sebelum pulang ke rumahnya, Aina pun berhenti seketika di sebuah gerai menjual minuman dan makanan ringan di kawasan yang berdekatan dengan tasik tersebut, mungkin untuk membeli sedikit makanan ringan bagi mengalas perutnya.
“Akak, kira semua ni,” Aina membuat pembayaran untuk beberapa pek makanan ringan yang dibelinya kepada jurujual di gerai tersebut. Kelihatan lebih kurang dua puluh pek makanan ringan bersaiz besar yang dibelinya! Nampak banyak. Mungkin Aina membeli makanan ringan saiz besar sebanyak itu untuk dimakan bersama dengan rakan-rakan serumah di rumah sewanya.
“Banyaknya beli dik, nak buat parti ke beli banyak-banyak makanan ringan saiz besar ni?,” tanya penjual di gerai tersebut, dengan tujuan saja-saja untuk beramah mesra dengan pelanggannya.
“Nak makan semuanya sekalilah! Makan seorang diri! Sibuk betul lah akak ni tanya! Suka hati oranglah nak buat apa pun,” jawab Aina dengan marah sekali, mungkin kerana masih dipengaruhi oleh kemarahannya terhadap Razzi itu. Marahkan orang lain, orang lain yang terkena tempiasnya. Kasihan akak penjual gerai itu dimarahi oleh Aina begitu sahaja.
“Akak minta maaf sebab tanya adik macam tu,” penjual di gerai tersebut meminta maaf atas pertanyaannya yang menimbulkan kemarahan Aina tadi. Tetapi sebaliknya
Aina pula memalingkan muka dari kedai tersebut, buat-buat tak dengar sahaja permohonan maaf penjual di gerai itu dan terus sahaja menuju ke perhentian bas yang berdekatan untuk mendapatkan teksi atau bas dan terus pulang ke rumahnya. Nampak biadab sekali perbuatan Aina itu.
Setelah sampai di perhentian bas yang terletak di hadapan sebuah sekolah yang agak berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa itu, Aina pun duduk untuk menunggu bas atau teksi sambil menikmati makanan ringan yang dibelinya tadi.
“Nyum, nyum, sedapnya, hilang sikit rasa marah aku bila makan benda ni.,” Aina sedang seronok menikmati makanannya serta berkata sendirian di dalam hatinya. Tanpa disedari, sudah 30 minit berlalu begitu sahaja semata-mata hanya untuk menunggu bas atau teksi. Tiada langsung bas atau teksi yang lalu sepanjang penantian Aina di situ.
Lebih kurang hampir satu jam sudah pun berlalu pergi. Masih tiada teksi atau bas yang tiba di perhentian itu. Aina masih duduk menunggu begitu sahaja sambil menikmati juadah ringan yang dibelinya tadi. Nampak khusyuk sekali Aina menikmati makanan ringannya itu tanpa menghiraukan orang lain dan keadaan sekeliling. Gelagatnya itu menjadi perhatian beberapa orang yang sedang menunggu bas atau teksi bersama-samanya disitu.
“Apa tengok-tengok, sibuk je lah! Tak pernah tengok orang ke?,”
Aina yang memang masih sedang dalam keadaan marah itu menyergah beberapa orang yang sedang asyik memerhatikan gelagatnya yang makan dengan agak gelojoh itu. Setelah dimarahi Aina, beberapa orang yang asyik memerhatikan gelagat Aina dari tadi itu pun terus memalingkan muka mereka daripada Aina kerana malu akibat disergah dan dimarahi oleh Aina begitu sahaja.
Sedar tak sedar, lebih kurang lapan pek makanan ringan bersaiz besar pelbagai perisa daripada dua puluh pek yang dibelinya tadi habis dimakannya begitu sahaja! Banyaknya Aina makan. Adakah dia tak risau berat badannya naik mendadak? Mungkin dengan makan sebegitu banyak itu tadi boleh mengurangkan tekanan perasaan yang dialaminya akibat daripada perbuatan Razzi yang tidak berhati perut meninggalkannnya begitu saja itu.
Kelihatan sebuah teksi mula menuju ke arah perhentian tersebut. Sudah sekian lama menunggu, hari pun sudah jauh petang, sudah pun hampir maghrib, akhirnya tiba juga teksi untuk dinaiki pulang ke rumah. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, Aina pun segera menahan teksi tersebut secepat mungkin, takut ada orang lain yang akan menahan dan terus mengambil teksi tersebut. Kelihatan teksi tersebut tidak memberi lampu isyarat arah dan memperlahankan kelajuannya untuk berhenti mengambil penumpang walaupun telah
ditahan oleh Aina.
Rupa-rupanya, teksi tersebut telah pun ada penumpang di dalamnya dan sedang menuju ke destinasi yang diarahkan oleh penumpang tersebut.
“Geramnya! Lambatlah lagi aku nak balik macam ni!,” Aina mendengus bersendirian,
kerana dirasakannya sudah terlalu lewat untuk pulang ke rumah memandangkan hari pun sudah pun hampir senja.
Kelihatan sebuah lagi teksi sedang menuju ke arah perhentian tersebut. Aina pun melambai dari jauh, mengharapkan teksi tersebut segera berhenti ke arahnya. Pemandu teksi tersebut yang terlihat isyarat lambaian daripada Aina itu terus menyalakan lampu isyarat arahnya serta memperlahankan teksinya untuk berhenti di perhentian itu dan mengambil Aina di sana.
“Fuhhh, nasib baik ada teksi. Dapat juga aku pulang ke rumah,” kata Aina di hatinya. Tanpa berlengah lagi, Aina pun terus masuk ke dalam teksi itu untuk pulang ke rumahnya Lega rasanya dapat pulang ke rumah setelah kepenatan di luar sana tadi lebih-lebih lagi kerana bergelut menahan tekanan emosi akibat ditinggalkan oleh bekas teman lelaki kesayangannya sebelum ini, iaitu Razzi.
Tidak lama kemudian, Aina pun selamat sampai ke rumah sewanya. Rumah tersebut disewa bersama dua orang rakan karibnya iaitu Ema yang dikenalinya sejak di zaman sekolah menengah dan Yati, rakan yang dikenalinya semasa bersama-sama menuntut di universiti.
Setelah membayar duit tambang teksi, Aina pun terus meluru masuk ke dalam rumah dalam rumah sewanya, dan terus menuju ke biliknya tanpa bertegur sapa dengan Ema dan Yati yang sedang berehat menonton televisyen di ruang tamu. Cuma beberapa pek makanan ringan yang masih tinggal tadi sahaja diletakkan di atas meja dapur.
“Hai Aina, dah balik dah ke? Biasa kalau keluar dengan pakwe kau si Razzi tu lewat malam jugalah kau baru balik,” Ema menyapa Aina.
“Betul jugak tu, aku tengok muka kau sekarang ni pun nampak muram je, kau gaduh dengan Razzi ke?,” Yati pula bertanya kepada Aina. Kedua-dua mereka berasa hairan kerana Aina kebiasaannya akan balik ke rumah pada lebih kurang pukul 10.00 hingga 11.00 malam sekiranya keluar pada waktu petang bersama dengan Razzi .
Aina pula diam membisu, langsung tidak menjawab pertanyaan Ema dan Yati itu dan terus masuk ke biliknya. Sementara itu, mata Yati pula tertumpu kepada sesuatu yang berada di atas meja di dapur rumah sewa mereka.
“Wooww!!! Banyaknya jajan yang kau beli ni, kalau aku nak ambil satu boleh? Bosan jugak tak ada benda ringan nak makan masa tengah syok layan cerita kat TV ni,” Yati meminta kebenaran kepada Aina untuk mengambil satu pek makanan ringan saiz besar yang dibelinya untuk dimakan semasa menunggu teksi petang tadi.
“Woooiiii!!! Tak boleh! Aku punya semua tu!,” Aina pun memarahi Yati kerana mahu mengambil makanan-makanan ringannnya itu lalu merampas kesemuanya sekali dan kemudian terus membawa semua pek-pek makanan ringan tersebut masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik tidurnya dikunci rapat. Yati pula tergamam dengan tindakan Aina itu, kelu tidak berkata apa-apa.
“Apasal kawan kita tu, ada masalah ke?,” Ema bertanya kepada Yati.
“Mungkin juga, itu yang angin semacam je. Takutlah aku,” jawab Yati.
Sementara itu, Aina pula berkurung sendirian di dalam bilik tidurnya dan berbaring di atas katilnya sambil termenung, mungkin juga teringatkan peristiwa sedih detik perpisahannya dengan Razzi yang baru saja berlaku dan masih segar diingatannya.
Peristiwa sedih lagi pilu pada waktu petang di bawah pokok besar yang teduh di tepi tasik bertempat di Taman Tasik Titiwangsa itu tadi telah menjadi memori pahit di dalam ingatan Aina yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.
Last edited by RED 666 on 14-5-2013 03:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
oklah, kita ke bab yang ketiga pula, bab yang akan memperkenalkan kita kepada watak hero cerita ini iaitu Johar
BAB 3
“RRRRIIIIIIIINNNNNNNNGGGGG!!!!!!!!!”
Jam loceng begitu kuat kedengaran, dan menunjukkan waktu tepat pukul 11.00 pagi.
“Johar! Bangunlah, dah pukul 11.00 ni!,” kedengaran seorang pemuda sedang mengejutkan rakannya yang masih lagi nyenyak tidur dan dibuai mimpi indah.
“Arrrrrrghhhhhhh!!!! Kacau betullah kau ni Mizi, aku tengah syok tidur ni kau kacaulah pulak! Dah lah, pergi main jauh-jauh,” marah Johar kepada Mizi, rakan serumah yang juga kawan baiknya kerana merasakan tidurnya telah diganggu.
“Kau lupa ke yang kau ada dating dengan awek yang kau berkenalan kat internet tu tengah hari ni? Kau jugak yang suruh aku kejutkan dan ingatkan kau selain daripada tolong kuncikan jam untuk kau,” Mizi mengingatkan Johar tentang temujanjinya dengan seorang gadis yang dikenalinya melalui sebuah laman sosial di internet.
“Alamak! Betullah, aku ada dating dengan Asma hari ni. Terima kasih Mizi ingatkan aku,” Johar mula mengingati semula temujanjinya itu setelah diingatkan oleh Mizi.
“Nampaknya kena cepat ni, dah pukul 11.15 pagi dah ni, aku janji nak jumpa dia pukul 12.00 tengah hari nanti, kena bersiap cepat, takut lambat lah pulak!,” Johar berkata kepada Mizi lalu bingkas bangun dari tempat tidurnya.
“Okeylah, aku pergi dulu. Ada overtime kat kilang tempat aku kerja hari ni, banyak kerja nak kena selesaikan sebab klien aku nak barang dia secepat mungkin, kalau boleh hari Rabu minggu ni. Bestlah kau hari ni cuti, bukan setakat boleh rehat, boleh keluar jumpa dengan awek lagi,” Mizi berkata sambil mengusik Johar. Johar yang diusik oleh Mizi itu kelihatan tersipu-sipu.
“Alaaaaaaa, kadang-kadang aku pun kena buat overtime jugak. Sama je sibuknya kita berdua ni, cari makanlah katakan,” balas Johar kepada Mizi.
“Okeh geng, aku nak mandi ni, kau kunci rumah tu elok- elok, takut pencuri masuk. Waktu pagi nak masuk tengah hari pada hari Ahad ni, biasanya kat kawasan tempat tinggal kita ni banyak je budak-budak muda samseng melepak tak tentu hala. Kadang-kadang masuk rumah orang lain sesuka hati pergi curi barang lebih-lebih lagi bila nampak macam tak ada orang kat rumah. Banyak kali dah jadi kat kawasan kita ni, takutlah aku kalau dia orang ni tiba-tiba je nak masuk rumah kita pulak,” Johar mengingatkan Mizi sebelum masuk ke bilik mandi untuk bersiap.
“Orait, no problem punya.,” Mizi memberi jaminan akan menguncikan rumah sewa mereka berdua dengan baik sepemergiannya ke tempat kerjanya.
Setelah berkata kepada Johar, Mizi pun terus menaiki keretanya terus menuju ke tempat kerja. Kerjayanya sebagai jurutera di sebuah kilang komponen dan semi konduktor elektronik menuntut banyak komitmen sehingga kerap kali terpaksa kerja lebih masa untuk memastikan segala pengeluaran produk berjalan lancar dan dapat dihantar ke pihak pelanggan tepat pada masa yang dijanjikan.
Sedangkan Johar pula bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah bank, kadang-kala sahaja perlu ke pejabat untuk memantau dan menyelesaikan apa-apa yang patut. Cuma hanya tidak sesibuk seperti tugas seorang jurutera kilang. Biasanya hanya bekerja mengikut hari bekerja biasa sahaja. Tetapi kadang kala perlu balik lewat juga bagi menyelesaikan apa sahaja kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan segera.
Mereka berdua berkawan baik sejak di zaman sekolah menengah berasrama penuh sehinggalah ke alam dewasa. Mereka tinggal bersama-sama di rumah sewa sejak mula keluar universiti dan bekerja memandangkan kampung halaman mereka jauh dari tempat kerja mereka sekarang ini. Mereka juga belajar di universiti yang sama tetapi tidak mengambil kursus yang sama. Johar mengambil jurusan perakaunan dan Mizi pula mengambil jurusan kejuruteraan elektronik.
Johar berasal daripada keluarga yang agak berada. Bapanya memiliki sebuah syarikat perhotelan yang agak besar dan maju. Sebagai bakal pewaris syarikat bapanya, Johar diarahkan oleh bapanya untuk bekerja di tempat lain demi untuk mematangkan dirinya dan mencari pengalaman. Sementara Mizi pula berasal dari keluarga yang sederhana saja. Bapanya cuma seorang askar berpangkat Pegawai Waran yang sudah pun pencen.
Walau bagaimanapun, semua perbezaan ini tidak menghalang keakraban perhubungan mereka berdua sebagai sahabat baik, lebih-lebih lagi Johar adalah seorang yang amat merendah diri dan tidak pernah mengangkat serta membesar-besarkan statusnya sebagai anak orang kaya. Johar berkawan baik dengan sesiapa sahaja pun tanpa mengira status.
Setelah selesai mandi dan mengelap badannya, Johar pun terus ke almari bajunya bagi mencari baju yang sesuai dipakai untuk berjumpa Asma, gadis yang dikenalinya melalui laman sosial di internet tersebut.
“Dah lapan bulan kita berkawan di internet, baru sekarang dapat jumpa dengan kau, sudah betul nak ajak kau ni keluar. Dah dapat jumpa dengan kau ni kenalah pakai hensem-hensem dan berjenama sikit, maklumlah nak keluar dengan awek cantik macam kau,” Johar berbisik dihatinya riang kegirangan sambil memilih pakaian yang sesuai.
Rupa-rupanya sudah lapan bulan Johar berkawan dengan Asma di internet. Setelah sekian lama berkawan rapat barulah berpeluang untuk keluar bersama. Mungkin Asma itu sering sibuk agaknya. Hari ini mungkin menjadi hari yang paling gembira buat Johar kerana dapat berjumpa dengan seorang gadis yang menjadi pujaan hatinya selama ini.
Setelah menyarungkan pakaiannya, Johar pun mendandan rambutnya sekemas mungkin dan kemudian menyemburkan minyak wangi sehingga dirinya menjadi sewangi yang boleh. Selepas itu, Johar membelek-belek cermin buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari rumahnya untuk memastikan dirinya berada dalam keadaan sekacak yang mungkin.
“Hmmmm, dah nampak hensem aku ni, boleh lah,” Johar memuji dirinya sendiri setelah berpuas hati dengan penampilannya sebelum keluar dari rumah.
Johar pun kemudiannya membuka kunci rumah dan keluar dari rumahnya serta menguncikan semula rumah sewanya itu sebaik mungkin sebelum masuk ke keretanya. Dengan rasa tidak sabar lagi, Johar pun terus memacu laju keretanya untuk segera sampai ke destinasi yang ingin ditujuinya iaitu Menara Kembar Petronas KLCC(Kuala Lumpur City Centre) dan berjumpa dengan Asma di sana.
Setelah sekian lama memandu, akhirnya Johar sampai juga di KLCC. Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah hari. Johar memang sempat sampai ke sana tepat pada masanya, tidak lambat sedikit pun. Johar pun menuju ke lapangan air pancut yang terletak berhadapan dengan bangunan Suria KLCC, pusat membeli belah yang berdekatan dengan Menara Kembar Petronas KLCC tersebut untuk bertemu dengan Asma di sana seperti yang telah dijanjikan mereka bersama sebelum ini.
Apabila sampai di lapangan air pancut tersebut, Johar pun mencari-cari Asma. Kelihatan Asma langsung tiada di sana, bayangnya juga tidak kelihatan. Walau bagaimanapun, Johar tetap terus mencari-cari dan menjenguk-jenguk, takut-takut Asma ada di sekitar kawasan tersebut cuma hanya dilindungi kelibatnya oleh orang ramai yang berada di situ.
Setelah sekian lama mencari dan menunggu, Asma masih juga tidak kelihatan. Tak tahulah sama ada dia terlambat, terlupa nak datang, buat-buat lupa nak datang tak pun malas nak datang langsung!
“Mana pulak lah minah ni, janji nak jumpa tapi tak sampai-sampai pun lagi,” keluh Johar atas kelewatan Asma itu.
Jam di tangannya menunjukkan pukul 12.30 tengah hari, sudah setengah jam rupanya Johar menunggu Asma yang masih tak kunjung tiba. Johar sudah tidak sabar lagi lalu mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon bimbit Asma untuk menghubungi Asma. Setelah mendail nombor Asma, tiba-tiba kedengaran suara operator yang berbunyi,
“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi,”
“Minah ni tutup phone dia ker? Dah cuba call tak dapat lah pulak! Penatlah pula tunggu dia ni, dahlah panas terik, duduk jelah kat mana-mana dulu,” dengus Johar.
Akibat kebosanan menunggu Asma, Johar pun duduk di tempat duduk di kawasan yang agak teduh yang terdapat di sekitar kawasan lapangan air pancut tersebut untuk berehat seketika. Tanpa disedari ketika sedang duduk berehat tiba-tiba matanya menjadi berat dan sedikit demi sedikit matanya tertutup rapat. Rupa-rupanya Johar telah pun tertidur, nyenyak tidur dibuai mimpi disebabkan keletihan menunggu Asma lebih-lebih lagi cuaca yang agak panas ketika ini.
Last edited by RED 666 on 14-5-2013 03:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
bab seterusnya bagi pengenalan watak hero kita iaitu Johar....
BAB 4
“Hai Johar!,” tiba-tiba kedengaran suara seorang gadis sedang menyapa Johar yang sedang nyenyak tidur itu.
“ Si…si…a…pa…?,” Johar yang sedang mengantuk itu mula bangun dan bersuara lalu memandang ke arah gadis yang menyapanya sebentar tadi.
“ASMA!!,” Johar kelihatan terkejut melihat gadis tersebut, lalu memanggil namanya.
Rupanya gadis tersebut adalah Asma yang ditunggunya sejak sekian lama tadi. Johar pun melihat jam tangannya untuk melihat waktu sudah pukul berapa. Kelihatan jam tangannya menunjukkan waktu pukul 1.40 petang. Nampaknya hampir 2 jam masa berlalu menunggu Asma yang baru saja tiba itu.
“Sorry Johar! I lambat sikit, maafkan I ya, kesian awak tunggu lama.,” Asma memujuk Johar dengan nada suara yang agak manja. Mana-mana lelaki yang mendengarnya pasti berasa cair dan berdegup rasa hati.
“ Tak apa, I tak kisah, awak punya pasal tunggu berapa lama pun tak apa,” jawab Johar yang menyambut dengan hati yang terbuka permohonan maaf Asma itu. Hatinya yang panas berasa marah tadi akibat kelambatan Asma itu sejuk dingin serta merta dek penangan tiupan angin bayu daripada suara manja Asma yang menusuk kalbu tersebut.
Bukan setakat kemarahan Johar sudah hilang serta merta, rasa mengantuknya itu tadi juga sudah lenyap sama sekali. Segar bugar wajahnya penangan daripada melihat wajah ayu Asma yang cantik jelita itu. Selama ini wajah cantik Asma yang memukau itu hanya dapat ditatapi di internet sahaja sepanjang perkenalan mereka berdua. Kini wajah jelita yang dikaguminya itu sudah pun berada di depan matanya sendiri.
Asma bukan setakat mempunyai suara yang manja serta wajah yang jelita dan kulit yang putih bersih. Rambutnya yang panjang lurus separas bahu dan tubuhnya yang langsing sederhana tinggi juga menjadi igauan setiap lelaki yang memandangnya. Lebih-lagi baju kebaya warna merah jambu yang dipakai pada masa pertemuannya dengan Johar ini menyerlahkan lagi keanggunan dan kecantikannya.
Sedangkan rupa paras Johar adalah sederhana sahaja. Berbadan sedikit tegap tetapi berketinggian sederhana, berambut lurus sikat belakang dan berkulit sawo matang. Begitu juga dengan Mizi rakan serumahnya, berupa agak sederhana sahaja, cuma Mizi bertubuh agak tinggi dan gempal serta berambut tegak tajam. Pasti bangga rasanya hati Johar dapat berjalan bersama dengan Asma yang cantik jelita seperti seorang artis pujaan itu.
Setelah bersua muka bersama, Johar dan Asma pun berjalan-jalan bersama di kawasan sekitar kawasan air pancut tersebut untuk beriadah seketika dan kemudian berjalan masuk ke dalam bangunan Suria KLCC untuk bersiar-siar sambil melihat apa yang patut.
“Dah lama saya nak jumpa awak tapi baru sekarang dapat keluar bersama, gembira betul rasanya awak sudi keluar dengan saya hari ini.,” Johar berkata kepada Asma yang sedang menumpukan perhatian kepada sebuah beg tangan yang dipamerkan di depan sebuah butik yang terdapat di dalam bangunan Suria KLCC itu.
“Biasalah, saya ni sentiasa sibuk, maklumlah kerja business woman macam saya ni, macam-macam perkara nak kena fikir dan uruskan,” jawab Asma.
“Awak berniaga apa ya? Dah lama kita kawan kat internet tapi tak pernah pun awak dengan jelaskan dengan terperinci bisnes awak tu,” tanya Johar kepada Asma.
“Ada la….. rahsia. ,” Asma menjawab sambil mengenyitkan sebelah matanya. Goyah rasa hati Johar melihatkan kenyitan mata Asma yang menggoda itu.
“Apa-apa pun saya dah lama berkenan dengan beg tangan itu, cantik betul, kalaulah saya boleh milikinya,” Asma berkata kepada Johar sambil menunjukkan kepada beg tangan yang diperhatikannya sejak tadi lagi.
“Awak belikanlah kepada saya, bolehkan? Tak mahal harganya, RM50,000.00 jer.,” Asma memujuk Johar supaya membelikannya beg tangan tersebut.
Mahal betul harga beg itu. Harganya mahal kerana jenama beg tersebut adalah jenama yang agak mewah dan sering menjadi pilihan golongan berada. Bahan yang digunakan untuk menghasilkannya juga berkualiti tinggi. Johar yang mendengarkan harga beg tersebut tersentak dan terdiam seketika.
“Mahalnya! Sebelum ini aku ada pernah jugak beli barang-barang jenama mewah untuk aku sendiri pakai macam beg, dompet & lain-lain lagi, tapi takdelah pulak semahal beg tangan yang aku tengok hari ini. Biasa yang aku pakai harga kurang daripada RM20,000.00. Reka bentuk terkini agaknya,” bisik Johar dihatinya.
“Belikanlah untuk saya, belikanlah….,” Asma terus menerus memujuk rayu Johar membelikannya beg tersebut dengan manja sekali. Sejurus kemudian Johar pun mula berkata setelah terdiam seketika tadi.
“Baiklah, awak punya pasal saya tak kisah,” akhirnya Johar bersetuju untuk membelikan beg tangan yang mahal tersebut setelah dipujuk rayu oleh Asma.
“Terima kasih. Sayang awak…..,” Asma pun mengucapkan terima kasih dengan nada yang menggoda setelah kemahuannya dituruti oleh Johar.
Nampaknya tiada masalah untuk Johar membelikan beg tangan yang mahal tersebut
maklumlah anak orang berada dan juga berjawatan besar di dalam kariernya. Tidak kisah walaupun terpaksa membelinya secara hutang kad kredit!
Setelah selesai membeli beg tersebut, Johar dan Asma pun pergi ke restoran makanan segera yang ada di dalam bangunan Suria KLCC itu untuk duduk berbual-bual sambil menjamu selera.
“Asma, saya gembira dapat keluar dengan awak hari ini. Sepanjang perkenalan kita di internet selama lapan bulan lamanya, saya rasa seronok dapat mengenali diri awak. Sekarang, kita berdua
dah pun bersua muka. Saya harap kita dapat berkawan lebih rapat lagi dan lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi,” Johar meluahkan kegembiraannya kepada Asma.
“Oooo…. begitu rupanya.,” Asma pula menjawab secara acuh tidak acuh sahaja.
“Awak dah ada teman lelaki ke belum?,” tanya Johar.
“Belum lagi, tak ada masa nak berboyfriend-boyfriend ni, selalu sangat sibuk, nak tidur pun tak sempat kadang-kadang tu,” jawab Asma.
“Baguslah macam itu, saya pun masih solo lagi.,” Johar berkata dengan Asma dengan nada yang agak gembira.
“Dah tu kenapa?,” tanya Asma kepada Johar pula dengan nada yang agak kasar.
“Sebenarnya saya dah lama jatuh cinta kepada awak selama perkenalan kita di internet selama lapan bulan itu. Selepas bertemu awak pada hari ini, saya makin suka kepada awak. Saya harap awak sudi menerima cinta saya dan menjadi suri di hati saya ini,” jawab Johar dengan berterus-terang.
“Minta maaf, saya tak dapat terima cinta awak,” kedengaran kata-kata tersebut tiba-tiba sahaja diluahkan oleh Asma kepada Johar yang ketika itu baru sahaja meluahkan perasaan cintanya serta mengharapkan cintanya dibalas Asma.
“Kenapa Asma? Saya betul-betul ikhlas ni. Saya harap awak jangan hampakan saya.,” Johar merayu kepada Asma dengan bersungguh-sungguh.
“Awak terlalu baik untuk saya…. ,” jawab Asma dengan nada yang agak serius.
“Asma, apa awak cakap ni? Tolonglah, jangan kecewakan saya, saya benar-benar cintakan awak, berilah peluang kepada saya, saya janji akan setia sehidup semati dengan awak sampai bila-bila pun. Percayalah cakap saya ni,” Johar bersuara lagi sambil memujuk Asma.
“Lebih baik kita berkawan sahaja. Saya tak sesuai dengan awak, awak carilah perempuan lain yang lebih baik daripada saya. Selamat tinggal Johar, sampai di sini sahajalah pertemuan kita,” jawab Asma kepada Johar.
“Kenapa awak cakap macam ni, saya tak faham betul lah awak ni. Kalau awak rasa saya ni baik takkanlah awak tak boleh nak terima saya, takkanlah awak nak penjahat tak pun penyangak yang jadi teman lelaki awak?,” bentak Johar menyua-rakan rasa tidak puas hatinya kepada Asma.
Asma diam seribu bahasa dan tidak menjawab pertanyaan Johar tersebut lalu terus bangun meninggalkan Johar keseorangan di meja makan mereka seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Johar yang ditinggalkan keseorangan itu terpinga-pinga melihatkan gelagat pelik Asma itu. Mukanya merah padam menahan malu dan kemarahan yang meluap-luap akibat kata-kata Asma yang mengguris perasaannya dan juga membuatnya terus hilang selera makan!
“AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…….,”
“AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…….,”
Kata-kata Asma yang menyentuh hati itu terngiang-ngiang di dalam kepala Johar dan membuatkan dirinya berasa tidak tenteram.
“Pelik betul, takkan tak nak orang yang baik-baik? Tak kan orang jahat pulak yang diterimanya, perempuan
memang pelik, sangat pelik. Sejak dari zaman sekolah menengah dan di zaman universiti lagi aku selalu kena tolak cinta dengan alasan ini,” Johar berkata-kata di dalam hatinya, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Asma yang aneh lagi menyakitkan hati itu.
Tidak lama kemudian, Asma yang telah pun beredar hilang dari pandangan mata Johar. Johar yang sedang dalam keadaan marah dan sedih itu segera menghabiskan makanannya dan terus beredar dari situ untuk pulang ke rumah bagi mencari ketenangan. Nampaknya hari yang disangka Johar akan menjadi memori indah buat dirinya itu telah menjadi hari yang penuh duka dan ingin dilupakan terus dari ingatannya.
Last edited by RED 666 on 14-5-2013 04:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada ke yang sudi nak komen novel saya ni?
apa-apa pun saya dah susun semula perenggan dalam novel saya ini supaya lebih mudah dan selesa dibaca. Last edited by RED 666 on 14-5-2013 04:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab seterusnya, imbasan kembali pertemuan Aina dan Razzi........
BAB 5
Pagi hari Selasa, di rumah sewa Aina, kelihatan bilik tidur Aina masih lagi berkunci.
Rupa-rupanya Aina masih lagi mengurungkan dirinya seorang diri di dalam bilik tersebut.
Masih lagi bersedih mengenangkan perbuatan Razzi meninggalkannya serta ayat hikmat
Razzi yang berbunyi ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’ itu. Peristiwa tersebut benar-benar
telah memberi satu impak yang dahsyat dalam hidupnya.
Sudah lebih kurang tiga hari berturut-turut Aina berkeadaan sedemikian, keluar sekejap
pun hanya untuk mengambil makanan dan minuman untuk dimakan dan minum di biliknya
dan mandi sahaja. Keadaannya itu telah menimbulkan rasa risau kepada rakan serumahnya,
Ema dan Yati. Mereka memang cuba untuk mendekati Aina dan memujuknya tetapi tidak
berjaya kerana apabila didekati, pasti akan dimarahi Aina seteruk-teruknya. Disebabkan itu,
mereka mula buat tak endah dan menjalankan urusan mereka sendiri sahaja. Sekarang ini
mereka berdua ada di tempat kerja mereka, hanya tinggal Aina bersendirian di rumah
sewa mereka.
“Razzi, kenapa awak buat macam ni kepada saya? Kenapa? Saya dah tak cukup
cantik untuk awak ke? Sampai hati awak buat macam ni kepada saya,” Aina yang
duduk berkurung berseorangan di biliknya itu bercakap sendirian sambil memandang
ke arah cermin muka di biliknya.
Menelek-nelek wajah cantik dan comelnya yang sedang dalam kesedihan itu.
Akibat rasa sedih kerana perbuatan Razzi itu, disangka pula wajahnya sudah lagi
tidak cantik dan menawan pada mata Razzi. Rasa rendah diri pun mula menyelu-
bungi hatinya lebih-lebih lagi apabila terbayangkan wajah Razzi yang amat kacak itu.
Aina sebenarnya memang seorang gadis yang amat cantik. Berambut panjang
ikal paras bahu yang selalunya diikat tocang, bertubuh langsing sederhana tinggi,
berkulit agak cerah dan juga memakai cermin mata kerana mengalami rabun jauh.
Wajahnya yang bercermin mata itu menampakkan dirinya sebagai seorang yang agak
terpelajar, sesuai dengan status dirinya sebagai seorang graduan universiti. Aina dan Razzi
menuntut di universiti yang sama iaitu Universiti Seri Megah yang terletak di sebuah bandar
bernama Megah Jaya.
Kursus yang diambilnya di universiti ialah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan
yang kini membolehkannya bekerja dengan jawatan yang agak bagus iaitu sebagai
seorang pegawai pemasaran. Cuma masih belum membeli sebuah kereta lagi buat masa ini
untuk kegunaan seharian kerana mahu menyimpan wang terlebih dahulu. Bas dan teksi
menjadi pengangkutan utama sehariannya ke tempat kerja.
Aina berbaring di atas katilnya yang bertilam empuk, untuk tidur dan menghilangkan
ingatannya terhadap Razzi. Sedaya upaya dicubanya tetapi tetap tidak berjaya malah
juga tidak dapat tidur langsung. Wajah Razzi susah untuk dilupakannya begitu sahaja.
Terlalu kacak dan sempurna malah boleh dikatakan amat terlebih hensem! Adalah
menjadi satu kebanggaan bagi mana-mana gadis pun kalau dapat memiliki teman
lelaki sekacak Razzi.
Razzi memang seorang amat kacak dan tampan. Tinggi lampai seperti seorang
model, berambut lurus belah tengah, berkulit putih bersih serta berwajah agak
jambu persis artis lelaki yang berasal dari negara Korea. Rupa parasnya sememang-
nya sangat sempurna di pandangan mata seorang wanita dan menjadi kegilaan pelajar-
pelajar perempuan semasa di universiti dahulu.
Di mana sahaja dia pergi dan berada ataupun menyertai sebarang aktiviti semasa di zaman universitinya dahulu pasti akan ada pelajar-pelajar perempuan yang mencuri-curi pandang ke arahnya. Razzi juga amat cemerlang dalam bidang sukan dan selalu mewakili universitinya sebagai pemain bola sepak. Kerjayanya kini adalah seorang arkitek, bersesuaian dengan kelulusan ijazah sarjana mudanya dalam bidang senibina.
Aina juga tidak kurang popularnya di kalangan para pelajar lelaki semasa di
zaman universitinya dahulu kerana kecantikan yang dimilikinya. Ramai pelajar lelaki
yang ingin berkenalan dan menjadikannya teman istimewa, tetapi semuanya ditolak
mentah-mentah dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Walau
bagaimanapun, Aina akhirnya tewas juga dengan ketampanan Razzi dan jatuh cinta
kepada jejaka yang menjadi kegilaan ramai gadis itu.
Aina sangat bertuah kerana berjaya memiliki Razzi sebagai teman lelaki istimewanya.
Mereka berdua bagaikan pinang dibelah dua dan menjadi pasangan yang popular di
universiti tempat mereka belajar disebabkan paras rupa yang dimiliki mereka berdua.
Ramai pelajar-pelajar lain yang mengkagumi mereka malah lagi ramai juga yang
amat mencemburui mereka berdua!
Walaupun Razzi dianugerahkan dengan paras rupa yang menarik, dia bukanlah
seorang pelajar yang cemerlang. Banyak kali juga dia gagal dalam subjek-subjek silibus
kursusnya dan terpaksa mengulanginya semula. Nasib baik dapat juga dia menamatkan
pengajiannya walaupun lulus cukup-cukup makan sahaja. Akibat daripada itu, Razzi
terpaksa keluar universiti lewat setahun daripada Aina yang tiada masalah langsung
dengan pengajiannya. Akibatnya, sekarang Razzi baru sahaja setahun di alam pekerjaan
sedangkan Aina sudahpun bekerja selama dua tahun sedangkan umur mereka berdua
sebaya dan masuk belajar di universiti pada sesi pengambilan dan tahun yang sama.
Walau bagaimanapun, kekacakan yang dimiliki mampu menutup segala kelema-
hannya. Razzi tetap seorang yang sempurna dan hebat di mata Aina. Bukan sahaja
di mata Aina, malah juga di mata gadis-gadis lain juga! Di zaman universitinya
dahulu, Razzi memang seorang yang playboy atau pun buaya darat. Sering sahaja
bertukar-tukar pasangan sesuka hatinya dan tidak pernah serius dalam percintaan
sehinggalah bertemu dengan Aina.
Aina yang tidak dapat tidur walaupun telah puas memaksa dirinya untuk tidur
itu mula terkenangkan pertemuan pertamanya dengan Razzi. Peristiwa yang indah itu
berlaku semasa mereka berdua dalam semester ketiga pengajian mereka di universiti.
“Alangkah indahnya saat itu, ingin betul nak kembali ke masa lepas semasa di
perpustakaan universiti itu, saat kita berdua mula bertemu, sayang,” bisik Aina dihatinya.
Pertemuan pertamanya dengan Razzi di perpustakaan universiti itu berlaku semasa
Aina secara bersendirian sedang mengulangkaji pelajaran di sana. Manakala Razzi
pula datang ke sana juga secara bersendirian juga untuk tujuan suka-suka sahaja
sambil membelek buku-buku yang ada di sana.
“Aduuuhh!!!!! Sakitnya,” Aina mengerang kesakitan.
“Maaf, saya tak sengaja…,” suara jantan Razzi yang lembut meminta maaf itu adalah
ayat pertama yang ditujukan kepada Aina pada ketika itu.
Razzi meminta maaf kepada Aina ketika itu adalah kerana kakinya telah terpijak kaki Aina semasa mereka
berdua sedang mencari buku-buku untuk dibaca di kawasan rak yang sama.
Aina yang berasa marah kakinya sakit dipijak itu kemudiannya mula memandang ke arah Razzi dengan tujuan untuk memarahinya. Tetapi secara tiba-tiba hatinya berdegap-degup dengan kencang apabila terpandang wajah Razzi yang amat kacak itu. Secara tiba-tiba rasa marahnya tadi mula hilang dan mula bersuara lembut ke arah Razzi.
“Tak apa, awak tak salah apa-apa pun, saya yang tergesa-gesa sangat tadi,” Aina
menyambut permohonan maaf Razzi dengan begitu sahaja.
“Hensemnya mamat ni…. Kalaulah dia jadi pakwe aku, alangkah indahnya dunia ini,”
hati Aina berbisik sendirian serta mukanya merah tersipu-sipu malu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah seterusnya mengenai imbasan pertemuan pertama Aina dan Razzi.....
BAB 6
Razzi yang melihat Aina itu juga terpaku seketika, terpegun dengan kelembutan dan
kecantikan wajah Aina.
“Tak apalah, saya pergi dulu ya,” Aina meminta diri untuk ke tempat duduknya.
“Saya biasa nampak awak ni, tapi di mana ya?,” Razzi bertanya kepada Aina.
“Saya pun biasa juga nampak awak, kita kan belajar sama-sama kat universiti ini,
tentulah ada terserempak sekali-sekala,” Aina menjawab pertanyaan Razzi.
“Ohhh… begitu rupanya. Nama saya Razzi, belajar dalam jurusan seni bina di uni-
versiti ini, awak pula?,” Razzi memperkenalkan dirinya kepada Aina.
“Saya Aina, belajar dalam jurusan pengajian perniagaan.,” Aina pun memperkenalkan
dirinya setelah diminta oleh Razzi.
“Awak datang buat apa di sini? Saya datang suka-suka saja, nak baca surat kha-
bar, majalah dan buku cerita kat sini. Bosan betul tak tahu apa nak buat sebab tak
ada kuliah sekarang ni. pensyarah ambil MC, cuti sakit sebab demam.,” Razzi ber-
celoteh panjang.
“Saya datang nak mengulangkaji pelajaran dan membuat rujukan sikit kat sini.
Lagi pun dua minggu lagi ada ujian pertengahan semester, kenalah siap sedia dari
awal,” jelas Aina pula.
“Awak lepas ulangkaji ni nak ke mana pula?,” tanya Razzi lagi kepada Aina.
“Tak tahu lah pulak, mungkin terus balik ke asrama agaknya.,” Aina menjawab.
“Oh begitu, saya lepas ni mungkin nak pergi makan tengah hari, kalau awak teman-
kan saya boleh tak? Bosan betul tak ada kawan nak ajak borak-borak. Kawan-kawan lain
semua sibuk dengan hal masing-masing, keluar dengan aweklah, main snookerlah…
dan macam-macam lagilah,” Razzi pun mempelawa Aina keluar makan bersamanya.
“Kenapa awak tak ikut diorang je dari tadi? Bosan kan seorang je?,” tanya Aina
kehairanan. Kebiasaannya golongan lelaki muda belia memang suka bersiar-siar ber-
kumpulan dengan rakan-rakan mereka dan menjalankan aktiviti bersama.
“Saya ajak mereka main futsal tapi mereka semua nak main snooker pula
hari ini. Nak main snooker saya tak pandai, malulah kena gelak nanti dengan diorang.
Itu yang saya datang sini seorang diri. Layan blues bersendirian,” jawab Razzi.
“Oh begitu…. Kalau macam itu baiklah, lepas saya selesaikan hal saya ini kita pergi
keluar makan tengah hari bersama ya? Tapi awaklah yang kena belanja,” akhirnya
Aina pun memberikan persetujuannya untuk keluar makan tengah hari bersama-sama
dengan Razzi.
“Boleh saja, tak ada masalah punya,” Razzi pun dengan gembiranya bersetuju
dengan cadangan Aina itu. Hatinya gembira sekali kerana akhirnya Aina sudi untuk
menemaninya makan tengah hari.
Jam di dinding perpustakaan itu telah pun menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah hari.
Nampaknya masa yang agak sesuai untuk makan tengah hari telah pun tiba.
“Laparnya…..,” Razzi berkata di dalam hatinya.
Nampaknya perut Razzi sudah pun lapar. Tenaganya untuk menjalani aktiviti seharian
juga sudah agak berkurangan. Kelihatan Aina masih belum lagi selesai mengulangkaji
pelajaran dan membuat rujukan.
“Lama lagi ke minah ni nak habiskan ulangkaji dia tu, aku dah tak sabar dah ni, perut
aku dah lapar sangat dah. Baik aku pergi tanya dia lah. Kalau dia masih tak boleh
selesai lagi aku pergi jelah dulu. Lain kali baru jumpa dengan dia.,” Razzi
berkata sendirian.
Nampaknya dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk makan tengah hari disebabkan
rasa lapar yang amat sangat. Dengan melangkah perlahan-lahan, Razzi menuju ke arah
Aina yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran itu.
“Okeylah! Jom kita pergi makan.,” Aina tiba-tiba sahaja berkata kepada Razzi yang
sudah pun berada di hadapannya.
“Ulangkaji awak semua itu macamana? Nampak banyak lagi je yang belum selesai ni,” tanya Razzi yang ketika itu agak terkejut dengan tindakan Aina tadi.
“Tak apa, cukuplah untuk hari ini. Yang lain-lain itu kalau ada yang tak faham, nanti
tanya kat kawan-kawan tak pun pensyarah,” jelas Aina kepada Razzi.
“Baiklah, kalau macam itu apa lagi, jom kita pergi makan! Saya pun dah tak sabar-
sabar lagi nak makan ni, lapar sangat dah rasanya,” Razzi berkata kepada Aina dengan
gembira sekali. Tidak sabar rasanya Razzi untuk makan bersama dengan Aina.
“Beres! Kita nak pergi makan kat mana ya? Saya cadang kita pergi makan kat
Restoran Dugong. Tak jauh pun dari sini, jalan kaki 10 minit je dah sampai. Saya
selalu makan bersama-sama dengan kawan-kawan saya dekat sana, sedap masakan dan
lauk-pauknya, tak jemu memakannya,” Aina memberikan cadangannya kepada Razzi.
“Hmmm, boleh juga, saya pun pernah makan kat sana, tapi jarang-jaranglah, sedap
jugalah,” Razzi bersetuju dengan cadangan Aina itu dan kemudiannya mereka berdua
berjalan kaki bersama-sama ke Restoran Dugong yang terletak tidak berapa jauh dari
pagar masuk perpustakaan itu.
Setelah lebih kurang 10 minit berjalan kaki, akhirnya mereka pun sampai ke Restoran
Dugong. Kelihatan agak ramai juga orang yang datang, seakan-akan tiada langsung tempat
duduk yang kosong lagi di dalamnya. Pasti enak sekali juadah yang dihidangkan di restoran
ini memandangkan ramai pengunjung yang datang untuk menikmatinya.
“Fuhh! Ramainya orang, kita makan kat tempat lainlah macam ni,” Razzi mengeluh
kerana melihatkan keadaan restoran itu yang agak sibuk.
“Tak apa, biar saya cari tempat dahulu, mana tahu kalau ada tempat yang kosong,”
kata Aina kepada Razzi.
Aina pun melangkah masuk ke dalam restoran tersebut dan kemudiannya meninjau-
ninjau keadaan sekeliling. Memang nampak ramai pengunjung yang masih ada di dalamnya.
“Aha! Dah ada pun.,” Aina berkata sendirian.
Mungkin Aina sudah pun menemui tempat kosong untuk duduk makan bersama Razzi
Kelihatan sudah ada pengunjung yang sudah selesai makan dan akan segera beredar dari
restoran itu.
“Razzi, sudah ada tempat kosong, mari kita masuk,” Aina segera memanggil Razzi
yang masih sedang menunggu di luar restoran itu untuk segera masuk takut-takut
kalau ada pelanggan lain yang akan datang mengambil tempat itu.
“Hmmm, baiklah,” setelah berkata, Razzi pun terus masuk.
“Kita duduk kat sana ya, masih belum dikemaskan oleh pelayan di sini lagi tapi tak
apalah, kita duduk je dulu kat situ, takut-takut ada orang lain yang ambil pula tempat
itu nanti,” Aina berkata kepada Razzi sambil menunjukkan ke arah tempat duduk meja
makan yang baru sahaja dikosongkan oleh sekumpulan pengunjung sebentar saja tadi.
“Okeylah, kita duduk dulu,” Razzi bersetuju dengan cadangan Aina itu dan terus
bersama-sama dengan Aina menuju ke tempat duduk meja makan yang baru sahaja
dikosongkan tersebut dan terus duduk di situ.
Setelah Aina dan Razzi duduk di kerusi masing-masing di meja makan itu,
pekerja restoran itu pun datang dan mengemaskan tempat mereka itu. Setelah selesai pekerja
tersebut mengemaskan meja makan itu, datang pula seorang lagi pekerja ke tempat Aina
dan Razzi untuk mengambil pesanan.
“Bang, masakan panas ada tak tengah hari ini?,” Razzi bertanya kepada pekerja
restoran itu. Teringin pula Razzi hendak memakan masakan panas dan bukannya nasi
berlauk pada tengah hari itu.
“Tengah hari tak ada Encik. Waktu malam sahaja ada. Tengah hari cuma ada hidangan
nasi berlauk sahaja,” jelas pekerja restoran itu.
“Oh, begitu rupanya.,” Razzi mengiakan penjelasan pekerja restoran itu.
“Encik dan Cik nak minum apa?,” tanya pekerja restoran tersebut kepada Razzi
dan Aina.
“Saya mahu minum jus tembikai,” jawab Razzi
“Bagi saya teh o ais limau,” jawab Aina pula.
”Terima kasih Encik dan Cik. Sila ambil nasi dan lauk pauk di depan sana ya,” kata
pekerja tersebut kepada Razzi dan Aina dan kemudian terus pergi ke kaunter
restoran untuk menghantar pesanan.
“Saya pergi ambil makanan dahulu ya, awak duduklah dulu, tolong jagakan tempat
kita ni takut ada orang lain ambil nanti,” Aina berpesan kepada Razzi sebelum pergi
mengambil makanannya.
“Boleh saja, tak ada masalah punya,” kata Razzi kepada Aina sambil tersenyum.
Setelah selesai Aina mengambil makanannya, kini tiba giliran Razzi pula. Aina
pula duduk di tempatnya sambil menunggu Razzi selesai mengambil juadahnya. Kebe-
tulan pula minuman yang dipesan tadi sudah pun sampai.
“Hausnya tekak aku, lagipun panas hari ini, baik aku minum dulu.,” Aina berkata di
dalam hatinya.
Disebabkan rasa haus yang amat sangat, Aina pun terus meminum air teh o ais
limau yang dipesannya itu tadi sejurus saja gelas minumannya itu diletakkan diatas meja
makannya oleh pekerja restoran yang bertugas menghantar minumannya dan Razzi itu.
“Hai, tak makan lagi ke?,” kata Razzi yang baru saja sampai ke meja makan
setelah selesai mengambil juadahnya tadi kepada Aina yang sedang minum itu.
“Tunggu awaklah, takkan nak makan seorang diri pula. Kita kan datang berdua, tak
eloklah kalau buat macam itu kan? ,” jawab Aina.
“Baiknya awak ni, itu yang buat saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi ni.,” Razzi
pun memuji Aina sambil bergurau.
“Yelah tu, ada apa-apa ke puji saya ni. Dah lah, jom kita makan,” Aina melayan gurauan Razzi itu dan kemudian mula menjamah hidangannya.
Razzi juga kelihatan sedang asyik menjamah hidangannya itu. Seperti terlalu asyik
dengan hidangan yang dimakannya itu.
“Sedap juga hidangan nasi berlauk waktu tengah hari kat restoran ni ya. Saya tak
pernah makan kat sini waktu tengah hari, cuma malam sahaja, sekali-sekala teman
kawan-kawan. Waktu malam kat restoran ni mereka buat hidangan masakan panas
macam tomyam, sup, goreng-goreng dan macam-macam lagilah. Sedap jugalah makanan
malam kat sini,” jelas Razzi kepada Aina mengenai masakan tengah hari di Restoran Dugong itu.
“Ya ke? Sedap kan? Betul tak cakap saya?,” tanya Aina.
“Iyer… betul cakap awak, senang-senang nanti saya belanja awak makan malam kat
sini ya?,” Razzi mengiakan kata-kata Aina tadi dan mempelawanya untuk keluar makan
malam bersamanya.
“Tengoklah dulu macamana, kalau saya tak sibuk bolehlah agaknya,” Aina men-
jawab pelawaan Razzi itu, seakan bersetuju.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi kisah seterusnya......
BAB 7
Setelah selesai menjamu selera mereka, Aina dan Razzi pun bersiap sedia untuk beredar
pergi dari restoran tersebut.
“Fuhhh!!! Kenyangnya! Sedap betul makanan tadi. Saya nak pergi bayar ni, awak
tunggulah kat luar dulu,” Razzi menyuruh Aina menungguya di luar restoran dan
kemudian pergi membayar harga hidangan mereka tadi di kaunter pembayaran
restoran itu.
“Okey, nanti jumpa kat luar,” Aina bersetuju dan kemudiannya terus keluar dan
menunggu Razzi di depan pintu masuk restoran tersebut.
Kelihatan ramai orang sedang beratur untuk membayar makanan mereka. Mungkin Aina yang sedang menunggu itu terpaksa menunggu agak lama sedikit sehinggalah giliran Razzi untuk membayar sampai serta selesai membuat pembayarannya.
“Ramainya orang, penat juga nak tunggu ni,” kata Aina dalam hatinya melihatkan
keadaan yang agak sibuk itu.
Setelah selesai membuat pembayaran, Razzi pun bergegas keluar ke pintu depan
restoran untuk bertemu Aina yang sedang menunggunya di sana.
“Maaf lambat sedikit, ramai orang tadi,” Razzi meminta maaf atas kelewatannya.
“Tak apa, saya faham,” jawab Aina. Aina faham keadaan Razzi tersebut kerana dia
sendiri nampak keadaan yang agak sibuk itu tadi.
“Terima kasih belanja saya makan tengah hari tadi,” Aina mengucapkan terima
kasih kepada Razzi kerana membelanjanya makan tadi.
“Sama-sama, lain kali awak pula belanja saya ya?,” jawab Razzi sambil bergurau.
“Tengoklah kalau senang,” jawab Aina pula.
“Awak nak ke mana lepas ni? Nak balik rumah terus ke?,” tanya Razzi kepada Aina.
“Yelah, nak rehat-rehatlah pulak. Nak rehatkan minda sekejap, malam ini nak
sambung semula ulangkaji tadi,” jelas Aina.
“Saya nak pergi ke Pasaraya Openg yang berdekatan sini sekejap lepas ni, nak cari barang-barang kegunaan sedikit. Kalau awak teman saya sekejap boleh tak?,” Razzi mempelawa Aina menemaninya membeli barang di pasaraya. Maklumlah agak bosan bersendirian.
“Tak bolehlah awak, saya takut terlalu penat sangat, susah nak ulangkaji
malam nanti,” Aina menolak pelawaan Razzi itu.
“Alaa, bolehlah, bukan selalu pun dapat keluar dengan awak, sekejap je, tak lama,
lepas beli barang kita baliklah terus, boleh kan?,” Razzi merayu kepada Aina
supaya tetap menemaninya. Aina pun terdiam sebentar, seperti memikirkan sesuatu.
“Terfikir pula saya, saya keluar dengan awak ni, awek awak tak marah ke?
Takut kalaulah dia ternampak ke? Kalau bukan dia yang nampak, takut kawan-
kawan dia yang nampak dan lepas tu beritahu dia. Saya juga yang kena nanti.
Takutlah saya jadi mangsa keadaan, jadi punca awak bergaduh dengan dia,” Aina
menyuarakan kebimbangannya kepada Razzi. Maklumlah Razzi ni kacak orangnya
dan banyak peminat, pasti sudah ada gadis yang telah bertakhta di hatinya.
Mendengarkan pertanyaan Aina itu, Razzi tersentak lalu terdiam seketika. Razzi pula
kelihatan sedang memikirkan sesuatu.
“Dulu saya memang ada teman wanita istimewa, tetapi kami berdua sudah pun putus,”
Razzi mula bersuara menyatakan penjelasannya kepada Aina.
“Takkan awak tak ada pengganti dia? Orang hensem macam awak ni bukan susah
pun nak dapat pengganti baru.,” tanya Aina.
“Buat masa ini saya tak nak fikir apa-apa pasal cinta atau pun cari teman wanita lagi.
Saya nak bersendirian dahulu, nak menenangkan fikiran. Sakit kepala fikir pasal perkara
itu semua, lebih-lebih masih baru lagi saya putus cinta,” jelas Razzi dengan lebih lanjut.
“Dah berapa lama awak putus cinta? Bekas awek awak belajar sama universiti dengan kita ke? Kenapa awak boleh putus dengan dia?,” tanya Aina lagi.
“Dah agak lama juga saya putus, lebih kurang enam bulan yang lepas. Betul cakap awak, dia memang belajar di universiti yang sama dengan kita. Sebab saya putus tu saya rasa saya tak boleh beritahu awak lagilah buat masa ini, terlalu peribadi untuk saya ceritakan kepada awak. Saya pun kalau boleh dah tak mahu lagi ingat perkara tersebut dan mahu sahaja terus melupakannya dari ingatan saya. Sakit hati dan sedih sangat saya mengingatkan hal itu,” jelas Razzi lagi.
“Ohh begitu, kasihan awak ya,” kata Aina sambil menundukkan kepalanya
tanda faham dengan keadaan yang menimpa Razzi.
“Awak tak perlu risaulah jalan-jalan dengan saya. Tak ada apa-apa yang perlu
awak takutkan. Jadi bolehlah awak teman saya pergi ke pasaraya ya? Bolehkan?
Bolehlah, bolehlah…..,” rayu Razzi kepada Aina.
“Hmmmm…..baiklah, saya teman awak, tapi sekejap je tau, tak boleh lama-lama,
penat sangat nanti,” Aina akhirnya bersetuju menemani Razzi ke Pasaraya Openg.
“Terima kasih Aina.,” Razzi mengucapkan terima kasih. Wajahnya kelihatan
tersenyum riang gembira kerana Aina akhirnya sudi menemaninya.
Pasaraya Openg terletak tidak berapa jauh dari Restoran Dugong, jalan kaki
sekejap saja sudah sampai. Sederhana besar sahaja, hanya dua tingkat. Setelah sampai
di Pasaraya Openg, Razzi pun segera terus menuju ke tingkat atas untuk mencari
barang yang hendak dibelinya.
“Jom Aina, kita naik ke atas, teman saya cari barang itu,” Razzi mengajak Aina
naik ke tingkat atas pasaraya tersebut untuk menemaninya.
“Tak apalah, saya nak beli barang sikit kat tingkat bawah, lagipun nak pergi sekejap je kan?,” Aina menolak pelawaan Razzi.
“Tak apalah kalau macam tu.,” kata Razzi kehampaan.
Mereka berdua kemudiannya mencari barang masing-masing di tingkat yang berlainan, Seorang di atas dan seorang di bawah. Kelihatan tidak berapa ramai orang di pasaraya tersebut pada masa itu jadi tidak perlulah menunggu lama untuk beratur panjang semasa membuat pembayaran di kaunter.
Setelah selesai membeli barang masing-masing. Aina dan Razzi pun beredar keluar
dari pasaraya itu untuk pulang ke rumah.
“Banyak juga barang awak beli ya?,” Razzi bertanya kepada Aina melihatkan
banyak barang-barang yang dibawa oleh Aina keluar dari pasaraya tersebut.
“Barang makanan semua ni, bahan mentah untuk masak, air kordial untuk
dibancuh minum, aiskrim dan sedikit makanan ringan. Makan ramai-ramai dengan
kawan serumah di rumah sewa saya.,” jelas Aina kepada Razzi.
“Awak duduk rumah sewa ke? Bukan tinggal di asrama universiti kita?,” tanya Razzi.
“Ya, ada mohon nak tinggal asrama universiti tapi tak dapat sebab dah penuh. Jadi
terpaksa menyewa di luar,” Aina menjawab pertanyaan Razzi.
“Oh begitu, samalah kita, saya pun ada mohon tapi dah penuh, kenalah pergi sewa
kat luar. Jadi kena bayar lebih sikit, kalau dapat tinggal di asrama universiti murahlah
sedikit tapi apa boleh buat, tempat terhad sangat. Tapi tak kisahlah, bebas sikit nak ke
mana-mana. Tak terikat dengan peraturan asrama,” kata Razzi lagi kepada Aina.
Rupa-rupa Aina dan Razzi menyewa rumah bersama rakan-rakan mereka di luar
kawasan universiti disebabkan oleh kekosongan asrama di unversiti mereka agak terhad.
“Awak tinggal di mana? Saya tinggal di Flat Sri Payung, adalah lima kilometer dari
sini,” tanya Razzi kepada Aina berkaitan rumah sewanya.
“Saya tinggal di Taman Zuhal, tiga kilometer dari sini,” jawab Aina.
“Awak macamana pula, jumpa tak barang yang awak nak beli tu?,” tanya Aina pula.
“Tak ada, dah habis stok, jurujual pula kata minggu depan baru sampai stok baru.,”
jelas Razzi kepada Aina.
“Oh ya? Barang apa yang awak nak beli itu sebenarnya?,” Aina bertanya lagi.
“Raket badminton jenama Klimax keluaran terbaru. Baru-baru ini ada kawan bagitahu
yang dia nampak raket itu kat pasaraya ni. Sebab itulah saya datang cari barang itu kat
sini hari ini. Sayang betul dah habis, laris betul raket tu. Maklumlah rekabentuknya
menarik, jenama terkenal tetapi agak murah dan ringan pula tu, senang digunakan untuk
bermain,” Razzi menjelaskan kepada Aina.
“Minat betul awak main badminton ya. Saya pun suka juga. Selalu juga main
bersama kawan-kawan serumah,” Aina berkata sambil tersenyum.
“Saya pernah mewakili sekolah masa zaman sekolah menengah dulu tapi asyik
kalah je. Buat masa ni main sekadar untuk suka-suka sahajalah sambil membuang peluh,”
jelas Razzi lagi kepada Aina.
Last edited by RED 666 on 17-5-2013 04:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Detik bermulanya hubungan Aina dan Razzi sebagai sepasang kekasih.....
BAB 8
“Sekarang ini di universiti awak main sukan apa?,” tanya Aina yang berminat
untuk mengetahui apa jenis sukan yang Razzi terlibat di universiti tempat mereka
belajar itu.
“Buat masa ini saya terlibat dalam pasukan bola sepak universiti kita itu. Saya
bermain di posisi tengah. Dah banyak kali juga memenangi perlawanan,” jelas Razzi.
“Hebatnya awak ni, saya selalu juga tengok pasukan bola sepak universiti kita
beraksi, memang hebat aksi-aksi mereka, padanlah saya macam pernah nampak awak
ni. Rupa- rupanya awak merupakan salah seorang daripada pemain pasukan bola sepak
di universiti kita. Saya kagum dengan awak,” Aina menyatakan rasa kagumnya kepada
Razzi. Rupa-rupanya Aina agak minat juga dengan sukan bola sepak.
“Awak tak main apa-apa sukan ke kat universiti kita itu?,” tanya Razzi pula, ingin tahu apa jenis sukan yang Aina terlibat di universiti tempat mereka belajar itu.
“Tak pun, main suka-suka dengan kawan-kawan je, tak ada bakat nak jadi pemain dalam pasukan universiti. Masa zaman sekolah dulu pun tak aktif sukan. Sibuk belajar je,” jelas Aina pula.
“Awak cubalah dulu, manalah tahu kalau dapat. Cuba kenal pasti sukan apa awak boleh main, lepas itu cubalah sertai sesi pemilihan,” cadang Razzi kepada Aina.
“Dah pernah cuba, sukan badminton dan bola jaring, tapi tak dapat pun, orang lain ramai lagi hebat. Mungkin saya memang tak ada bakat dalam sukan kot. Fokus pada pelajaran sudahlah,” Aina menyatakan kekecewaannya kepada Razzi.
“Hmmm… kasihan awak, tak apa, kalau ada peluang cubalah lagi ya,” Razzi cuba untuk menenangkan Aina.
“Tengoklah dulu macamana,” kata Aina, seakan bersetuju.
Kelihatan mata Aina tertarik kepada sesuatu yang dipegang oleh Razzi di tangannya.
“Nampak macam ada bungkusan hadiah je kat tangan awak itu, Awak baru beli tadi kat pasaraya itu kan? Nak bagi siapa, awek baru ke?,” tanya Aina kepada Razzi melihatkan bungkusan hadiah yang dipegang oleh Razzi sekembalinya dari Pasaraya Openg tadi.
“Hadiah ini sebenarnya khas untuk awak. Awak terimalah hadiah saya ini, ikhlas daripada saya sempena perkenalan kita berdua pada hari ini,” Razzi berkata sambil menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya yang dibalut rapi itu kepada Aina. Hadiah tersebut dibalut terus oleh pekerja di pasaraya itu semasa membuat pembayaran di kaunter.
“Untuk…. saya…. ke…. ni….?,” tanya Aina yang kelihatan agak terharu dengan pemberian Razzi itu.
“Betul, saya memang beli khas untuk awak. Awak cubalah tengok apa yang ada di dalamnya,” jelas Razzi kepada Aina mengenai hadiahnya itu.
Aina pun mengoyakkan bungkusan hadiah tersebut untuk melihat isi dalamnya. Kelihatan sebuah kotak plastik yang bercorak cantik terdapat di dalamnya. Aina pun Membuka kotak tersebut. Kedengaran bunyi muzik keluar dari kotak tersebut dan ada patung kucing kecil yang comel menari-nari di atasnya. Aina kelihatan asyik dan amat tertarik melihatkan kotak muzik tersebut.
“Cantiknya….!!! Awak, terima kasih banyak-banyak ya,” Aina mengucapkan terima kasih kepada Razzi atas hadiah pemberian Razzi itu.
“Sama-sama. Saya gembira lihat awak sukakan hadiah itu,” Razzi menyambut ucapan terima kasih Aina itu.
“Awak dah nak balik kan?,” Razzi bertanya kepada Aina.
“Yelah, dah penat sangat dah ni,” jawab Aina.
“Boleh kita jumpa lagi senang-senang nanti?,” tanya Razzi lagi.
“Insya Allah kalau tak ada apa-apa hal,” kata Aina.
“Baiklah kalau macam itu, saya pun rasa nak balik rumah juga ni. Penat juga. Walaupun penat, tapi tetap rasa seronok juga,” kata Razzi pula.
Selepas itu mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit masing-masing, Supaya senang untuk berhubungan di antara satu sama lain. Setelah bertukar-tukar nombor telefon bimbit, mereka berdua pun pergi ke arah berlainan, menuju ke destinasi masing-masing. Aina menghala ke sebuah perhentian bas untuk menunggu bas ke rumahnya manakala Razzi pula pergi ke sebuah kedai arked permainan video, barangkali untuk melepaskan kebosanannya atau pun berjumpa dengan kawannya di sana.
Maka dengan itu bermulalah detik-detik ke arah hubungan mereka sebagai pasangan kekasih yang bahagia. Mereka berdua saling berhubungan di antara satu sama lain dan kerap juga keluar bersama-sama selepas pertemuan pertama itu dan tidak berapa lama kemudian menjalinkan hubungan serius sebagai pasangan kekasih. Aina yang sedang asyik terkenangkan perkara tersebut tersipu-sipu malu sendirian. Fikirannya kini tiba-tiba teringatkan sesuatu. Teringatkan saat-saat manis secara rasminya mereka berdua bergelar pasangan kekasih.
Peristiwa tersebut berlaku lebih kurang selepas sebulan pertemuan pertama mereka itu. Pada ketika itu, mereka berdua keluar bersama di Megah Mall, sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di bandar Megah Jaya itu dengan tujuan untuk makan tengah hari bersama dan pergi menonton wayang di pawagam yang terdapat di dalam pusat membeli-belah tersebut. Setelah selesai makan tengah hari dan menonton wayang, mereka berdua pun pergi duduk bersama-sama di kawasan tempat riadah yang disediakan di dalam ruang Megah Mall itu.
“Cantik betul perhiasan yang ada di tempat riadah ini ya?,” Razzi memulakan perbualannya dengan Aina.
“Yelah, sejuk mata memandang dibuatnya. Pandai betul mereka rekabentuk tempat ini jadi nampak menarik,” kata Aina pula.
“Awak pun cantik juga, saya suka tengok awak,” kata Razzi lagi.
“Ye ke? Terima kasihlah ya.,” Aina mengucapkan terima kasih atas pujian Razzi itu.
“Aina…. saya ada sesuatu nak bincang dengan awak.,” Razzi berkata dengan riak yang agak serius. Apa agaknya yang mahu dibincang oleh Razzi itu?
“Baiklah, apa dia? Beritahulah kepada saya,” tanya Aina.
“Dah lama kita berkawan baik, lebih kurang sebulanlah rasanya. Selama berkawan dengan awak, saya betul-betul rasa gembira. Daripada rasa suka berkawan, perlahan-lahan bertukar menjadi rasa sayang pula. Aina, sudikah awak menjadi kekasih saya? Saya benar-benar ikhlas menyintai diri awak dan ingin menjadikan awak sebagai suri di hati saya,” Razzi meluahkan rasa cintanya kepada Aina dengan serius sekali.
Aina yang mendengarkan luahan perasaan Razzi itu terdiam seketika, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Pipinya merah padam, kelihatan seperti sedang malu-malu kucing.
“Macamana Aina, awak setuju tak? Saya serius ni,” tanya Razzi kepada Aina kerana mahukan jawapan dan kepastian memandangkan keadaan Aina yang masih lagi berdiam diri itu.
“Razzi……,” Aina pun mula bersuara.
“Saya pun dah mula sayangkan awak lebih daripada seorang kawan. Baru-baru ini hati saya berdegup kencang apabila bersama awak. Setiap hari saya sentiasa teringatkan awak. Saya sebenarnya ingin meluahkan perasaan cinta saya kepada awak tetapi sebagai seorang perempuan, rasa segan dan malu itu tetap ada. Lagipun saya dapat rasakan yang awak pun sukakan saya. Jadi saya tunggulah sahaja awak meluahkannya kepada saya. Barulah anak jantan namanya kan? Berani mengharungi apa sahaja cabaran yang datang,” akhirnya Aina meluahkan perasaannya kepada Razzi sepenuh hatinya.
“Jadi awak terimalah cinta saya ini ya?,” Razzi bertanya kepada Aina kerana mahukan kepastian seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu tadi.
“Emmm….,” Aina pun mengiakan sambil mengangguk perlahan-lahan tanda ber-setuju. Kelihatan Aina menundukkan wajahnya kerana segan.
“Terima kasih Aina kerana menerima cinta saya. Saya janji tak akan kecewakan awak. Saya akan sayangi awak sepenuh hati saya,” Razzi mengucapkan terima kasih kepada Aina kerana menyambut baik cinta yang telah dihulurkannya. Kelihatan terpancar keikhlasan cinta yang suci di wajahnya.
“Saya pun sayangkan awak juga. Saya harap awak jujur dalam hubungan kita ini. Saya juga berharap hubungan kita ini akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin,” Aina berkata kepada Razzi dengan penuh emosi sekali.
“Saya juga harap begitu. Saya ingin bersama sehidup semati dengan awak sampai bila-bila,” kata Razzi kepada Aina pula. Hari yang indah ini pasti tidak dapat dilupa-kan oleh Aina dan Razzi sampai bila-bila. Hari di mana mereka secara rasmi menjadi pasangan kekasih yang bahagia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah seterusnya mengenai hubungan cinta Aina dan Razzi.....
BAB 9
Setelah secara rasminya bergelar kekasih kepada Razzi, Aina melalui kehidupan sehariannya sebagai seorang pelajar universiti dengan ceria dan penuh bersemangat sekali. Sentiasa dalam keadaan riang dan gembira sehingga menimbulkan rasa pelik kepada rakan-rakan sekuliah dan juga rakan-rakan serumahnya. Ini kerana selama ini Aina adalah yang seorang agak pendiam, tidak banyak bercakap kecuali mengenai perkara-perkara yang penting sahaja. Bagi mereka, Aina adalah seorang yang sangat serius lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan pelajaran.
Begitu cepat sekali masa berlalu. Sedar tak sedar hubungan cinta Aina dan Razzi sebenarnya sudah pun belanjutan selama dua minggu. Dalam tempoh dua minggu perhubungan mereka itu, mereka sering berhubungan dengan menggunakan telefon bimbit untuk melepaskan rindu masing-masing dan sering juga keluar bersama untuk makan tengah hari.
Mereka biasanya keluar makan tengah hari bersama di luar kawasan universiti atas permintaan Aina sendiri untuk mengelak daripada diperhatikan kawan-kawan sekuliah dan juga rakan serumahnya kerana takut diperkatakan oleh mereka semua. Ini kerana Aina masih baru lagi dalam dunia percintaan dan masih lagi cuba membiasakan diri mengenai selok-beloknya jadi rasa malu dan segan itu masih lagi menebal dalam dirinya.
Perkara ini amat menarik perhatian dua orang kawan rapatnya iaitu Mila, rakan sekuliahnya yang juga rakan serumahnya dan juga Yati, juga rakan serumahnya tetapi mengambil jurusan perubatan. Ketika ini mereka berdua sedang menonton televisyen di rumah sewa mereka manakala Aina pula sedang sibuk menggosok bajunya sambil menyanyi-nyanyi dan tersenyum sendirian.
“Kau tengoklah kawan kita tu, asyik tersenyum je memanjang sejak akhir-akhir ni. Kenapa agaknya ya?,” kata Mila.
“Entahlah, agaknya mungkin dia baru dapat pakwe kot. Kau sekuliah dengan dia, takkan tak pernah nampak dia keluar dengan mana-mana lelaki pun,” Yati menjawab pertanyaan Mila itu.
“Tak pernahlah pula aku nampak dia keluar dengan lelaki sepanjang aku dengan dia kat kelas. Manalah tahu kalau dia keluar senyap-senyap. Lagipun baru lebih kurang dua minggu je dia macam ni, tak dapatlah kita nak buat sebarang anggapan yang tepat. Kita tengok dulu lebih kurang seminggu dua lagi,” jelas Mila pula.
“Aku memang teringin sangat nak tahu perkara sebenarnya. Kau rasa kalau aku tanya dia terus okey tak,” Yati memberikan cadangannya.
“Aku pun ada tanya dia pasal perubahan dirinya yang mendadak itu, tapi dia senyum je, cuma bagitahu yang dia memang rasa gembira dan bersemangat sangat sekarang
ini,” kata Mila lagi.
“Memang misteri betullah kawan kita itu sekarang ni. Aku rasa, aku mesti korek juga rahsia daripada tuan punya badannya sendiri,” kata Yati dengan serius.
Yati bertekad untuk mengetahui apa yang tersirat disebalik perubahan mendadak Aina itu dan cuba membongkarkannya sendiri. Oleh kerana itu, Yati pun mula meng-hampiri Aina yang masih lagi sedang menggosok baju dan segera menegurnya.
“Sibuk nampak, banyak betul baju nak gosok ya?,” Yati memulakan perbualan.
“Yelah, nak kemas semua, tak ada masa nak buat hari lain nanti, selalu sibuk je sekarang ni,” jawab Aina lembut.
“Sibuk yaa….?,” tanya Yati seakan menyindir.
“Ya, memang sibuk sangat dengan pelajaran sekarang ni. Banyak yang nak kena ingat dan fahamkan itu yang kena ulangkaji selalu itu,” jelas Aina.
“Si Mila tu sama jurusan dengan kau kan? Aku tengok dia tak adalah sibuk sangat ulangkaji. Rehat-rehat tengok TV je memanjang.,” Yati membandingkan keadaan Aina dengan Mila yang sama jurusan dengan Aina itu.
“Dia pandai, cepat tangkap pelajaran, tak apalah buat macam itu. Saya tak se- pandai dia, jadi kena usaha lebih sikit,” jelas Aina lagi dengan rasa rendah diri.
“Ye ke ni..? Ke sebab hal lain. Sebelum ini tak adalah terlalu sibuk sangat keluar aku ulangkaji tengok. Biasa kau ulangkaji dengan Mila je kat rumah dan kadang-kadang je pergi perpustakaan,” tanya Yati sambil menyindir lagi.
“Eh, betullah pergi buat ulangkaji. Mana ada hal lain, pandai-pandai je awak ni.,” Aina cuba untuk menafikan sangkaan Yati itu.
“Bukannya apa aku tanya macam itu. Baru-baru ni aku, Mila dan kawan-kawan lain kat rumah ni nampak kau ni lain macam sikit dari biasa,” kata Yati kepada Aina.
“Macam mana apanya? Saya tak fahamlah,” tanya Aina yang kebingungan dengan kata-kata Yati itu tadi.
“Yelah, dulu kau ni pendiam je, sekarang ni nampak ceria sangat, suka senyum- senyum, nyanyi-nyanyi. Rasa berbeza sangat dengan diri kau yang dulu itu. Sebenarnya kau baru dapat pakwe kat universiti kita ni ya?,” Yati pun bertanyakan hal yang sebe-narnya nak ditanya itu kepada Aina.
Kelihatan muka Aina merah padam apabila ditanya oleh Yati dengan soalan tersebut. Mukanya tunduk malu-malu sambil tersenyum manja.
“ Tak adalah, mana ada,” Aina berkata lembut cuba menafikan dakwaan Yati sambil tersipu-sipu kerana segan.
“Ya ke? Tengok muka pun dah tahulah. Orang baru mula bercinta lah katakan,” Yati cuba untuk membuat Aina mengakui dakwaannya.
“Ermmm…… betul cakap awak tu,” akhirnya Aina pun mengaku juga.
“Hehehehe……… tak salah lagi tekaan aku. Padanlah nampak ceria semacam je sejak kebelakangan ni,” kata Yati.
Mila yang sedang asyik menonton televisyen itu mula memakukan pandangannya kepada Yati dan Aina yang sedang asyik berbual itu.
“Hmmm, nampaknya Yati dah tahu perkara sebenarnya, bagi aku pergi kat dia orang,” kata Mila dalam hatinya.
Pada masa yang sama, Yati sedang sibuk bertanyakan kepada Aina mengenai teman lelakinya.
“Siapa dia teman lelaki kau itu, bagitahulah kita orang? Hensem ke dia? Ada rupa macam ‘Lelaki Melayu Terakhir’ ke? Nak tahulah jugak kan pakwe kawan-kawan,” tanya Yati kepada Aina.
“Ermmm….. rahsia,” jawab Aina.
“Alaaaaa….. bagitahulah,” Yati merayu.
“Awak akan tahu sendiri nanti,” jawab Aina lagi dengan penuh berahsia.
“Bagitahulah kita orang. Kalau tak kenal nanti kita orang termengorat dia kat luar kan haru biru jadinya nanti. Yelah, sebab tak kenal dan tak tahu pun itu pakwe kau. Kau juga yang susah nanti kalau dia tiba-tiba tersangkut kat kita orang nanti,” sampuk Mila dari belakang Yati secara tiba-tiba. Aina yang mendengarkan kata-kata Mila tadi tiba-tiba sahaja pucat lesi mukanya.
“Eh Mila, bila masa kau sampai ni, tiba-tiba je macam nenek kebayan buat sihir muncul kat sini,” tegur Yati kepada Mila yang terkejut dengan kehadiran Mila di belakangnya itu.
“Syok tengok kau orang berborak, apa lagi, aku pun masuk je lah,” kata Mila pula.
“Hah Aina! Apa lagi? Dengar tak cakap aku tadi? Mesti dengar kan, tu yang pucat lesi aku nampak muka kau. Takut kita orang ngorat pakwe kau lah tu,” Mila cuba memprovokasi Aina untuk mendesak Aina memberitahu siapa dia teman lelakinya.
“Janganlah buat macam itu, aku sayang dia, sayang sangat-sangat,” kata Aina kepada Mila.
“Haaa!! Tahu pun sayang, kalau tak nak dia kena mengorat dengan kita orang bagitahu jelah, kita orang berdua ni solo lagi tahu. Betul cakap Mila tu tadi. Jangan salahkan kita orang kalau termengorat dia kat luar nanti sebab kita orang tak tahu itu pakwe kau. Yelah, tak pernah kenal kan,” kata Yati pula seperti menyokong kata-kata Mila tadi.
“Ya lah, ya lah! Saya beritahu. Sekejap je lagi ya,” akhirnya Aina mengalah juga dengan desakan Yati dan Mila itu tadi.
“Cepatlah bagi tahu kita orang siapa dia. Teringin nak tahu siapa dia pakwe kawan kita ni,” Yati tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui siapa dia jejaka yang bertakhta di hati Aina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penamat imbas kembali kisah hubungan cinta Aina dan Razzi......
BAB 10
“Macam mana muka dia? Hensem ke? Jambu ke? Tinggi dia berapa?,” begitu juga dengan Mila, tidak sabar menanti jawapan daripada mulut Aina sendiri.
“Dia memang tinggi, lebih kurang 6 kaki lebih ketinggiannya. Wajah dia memang hensem dan jambu, lebih kurang macam muka artis lelaki Korea,” Aina mula mence-ritakan mengenai teman lelakinya secara terperinci.
“Fuyooo, hensem sungguh! Bertuahnya kau dapat pakwe hensem macam itu. Dengkinya aku! Kalaulah aku dapat hari-hari aku nak berkepit 24 jam dengan dia,” Yati mencelah, kagum dengan kekacakan teman lelaki Aina seperti yang diceritakan oleh Aina itu.
“Muka ala artis lelaki Korea ke? Jambunya muka dia kalau macam tu. Aku me-mang minat betul lelaki muka jambu ala artis Korea dan Jepun ni. Boleh tak tidur malam dibuatnya asyik terbayang-bayangkan dia,” Mila pun menyatakan kekagumannya juga.
“Dia juga salah seorang daripada pemain utama pasukan bolasepak di universiti kita.
Kalau biasa tengok pasukan bolasepak universiti kita main mungkin boleh cam dia yang mana satu.,” Aina menyambung kembali penerangannya.
“Main bolasepak wakil universiti kita rupanya. Memang hebat betul pakwe kau ni. Kena betul dengan ciri-ciri lelaki idaman aku. Hensem, tinggi dan pandai bersu-kan. Aku pula tak biasa tengok pasukan bolasepak kita main sebab aku tak minat bola sepak. Lagipun tak ada sesiapa yang aku kenal dalam pasukan tu,” kata Yati.
“Aku pula biasa jugalah tengok pasukan bolasepak universiti kita main. Rasanya aku dapat cam yang mana satu. Dia main bahagian tengah tak silap aku. Budak baru rasanya sebab baru satu dua perlawanan je dia main. Memang hensem dan jambu gilalah muka dia. Malaslah aku nak berteka-teki, aku pun bukan ingat sangat nama dia, kau bagitahu jelah!,” Mila pula sudah dapat membayangkan siapa dia teman lelaki Aina itu.
“Betul cakap awak tu Mila, dia main di bahagian tengah dan sebenarnya dia baru sahaja dipilih sebagai pemain utama pasukan itu. Sebelum ini duduk di bangku simpanan saja. Oh ya, nama dia Razzi,” akhirnya Aina memberitahu nama teman lelaki kesayangannya itu kepada Yati dan Mila.
“Bertuahnya kau ya Aina dapat pakwe hensem jambu macam itu. Aku dah lama nak berkenalan dengan dia sejak tengok dia main hari itu tapi macam susah je nak jumpa. Yelah, dia kan ambil jurusan lain dari kita. Bertuah betul kau ya dapat dia. Cemburunya aku. Memang dah rezeki kau. Macamana kau boleh tersangkut dengan dia?,” kata Mila.
“Kami berdua mula berkenalan di perpustakaan universiti kita itu. Masa itu saya sedang ulangkaji pelajaran di sana dan dia pula datang suka-suka untuk baca majalah dan surat khabar. Dia yang tegur saya dulu tanya khabar, ajak berbual bersama-sama. Tak lama kemudian kami berdua berkawan. Dah lama kawan, timbul pula perasaan sayang, itu yang kami berdua ambil keputusan untuk bercinta pula,” jelas Aina de-ngan terperinci sekali mengenai bermulanya percintaannya dengan Razzi.
“Bertuahnya kau ada lelaki hensem tegur kau lepas tu bercinta pula dengan dia. Bahagianya rasa hati. Macam dalam filem Hindustanlah pula,” kata Mila sambil berseloroh.
“Razzi….. Razzi….. Aku rasa macam pernah dengarlah nama ni. Bukan ke nama ni sama dengan nama bekas pakwe kawan kita seorang tu,” Yati tiba-tiba teringat-kan sesuatu.
“Aha…. Ya lah, baru teringat, nama sama dengan bekas pakwe si Dania, kawan serumah kita yang dah lama keluar itu,” Mila juga seperti teringatkan perkara yang sama.
“Kesian dia, kena tinggal dengan bekas pakwe dia begitu sahaja. Macam tung- gul je dibuatnya. Ingat lagi Dania ada kata, pakwe dia tinggalkan dia dengan bagi alasan yang aku rasa mengarut sangatlah. Alasan dia berbunyi ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya.’ Entah apa-apa punya alasan. Tak kan lah betina jahat yang nak dibuatnya sebagai awek? Suka kikis duit, curang, itulah perempuan yang dia cari agaknya. Memang bodoh sangatlah lelaki yang tak nak awek baik-baik. Bila dah kena teruk dengan betina jahat baru menyesal agaknya. Barulah nak cari perempuan baik-baik pula lepas itu,” Yati berkata dengan penuh emosi sekali apabila mengingatkan nasib bekas rakan serumah mereka yang bernama Dania itu. Terkontang-kanting begitu sahaja apabila ditinggalkan teman lelaki dengan alasan yang sangat bodoh.
“Bukan setakat itu je, lepas kena tinggal tu, pelajaran dia merosot teruk sampai markah pointer dia rendah sangat, bawah nilai 2.0 jadinya sebab perasaan dia terganggu sangat sampai tak dapat nak tumpu perhatian kepada pelajaran. Akibatnya dia kena tendang keluar dari universiti kita. Kasihan dia, masa depan dia gelap macam itu saja. Apa-apa pun harap dia dapat juga teruskan pengajiannya walaupun terpaksa bermula semula di tempat lain,” kata Mila pula yang sedih mengenangkan nasib bekas rakan serumah mereka itu.
“Salah satu sebabnya ialah, tak berapa lama lepas dia orang berpisah, si jantan jahanam tu kantoi dengan Dania ada skandal dengan awek lain. Memang alasan yang nampak saja suka-suka dibuat agaknya sebab dah tak ada alasan lain lagi nak bagi. Alasan yang digunakan untuk menutup kecurangan sendiri. Itu yang Dania sedih sangat sampai terganggu pelajaran dia. Sampai kita semua cuba nak pulihkan dan nasihat pun tak berhasil,” kata Yati lagi.
“Saya pun ada teringatkan perkara itu juga, kasihan juga pada dia, sampai rasa takut nak bercinta mengenangkan nasib si Dania itu. Dah lama tak jumpa dia, rindu juga pada kawan kita itu. Sebelum ini ada juga cuba hubungi telefon bimbit dia untuk bertanya khabar tetapi tidak dapat dihubungi lagi sebab dia dah tak pakai lagi nombor biasa dia itu, mungkin dah tukar nombor baru agaknya. Razzi bekas pakwe Dania tu awak berdua pernah jumpa ke?,” kata Aina pula sambil bertanya kepada Yati dan Mila.
“Tak pernahlah pula jumpa, gambar dia pun tak pernah tengok, malah tak tahu langsung sama ada dia pelajar universiti ini juga ataupun orang luar sebab Dania cuma pernah bagi tahu nama dia je,” jawab Yati.
“Selain itu dia ada juga bagi tahu yang pakwe dia ini tinggi dan hensem macam model rupanya. Itu sahajalah. Memang perahsia betul lah dia. Malah Dania juga tak pernah ada ruangan laman sosial di internet jadi memang tak pernahlah nampak macamana rupa pakwe dia tu. Mungkin dia ada simpan gambar kat mana-mana tapi dia tak pernah tunjuk. Apa-apa masalah yang melibatkan hubungan dia dengan pakwe dia tu biasanya dia luahkan kat kita orang,” Mila pula memberikan penerangannya mengenai Dania dan bekas teman lelakinya.
“Ohhh, begitu rupanya. Harap-harap dia okey sekarang ni,” kata Aina pula.
“Agak-agak, Razzi pakwe kau dan Razzi bekas pakwe Dania tu orang yang sama tak?,” Mila mula berasa risau dan sangsi mengenai Razzi, teman lelaki kesayangan Aina itu.
“Tak tahu, no komen, tapi Razzi itu baik sangat, romantik orangnya. Selalu layan saya dengan baik, tak pernah nak marah-marah dan tinggikan suara. Tak mungkinlah dia bekas teman Dania yang tak berhati perut itu,” Aina memberikan pandangannya.
“Tapi apa-apa pun kau berwaspada jelah. Sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Itu jelah pesan aku. Orang lelaki ni memang mulut manis. Sebelum dapat semua okey je, bila dah dapat, taring dan tanduk semua keluar,” Yati memberi peringatan kepada Aina.
Aina mula sedar semula daripada lamunan kenangan indah pertemuan pertamanya dengan Razzi itu. Tiba-tiba, kata-kata Mila dan Yati yang memberi peringatannya mengenai Razzi suatu ketika dahulu itu mula bermain di fikirannya.
“Adakah dia….?,” Aina tersentak lalu bersuara perlahan, seperti teringatkan sesuatu.
“AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”
“AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA…. ,”
Ayat hikmat Razzi itu mula terngiang-ngiang di fikiran Aina semula serta mengganggu kembali perasaannya.
“Padanlah macam pernah dengar ayat itu. Rupa-rupanya sebelum ini di zaman universiti dahulu Dania pernah ditinggalkan dengan alasan yang sama juga. Adakah Razzi itulah sebenarnya bekas teman lelaki Dania? Tak mungkin! Tak mungkin!, Aina berkata perlahan di dalam hatinya. Seribu satu persoalan sudah mula bermain-main di fikirannya.
Aina pun bingkas bangun dari katil dan kemudian mencapai cermin matanya serta terus memakainya. Perlahan-perlahan Aina memandang kalendar di dinding bilik tidur-nya itu. Setelah memandang kalendar tersebut, Aina kelihatan terkejut.
“Alamak, rupanya dah tiga hari berturut-turut aku tak datang kerja! Matilah aku macam ni! Habis kena basuh cukup-cukup dengan En. Kamal itu nanti. Kalau nasib tak baik mungkin kena pecat!,” Aina mendengus bersendirian di dalam hatinya. Rasa bimbang dan risau mula bermain-main di hatinya.
Sejurus kemudian Aina pun pergi mengambil telefon bimbitnya. Setelah mencapai telefon bimbitnya itu, Aina segera melihat skrinnya. Kelihatan ada sepuluh panggilan tidak berjawab. Dilihatnya nombor panggilan yang tidak berjawab itu, terteralah nombor telefon ketua di tempatnya kerjanya yang bernama Encik Kamal itu di skrin telefon bimbitnya serta beberapa nombor rakan-rakan sekerja yang cuba menghubu-nginya sepanjang ketiadaannya di tempat kerja.
“Dah sah! Habis aku! Mati aku esok nanti!,” Aina terkejut melihatkan nombor telefon En. Kamal itu lalu menghela nafas panjang. Fikirannya jadi tak tenteram memikirkan apa nasib yang bakal menimpanya esok hari nanti.
Aina pun berbaring semula di katilnya. Baring sambil memikirkan bagaimana untuk dirinya menghadapi masalah yang baru saja timbul itu. Matanya juga sudah semakin lelap akibat keletihan otak memikirkan penyelesaian masalah tersebut.
“Ahah! Dah dapat,” Aina berkata sendirian di dalam hatinya, seperti sudah jumpa jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang menghantui dirinya itu.
“Yati! Kau mesti tolong aku selesaikan masalah ini. Aku amat mengharapkan bantuan daripada kau!,” kata Aina dalam hatinya lagi.
Terdetik di hati Aina bahawa Yati, rakan serumahnya sekarang ini dan juga semasa sedang belajar di universiti itu adalah satu-satunya orang yang mampu menyelamatkan dirinya daripada masalah di tempat kerjanya yang sedang menghantui dirinya sekarang ini.
Last edited by RED 666 on 16-5-2013 09:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dah sampai bab 10 dah pun saya upload, tak ada sapa2 nak komen ke novel saya ni?
saya amat memerlukan komen dan pendapat untuk menyedapkan lagi novel saya ini
|
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 posted on 17-5-2013 12:19 PM
dah sampai bab 10 dah pun saya upload, tak ada sapa2 nak komen ke novel saya ni?
saya amat memerl ...
Ok, ini komen ikhlas dr saya ye..
1.Berdasarkan ringkasan, apabila membacanya saya cuma boleh menyimpulkan oh.. nak cerita tentang sejauh mana erti awak terlalu baik untuk saya.
ok, then what?
maksudnya... ringkasan kurang catchy.
2.Sudah acap kali saya beri komen kpd penulis2 baru di sini (saya pun baru tp perasan dah lama ) bhw saya agak turn off sikit kalau satu bab/part ditepek sekali harung dlm 1 post. Jadi saya baca mcm bullet train yg kdg2 saya skip terus. Maaf ya!
kenapa ek? Sebab saya rasa mcm... mak aihhh... pjgnya! So... saikologinya mempengaruhi emosi dan minat utk saya membacanya
Disebabkan berkali2 minta komen, saya berasa terpanggil (simpati) jadi saya gigihkan diri utk membacanya dari setiap aksara untuk bab 1 sahaja. (ecehhh...)
3.Penggunaan bahasa kurang menarik. Ia spt ayat karangan sekolah sahaja. Harap tak berkecil hati, ya. Saya pun bukan pandai menulis sgt tapi cuba tambahkan kosa kata yg berbunga2 sikit. So, pada saya, walau pun novel bertema cinta, tp perasaan itu tak sampai. Kesedihan Aina mahu pun Razzi saya tak rasa pun.
4.Saya kurang gemar dialog yg diucapkan terlalu panjang berjela seolah2 sedang membuat ucapan.
Ok, itu komen ikhlas dr aiols. No hard feeling, k?
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya ambil contoh petikan pada bab 1:
Sejurus saja dimarahi Aina, Razzi pun memegang erat kedua belah tangan Aina, barangkali untuk memujuk Aina yang sedang dalam kemarahan itu.
“Saya memang sayangkan awak, sangat sayang kepada awak, bahagia bersama awak selama ini.
Setelah sekian lama bersama awak, saya rasakan diri saya begitu kecil, rendah diri di mata awak,
sebab awak terlalu baik kalau nak dibandingkan dengan saya ini. Saya rasa benar-benar tak layak
berada di samping awak, awak lebih layak bersama dengan seorang lelaki yang baik, jauh lebih baik
daripada diri saya yang hina ini. Awak lupakanlah saya, carilah lelaki lain yang lebih baik daripada
saya dan mampu membahagiakan diri awak selama-lamanya.,” Razzi memberikan penjelasannya kepada Aina.
Aina yang mendengar penjelasan Razzi tersebut, tergamam dan kelu tidak berkata, barangkali penjelasan
yang diberikan Razzi tersebut membuatkannya berasa terharu. Adakah Aina masih marahkan Razzi?
Cuma hatinya saja yang tahu.
Saya cuba rewrite cara saya ye..
Razzi tahu Aina marah. Kedua tangan gadis itu digenggamnya erat-erat. Kemarahan Aina mahu diredakannya. "Saya sayangkan awak, Aina. Terlalu sayangkan awak.Malah saya amat bahagia bersama dengan awak..." Kata-katanya terhenti. Wajah Aina ditatapnya redup. Aina hanya menunduk.
"Tapi.. saya tak sanggup untuk meneruskan perhubungan kita lagi sebab awak begitu sempurna Aina... sehinggakan saya merasakan saya langsung
tak layak buat awak." Kali ini tangan Aina dielusnya perlahan-lahan. Dia mengharapakn gadis itu mengerti dengan apa yang cuba dia sampaikan.
"Aina... awak terlalu baik buat saya. Awak sepatutnya berhak mendapat lelaki yang jauh lebih baik dari saya. Awak lupakan saya." Matlamat sebenar telah dia luahkan. Razzi mahukan perpisahan. Namun perpisahan itu biarlah dalam cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan Aina.
Laju bebola mata Aina berlari ke wajah Razzi. Setiap inci riak yang terlakar pada wajah itu cuba dia tafsirkan. Aina cuba memahamkan maksud yang tersirat dari setiap patah perkataan yang Razzi tuturkan.
Aku terlalu sempurna. Aku terlalu baik untuk dia? Sungguh tak masuk di akal. Kalau benar begitu, apa masalahnya lagi? Bukankah semua orang mahukan yang terbaik? Jadi, kenapa perpisahan pula yang dipinta? Aina bingung.
Just my 20 cents idea. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih banyak2 atas komen2 yang diberikan anda berdua
sebenarnya, manuskrip novel saya ini telah saya hantar ke beberapa syarikat penerbitan tetapi direject oleh mereka
ada yg reject tanpa apa2 sebab dan ada yg bagi respon suka dgn jalan cerita saya tetapi tidak berapa suka dengan gaya penulisan saya
sebenarnya saya sendiri tak ada idea macam mana nak ubah gaya penulisan saya tetapi dengan contoh yg diberikan oleh lady finger di atas tadi, datang sedikit idea macamana nak memantapkan lagi cara penulisan
untuk versi di cari forum ni, memandangkan ramai tidak selesa membaca panjang berjela, saya akan memberi posting yg lebih pendek untuk setiap bab bagi posting bab yang seterusnya nanti
Last edited by RED 666 on 17-5-2013 04:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Askum semua, novel 'Awak Terlalu Baik Untuk Saya' ini telah pun saya hasilkan dalam versi e-book.
Ada 404 muka surat dan 51 bab keseluruhannya
Harga RM10 sahaja. Format pdf, kena guna adobe reader atau apa2 pdf reader utk baca di pc, henpon atau tablet.
Sinopsis cerita ada kat post yang awal2 sekali tu
Siapa2 yang berminat boleh PM aku kat cari forum ni, sekian, wassalam
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|