CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2761|Reply: 3

Rindu Seorang Zaujah (U)

[Copy link]
Post time 8-5-2013 10:44 PM | Show all posts |Read mode
~ Hati kita, Allah yang pegang ~

RINDU SEORANG ZAUJAH 1 (The past)

  Sebelah mataku dikecilkan. Beg sandang yang diletakkan di atas meja terus dicapai. Menggagau jam tangan yang diletakkan di bahagian depan beg sandang itu. Zafrina yang berdiri di sisiku hanya memandang sambil menggeleng. Dewan kuliah sudah lengang di kala kuliah selesai beberapa minit yang lalu.


  Aku tidak mengerti mengapa hari ini kuliah harus diadakan pada waktu malam. Haih!


  “Enn…”


  “Apa?” soalku tanpa memandang Rina.


  Aku menyangkutkan tali beg di bahuku. Menguak rambut yang diikat tinggi. Cermin mata yang melurut ke batang hidung dibetulkan.


  “Enn, kau nak pergi mana lepas ni?”


  “Balik rumah. Asal?”


  Zafrina menarik muncung dan menggeleng. Keningku dijongketkan. Pehal pulak duk tarik muncung bagai?


  “Jom ikut aku. Kita keluar.”


  “Pergi mana?”


  “Ada lerrr. Jom,” tuturnya seraya menarikku membuntuti langkahnya keluar dari dewan kuliah.


  Langkahku mati di hadapan sebuah Aston Martin DB9 berwarna hitam metalik. Wajahku dikalihkan memandang Zafrina. Dahiku berkerut. Gadis tinggi lampai itu hanya tersengih. Memasukkan tangan kanannya ke dalam kocek baju kurung yang dipakai.


  Seorang lelaki keluar dari kereta mewah itu. Memakai pakaian pejabat. Mengatur langkah mendekati  Rina. Aku hanya memerhati tanpa kata. Mungkin lelaki itu teman lelaki barunya. Tukar teman lelaki macam tukar baju tapi aku tahu, dia bukannya spesies pisau cukur. Nama pun anak orang yang tak miskin.


  Lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan wajah Zafrina lalu melekapkan bibirnya ke pipi Rina. Aku terkedu.


  Kemudian, mereka tertawa.


  “Sihat?”


  “Tak mati lagi. Maknanya aku masih sihat. Long time no see, wei. Kau pergi mana?”


  “Ada je kat Malaysia ni tapi sibuk sikit.”


  Mereka tenggelam dalam dunia mereka dan aku membisu. Menguis tanah. Sesekali aku menjeling langit. Jika begini jadinya, lebih baik aku pulang. Mama tidak betah melihat aku berpeleseran selepas kuliah tamat. Papa dan abang juga. Tapi mustahil pula aku menganggu perbualan mereka. Mereka terlalu khusyuk berbual.


  Ah, aku tak peduli!


  Jemariku singgah di bahunya lalu aku gugah lembut bahunya. Dia memandangku. Lelaki itu juga.


  “Rina, aku balik dululah,” ujarku perlahan.


  “Asal pulak?”


  Sebab aku tak larat nak tunggu kau bersembang dengan pakwe kau, Rina.


  “Kita kan nak keluar.”


  Aku berpaling. Lelaki itu mengoyak senyuman manis.


  “Betul tu, Enn. Kau pergi naik kereta dengan mamat ni. Aku tunggu pakwe aku datang kejap.”


  Habis, siapa laki ni pulak?


*****


  Bibirku terkunci. Beberapa botol arak mahal yang terletak di kakiku aku pandang. Lelaki itu tetap meneruskan pemanduan.


  “You minum?”


  “Minum apa?” soalku hairan.


  Dia melepaskan tawa kecil dan menggeleng.


  “Naïve! Mestilah minum arak. You minum?”


  Mataku mencerun memandangnya. Arak? Mustahil aku menyentuh minuman haram itu.


  “Tak. Tak minum dan takkan pernah minum. Kenapa?”


  “Macam manalah you boleh kawan dengan sepupu I tu. Dia terlalu advance dan you terlalu naïve,” komen lelaki itu.


  Sepupu?


  Tidak lama kemudian, kereta itu berhenti di hadapan sebuah pub. Aku memandang lelaki itu dan dia tersenyum. Nafas ditarik panjang. Kenapa kami ada di sini? Adakah ini tempat yang ingin mereka tuju?


  Hanya dia melangkah keluar dari perut kereta. Aku masih membatukan diri. Cermin kereta diketuk lalu aku membuka pintu kereta. Rina menggeleng melihat telatahku.


  “Enn, jom masuk.”


  Aku geleng tanda tidak mahu.


  Teman lelaki Rina sudah masuk ke dalam pub. Meninggalkan aku dan dia. Rina melutut di hadapanku.


  “Jom masuk. Bahaya duduk sini. Banyak orang mabuk.”


  “Tapi…”


  Dan aku tetap mengikut dirinya. Melangkah masuk ke tempat yang tak sepatutnya dan aku tahu perbuatan itu silap. Satu kesilapan yang besar.


  Kepalaku berpinar melihat orang yang terkinja-kinja menari dan dentuman muzik yang membingitkan. Tekakku terasa perit tiba-tiba. Ingin berpatah balik, dirasakan seperti dunia luar itu terlalu jauh dari sini.


  Entah ke mana sepupu si Rina menghilang. Kereta mewah miliknya ditinggalkan tanpa dikunci.


  Rina leka memandang orang ramai. Dibuatnya aku seperti patung yang tidak bernyawa. Terkebil-kebil aku memandang seorang lelaki muda yang meneguk arak. Diteguknya arak itu seperti menelan air mineral. Saat itu juga, mataku jatuh pada wajah sepupu Rina. Dia muncul dari celahan orang ramai bersama seorang lelaki yang tinggi sedikit darinya. Mereka khusyuk berbual.


  “Rina, lama kita tak jumpa,” ujar kawan si sepupu Rina itu.


  Kali ini, aku nekad! Aku ingin pulang.


  “Rina, aku balik dulu.” Aku menuturkan kata tanpa memandang wajah mereka. Langkahku diatur kemas.


  Malangnya, aku hanya mampu menapak beberapa langkah kerana ada jemari yang melingkar di pinggangku. Menarikku dan aku terus jatuh ke dalam pelukannya. Aku tertungkap. Wajahku diangkat. Lelaki itu tersenyum lalu menyangkutkan dagunya pada bahuku.


  “Hessa Zaina, awak tak boleh pergi lagi sebab kita belum berkenalan. Nama saya, Israr Muayyad tapi awak boleh panggil saya, Im.”


  Dan bak kata Hlovate, the rest is history. Ya! Kerana perjalanan yang seterusnya tidak indah. Hati terlalu jauh dari Sang Pencipta. Leka dengan kenikmatan dunia. Lupa akan Yang Esa.

  




Last edited by Lehanna on 8-5-2013 11:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2013 10:35 AM | Show all posts
Dari gaya penulisan, macam kenal. Boleh tak acik nak teka... Ini adik tecit nak ambil PMR tu kan?

julieanne, surianovember.... awat guna byk nama cheq??

(errr.... sorry terjah tak bg salam... Betul dak? Assalamualaikum! )
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 12:13 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 9-5-2013 10:35 AM
Dari gaya penulisan, macam kenal. Boleh tak acik nak teka... Ini adik tecit nak ambil PMR tu kan?

...

ladyyyyy amboihhh ganti momod.



nota kaki : Adik tepek banyak banyak sikit ya!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 06:38 AM | Show all posts
Mcm best...

Next!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055034 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list