CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 0

Bipasha Basu tak serik bercinta

[Copy link]
Post time 9-5-2013 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 10 tahun Bipasha Basu bercinta dengan aktor John Abraham, namun kasih mereka kecundang di te­ ngah jalan. Sejak itu Bipasha lebih selesa hidup sendiri dan sibukkan dirinya dengan berlakon. Walaupun kecewa bercinta tidak bererti jelitawan itu tidak mahu berkahwin.


“Nampak moden tetapi saya seorang yang berfikiran ortodok dan tetap percayakan institusi perkahwinan. Saya akan berkahwin suatu hari nanti apabila berjumpa lelaki yang sesuai.



“Setiap wanita mesti melalui satu fasa baru dalam kehidupannya iaitu berkahwin dan mempunyai anak. Bagi wanita yang berkerjaya, barangkali rutin hariannya akan jadi kalut dan ada juga pasangan yang tidak mahukan anak.

“Saya rasa dalam masyarakat moden hari ini, ramai yang faham situasi itu. Apa yang lebih penting dalam sebuah perkahwinan ialah untuk mendapat pasangan yang sentiasa ada bersama kita kala susah dan senang,” katanya.



Menurut Bipasha, sebelum berkahwin kita mestilah mencintai pasangan kita yang menjadi asas utama dalam sebarang perhubungan.

“Ikatan yang terjalin tidak akan bertahan lama tanpa rasa cinta. Bagi diri saya, saya mahukan lelaki itu menerima saya seadanya, menghormati saya dan kerjaya saya. Oleh kerana saya wanita yang berjaya, dia mesti mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi supaya dia tidak rasa rendah diri.

“Sekiranya hubungan itu tidak berjaya, pasti ada yang lebih baik menunggu anda. Mungkin anda akan mendapat kekasih yang lebih baik lagi,” katanya.

Bipasha tidak menafikan dia tetap berasa kecewa apabila cintanya dengan John tidak dapat diselamatkan.

“Rasa kecewa adalah perkara biasa kepada mereka yang putus cinta. Anda menangis, rasa nak menjerit dan mengunci diri dalam bilik. Sesiapa pun tidak mengelaknya termasuklah saya tetapi saya tidaklah berterusan mengurung diri. Saya terpaksa keluar mencari diri saya semula dan sekarang saya bahagia hidup sendirian,” katanya.

Aktres itu baru saja muncul dalam filem terbarunya, Raaz 3 dan lakonannya dipuji ramai.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.578784 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list