CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102207|Reply: 219

Kisah Seram Dan Misteri Lebuhraya Pantai Timur

[Copy link]
Post time 29-4-2013 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Salam..

Aku asal kuantan. Sepertimanayang sedia maklum, highway LPT agak terkenal dengan kisah-kisah misteri danseram. Setakat ni aku tak pernah lagi ‘terkena’. Apa yang akan aku ceritakanini adalah berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku. Aku cuba recallbalik apa yang pernah diceritakan oleh kawan aku. Kalau tak seram jangan marahaku. Maklum la, result Bahasa Melayu SPM aku suam-suam kuku je pun. Sedikit sebanyakmungkin memberi kesan terhadap tatabahasa karangan dan penceritaan akuni..cecece…

Kisah dua ekor pocong di Hentian Kuantan.
Kawan aku dalam perjalanan memandu kereta dariKL ke Kemaman melalui LPT. Nama dia Syam. Syam ni nak balik ke kampung dia. Malam tu lebihkurang pukul 1-2pagi camtu Syam baru sahaja melalui exit Gambang. Disebabkan dianak ke Kemaman, maka dia perlu keluar melalui exit Jabur.

Lebih kurang dalam 5 Kilometernak sampai Hentian Kuantan tu, Syam terasa nak kencing la pulak. Oh ya, lupa.Syam sorang saja nak balik Kemaman. Apabila dah dekat nak sampai HentianKuantan, kereta Syam pun menyusur masuk dan terus parking kereta betul-betul dihadapan beberapa buah gerai. Masa tu sume gerai dah tutup. Lagipun dah pukul 2pagi. Hentian Kuantan ni bukanlah hentian-hentian yang besar seperti HentianGambang dan Temerloh. Hanya sekadar terdapat tandas, surau dan gerai-geraikecil menjual air, buah-buahan dan jajan.

Masa sampai tu, Syam pelik,kenapa takde orang. Kereta dia je yang ada. Keadaan pun suram. Hentian tugelap, sebab belakangnya hutan. Yelahlah, disebabkan keliling memang gelap,lampu jalan kalau pasang tetap nampak tak berapa terang (boleh bayang tak). Sepanjangjalan memang sunyi. Lagipun laluan selepas exit Gambang memang tak banyakkereta lalu.

Keluar je kereta Syam terus masuktoilet lepaskan hajat. Dah setel, berjalan lah dia ni ke kereta. Masuk jekereta, dia berehat le sekejap. Memandangkan sepanjang dari KL memang dia takberhenti mana-mana pun. Sambil duduk berehat-rehat tu dia terfikirlah, pelikkenapa tak nampak orang pun berhenti kat sini. Hentian di seberang pun macam tujugak. Sunyi. Masa tu Syam tak terfikir pun apa-apa yang menyeramkan. Maklumla mungkinsebab agaknya lelaki. (lelaki kan konon hatikering, apa barang takut2 kan..)

Tengah-tengah layan blues tu,boleh la pulak Syam ni tertido. Dalam beberapa ketika dia tertido tu, dia punterjaga. Sebab dengar macam bunyi kain yang berkibas-kibas. Macamana aku nkkorang gambarkan ek. Aaaaaaa…macam korang nak sidai kain batik ke pelikat ke,mesti korang kibas-kibas pastu sidai atas ampaian, boleh bayang tak? Haaa..macamtu la bunyinya.

Ok, Syam dengar bunyi tu macamkuat dan laju di belakang kereta dia. Seolah2 bunyi dari belakang menuju kehadapan. Lagipun Syam bukak sket cermin kereta dia sebelum terlelap tu. Dia puntelek la sidemirror dia….

Haaaaaa…tu dia, Syam nampaklembaga yang rupanya macam pocong, lompat laju gila macam nak kejar kereta dia.Syam apa lagi dalam takut, mamai campur kalut, dia terus start enjin, reversekereta cepat2 pastu terus nak pecut. Dalam masa nk susur keluar tu sempat lagiSyam ni tengok kt blindspot dan hadapan dia, rupenye pocong tu bukan sekor, tapidia bawak sekor geng dia. Tapi bukan dua ekor yang kejar dia. Sekor lagirupa-rupanya tengah berdiri di bawah wakaf kayu yang ada kat sebelah gerai yanglast skali. (Kalau korang lalu Hentian Kuantan ni, cuba korang usha wakaf yangbetul2  sebelah gerai yang paling lastskali). Syam nampak pocong yang kat wakaf tu masa dia nk gerak keluar darisitu, tengah siap sedia cam nak gerak kejar Syam. Sekor pocong tu laju gilamelompat-lompat mengejar kereta Syam ni diikuti dengan pocong dari wakaf tu. Keadaanmuka tak berapa clear. Susuk tubuh macam lelaki dewasa. Kain kapan yang balutpocong tu macam kotor-kotor sket. Macam terkena tanah. Jarak antara pocong nganboot kereta Syam ni dalam sedepa gitu. Memang dah dekat sangat dah tu.

Mujur Syam ni cool, tak le kalut ngancuak sangat. Cubakalau kalut, tiba eksiden, kereta terbalik ke, pastu pocong2 tu mengintai pulakikut cermin tak ke naya. Eeeeee..

Masa tu memang satu kereta punxde atas highway. Yang ada kereta Syam jek. Syam terus tinggalkan hentianKuantan tu cepat2 ngan pecut laju2 sampailah hilang pocong sekawan tu daripandangan dia.

Sampai je kampung, Syam tanya kawan2,sedara-mara pasal mende ni. Rupenye dah ramai terkena. Sebab tu lah, tak ramaiyang berani berhenti kat Hentian Kuantan ni. Cleaner hentian pun selalu balikawal. Gerai-gerai pulak jarang bukak sampai lewat malam. Syam terpikir..”agaknyamende tu saje nak bagitau aku, tu kawasan dia kot..”. Semenjak dari tu, jarang Syambalik kampung lewat malam sangat. Kalau nak kencing pun sanggup tahan buang katstesen minyak ke apa. Aku tanye Syam, asal ko xtangkap gambo, Syam cakap, sebabdia sorang. Kalau dia ada member ikot sekali, bole je dia tangkap. Ni nak oncamera henpon pun tak mampu.

Ok. Pesan aku. Kalau korangberkesempatan lalu Hentian Kuantan tu waktu malam, cuba korang perati kat wakaf palinghujung sekali. Tengok lama2. Mana la tau, korang nampak pocong tu….

Last edited by Santeira on 7-5-2013 07:43 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 12:19 PM | Show all posts
highway lpt malam gelap xder lampu ,seram takut2 babi ngan lembu melintas

cerita agak bagus....tapi teknik penyampaian membuatkan cerita yang seram menjadi 'komedi seram'

hantu pocong lompat laju2 giler bawak geng

tak dapat aku bayangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 12:24 PM | Show all posts
Tottot89 posted on 29-4-2013 12:19 PM
highway lpt malam gelap xder lampu ,seram takut2 babi ngan lembu melintas

cerita agak bagus ...

hahaha...maap le. aku tak pandai nak bercerita..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 12:29 PM | Show all posts
pot16 posted on 29-4-2013 12:24 PM
hahaha...maap le. aku tak pandai nak bercerita..

xper....okay sebenarnye...tapi boleh diperbaiki...

belakang parang kalau di asah lagikan tajam
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 01:22 PM | Show all posts
nice..
nak cerita yang best2  lagi..
sekian..
TT sila update..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 01:32 PM | Show all posts
Dah bertahun saya guna LPT tapi hanya sekali aje saya lalu dari stretch dari exit gambang ke exit kuantan
Coz bila keluar di exit kuantan tu, laluan dari bukit goh ke bandar kuantan jalannya bukan dual carriageway mcm jalan gambang-kuantan

Mmg pernah dengar cerita2 aneh dan seram tentang stretch ni....




Nota kpd TT : Gunakan spacebar dgn lebih kerap lagi semasa menaip ayat.....hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2013 01:49 PM | Show all posts
toksira posted on 29-4-2013 01:32 PM
Dah bertahun saya guna LPT tapi hanya sekali aje saya lalu dari stretch dari exit gambang ke exit ku ...

spacebar? hoooo...aku copy paste word tu, tp xcek pulok..ampunkan patik penunggu gua..

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 02:21 PM | Show all posts
x terbayang dek aku pocong-pocong tu bawak geng....hehehehee....*tetiba teringat citer pendekar bujang lapuk-geng 69..Banzaiii...* hahahaa...

But ok gak jln ceritanya....leh terbyg mcmmana pocong-pocong tu melibas-libaskan kainnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 02:58 PM | Show all posts
toksira posted on 29-4-2013 01:32 PM
Dah bertahun saya guna LPT tapi hanya sekali aje saya lalu dari stretch dari exit gambang ke exit ku ...

HAI...samalah kita...prefer exit gambang dr exit kuantan....
setakat ni alhamdulillah xde ape2(taknk jd ape2 bleh ...tlglah!!..hehe) sbb sy sll gne lpt malam dan pg..
jarang travel siang.....
sy elak exit pahang sbb org kate ade pocong (yg tu lah kot....)...satu lg sunyi sgt situ...

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 03:03 PM | Show all posts
nicuya posted on 29-4-2013 02:58 PM
HAI...samalah kita...prefer exit gambang dr exit kuantan....
setakat ni alhamdulillah xde ape2(ta ...

Cuma berhati2 la area selepas tol gambang tu....menghala ke kl...especially waktu maghrib

Dah banyak accident kereta terbabas kat situ....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 03:22 PM | Show all posts
yeee..betoi. stat dari exit gambang sampai lah ke exit chenor. kena hati2. jalan beralun. pasni kalau sape nk korner2 maut, pikir le 800 lali. area maran mmg bahaya. aku kalau balik kl time ujan sokmo le area maran ni eksiden.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 03:24 PM | Show all posts
sape kat cni tau sal cite misteri kete charade kaler merah yg agak popular kt LPT?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 03:25 PM | Show all posts
toksira posted on 29-4-2013 03:03 PM
Cuma berhati2 la area selepas tol gambang tu....menghala ke kl...especially waktu maghrib

Dah b ...

yeke...baiklah...sy sll mhala kl time subuh...tp trima kasih byk!!.....sy akn xtra careful lps nih....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 03:26 PM | Show all posts
Tak pernah dengar pun

Cerita la....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 03:28 PM | Show all posts
mmg hentian yang aku slalu singgah bile g trg...tp time siang je la,belum penah pegi waktu mlm
hutan leh katakan tebal gak kt blkg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 03:34 PM | Show all posts
biasanya yg libas2 ni...kak ponti...dok libas jubah dia...
camne kak kokojelly pon libas2 gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 03:36 PM | Show all posts
pot16 posted on 29-4-2013 03:24 PM
sape kat cni tau sal cite misteri kete charade kaler merah yg agak popular kt LPT?

belum penah dgr lagi pasal charade merah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 03:54 PM | Show all posts
pernah guna LPT beberapa kali sahaja..first time guna masa LPT under con...masa tu laluan jabor-jerangau tu kete pun tak byk...konvoi dengan abg 2 kete nk balik kelate...tp nasib baik time tu musim raya..so ada lah kete dlm 10 bijik gituh semua follow rapat2...abg iols ckp org lalu jerangau-jabor tu takdenye nk lalu malam2..kalu lalu malam pun mesti nk follow bontot kete depan rapat2..sebab takut kene rampok or sampuk

tu first time..second time lalu siang..so no hal..tp nampak la eksiden seberang jalan tu..

third time lalu tetengah malam wooo..kol 1 pagi camtuh...mmg seram gile walaupun byk laluan dah siap..exit pun dah byk bukak...yer la..dengan anak kecik umur 6 bulan..husband plak br balik keje, terus drive ikut LPT tu..so die antara mengantuk tak mengantuk...iols ni dok tahan aje mata takmo kasik tertutup...tp ade lah few times weols mcm nk terbabas...jalan byk gelap pastuh jalan tak elok lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 04:22 PM | Show all posts
ejai601 posted on 29-4-2013 03:36 PM
belum penah dgr lagi pasal charade merah ni...

ok. tunggu aku kumpul kekuatan dulu nak crite ye. pengalaman kawan aku sendiri...pucat2 muke sampai opis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 04:23 PM | Show all posts
pot16 posted on 29-4-2013 04:22 PM
ok. tunggu aku kumpul kekuatan dulu nak crite ye. pengalaman kawan aku sendiri...pucat2 muke sampa ...

wokey aku tggu beb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.562640 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list