CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5510|Reply: 13

Pesanan Penunggang Motosikal Kepada Pemandu Tayar 4!

[Copy link]
Post time 5-4-2013 12:15 PM | Show all posts |Read mode


Dari :

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal
seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi
kepada pemandu-pemandu kereta yang
tidak pernah berpengalaman menjadi
penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang
motorsikal bahawa:
Kami berhak menunggang motorsikal di
dalam lorong utama. Bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Kerana
kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai
LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi
kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong
kereta di hadapan, dan ada penunggang
motor di laluan bertentangan, kami layak di
hormati. Jangan memotong dengan
tanggapan bahawa kami kecil dan boleh
mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang
dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar
lorong, sebab yang parah bukan anda tapi
kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami
BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati
sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok,
jangan sesuka hati mencampakkan puntung
rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau
pengguna jalanraya yang lain. Puntung
rokok yang masih berbara itu
berkemungkinan termasuk ke dalam
pakaian penunggang motorsikal dan
membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami
menunggang motorsikal. Allah dah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu
berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..

p/s : Anda yang mana satu? Yang Menunggang @ Yang Memandu?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2013 09:34 AM | Show all posts
salam

no. 1 kot? tak setuju bagi penunggang motosikal yang ber CC rendah. bukankah jalan motor dibina khas untuk penunggang motosikal? memang penunggang berhak melalui jalan utama dan risikonya adalah sangat merbahaya. dan jangan disebabkan kedegilan penunggang2 ini bila terjadinya kemalangan, satu kampung turun dan membelasah pemandu kereta yang terbabit. konon2nya penunggang itu tak bersalah dan pengikut peraturan?!
cadangan pembaikan: pertingkatkan keselamatan di lorong motosikal terutama sekali di waktu malam dengan memasang cctv, menambah jumlah lampu dan sebagainya.

2) setuju. pemandu ini patut dihukum.

3) setuju. pemandu yang suka potong jalan. konon2nya depa dah tersalah masuk lorong. walhal hari2 lalu jalan tersebut untuk pi kerja. hmm..pemandu2 yang mcm ni patut dihukum. orang lain boleh beratur dan tunggu giliran, mengapa mereka tidak?!

4) setuju tapi penunggang2 motosikal yang tidak sependapat dengan mat rempit patut mengutuk perbuatan mereka. tegur sekiranya perlu. dan bagitahu mereka jika bukan sebab perbuatan mereka, kami kena 'pukul rata'.

5) sangat2 setuju. bukan sahaja putung rokok malah sampah2 yang dibuang dari dalam kereta. takde sivik dan dapat bayangkan keadaan di rumah mereka.

6) jangan merasa merendah diri dan menganggap mereka hina kamu. adakah penunggang2 ini tergolong dalam 'inferiority complex' ? ada dintara mereka mungkin cemburu dengan penunggang motosikal disebabkan:
6.1) mereka tidak tahu bawa motosikal
6.2) menjaga status mereka
6.3) tidak mahu 'menjilat ludah sendiri'.

sekian:
dari pemandu kereta, pembonceng dan penunggang motosikal.

ps: zaman sekarang ni kalau tegur perkara yang salah kita kena maki balik. semoga mereka diberikan petunjuk. InsyaAllah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 04:11 PM | Show all posts
AKu sebagai penunggang motor dan Pemandu kereta mmg setuju dengan kebanyakan yang diperkatakan ....cuma biler aku memandu kenderaan ...aku amat tak berpuas hati kalau kapchai dengan cc kecik dok lane kanan di heway....mmg amat2 mengganggu ok....dah la bawak slow dan tkr lane sesuker hati....SBBNYA amat mudah sbb biler aku menunggang motor....aku mmg tak buat camtu dan menunggang dilane plg kiri dengan kelajuan sederhana......

Lagi satu tabiat penunggang motor yang bergerak beriringan...mcm SIyal hokay....nak2 plak kat heway....beriringan sampai 3 motor....dan amat mengganggu motorist lain....biasanya aku hon atau bg highbeam jah....SBBNYA...biler aku mkenunggang aku takkan buat perkara camtu....

Mmgla bayor cukai jalan tp hanya RM2....itu aku tak kisah.....walaupun RM2 tp jika digabungkan dnegan jumlah motor dan penunggangf motor...makan billion juta jugaklah ken....tp RAMAI gak yg menunggang motor tp lesen yellek...insuran yellek....biler mende tu berlaku...sekaligus depa tak bayar cukai Jalan....yang i lah kebanyakan penunggang Motor dok sebok2 meninggi diri kunun2 mereka bayar cukai JALAN....yg bayar ok....sebaliknya....boleh blah lah deran ni...SBBNYA....aku sebagai penunggang Motor tak pernah luper bayar Insuran dan cukai Jalan.....

Pemandu kereta ni plak ada satu tabiat yg mereka mmg tak pernah anggap penunggang motor ni wujud kat atas jalan.......dan mereka ni ADALAH DR SPESIS2 yang TAK PERNAH menunggang atau SENTUH motor.......SBBNYA aku hampir tereksiden dan malangnya retak tulang lutut dan MC selama hampir 3 bulan...

skang ni aku sepenuh masa memandu kereta ketempat kerja......dan hasil dr pengalaman aku menunggang motor hampir 20  tahun....aku amat berhati2 dengan penunggang motor....hampir 100% drpd apa yg dipikir oleh penunggang motor aku dapat baca pemikiran mereka.....cuma perkara yg aku nyatakan kat atas tu mmg tak sepatutnya dilakukan noleh Penunggang motor ( bergerak beriringan dan berada di lane laju walhal cc motor kecik )....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 04:14 PM | Show all posts
bagi SBK plak.....kalau x silap aku road tax dan insuran motor mereka adalah tinggi dan adakalanya melebihi kereta....dan hati ekcik aku berkata bahawa mereka ni sebenarnya boleh berada di lane laju sbb kalau nak ikutkan Ferrari pun tak mampu nak kejar keajuan mereka ni..,,,,cuma perangai angkuh segelintir dari mereka ( bukan semua ok....) yg buat pemandu kereta tak puas hati...memotong dengan kkelajuan tinggi dan hampir melanggar kereta.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2013 01:18 AM | Show all posts
Sesaper ader pengalaman berlanggor dengan Mat Motor... Pemandu tayar 4 juga akan disalahkan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:03 PM | Show all posts
medangmru posted on 6-4-2013 04:14 PM
bagi SBK plak.....kalau x silap aku road tax dan insuran motor mereka adalah tinggi dan adakalanya m ...

betul.. betul.. betul..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2013 02:43 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 8-4-2013 02:03 PM
betul.. betul.. betul..

just nak tanya ni Ryo...biasanya kalau R1 tu biasanya berapa insuran dan road tax tahun pertama ???
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 05:34 PM | Show all posts
medangmru posted on 8-4-2013 02:43 PM
just nak tanya ni Ryo...biasanya kalau R1 tu biasanya berapa insuran dan road tax tahun pertama ?? ...

Road tax RM350.. .lebih mahal dari keta honda civic tawww
insurance kalu takde NCD dan takde loading about RM2100++
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 07:02 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 8-4-2013 05:34 PM
Road tax RM350.. .lebih mahal dari keta honda civic tawww
insurance kalu takde NCD dan takde l ...

Umang aihhhhhhhhhhh.......mahei nyer.,....so SBK ni bg baku adalah selayak2nya duk kat lane kanan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 08:10 AM | Show all posts
medangmru posted on 8-4-2013 07:02 PM
Umang aihhhhhhhhhhh.......mahei nyer.,....so SBK ni bg baku adalah selayak2nya duk kat lane kanan. ...

tak semestinya lane kanan med...  tapi kebiasaannya cenggitu le SBK ni takleh bawak selow melow
camne pun kena bawa dgn berhemah....
tapi aku notis yg bawak SBK kat laluan sikal mmg amat merbahaya....

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 09:39 AM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 9-4-2013 08:10 AM
tak semestinya lane kanan med...  tapi kebiasaannya cenggitu le SBK ni takleh bawak selow melow :l ...

mana nak sama dgn kelajuan dan pikap SBK ngan kapchai ken...tak boleh nak agak.....mcm moto kapchai dengan basikal la kekdahnya kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:45 AM | Show all posts
Aku memandu ikut level class kenderaan ...
Aku menunggang jugak ikut level class motorsikal ...

Selalunya aku seorang penunggang dan pemandu yang berhemah ...

Aku selalu ikut arus kelajuan kenderaan yang ada ... yang selamat ...
Jika aku tunggang kap cai , aku ikut lorong kiri dalam 80 km/j ~ 100 km/j
Jika aku tunggang level SBK , aku ikut lorong kanan sekali atau laluan kedua ( jika ada 3 laluan ) Tidak memotong jika di jalan persekutuan kecuali hampir dengan lampu isyarat atau garisan berhenti ..

Jika aku pandu kereta , aku ikut maximum speed limit yang dibenarkan ... sesapa yang kurang ikut speed tersebut dengan memandu di lorong kanan , memang kena high beam ngan aku ...
Selalunya aku merancang lorong laluan terlebih dahulu, walaupun aku terlewat kerana bagi aku ini adalah sebahagian dari perjalanan destinasi jadi mengapa hendak terburu buru ...
Lepas parking kereta , berlari masuk pejabat adalah lebih cepat dari memandu laju ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2013 01:17 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 12-4-2013 12:45 AM
Aku memandu ikut level class kenderaan ...
Aku menunggang jugak ikut level class motorsikal ...
...

Berlari masuk pejabat lebih laju dari pandu kereta ok bro... atleast "accident" kurang sikit risikonya.. lebih2 lagi kalau terlanggar aweks...

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 02:21 AM | Show all posts
Ya lah ... macam tu , lagipun awex sekarang ni besar atas , lebar di bawah ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.287886 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list