View: 3828|Reply: 2
|
Nicholas Saputra tiada nafsu
[Copy link]
|
|
SEBELUM ini nama pelakon Nicholas Saputra pernah sensasi kerana keberanian membawakan babak bercium dengan Dian Sastrowordoyo.
Lakonan mereka dalam filem Ada Apa Dengan Cinta itu begitu diingati kerana merupakan klimaks percintaan antara Rangga dan Cinta.
Malah ramai yang menyukai babak tersebut kerana akhirnya Rangga yang berwatak pendiam dan dingin itu akhirnya meluahkan perasaan kepada Cinta di lapangan terbang sebelum berangkat ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
Filem yang mendapat tempat di Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura pada tahun 2001 itu turut mempopularkan Nicholas sebagai pemain utama.
Kesan daripada penangan filem arahan Rudi Soedjarwo itu menyebabkan ada kalangan peminat yang mengharapkan agar Nicholas dan Dian bercinta.
Namun kedua-dua mereka tiada hati antara satu sama lain malah babak ciuman yang dilakukan dalam itu sekadar lakonan yang dilakukan atas dasar profesional semata-mata.
Ciuman tidak bernafsu itu adalah sebahagian daripada tuntutan kerja, demikian tegas Nicholas.
Setelah cerita cium dalam Ada Apa Dengan Cinta berakhir kira-kira 12 tahun lalu, Nicholas kini kembali membikin hati peminat wanitanya bergetar.
Menerusi filem terbaharu berjudul What They Don't Talk About When They Talk About Love, Nicholas dikehendaki bercium dengan pasangannya, Ayushita Nugraha.
Babak ciuman yang sama sekali berlainan dengan Ada Apa Dengan Cinta itu dilakonkan di dua lokasi iaitu kolam renang dan bilik mandi.
Sekali lagi Nicholas menegaskan bahawa babak yang dilakonkan tersebut adalah sebahagian daripada tuntutan kerjanya sebagai pelakon.
Malah Nicholas menganggap babak cium itu satu perkara biasa dan tidak perlu dianggap sebagai kontroversi atau diperbesar-besarkan.
"Filem itu memerlukan cara pemikiran penonton sebagai orang dewasa. Saya tidak rasa itu satu perkara sensasi kerana dibikin bukan untuk tontonan golongan kanak-kanak
"Lagi pun saya melakonkannya tanpa sebarang nafsu," tegas pemegang watak Edo ini.
Filem What They Don't Talk About When They Talk About Love yang bakal ditayangkan di pawagam Indonesia bermula 2 Mei depan itu mengangkat kisah percintaan dua pasangan kekasih yang kurang upaya.
Filem tersebut turut mendapat pencalonan dalam kategori World Drama Competition sempena Sundance Film Festival 2013 yang berlangsung di Park City Utah, AS.
What They Don't Talk About When They Talk About Love turut bersaing dengan 11 filem termasuk Jerman, Korea Selatan, Britain dan Itali dalam kategori yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gay ..... |
|
|
|
|
|
|
|
gambar mana
|
|
|
|
|
|
|
| |
|