CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14602|Reply: 49

Pengguna yang ditindas oleh Proton(dengan bukti)! Bayar sebanyak RM15,000!

[Copy link]
Post time 20-3-2013 03:51 PM | Show all posts |Read mode
PROTON EXORA BOLD CFE 13000KM ENGINE BLOCK PECAH
PROTON tidak warranty,mangsa dikehendaki bayar RM13500,tetapi tidak dibenarkan melihat

engin report(PROTON Service Center Pantai Bharu Klang,Jalan Meru)

PENTING! Saya hanya nak laporan daripada Proton!Bukan nak warranty!Sila jangan salah faham!

Pada 11 haribulan Feb,hari kedua pada Tahun Baru Cina,kereta saya yang baru beli setengah

tahun telah rosak di tengah jalan semasa saya balik ke kampung, bahagian engin kereta

mengeluarkan bunyi meletup, dan selepas itu, engin kereta saya telah mati ditengah jalan.

Selepas itu,kereta saya dibawa masuk ke Pantai Bharu Proton Service Center.

Pada 13 haribulan Feb,pekerja Service Center telah balik dari cuti Tahun Baru Cina dan

memulakan pemeriksakan masalah kereta saya.Saya menunggu hingga 6 haribulan March baru

dapat tahu masalah kereta saya. Technician memberitahu saya bahawa block engin kereta saya

telah pecah dan perlu menukar engin kereta baru.Apabila saya tanya dengan lebih mendalam

lagi, technician tersebut tidak dapat memberi jawapan yang pasti kepada saya. Technician

tersebut hanya memberitahu pada saya "mungkin disebabkan masalah ini....""mungkin kerana

masalah itu.." dan engin kereta saya perlu tukar, kosnya hampir RM15,000!

Disebabkan saya tidak mendapat jawapan yang pasti dari mulut technician itu, saya meminta

untuk tengok laporan tentang masalah kereta saya dengan lebih teliti, tetapi Pantai Bharu

Proton Service Center tidak menbenarkan saya berbuat demikian atas alasan prosedur

syarikat Proton tidak membenarkan pelanggan untuk melihat laporan pemeriksaan kereta,

walaupun melibatkan dengan jumlah wang yang banyak!

Selepas itu, saya telah menelefon ke hotline customer service proton-Icare. Jawapan yang

diberikan ialah saya perlu memperolehi laporan kereta saya daripada Service Center

tersebut. Lepas itu, saya balik ke Service Center tersebut dan meminta lagi untuk

mendapatkan laporan tentang kerosakan kereta saya supaya saya tahu punca kerosakan kereta

saya, tetapi mereka tidak membenarkan dengan alasan yang sama lagi! Iaitu,prosedur Proton

tidak membenarkan pelanggan melihat laporan kereta!

Jadi, saya rasa saya telah dipermainkan antara Customer Service dan Service Center, tidak

ada sesiapa yang cuba untuk menbantu saya menyelesaikan masalah ini. Adilkah perbuatan

macam ini kepada pengguna seperti saya? Saya diminta membayar wang yang berjumlah RM15,000

tetapi tiada hak untuk mengetahui kerosakan yang dialami kereta saya! Mengapa mereka tidak

dapat berikan saya satu jawapan yang pasti dan laporan yang formal?Adakan laporan tersebut

begitu rahsia? sehingga saya orang yang membayar pun tiada hak untuk melihat? Lagipun saya

perlu berhadapan dengan sikap yang tidak bertanggungjawab pekerja-pekerja...Bila saya

cakap saya hendak mengadu tentang masalah ini,mereka berkata:ikut suka hati awak sajalah

...nak adu terus pergi mengadu sajalah!
Begitukah sikap seorang pekerja di sebuah syarikat yang terkemuka???

PS: Warranty kereta saya telah dibatalkan disebabkan saya tidak menukar engin minyak di

tempat Proton. Saya faham dan boleh terima tindakan itu.Saya juga rela bayar Rm15,000

untuk memperbaiki kereta saya! Tetapi mengapakah saya tiada hak untuk tahu apa yang

berlaku terhadap kereta saya untuk membayar jumlah wang yang begitu banyak tetapi cuma

mendapat satu jawapan yang kabur dari mulut technician itu.Proton adalah syarikat yang

besar di negara kita,takkanlah hanya meminta laporan kerosakan kereta pun susah sangat?

Dalam masa satu bulan ini saya telah menghadapi banyak masalah dan kerugian yang timbul

disebabkan kerosakan kereta saya. Sebagai seorang pengguna, yang membayar wang untuk

produk dan service, dilayan sebegini...patutke ???Dimanakah hak saya sebagai seorang

pengguna???



Last edited by MRNG on 21-3-2013 01:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 04:08 PM | Show all posts
pertama sekali nk ucap tahniah kerana memiliki proton, boleh cuba tanya kat TTPM minta nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:26 PM | Show all posts
proton dan perodua syarikat sampah.. mmg patut kena boikot pun.. low quality menyusahkan rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 05:27 PM | Show all posts
Dah tahu proton nie well-known masalah sana-sini...masih dok beli jugok...tahniah sekali lagi...
Kalau ada proton model terbaru utk akan datang lagi...silalah upgrade
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 05:53 PM | Show all posts
ni memang masalah tt ke cedok dari blog???
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 06:41 PM | Show all posts
fuh dashyat sungguh sampai engine block pecah, masuk tribunal tuntutan pengguna lah nampaknya ni, duit 15k tu bukan sikit, boleh beli sebijik keta 2nd hand lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2013 11:12 PM | Show all posts
tahniah kerana bersedekah pada negara............!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 11:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2013 01:09 AM | Show all posts
Acong posted on 20-3-2013 11:13 PM
http://cforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=3035760

TQ for tolong letakkan gambar...sebab i tak tahu sangat nak letak gambar kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:10 AM | Show all posts
MRNG posted on 21-3-2013 01:09 AM
TQ for tolong letakkan gambar...sebab i tak tahu sangat nak letak gambar kat sini

pls pigi bakar kedai proton itew...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 01:14 AM | Show all posts
Acong posted on 21-3-2013 01:10 AM
pls pigi bakar kedai proton itew...........

Service Center tu kata dia nak popular~dia kata ikut sukahati i nak macam mana mengadu pun....marilah kita biarkan ia bakar kat internet~biar dia popular~
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:17 AM | Show all posts
MRNG posted on 21-3-2013 01:14 AM
Service Center tu kata dia nak popular~dia kata ikut sukahati i nak macam mana mengadu pun....mari ...

ambil gambar serbis senter tu........
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:18 AM | Show all posts
TT buat macam ini parking kat depan centre tu.........


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 08:37 AM | Show all posts
Kereta baru apahal pi service kat luar. Waranty memang void. Salahkan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:30 AM | Show all posts
masih ada waranti napa servis luar...
salah diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:38 AM | Show all posts
baik tukar enjin halfcut je dari tukar enjin CFE baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 10:39 AM | Show all posts
kalau aku, aku kencing cakap tak servis luar.. cakap tak perasan dah terlebih jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 12:57 PM | Show all posts
Bell posted on 21-3-2013 08:37 AM
Kereta baru apahal pi service kat luar. Waranty memang void. Salahkan diri sendiri.

"PENTING! Saya hanya nak laporan daripada Proton!Bukan nak warranty!Sila jangan salah faham!"
SILA BACA BAIK BAIK SEBELUM BERCAKAP!


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:10 PM | Show all posts
xguna juga kalo ko meroyan kt sini bukan boleh dapat pun report tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:53 PM | Show all posts
kalau aku la jadi TT...
aku takkan simply bayar 15K utk enjin yg sama...
baik la aku masuk enjin Mivec lagi puas hati....rasanya tak smpaipun 15K
btw....baik ko ambil kete tu hantar kat bengkel biasa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.205838 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list