CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7662|Reply: 10

Tips Temuduga : Etika Ketika Temuduga

[Copy link]
Post time 16-4-2013 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Tips Temuduga : Etika Ketika Temuduga

  •     Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  •     Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  •     Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  •     Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  •     Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  •     Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  •     Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  •     Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  •     Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  •     Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  •     Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  •     Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Lagi info utk Tips Temuduga, Sila ke:

==> http://tinyurl.com/TemudugaSPA4u

Semoga Tips ni berguna untuk semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 12:55 PM | Show all posts
tq for the info....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 08:41 PM | Show all posts
CARA PEMAKAIAN (LELAKI)

    Berseluar slack hitam  ( nak yang lembut , dockers dapper tak layan naa.. )
    Berbaju putih ( Seeloknya Long Sleeve )
    Bertali Leher
    Berkot bagi jawatan Diploma dan ke atas
    Berstokin hitam
    Kasut Hitam Bertali, sekali lagi ditekankan BERTALI.
    Tali pinggang jgn yang macam pergi pekan. Kalau boleh jgn tali yang ada lubang2. Pakai yang kepalanya tak guna lubang, means yg formal la senang..
    Misai / Kumis .. sama la nih, janggut, sekben atau rambut kat tepi tu.. Kalau boleh jadi jambu dulu masa interview.


CARA PEMAKAIAN (WANITA)

    Berbaju Kurung
    Berkot bagi jawatan Diploma dan Keatas
    Kasut hitam BERTALI.
    Ntah, rasanya yang tu je kot. Pompuan dia simple sikit...

PENYUSUNAN SIJIL / DIPLOMA DAN IJAZAH

    Mulakan dengan Kad Pengenalan dan Surat Beranak
    Sijil UPSR dan Sijil Berhenti Sekolah Rendah
    Sijil PMR
    Sijil SPM dan SIJIL berhenti Sekolah Menengah
    Sijil / Diploma/ Ijazah
    Sijil Ko Kurikulum
    Surat Sokongan
    Salinan pun sama ikut urutan nih
    Sumber ini dari pihak SPA sendiri....... So terpulang la nak ikut ke tak.

TIPS-TIPS LAIN.

    Perlu hafal dan ingat skop kerja yang nak dipohon
    Jangan Terlalu gabra masa menjawab soalan penemuduga
    Elakkan tangan daripada merewang masa menerangkan sesuatu.
    Duduk dengan tertib, Ala2 mcm pengantin tu. hahaha

Lagi info utk Tips Temuduga, Sila ke:

==> http://tinyurl.com/TemudugaSPA4u


So itu ja la kot yang perlu ditimbangkan, selain dari surat2 sokongan yang kuat. InsyaAllah.
Harap Tips ni berguna untuk semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 08:54 AM | Show all posts
Tips Temuduga : Perkara Yang Sepatutnya Anda Elakkan Dalam Bilik Temuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

    Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
    Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
    Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
    Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
    Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
    Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda




Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

Lagi info utk Tips Temuduga, Sila ke:

==> http://tinyurl.com/TemudugaSPA4u


Semoga Tips ni berguna untuk semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 11:21 AM | Show all posts
Tips Temuduga : Teknik Ketika Ditanya Oleh Penemuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

  •     Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  •     Jawab dengan jelas dan lantang
  •     Kikiskan sifat ego anda
  •     Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  •     Banyakkan senyuman
  •     Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  •     Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Lagi info utk Tips Temuduga, Sila ke:

==> http://tinyurl.com/TemudugaSPA4u

Harap Tips ni berguna untuk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 02:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-7-2013 02:38 PM | Show all posts
Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Teknologi Maklumat F41

Apa kelebihan jika memiliki E-book ini?

- Ia ditulis dalam bahasa yagn mudah difahami
- Ia ditulis khas untuk jawatan yang anda idamkan iaitu
  Pegawai Teknologi Maklumat F41
- Ia mengandungi format sebenar peperiksaan

dan paling penting

- Ia disertakan beberapa SOALAN SEBENAR kerana
  penulis berjaya memperolehi soalan-soalan tersebut melalui
  peperiksaan Gred 41 yang telah diadakan sepanjang tahun 2013


Ya! Shaiful Azhar, saya mahukan EBOOK ini sekarang juga!

Adakah anda tidak sabar lagi ? Oleh itu, saya bongkarkan rahsia ini kepada anda yang benar-benar ingin lulus peperiksaan dan seterusnya temuduga bagi jawatan idaman anda Pegawai Teknologi Maklumat F41.

PANDUAN PEPERIKSAAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
Last edited by xbest on 22-7-2013 03:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2013 04:54 PM | Show all posts
Contoh Soalan Pegawai teknologi Maklumat F41

1) Berikan perbezaan antara kuasa2 yang ada pada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan?

3) Apa yang dimaksudkan dengan ’seperation of powers’?

4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia?

5) Berapa bidang tugas PTD?

6) Senaraikan dasar2 luar Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama

7) Apa setiausaha negara US Hillary Clinton buat kat China skang?

8) Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next month?

9) Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh anda sekiranya terpilih menjadi seorang PTD?

Lagin Info, Sila Ke:

==> http://tinyurl.com/contohPTD2u

Terima kasih

Tags: Panduan Temuduga Pegawai teknologi Maklumat F41, Tips Exam Pegawai teknologi Maklumat F41, Contoh Soalan Pegawai teknologi Maklumat F41
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2013 10:13 AM | Show all posts


Sebelum  berjaya memasuki sektor awam, ada halangan terbesar yang perlu dilalui oleh semua orang. Iaitu TEMUDUGA...Sebelum anda hadir temuduga, sedikit soalan buat anda.

Anda Memang Berminat Kerja Kerajaan, Adakah Anda Alami Masalah Berikut?

  •     Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernahsekalipun
  •     Sudah mengisi borang permohonan kerja di sektor awam berulang - ulang kali, tapimasih tidak dipanggil - panggil menghadiri temuduga
  •     Anda baru menghabiskan pengajian di sekolah/universiti, dan risau untuk menghadiri temuduga kerana langsung tiada pengalaman temuduga.
  •     Anda pernah datang temuduga, tapi bila sampai di tempat temuduga, anda berpatah balik...Takut sangat!
  •     Anda tercari - cari panduan untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, tapi tidak menjumpainya...
  •     Anda tak tahu apa nak jawab semasa disoal oleh panel penemuduga kerja kerajaan. Terkebil - kebil mata anda....blur!
  •     Anda ditanya soalan 'killer' oleh panel penemuduga, mati akal anda dibuatnya..
  •     Anda serang dibayangi mitos - "nak masuk gov kena ada kabel". Inilah fikiran songsang yang selama ini menghantui anda!
  •     Anda lemah bahasa Inggeris, dan anda sangat takut sekiranya panel penemuduga menyoal anda dalam bahasa tersebut!
  •     Anda menunggu masa dibuang kerja di syarikat anda bekerja, kerana syarikat nak bankrup...Anda benar - benar risau..
  •     Anda ingin tahu apa soalan - soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga kerja kerjaan, tapi anda tak tahu bagaimana nak ketahuinya...
  •     Dan bermacam - macam problem lagi yang bermain - main dalam fikiran anda...(tak perlu diceritakan semuanya - 10 page tak habis

Ya, itu baru sekelumit dari masalah yang sedang melanda rakan-rakan kita yang ingin mencari kerja di sektor awam.....Bukan senang nak dapat kerja di sektor awam ini jika anda tidak tahu rahsianya...Mungkin anda akan berkata "tiada rahsia - rahsianya, dipanggil temuduga, datang, dan jawab je apa - apa soalan yang ditanya". Adakah anda pasti dengan melakukan itu saja anda mampu berjaya dapatkan kerja yang anda idam - idamkan, iaitu kerja kerajaan?

Dapatkan info lanjut Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
Klik Sini => http://tinyurl.com/TemudugaSPA4u


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 10:41 AM | Show all posts
Mungkin ada di antara anda yang sedang membuat "homework" sebagai persediaan menghadiri temuduga dalam masa terdekat ni. Sama ada interview di sektor swasta mahupun sektor awam. Kalau minggu lepas, saya kongsikan persediaan sebelum temuduga, sekarang tibalah pula persediaan semasa hari temuduga.

Okaylah, berikut adalah tips temuduga yang dijanjikan untuk anda:

[#1] Datang awal

Pertama sekali, tentulah anda perlu datang awal. Sebaik-baiknya dalam 15 ke 30 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Bukannya apa, masa yang ada tu memberikan anda ruang untuk hilangkan rasa kalut, darah gemuruh dan persiapkan diri serta apa saja yang patut.
Lagi satu, ia menunjukkan yang anda betul-betul berminat dan mahukan jawatan tersebut.

[#2] Sediakan salinan dokumen penting

Sebagai contoh, sediakan salinan fotostat dokumen yang diperlukan seperti sijil tamat persekolahan/SPM/Diploma/Ijazah, sijil aktiviti ko-kurikulum/penghargaan/kursus ataupun sijil lain yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon (jika ada).

[#3] Ketahui nama panel dan sebutannya

Semasa panel penemuduga memperkenalkan diri mereka, pastikan anda dapat nama dan jawatan beliau dengan tepat. Begitu juga dengan sebutan nama beliau yang betul.
Jika kurang jelas, anda bertanya kembali dengan penuh sopan.
Sebelum berpisah nanti, anda bolehlah meminta kad nama beliau (kalau ada). Tujuannya supaya anda boleh memberikan nota sebagai tanda terima kasih kelak. Tak kiralah sama ada anda berjaya atau tidak dalam sessi tersebut.


[#4] Gambaran pertama (First impression)

Sebaik saja melangkah masuk ke kawasan syarikat, anda akan diperhatikan oleh individu-individu yang berada di sekeliling. Anda pastinya menjadi tumpuan. Segala tingkahlaku anda menjadi bahan tontonan umum.

Sebagai langkah selamat, pastikan anda berpakaian kemas dan berkelakuan yang menyenangkan dengan semua kakitangan syarikat/kilang/jabatan.


[#5] Tingkah laku

Semasa berada di bilik atau ruang temuduga, pastikan anda duduk tegak. Tak payah nak goyang-goyang kaki dan memandang ke kiri, kanan, atas ataupun bawah.
Mata anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada penemuduga yang sedang mengajukan soalan atau berbual-bual dengan anda. Ia sebagai tanda anda menghormati beliau.
Begitu juga sebaliknya kalau anda sedang menjawab soalan yang diajukan. Pandang ke arah panel yang bertanya kat anda tu. Ini menunjukkan anda benar-benar yakin dengan jawapan yang diberikan.


[#6] Bersopan-santun

Anda semestinya perlu bersikap sopan-santun dengan semua kakitangan syarikat. Ya, sebaik saja anda melangkah masuk ke kawasan syarikat.
Ini kerana pada ketika itu, anda belum lagi mengenali siapa yang bakal menjadi panel penemuduga ataupun mempunyai kuasa untuk mengambil anda pekerja.

[#7] Jawab soalan dengan tepat

Semasa sessi interview, sudah tentu anda akan ditanyakan beberapa soalan. Jawablah semua soalan tu dengan sebaik mungkin. Jika anda tidak tahu jawapannya, berterus-terang sajalah. Mengaku dengan cara baik dan katakan yang anda memang tidak tahu jawapannya.

Jangan pula main "tembak" jer. Kalau "tembakan" tu tak mengena, anda juga yang malu nanti. Huhuhu...

[#8] Usah gelabah

Tak dinafikan, perasaan gelabah tu memanglah normal. Lebih-lebih lagi dalam situasi genting macam ni. Contohnya pada ketika anda selesai menjawab soalan daripada panel penemuduga. Kekadang, panel ni akan terdiam sejenak. Sama ada dia sedang memikirkan soalan seterusnya ataupun berulangkali membelek-belek resume dan sijil anda.
Saat ini, janganlah pula anda cuba memecah kebuntuan seperti mengeluarkan bunyi atau perkataan seperti Err..., Uh..., Urmp... dan seumpamanya.

Jangan gabra. Cuba relaks dan tarik nafas dalam-dalam serta tenangkan diri anda. Ambil nafas dan masa sebelum menyambung bicara.

[#9] Menyediakan soalan

Selalunya, penemuduga akan memberi ruang kepada anda untuk mengajukan sebarang soalan.

Jika anda tiada sebarang soalan, anda katakanlah;
Tidak, buat masa ini saya tiada sebarang soalan. Terima kasih.
Namun begitu, anda digalakkan agar bertanyakan soalan. Antaranya seperti;
Apakah jenis program latihan yang disediakan untuk pekerja baru?

[#10] Gaji bulanan

Biasanya dalam resume anda dah nyatakan sekali gaji yang dipohon. Pastikan anda buat kajian terlebih dahulu dan bersesuaian dengan harga pasaran.

Jadi bila berbincang soal gaji kelak, anda dah ada hujah kenapa anda minta gaji sebanyak RMxxxx.

[#11] Maklum Balas (Feedback)

Anda boleh bertanya mengenai tempoh jangkamasa untuk mendapat jawapan hasil daripada sessi interview tersebut kepada panel.

Tanyalah secara penuh sopan dan professional. Jangan lupa dapatkan kad nama atau butiran lengkap panel penemuduga seperti yang dinyatakan dalam point #3.
Manalah tahu kan, kalau anda tidak dihubungi dalam tempoh masa yang dijanjikan, anda boleh bertindak secara proaktif dengan menghubungi panel tu sendiri.

Semoga dengan perkongsian di atas, sikit sebanyak dapat memantapkan persediaan dan keyakinan anda untuk berhadapan dengan hari temuduga. Tapi, kalau anda masih belum yakin gak, saya syorkan anda melaburkan sedikit wang untuk dapatkan panduan dan tip lengkap menghadapi temuduga di sini.

==> http://tinyurl.com/TemudugaSPA4u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 10:06 PM | Show all posts
Buatanda yang ingin bekerja di sektor kerajaan, tapi TAK TAHU CARANYA...

Dibongkarkan"Rahsia Sulit" Bagaimana Untuk LulusTemuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa MenggunakanSebarang "KABEL"

SejakFeb 2009, sudah ramai yang telah berjaya dengan menggunakan rahsia ini.Tak percaya? Teruskan bacaan! Pelbagai jawatan, dari jawatan terendahsehinggalah jawatan pegawai, mereka telah berjaya. Anda bagaimana?



RahsiaLulus Temuduga Kerja Kerajaan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.100744 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list