View: 3688|Reply: 16
|
KAUNSELING (GENERAL) : TIPS, PETUA DAN NASIHAT
[Copy link]
|
|
Thread ini di buka untuk forumer meletakkan tips-tips dan nasihat berguna berkaitan KEHIDUPAN tak kira berkaitan kerjaya atau kehidupan.. yang pasti bukan petua kesihatan. ini boleh di quote dati kata-kata atau tips-tips para kaunselor. dan jangan lupa bagi kredit pada sumber yang anda ambil.
Tips dan nasihat ini tidak semestinya dari kalangan bijak pandai. Pengalaman anda juga boleh menjadi nilai penting dalam panduan hidup orang lain contoh perbelanjaan gaji bulanan, cara-cara memilih pakaian sesuai ke pusat temu duga dan sebagainya.
Diharap ini mungkin akan menjadi panduan berguna pada kawan-kawan yang lain. bahasa santai pun tak pe.. asal maksud sampai.
siapa2 ada masalah hendak dibincangkan boleh kesini >>> http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=702138&extra=page%3D1
1- TIPS MENGUNDI post No.2
2- TIPS UNTUK BERJAYA post No.5
3- TIPS MEMILIH KERJAYA post No.6 Last edited by hest on 22-4-2013 03:36 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TIPS MENGUNDI
MEMANDANGKAN MENGUNDI DAH NAK DEKAT.. AKU NAK SHARE TIPS MENGUNDI YANG DI BERI OLEH DR MAZA
1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.
2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka
3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.
5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.
6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.
7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.
8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
good info tnx awak, tnx dr maza |
|
|
|
|
|
|
|
ermm...
there is no elevator to success.. you have to take the stairs...
katenyer
sudut agama islam plak
Saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu, kecuali dengan enam perkara, akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas : 1). Kecerdasan 2). Kethoma'an (terhadap ilmu) 3). Kesungguhan 4). Harta benda (bekal) 5). Mempergauli guru 6). Waktu yang panjang. Last edited by teky on 22-4-2013 04:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
teky posted on 22-4-2013 12:51 PM
ermm...
there is no elevator to success.. you have to take the stairs...
yup setuju dan sokong
|
|
|
|
|
|
|
|
tips memilih pekerjaan dari penulisan faizalfredley
1) Bertanya
Berjumpa dengan orang yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman mungkin boleh membantu anda memilih kerjaya yang betul. Mereka boleh memberikan nasihat, dorongan dan pendapat untuk anda memilih kerjaya yang sesuai.Cuba dapatkan juga maklumat tentang langkah-langkah awal untuk mendapatkan kerjaya seiring dengan kehendak anda itu. Jangan segan-segan bertanya. Anda juga yang rugi.
2) Jangan memilih pekerjaan demi gaji
Pasti ramai di antara anda di luar sana yang mementingkan gaji daripada jenis pekerjaan. Siapa yang tidak mahukan gaji yang lumayan bukan? Namun, mungkin anda perlu mengetahui apakah kerja yang anda lakukan.Tiada gunanya gaji yang lumayan tetapi jiwa anda merana dan tertekan. Jadi pilihlah kerjaya berdasarkan kerja dan bukannya gaji semata-mata.
= > kalau untuk no 2. ni hest lebih suka untuk anda menilai sendiri apa keperluan diri anda sebelum anda memilih pekerjaan. sebab apa hest kata macam ni? sebabnya, ada di antara kita, buat waktu ini memerlukan wang yang banyak untuk melunaskan segala tanggung jawab. jadi memilih pekerjaan demi gaji adalah perlu. melainkan anda seorang yang mementingkan kepuasan diri dalam pekerjaan dan memang tidak memikirkan sangat tanggung jawab yang perlu dilunaskana.. atau... mungkin anda ada sedikit sahaja tanggung jawab, hest syorkan seperti cadangan no.2 ni pendapat peribadi saya sahaja
3) Pilih berdasarkan pengetahuan
Ini juga merupakan salah satu perkara penting yang anda perlu titik beratkan dalam memilih kerjaya. Memilih kerjaya berdasarkan pengetahuan adalah memilih kerjaya yang ada kaitan dengan apa yang anda pelajari di sekolah atau universiti dahulu.Pilih kerjaya yang berdasarkan pengetahuan dan ilmu yang anda miliki. Malah anda juga boleh cuba melakukan kerjaya baru yang diluar kemahiran anda. Dengan cara ini, anda akan berusaha dengan gigih lagi untuk belajar perkara baru. Jika anda seorang yang gemar untuk belajar sesuatu yang baru, apa salahnya bukan?
= > yang ini boleh rujuk seperti apa hest komen pada no.2
4) Pilih berdasarkan minat
Minat juga penting dalam menentukan tahap kejayaan anda dalam sesuatu kerjaya itu. Jadi pilihlah kerjaya yang anda minat. Pastinya sewaktu anda belajar dahulu, anda sudah memilih mata pelajaran anda ingin pelajari berdasarkan minat anda.Ini juga penting bagi anda supaya tidak terlalu tertekan dengan kerjya yang akan anda lakukan. Pastinya anda akan sedaya upaya melakukan yang terbaik apabila anda melakukan sesuatu yang anda suka dan hasilnya sudah pasti terbaik.
5) Lihat kemampuan diri
Jika kerja yang anda minat itu susah untuk mendapatkannya atau permintaanya terlalu sukar, mungkin anda boleh mengukur kemampuan diri anda. Lihat dan nilai apa yang anda boleh lakukan.
Contohnya anda minat untuk menjadi seorang jurutera. Tetapi anda tidak dapat mencari kerjaya berdasarkan bidang anda. Cuba anda lihat apa yang anda boleh lakukan.
Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jadi gunakan kelebihan anda untuk melakukan kerja yang boleh menguntungkan anda.Sekiranya anda tidak dapat memilih bidang pekerjaan yang anda minati dan tidak sama dengan bidang yang anda belajar jangan cepat kecewa dan putus asa. Zaman sekarang memang sukar untuk kita memilih kerjaya berdasarkan apa yang kita belajar dan minat. Tetapi tidak salah untuk anda mencuba sesuatu yang baru dan juga lari dari bidang anda. Ramai kini yang menceburi alam pekerjaan lari dari bidang kerana sukar untuk mendapat kerja. Setiap orang ada kelebihan dan kemahiran masing-masing. Jadi gunakan kelebihan dan kemahiran anda itu untuk dijadikan kerjaya anda. |
|
|
|
|
|
|
|
teky posted on 22-4-2013 12:51 PM
ermm...
there is no elevator to success.. you have to take the stairs...
teky.. cer teky edit post.. teky tambah kan yang kat nota kaki teky tu
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 22-4-2013 03:48 PM
teky.. cer teky edit post.. teky tambah kan yang kat nota kaki teky tu
maksudnye
|
|
|
|
|
|
|
|
tetibe teringkat essay time amek exam ptd ritu..
whats are the factors can contribute to job satisfaction... |
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 22-4-2013 03:59 PM
ekekekeke.. tu kalau dapat jawab memang mau 2 helai pun tak cukup tu
job satisfaction tu pe ...
iyer apa saja yg kiter tulis tuh mende yg betul.sebab itu yg kiter rasa.. tpi kalau dlm intvw mayb leh kurangkan bercakap mengenai diri sendiri... sebaliknya kite ubah la sket cara menjawab..
besarkan kepada dunia sekarang nie.. dasar2 kerajaan.. perkembangan donia teknologi.. sebab faktors2 yang pelik nie jarang orang nak bercakap.. sebb masing2 asek nak bercakap tentang diri sendri..
sometimes its not always about you..you cant force success.
|
|
|
|
|
|
|
|
teky posted on 22-4-2013 04:04 PM
iyer apa saja yg kiter tulis tuh mende yg betul.sebab itu yg kiter rasa.. tpi kalau dlm intvw mayb ...
hurm.. betul jugak kan? hest pun tak terfikir plak.. wah ley jadik tips utk hest ni
|
|
|
|
|
|
|
|
teky posted on 22-4-2013 04:04 PM
iyer apa saja yg kiter tulis tuh mende yg betul.sebab itu yg kiter rasa.. tpi kalau dlm intvw mayb ...
calon berjaya ni
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 16-4-2013 09:54 AM
TIPS MENGUNDI
MEMANDANGKAN MENGUNDI DAH NAK DEKAT.. AKU NAK SHARE TIPS MENGUNDI YANG DI BERI OLEH ...
terima kasih kerana sudi berkongsi
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 24-4-2013 05:55 PM
terima kasih kerana sudi berkongsi
sama-sama
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|