CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 2

PEMINAT SINGAPURA MENGAJAK HYUNBIN BERKAWIN

[Copy link]
Post time 30-5-2013 04:20 PM | Show all posts |Read mode


Sekali lagi wakil CARI Malaysia berpeluang diundang oleh pihak penganjur Faith & D Entertainment Pte Ltd (Singapore) ke sidang media Hyun Bin First Asia Fan Meeting Tour di Singapura pada 26 April 2013.  Tepat jam 6.00 pm diiringi sorakan para peminat, Hyun Bin tiba dan tampil segak berpakaian suit berona kelabu berjalur putih.  Dengan senyuman yang tidak lekang dibibir, beliau sesekali melambai-lambai ke arah peminat yang membanjiri Bugis Mall.

Mari ikuti wawancara terbuka beliau bersama media dan dihadapan ratusan peminat.

S:  Apa pandangan anda mengenai jelajah fan meeting ke Singapura?

J:  Saya baru sahaja pulang dari mengadakan fanmeeting di Taiwan dan Hong Kong dan saya merasa sungguh teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat saya di Singapura di fanmeeting keesokkan hari.  Singapura adalah tidak asing bagi saya kerana kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini ketika mengadakan pengambaran filem dan saya gembira dapat kembali lagi ke sini.

S:  Drama 'Secret Garden' ternyata popular di kalangan peminat k-drama.  Sebagai peneraju watak utama adakah anda menjangkakan drama tersebut akan popular?

J:  Ternyata sekali saya tidak menjangka sebegitu.  Melihat kepada shopping mall di Bugis mall ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan di dalam drama tersebut.  

S:  Apakah persamaan atau perbezaan diri anda dengan watak Kim Joo Won dalam drama 'Secret Garden'?

J:  Saya bukanlah seorang yang kurang sensitif dan mementingkan diri sendiri seperti yang digambarkan dalam watak drama tersebut akan tetapi dalam perhubungan saya begitu mengambil berat terhadap orang yang saya kasihi.

S:  Anda seolah-olah seorang yang perfectionist dan peminat menggambarkan anda mempunyai personaliti yang sempurna. Bagaimanakah anda menilai diri anda?

J: Saya hanyalah seorang manusia biasa (jawapan yang sangat ringkas dari beliau)

S:  Di dalam drama 'Secret Garden' Kim Joo Won meluahkan perasaan romantis yang unik kepada watak utama wanita.  Bolehkah anda berkongsi perkara yang paling romantik yang pernah anda lakukan terhadap teman wanita?

J:  Saya tidak melakukan sesuatu yang istimewa tetapi jika ada apa-apa permintaan atau keinginan dari teman wanita saya akan tunaikan.

S:  Siapakah anatara pelakon wanita yang anda ingin berganding di dalam drama anda yang akan datang?

J:  Saya ingin berlakon bersama pelakon wanita yang belum pernah saya berlakon bersama. Ia akan menjadi satu cabaran buat saya dan akan memberi pendekatan baru terhadap penonton dan juga peminat saya.

S:  Adakah anda menginginkan watak tertentu didalam sesebuah drama?

J:  Kemungkinan peminat akan dapat melihat watak tersebut.  Ianya melibatkan 2 watak yang berbeza (bipolar).  Projek tersebut masih dalam peringkat perbincangan tetapi saya merasakan sesuatu yang positif dan anda akan melihat watak tersebut kelak.

S:  Soalan psikologi ~ Jika anda diberi peluang untuk memilih warna bunga apakah yang anda pilih?

J:  Saya memilih hitam.

Impak kepada jawapan tersebut ~ ini bermakna bahawa kadang kala anda merasa sedikit tertekan dalam perhubungan ke tahap yang anda mungkin mempunyai harapan yang sangat tinggi terhadap pasangan anda.  Jika anda mendapati bahawa pasangan anda tidak memenuhi standard yang anda inginkan anda tidak mahu meneruskan perhubungan tersebut.

S:  Adakah ianya betul?

J:  Betul. Ianya mempunyai persamaan tetapi tidak 100 peratus tepat.  Jika saya terlalu memberi tekanan saya akan memikirinya tidak akan menjadi perhubungan ideal yang saya inginkan.  Saya mahu sesuatu yang santai dan ingin menjadi diri saya sendiri.

S:  Semasa anda menyertai tentera adakah terdapatkeadaan di mana orang-orang (dalam tentera) mengenali anda dan meminta untukbergambar dan meminta autograph?

J:  Apabila saya menyertai tentera terdapat tekanan dari pihak atasan di pangkalan tentera untuk tidak melayan saya seperti selebriti.  Kami di dalam tentera adalah sama sahaja.  Secara jujur saya amat berterimakasih kepada semua pegawai-pegawai yang telah membolehkan saya melalui pengalaman yang hebat.

S:  Anda mempunyai ramai peminat.  Pada pendapat anda apakah yang menjadi daya tarikan anda?

J:  Apa yang suka mengenai diri saya?  Saya fikir ramai peminat meminati watak sayadi dalam sesebuah drama yang saya bintangi. Saya bersyukur kerana watak-watak tersebut yang memungkinkan saya disukai.

S:  Di dalam kebanyakan drama dan filem anda,apakah kejadian yang paling sukar bagi anda dan bagaimana anda mengatasinya?

J:  Salah satu perkara yang sukar adalah ketikasaya terlibat di dalam penggambaran filem I am Happy pada tahun 2008.  Dari segi pemahaman watak ianya mencerminkan banyak perkara mengenai diri saya sendiri membuatkan saya mengambil masa yang lama mengenai filem dan watak tersebut.

S:  Fesyen anda dalam drama 'Secret Garden' sentiasa menjadi topik utama.  Secara peribadi bagaimanakah kesedaran fesyen anda?

J:  Fesyen saya bergantung kepada majlis.  Kebiasaannya saya berpakaian kasual.  Bagi kes seperti hari ini acara formal sayaakan berpakaian mengikut acara tersebut. Malah untuk majlis formal biasanya saya akan mengenakan suit.

S:  Anda mengadakan sesi jelajah Asia demi menghargai peminat yang menunggu anda selama 2 tahun kembali ke industri seni.  Selepas membuat 3 hentian di Taiwan, Thailand dan Hong Kong bagaimana pengalaman tersebut mengubah diri anda?  Adakalah ianya sukar bagi anda untuk melakukan aksi comel untuk peminat?

J:  Pada permulaannya saya merasa sangat gementar tetapi kini saya lebih tenang.  Atas sebab itu saya berterima kasih kerana saya dapat menikmati setiap detik untuk dikongsi bersama peminat saya.  Oleh itu di Singapura saya berharap untuk bergembira bersama peminat saya di sini.  Saya mendapat banyak permintaan daripada peminat untuk melakukan aksi comel.  Saya telah cuba untuk belajar akan tetapi saya fikir ianya tidak sesuai untuk saya berkelakuan sedemikian.

S:  Adakah menjadi seorang pelakon menjadi impian anda semasa kecil atau anda dipengaruhi untuk menceburi bidang lakonan?  Adakah benar seorang pelakon itu sepatutnya celik media (press/media savvy)?  Dalam tempoh 5 tahun akan datang adakah anda akan meninggalkan dunia lakonan kerana cinta?

J:  Semasa saya mempelajari teater di sekolah menengah saya mengimpikan untuk menjadi seorang pelakon.  Saya meneruskan impian saya itu dan belajar teater di universiti. Saya tidak pasti jika saya adalah seorang yang celik media.  Saya berharap saya seorang yang celik media jika sebaliknya saya rasa saya perlu mempelajarinya. Saya fikir ianya tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat.  Jika saya meninggalkan dunia lakonan ianya tiada kaitan dengan hubungan dengan pasangan saya tetapi mungkin bergantung kepada peminat yang masih menyokong saya atau sebaliknya.  

S:  Selain bidang lakonan adakah anda ingin mencuba bidang lain seperti pengacaraan atau bertugas di balik tabir sebagai seorang pengarah drama/filem?

J:  Tidak kerana tugas saya pada ketika ini adalah seorang pelakon jadi saya memerlukan pengarahan dalam drama/filem.  Bagi saya untuk memberi lakonan yang berkesan saya memerlukan panduan dan pengarahan seorang pengarah.  Saya memikirkan yang saya tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengarah dan saya mahu memberikan tumpuan khusus kepada bidang lakonan.

S:  Apa yang mungkin anda lakukan jika anda bukan seorang pelakon?

J:  Sebelum saya mengimpikan untuk menjadi seorang pelakon, saya benar-benar mahu ke akademi polis jadi saya mungkin akan menjadi seorang anggota polis.

S:  Anda baru sahaja keluar dari latihan tentera adakah sukar bagi anda untuk kembali ke dunia hiburan?  Apakah cabaran yang anda hadapi setakat ini?

J:  Saya tidak mempunyai banyak kesulitan tetapi saya sangat gembira kerana akhirnya saya menjadi ‘bebas’.  Di samping itu ketika saya mengadakan sesi pengambaran foto saya menerima komen bahawa saya kelihatan garang dan mata saya terlalu serius.  Saya berharap pada masa `hadapan saya akan dapat memperbaikinya.

Apabila pengacara DJ Ah Kendari Radio 1003 membuka peluang untuk peminat bertanya soalan kepada Hyun Bin, seorang peminat tidak segan silu berkata ‘mahukah anda berkahwin dengan saya?’  soalan tersebut membuatkan Hyun Bin tersipu malu tapi dengan sopan menolak sambil menjawab ‘ini adalah pertemuan kali pertama jadi saya tidak begitu pasti apa yang perlu saya katakan kepada anda’ sambil menunduk malu.  Secara spontan peminat tersebut berkata I’ll be gentle’.  Kenyataan peminat tersebut membuatkan semua yang hadir terkejut lantas tertawa dengan tindakan beliau. Hyun Bin hanya mampu tersenyum dengan gelagat peminatnya.



Hyun Bin kemudiannya mengadakan Fan Meeting  di Singapura pada 27 April 2013 bertempat di The Max Pavilion.  Sebagai tanda penghargaan terhadap peminat Hyun Bin telah mengadakan sesi Hi-5 kepada 1,000 peminat bertuah selepas fan meeting.



Setinggi-tinggi penghargaankepada pihak penganjur O & Entertainment (Korea) dan Faith & D Entertainment Pte Ltd (Singapore) yang telah mengundang CARI Malaysia ke sidang media bersama Hyun Bin.

Artikel oleh:  Nurul @ se7enstarz
Editor oleh:  isabel
Gambar oleh : Faith & D Entertainment Pte. Ltd Last edited by isabel on 30-5-2013 04:28 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 04:23 PM | Show all posts
hyunbin oppa
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:43 PM | Show all posts
baru check in
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.477049 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list