CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2317|Reply: 0

Najib suruh appreciate ibu kita 1ibu

 Close [Copy link]
Post time 13-5-2013 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Najib harap rakyat tunjuk penghargaan kepada ibu

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat dapat meluangkan masa hujung minggu untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap ibu mereka sempena Hari Ibu semalam.

Perdana Menteri berkata: "Di samping kita mula menggarapkan perancangan sebuah fasa baharu dalam sejarah negara ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada insan yang begitu penting dalam hidup saya iaitu bonda, Tun Rahah Mohd. Noah.

"Sejak dari kecil lagi, saya diingatkan oleh bonda saya supaya menjadi insan berguna yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat," katanya dalam laman sosial Facebook beliau semalam.

"Kami lima beradik selama ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang, malah bonda saya sentiasa bersabar dengan kerenah kami sepanjang zaman kanak-kanak kami.

"Saya harap anda meluangkan masa hujung minggu ini untuk menunjukkan penghargaan anda terhadap para ibu dalam kehidupan kita semua. Selamat Hari Ibu," katanya.

*Marilah kita melapang kan masa dengan ibu kita... sempena hari ibu ni. bawak la pg funfair ke. shopping mall ke. hehehe*

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_12.htm#ixzz2T8UfBX6X
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069046 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list