CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59486|Reply: 7

motor kerap mati engin tiba tiba

[Copy link]
Post time 16-4-2013 09:04 AM | Show all posts |Read mode
salam, saya baru je beli motor lagenda 2nd hand tahun 2004. masalah sekarang, motor lagenda saya kerap mati mati secara tiba tiba bila saya bawak moto. dah bawak pegi kedai, dia dah tukar bateri dgn bahagian ape tah kt tmpt sebelah gear tu. dia kata bateri takde masalah. tp bila sy bawak motor tu je, tk sampai brp minit mati sendiri. bahaya la kan klu kita bawak kt highway ke apa kang motor mati sendiri. sbb sy bawak kt jalan time tengah speed tetiba mati sendiri. nasib baik kt jalan kampung.

pastu klu kita on off balik, motor tu tk bole start langsung. lampu pape pun tk menyala. lepas tarik choke sikit, tunggu lama sikit baru bole start pastu mati balik. tu ada masalah ape eh sebenarnya? ada sesiapa yg pakar motor kt sini boleh berikan pencerahan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 09:17 AM | Show all posts
buat yg murah dulu,tukar spark plug,pastu service carburator kalo xboleh juga tukar coil spark plug.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:42 AM | Show all posts
carb dah sebis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 08:32 AM | Show all posts
fuel coil  ada masalah kot...??



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 10:03 AM | Show all posts
aku rasa ade kena mengena dengan coil ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 04:32 PM | Show all posts
motor dah ok ke?

macam kawan-kawan kita khabo ni,

try servis karb dan tukar plug, tak ok juga, check coil..

karb yang tersumbat dan kotor mmg berpotensi menyebabkan motor tersengguk-sengguk dan mati. aliran petrol ke dalam kebuk pembakaran tersekat. selalunya keladak-keladak kotoran di tangki petrol yg terhasil bila motor lama tak bergerak dan petrol lama tersimpan gitu.

spark plug ni pun penting. ada kedai dia tau jual motor je. motor tu ok ke tak dia peduli ape. aku dah penah kena dah. so kalau beli moto seken ni pi servis dan tukar plug sekali. kalau motor dormant more than 3 month, sure spark plug akan mula berkarat. performance sure drop. atau terus tak nyalakan api.

oh ya, pejadah coil ni? macam gambor yang bro riuk ni tunjuk, coil ni akan menghasilkan elekrik balik ketika enjin sedang berjalan. dan ianya menghantar elektrik ke alternator utk disimpan balik ke bateri dan juga spark plug untuk hasilkan percikan api. kalau menda ini dah kantoi. tendency utk senang mati pun ada dan tendang motor sampai nk tercabut kaki pun takkan hidup motor tu..

sekian... kalau ada salah tolong betulkan.. teman tak la otai.. tapi ini adalah hasil pengalaman yang teman dapat masa gunakan motor dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2013 03:47 AM | Show all posts
Usia motor dah hampir 10 tahun ... kebanyakkan barang dah lusuh ...
Tangki bahan api di bahagian dalam mungkin dah ada kepingan karat yang mengalir mengikut tiub minyak dan menyebabkan ianya tersangkut ... dan lagi paip atau tiub getah sudah reput pada sebahagian tempat yang menyebabkan angin boleh di sedut masuk bersama sama dengan bahanapi ... apabila udara kemudiannya berkumpul di dalam karburxxor maka bahan api tidak cukup untuk di hantar kepada kebuk mampatan ... Itulah sebabnya enjin mati di tengah jalan sebab minyak di dalam karburxxor dah abis..
Jadinya kena tunggu lama sikit baru minyak kembali penuh dalam karburxxor dan baru boleh start ...

Bahaya sememangnyalah bahaya andainya bawa laju namun ianya tetap juga merbahaya jika bawa perlahan apatah lagi apabila mengambil selekoh atau memotong kenderaan yang lain ( basikal umpamanya ) ..

Jika coil yang rosak motor akan terhinggut hinggut dan bunyi yang amat tidak menyelesakan ... dan lagi akan kerap kurang tujahan kuasa atau terus enjin mati jika hujan ( wap udara lembab berada di dalam peti simpanan coil tuh )

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
rdzaccess replied at 20-5-2013 03:47 AM
Usia motor dah hampir 10 tahun ... kebanyakkan barang dah lusuh ...
Tangki bahan api di bahagian da ...

Kalau jadi kes prtama tu (bahan api tak mampu nak di hantar dkt kebuk mampatan), so apa yg kena buat? Servis karburetor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.219855 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list