CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14029|Reply: 16

Jahitan Terbuka Selepas 2 Minggu Dalam Pantang

[Copy link]
Post time 28-3-2013 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Saya berpendapat jahitan yang terbuka terbabit adalah di kawasan bukaan faraj dan bukannya pintu rahim. Pintu rahim (serviks) terletak jauh di penghujung faraj dan tidak boleh dilihat sendiri.

Pintu rahim hanya boleh dilihat menggunakan alat bantuan spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj untuk membuka faraj sehingga nampak pintu rahim di penghujungnya.

Sewaktu kelahiran, doktor mungkin sudah melakukan potongan pada penghujung faraj secara bersudut ke tepi bagi mengelakkan terkena dubur. Potongan ini mungkin kemudiannya dilebarkan secara guntingan apabila menyedari bayi besar atau ia terkoyak sendiri.

Luka koyak yang anda alami mungkin panjang dan bercabang sehingga ke kawasan bukaan dubur. Tidak mustahil berlaku kemasukan kuman dari kawasan dubur ini menjangkiti luka jahitan terbabit dan mengganggu proses penyembuhan sehingga menyebabkan jahitan terbuka.

Keadaan lembap akibat pendarahan nifas pada tuala wanita pula tambah menggalakkan perpindahan kuman yang berasal dari kawasan dubur ini. Ini bukannya kesalahan anda kerana sukar untuk memastikan keadaan tuala wanita kering sepanjang masa memandangkan pendarahan nifas berlaku berterusan.

Namun, wanita masih dinasihati lebih kerap menukar tuala wanita terutama dalam seminggu pertama selepas bersalin agar keadaan kemaluan tidak terlalu basah sehingga menggalakkan jangkitan.

Maka, kandungan berikutnya lazimnya tidak dipengaruhi oleh koyakan kelahiran kedua terbabit. Namun, memandangkan berat bayi anda besar, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani ujian darah untuk mengesan penyakit kencing manis.

Selain itu, secara amnya, bayi ketiga lazimnya dijangka mempunyai berat lahir yang melebihi berat bayi pertama dan kedua, terutama jika ia dilahirkan pada tarikh lebih lewat daripada usia kandungan bayi sebelumnya dilahirkan.

Begitu juga dengan kelahiran seterusnya dijangka mempunyai berat lahir bayi yang lebih. Jadi, tidak mustahil jika bayi ketiga ini lebih berat, anda juga boleh mendapat luka faraj yang lebih lebar, malah luka pada pintu rahim.

Kebanyakan doktor akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan Caesarean jika bayi ketiga ini lebih besar. Ini penting bagi mengelakkan trauma kelahiran bukan saja kepada anda, malah kepada bayi seperti badan tersekat (dystocia bahu), kerosakan saraf brakial tangan dan seumpamanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2013 08:42 PM | Show all posts
seramnyaaaa... masa gunting sakit x? ke kene bius?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 07:40 AM | Show all posts
seram. baca pun macam dah sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 11:19 AM | Show all posts
azilamie2 posted on 1-4-2013 08:42 PM
seramnyaaaa... masa gunting sakit x? ke kene bius?

lepak le. perempuan dilahirkan kena PERFECT SERBA SERBI. tak tahu ke?
takat kena gunting kat bawah tu mcm semut api gigit ajek.

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 11:35 AM | Show all posts
kene bius ...mne rase sakit ke tak kene gunting tu...huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 12:09 PM | Show all posts
lum penah beranak la... maw xngeri dengo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2013 01:30 PM | Show all posts
i tak dibius masa beranak..tp masa jahit tu sedut gas tu...tp yaampun sakitnya
kalau kene jahit balik after two weeks   
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 09:53 AM | Show all posts
ya Allah..scarynyer beranak !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 10:39 AM | Show all posts
pngalaman aku msa kna gnting xprasan lngsung (knfem la xrsa sakit) sbb feel nk meneran ja..
tp tme nk jait azabnya..huhu...las2 misi bg sedut gas yg khayal 2..
snang la kja beliau klu x asyik nk tkepit2 ja dok sbb xthan sakit..
tp alhmadulillah luka jait smbuh elok n xkna jahitan ke2....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:03 AM | Show all posts
Sebab apa kena gunting dan jahit?
1.Senang baby keluar,kalau tak koyaknya tak sekata lagi teruk.
2.Bila kena jahit luka cepat sembuh.
3.Bila dah baik suami suka sebab balik pada asal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 01:09 PM | Show all posts
aku lebih rela czer dari kena jahit kat bawah nun... biarlah org kata nak jaga luka czer lagi teruk dari luka bawah, tapi at least x sakit andainyer dalam pantang kena sembelit...

dats y, bila meneran tu..kena ikut cara dia betul2.. bukan main push ajer.. kalau dapat doctor yg pro, xde kena jahit2 nih.. satu lagi tips, kalau kena gak jahit, jangan bius ok..kiranya korang jahit hidup2. Sebab kalau bius, area tu bengkak. So bila bengkak dah surut, area jahitan tu senang tertetas sebab jahitan dia longgar. Tu yg jadi punca jahitan terbukak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 01:30 PM | Show all posts
Masih terasa-rasa jarum dicucuk n benang ditarik..walau dah 60 hari ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 01:31 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 3-4-2013 01:09 PM
aku lebih rela czer dari kena jahit kat bawah nun... biarlah org kata nak jaga luka czer lagi teruk  ...

Bersalin dlm keadaan tak bersedia, pun salah satu faktor..adeih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:21 PM | Show all posts
Seram nye
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:57 PM | Show all posts
Rasanya luka di tempat jahitan akan baik/kurang sakit lepas 2 minggu beranak..Lepas ni tak la sakit nak gerak2...Kalau jahitan terbuka maknanya pesakit agak lasak...
Nak kurangkan koyak, jangan angkat punggung masa meneran..lepas tu jangan menjerit masa meneran...silap teran boleh dapat buasir...
Ada satu hospital buat infra red exposure kat tempat jahitan..tak taula ada lagi ke tak...yang ni mmg mengeringkan luka..dan nyaman masa treatment tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:56 PM | Show all posts
adoi .... baca tajuk aje dah terkepit2 lutut nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 09:47 PM | Show all posts
minta suami carikan ikan haruan buat sup... insyaAllah mudah mudahan cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.397739 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list