CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 0

Kemurungan Selepas Melahirkan (Meroyan)

[Copy link]
Post time 5-4-2013 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Murung Selepas Bersalin

Pernah dengar tak gila meroyan? Ianya berlaku terutamanya semasa ibu melalui tempoh berpantang. Semasa ini emosi ibu tidak stabil, dengan keadaan diri yang lemah dan masih sakit, ditambah persekitaran baru iaitu mendapat baby dan merasakan tumpuan perlu sepenuhnya pada bayi yang baru dilahirkan. Akibat stress dan juga tiada bantuan atau sokongan orang tersayang, meroyan ini boleh berlaku.




Meroyan ini atau bahasa sainsnya "ostpatrum Depression" ialah satu perubahan emosi, fizikal atau perlakuan yang berlaku pada ibu selepas melahirkan. Biasanya ia paling kerap dikenalpasti semasa empat minggu pertama selepas kelahiran.

Apakah itu Meroyan (postpartum depression) ?
Meroyan ini berkait rapat dengan kimia, sosial dan psikologi seseorang ibu yang berubah setelah kehadiran bayi.

Hormon mengalami penurunan mendadak selepas bersalin. Hormon estrogen dan progesteron ini mengalami penurunan selepas ibu melahirkan. Ini juga adalah salah satu faktor yang berkait rapat yang boleh menyebabkan emosi bu tidak stabil.

Perubahan social dan psikologi juga berubah setelah kelahiran bayi. Situasi pertama kali mendapat bayi juga menambahkan lagi tekanan pada ibu yang kebiasaannya inginkan yang terbaik untuk bayi tetapi mungkin tidak mampu membuatnya sendiri melainkan terpaksa dibantu orang terdekat. Jika tiada sokongan dari segi emosi dan fizikal ini, maka meroyan mudah terjadi.


Tanda-Tanda Meroyan (postpartum depression)

Keletihan yang melampau
mood yang sentiasa berubah setiap masa
berasa sedih, marah, dalam masa yang sama
tidak cukup tidur
Tanda yang lebih kronik adalah si pesakit akan berasakan diri sendiri tidak berguna, rasa bersalah yang amat,rasa tiada harapan, rasa tiada orang yang dapat membantu atau lebih buruk adalah ingin membunuh diri.




Cara Untuk Elakkan Meroyan (postpartum depression)

minta bantuan orang lain. Jangan fikir inginkan kesempurnaan dan semua ingin dibuat sendiri. Boleh minta bantuan orang yang terdekat untuk membantu kita menguruskan bayi semasa tempoh berpantang.
Buat sedikit senaman, berjalan di sekitar rumah, tengok pemandangan luar, jangan terperap sahaja di dalam bilik, ia buatkan anda berasa tertekan.
Amalkan diet yang seimbang dalam pemakanan harian.
Eratkan hubungan dengan pasangan. Bagi si suami, masa ini belai dan layanlah isteri anda sebaiknya.
Tidur bila bayi anda tidur untuk mengelakkan keletihan melampau.
Yang jelasnya meroyan ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan sudah pasti susah untuk dijangka. Perubahan hormon yang sangat berbeza semasa hamil dan selepas melahirkan membuatkan emosi juga terganggu. Sebab itu untuk ibu berpantang, Shaklee juga ada menawarkan supplement yang bagus untuk menjaga keseimbangan hormon. GLA Complex boleh membantu mengawal keseimbangan hormon anda dan juga ia salah satu cara untuk menghindarkan dari terkena meroyan. Mengelak lebih baik dari mengubat setelah ianya terjadi. Pastikan anda menjadikan GLA Complex adalah item wajib dalam set berpantang anda

http://permatacintaku.blogspot.c ... hirkan-meroyan.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037840 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list