|
Bakat baru Bollywood, Shraddha Kapoor bertuah kerana baru berlakon satu filem, sudah mampu mencipta kejayaan. Asshiqui2 adalah filem lakonan sulungnya dan kejayaan filem itu terus melonjakkan namanya.
“Saya tak sangka yang filem itu akan sangat berjaya hingga membolehkan saya tersenyum sepanjang hari. Ia memotivasikan saya untuk terus bekerja keras dalam filem lain selepas ini,” katanya.
Dalam filem itu, Shrad­dha berpasangan dengan Aditya Roy dan selepas lama berada di lokasi bersama, mereka sudah jadi sahabat baik.
“Dia sangat baik dan juga kreatif. Dia sentiasa ada idea untuk babak yang kami lakonkan bersama dan saya suka jika dapat berlakon de­ngannya lagi,” kata Shraddha mengenai Aditya.
Shraddha yang berjiwa romantik suka menonton filem Pyaasa arahan Guru Dutt dan sangat mengagumi lakonan Waheeda Rehman. Filem lain kegemarannya, Titanic dan The Notebook.
“Saya membesar de­ngan banyak menonton filem Bollywood yang dihiasi adegan romantik. Percintaan hero dan heroin seperti cerita dongeng yang akan kekal bahagia buat selamanya,” katanya.
Dalam mengharu­ngi kerjaya lakonan­nya yang baru bermula, Shraddha hanya mengikut keadaan.
“Saya berusaha membina minda dan sikap yang positif. Seperti kata sesetengah orang, hidup ini penuh dengan kejutan dan saya bersedia untuk menghadapi apa saja yang datang de­ngan hati terbuka,” katanya.
|
|