CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1736|Reply: 0

Kencing Kotor Selepas Tukar Pil Perancang

[Copy link]
Post time 29-3-2013 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Pil perancang (kontraseptif berhormon) berjenama yang anda nyatakan  sebenarnya mengandungi komposisi bahan hormon yang sama dengan beberapa  jenama pil kontraseptif berhormon yang tersedia  
di Malaysia.  

Besar kemungkinan, jenis pil perancang yang pernah anda ambil  sebelum itu sebenarnya diperbuat daripada bahan dan dos kedua-dua hormon  estrogen dan progestogen yang sama, maka sepatutnya ia memberikan kesan  sampingan yang sama.

Pada kotak atau kepingan ubat terbabit, lazimnya ada dicetak  kandungan (dengan saiz tulisan yang lebih kecil) seperti rigevidon: 30  mcg (mikrogram) ethinyl estradiol dan 150 mcg levonegestrel. Anda boleh  membandingkan kandungannya dengan jenama yang anda ambil dahulu.

Masalah kencing yang anda alami mungkin disebabkan oleh jangkitan  pundi kencing. Eloklah anda menjalani ujian air kencing secara  mikroskopik (lebih dikenali sebagai UFEME) dan ujian kultur (dikenali  sebagai C&S) untuk kepastian kerana jangkitan air kencing (sekiranya  ada) perlu dirawat.   

Sekiranya anda disahkan tidak mengalami jangkitan pundi kencing,  maka bolehlah anda sandarkan gangguan yang anda alami sebagai salah satu  gangguan pil berhormon dinyatakan. Ini kerana tanda gangguan menyerupai  jangkitan air kencing sebegini (cystitis) ada dilaporkan sebagai aduan  terpencil pengguna hormon berkombinasi sedemikian (tetapi jenama lain).

Saya tidak dapat menjawab dengan tepat mengenai masalah sembelit.  Lazimnya masalah jarang membuang air besar lebih berkait dengan tabiat  kurang mengambil pemakanan berserat, kurang minum dan kurang aktiviti  fizikal.  

Gangguan atau kesibukan waktu terasa ingin membuang air besar juga boleh menyebabkan ia menghilangkan rasa terbabit.

Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039374 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list