View: 3453|Reply: 0
|
Ajay Devgan, lakonan dikritik
[Copy link]
|
|
Pelakon ini bersama-sama membina kerjaya dengan Datuk Shah Rukh Khan (SRK), Salman Khan dan Aamir Khan, namun di antara mereka berempat, SRK, Aamir dan Salman paling mendapat perhatian hingga ada yang kata suami kepada aktres Kajol itu kurang senang dengan SRK.
“Saya tiada masalah dengan sesiapa pun termasuklah SRK. Kami berkawan dan sentiasa mengambil tahu hal masing-masing. Saya tak terasa hati sedikit pun dengan mereka bertiga kerana setiap daripada kami mencipta kejayaan yang tersendiri,” kata Ajay sambil tersenyum.
Menceritakan sisi kehidupannya sebagai bapa, anaknya Nysa adalah peng­kritik lakonannya.
“Dia suka semua watak komedi yang saya lakonkan. Dia sukakan lagu Taki Ok Taki dalam filem Himmatwala dan buat kali pertama dia puji saya pandai menari,” katanya.
Ajay yang terus ligat berlakon akan muncul dalam dua lagi filem terbarunya.
“Sekarang saya hanya boleh ambil tawaran dua filem saja dalam setahun kerana rang­ka promosinya sangat panjang. Dulu, selepas habis berlakon, kita boleh terus ke lokasi filem lain tetapi sekarang tak boleh kerana pelakon kena mempromosikan filem itu di semua tempat,” katanya.
Dalam kesibukannya berlakon, Ajay turut menceburi bidang perniagaan yang bakal memulakan projek kuasa solar di Gujarat.
“Satu lagi projek saya di Rajasthan dan saya juga merancang untuk menerbit­kan filem,” katanya.
Ajay bertemu jodoh de­ngan Kajol 14 tahun lalu dan rahsia keutuhan rumah tangga mereka adalah mereka berdua sentiasa berusaha mengekalkan kebahagiaan.
“Kajol seorang yang jujur dan berterus terang. Kalau dia tak suka, dia akan cakap terus depan muka kita. Kami saling menerima kekurangan diri masing-masing. Kajol banyak mengajar saya menjadi suami yang matang dan bertanggungjawab.
“Waktu bujang dulu, saya suka ‘ikut’ kepala sendiri saja,” katanya yang suka memasak untuk mereka sekeluarga.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|