CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3321|Reply: 8

andai lah pahala dan dosa boleh dilihat

[Copy link]
Post time 25-2-2013 08:09 PM | Show all posts |Read mode
andai lah pahala dan dosa boleh dilihat ...aku rasa kan ramai yang berlumba lumba wat kebaikan dan rasa takut wat dosa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 08:25 PM | Show all posts
1. tula kan. tapi kenapa Allah SWT tak zahirkan jah Dosa dan Pahala tu? takdelah manusia akan lakukan keganasan dan vandalisme atas dunia ni. kenapa nak beri alasan "Allah tak nak zahirkannya kerana nak menguji manusia".

kenapa nak menguji manusia? bukankah dengan zahirkan dosa dan pahala pun mampu menguji manusia bukan setakat diuji,  malah dunia ni pun akan aman dan bersih dari perang, maksiat, jenayah dan macam2 lagi.

2. kenapa Allah tak nak zahirkan dirinya sendiri? kenapa nak beri alasan "Allah tak nak zahirkan dirinya sebab kalau Allah zahirkan dirinya semua manusia berebut2 nak pahala."

bukan ke berebut2 nak buat pahala tu satu perkara yg bagus ??? kenapa Allah tak nak zahirkan diri dengan alasan macam ni?
bila manusia berebut2 nak buat pahala takdelah manusia berani nak buat kehancuran atas dunia ni.


3. kenapa istilah "dunia masih muda" diberi pada zaman2 jahiliah dulu pada tahun 60 an ?? Contohnya tahun 60 an dulu ramai orang2 melayu yang pergi kelab2 malam, minum arak, buat maksiat, Berjudi dan macam2 lagi DAN kita kategorikan itu adalah zaman jahiliah dimana manusia belum mengenal agama islam serata dunia so kita akan kata "takeplah, tu zaman jahil"

Kenapa istilah dunia masih muda dan jahiliah wujud sedangkan sepatutnya istilah2 tersebut tak patut wujud kerana kita lahir dari pasangan nabi Adam dan Hawa dan secara semulajadinya kita akan ISLAM so seharusnya SELURUH DUNIA ni sepatutnya berasal dari agama islam dan istilah Jahiliah dan 'dunia masih muda' tu sepatutnya tak wujud kalau kita lahir2 je dari islam dari adam dan hawa??




Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 08:29 PM | Show all posts
UstazGoogle posted on 25-2-2013 08:25 PM
1. tula kan. tapi kenapa Allah SWT tak zahirkan jah Dosa dan Pahala tu? takdelah manusia akan lakuka ...

Salam UstazGoogle (jujur dan tulus )

Byk nye soalan...dh gugel ke blum?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 08:36 PM | Show all posts

4. kenapa ALlah begitu kejam akan rejam manusia ke neraka selama BERJUTA-JUTA malah ada yg BERBILLION tahun lamanya hanya kerana dosa orang tu mencuri? sedangkan manusia pun tak sekejam tu dan akan beri hukuman yang SETIMPAL dan bukannya hukuman yg begitu  kejam!  belom lagi dosa orang2 yg berderhaka pada ibu bapanya, minum arak, berzina. lagi teruk.

5. kenapa peristiwa2 aneh contohnya manusia dilantik menjadi nabi dan Rasul HANYA di negara2 arab dan takde satu pun di negara2 lain? kenapa bangsa Firaun dihapuskan Allah dengan alasan bangsa firaun itu adalah bangsa jahat? SEDANGKAN di negara2 lain masih ramaiiii lagi bangsa2 yg berjuta kali ganda lagi jahat dari firaun pada masa itu?

dan masih, perkara tersebut berlaku HANYA di negara2 arab contohnya macam kisah firaun itu tadi. adakah ini bermakna agama Islam dicipta oleh orang2 arab jadi segala kejadian aneh berlaku hanya di arab?

sedangkan di negara2 lain masih ramai lagi manusia yg layak jadi nabi dan rasul! kenapa hanya di arab?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 08:53 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 25-2-2013 08:29 PM
Salam UstazGoogle (jujur dan tulus )

Byk nye soalan...dh gugel ke blum?


6. kemana menghilangnya Allah sekarang? sedangkan zaman dahulu kala Allah aktif melantik manusia menjadi rasul dan nabi dan sebgainya, tapi sekarang kenapa hanya mendiamkan diri?

dulu bukan setakat Allah aktif bermain dengan makhluk2 ciptaanNya di dunia sehingga sanggup melantik manusia jadi nabi dan rasul, malah Allah sanggup ZAHIRKAN keajaiban, mukjizat serta kekuasaan yg ada pada diriNya itu pada manusia HANYA pada zaman dahulu sahaja contohnya Allah telah menghapuskan teknologi manusia purba yg kononnya teknologinya dikatakan hampir setaraf dengan manusia moden zaman sekarang, namun akan kemungkaran dan kejahilan manusia2 tersebut, Allah telah HANCURKAN teknologi2 manusia itu hanya dalam satu malam sahaja dan jadilah manusia2 purba yg tidak mengenal apa itu teknologi sehinggalah manusia mencipta teknologi itu kembali sekarang seperti bateri, mengalirkan elektrik dan sebagainya... kemana Allah? kenapa Dia tidak menzahirkan lagi kekuasaannya pada manusia zaman sekarang ni? bukankah dengan cara itu mampu menyebabkan manusia kuatkan iman padaNya?


Adakah ini bermaksud agama islam dicipta oleh manusia2 purba dan sebab itulah segala keajaiban seperi pelantikan nabi dan rasul, allah menzahirkan kuasanya pada manusia TIDAK ADA LAGI pada zaman sekarang kerana SEMUANYA adalah palsu?




Last edited by UstazGoogle on 25-2-2013 08:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:06 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 25-2-2013 08:29 PM
Salam UstazGoogle (jujur dan tulus )

Byk nye soalan...dh gugel ke blum?

7. Mengapa Allah gagal menyatakan bagaimana diriNya dicipta? kenapa hanya beri alasan diriNya tercipta dengan sendirinya? jadi tidakkah mustahil manusia pun boleh terjadi dengan sendirinya melalui alam semulajadi?

beberapa orang ulama mengatakan "tidak ada satu perkara pun di dunia ini terjadi dengan sendirinya. setiap perkara di dunia ini pasti ada penciptanya. dan pencipta kita adalah Allah SWT". tapi bagaimana pula Allah terjadi? siapa pula pencipta Allah? bukankah ia tak logik sama sekali?

jadi si pencipta agama islam ini bagi menutup fikiran manusia dan tidak mempersoalkan bagaimana Allah tercipta oleh kerana mereka gagal untuk mengarang cerita, mereka mengarang dalam al quran bahawa "sesiapa yg mempersoalkan kejadian Allah adalah berdosa besar". akhirnya SELURUHH umat islam menjadi berfikiran sempit dan takut untuk mempersoalkannya lagi. sedarlah wahai manusia, bahwa kita semua ditipu.. jangan takut untuk meluahkan kebenaran kerana kebenaran akan sentiasa berpihak pada kita.
Last edited by UstazGoogle on 25-2-2013 09:07 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2013 09:21 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 25-2-2013 08:29 PM
Salam UstazGoogle (jujur dan tulus )

Byk nye soalan...dh gugel ke blum?

8. mengapakah Allah kurniakan nafsu syahwat pada manusia golongan Adam ini secara berlebihan sehinggakan mampu membuatkan mereka menjadi hilang kawalan? pernahkah dengar pepatah "sedangkan ustaz pun boleh bergoyang tiang imannya pabila melihat wanita kaum hawa yang begitu cantik dan seksi"

ada satu kisah ni dinyatakan di dalam al quran, bahawa pada zaman dahulu Allah telah memilih dua orang malaikat dan menjadikan kedua-dua malaikat itu tadi sebagai manusia dan akan diturunkan ke bumi bagi 'menguji' tahap nafsu manusia.
Jadi malaikat itu diutuskan untuk bersama2 dengan wanita2 yang seksi. namun akibat nafsu yg dikurniakan, kedua2 malaikat ini pun akhirnya TEWAS dan terjerumus dalam maksiat. akhirnya kedua-dua malaikat tadi dihantar ke neraka.


kenapa begitu kejamnya Allah sehingga tergamak Dia memberi nafsu syahwat yang begitu kuat kesannya pada lelaki tetapi merupakan satu dosa BESAR jika manusia TERjerumus dalam maksiat.

bukankah nafsu syahwat itu hanya proses pembiakan manusia yang tidak akan mendatangkan sebarang musibah pada dunia jika mereka melakukannya malah gejala2 BUANG ANAK DAN BAYI, anak luar nikah tidak akan berlaku di dunia ini jika perkara ini bukan merupakan satu dosa!!!! namun mengapa ia merupakan dosa besar?

adakah ini tanda2 besar bahawa manusia dan nafsu syahwat itu bukan dicipta oleh ALlah tetapi ia terjadi dengan semulajadinya seperti terjadinya Allah dengan semulajadi? jika ia dicipta oleh Allah, seharusnya hukuman adalah setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:17 PM | Show all posts
UstazGoogle posted on 25-2-2013 08:25 PM
1. tula kan. tapi kenapa Allah SWT tak zahirkan jah Dosa dan Pahala tu? takdelah manusia akan lakuka ...

Saya tolong jwb sket ek, jgn mara la ye:

1. tula kan. tapi kenapa Allah SWT tak zahirkan jah Dosa dan Pahala tu?
Spy manusia berfikir dan fahami pilihannya. Benar atau salah.

2. kenapa Allah tak nak zahirkan dirinya sendiri?
Sbb manusia dicipta utk beribadat kpdNya dgn ihsan, bkn sebaliknya.

3. kenapa istilah "dunia masih muda" diberi pada zaman2 jahiliah dulu pada tahun 60 an ??
"dunia masih muda" tu didahului dgn "manusia mudah lupa/lalai/leka/alpa"
...hanya krn nikmat dunia, bkn 60-an je.

4. kenapa ALlah begitu kejam akan rejam manusia ke neraka selama BERJUTA-JUTA malah ada yg BERBILLION tahun lamanya hanya kerana dosa orang tu mencuri?
Manusia akan direjam ke Syurga sekiranya dia diampunkan Penciptanya.

5. kenapa peristiwa2 aneh contohnya manusia dilantik menjadi nabi dan Rasul HANYA di negara2 arab dan takde satu pun di negara2 lain? kenapa bangsa Firaun dihapuskan Allah dengan alasan bangsa firaun itu adalah bangsa jahat? SEDANGKAN di negara2 lain masih ramaiiii lagi bangsa2 yg berjuta kali ganda lagi jahat dari firaun pada masa itu?

dan masih, perkara tersebut berlaku HANYA di negara2 arab contohnya macam kisah firaun itu tadi. adakah ini bermakna agama Islam dicipta oleh orang2 arab jadi segala kejadian aneh berlaku hanya di arab?

sedangkan di negara2 lain masih ramai lagi manusia yg layak jadi nabi dan rasul! kenapa hanya di arab?
Al-Quran diturunkan kpd Arab dlm bahasa Arab
Yg menerimanya tu nabi juga rasul s.a.w. yg Arab utk umatnya yg Arab
Asal manusia satu umat bercambah kpd bangsa2
setiap bangsa ada pemberi berita gembira juga amaran (nabi/rasul)
Rasul/nabi bangsa lain tiada di dlm Al-Quran krn tdk dikenali bangsa Arab.

6. kemana menghilangnya Allah sekarang? sedangkan zaman dahulu kala Allah aktif melantik manusia menjadi rasul dan nabi dan sebgainya, tapi sekarang kenapa hanya mendiamkan diri?
Allah Maha Pemurah lg Maha Pengasih
Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana
Maha Penghukum yg Maha Penyabar
- Kiamat tu sgt3 dekat tp Allah lbh dekat dgn kita
Adakah ini bermaksud agama islam dicipta oleh manusia2 purba dan sebab itulah segala keajaiban seperi pelantikan nabi dan rasul, allah menzahirkan kuasanya pada manusia TIDAK ADA LAGI pada zaman sekarang kerana SEMUANYA adalah palsu?
Allah menutup pintu hati mereka yg menolak petunjukNya
(Al-Huda) - Al-Quran seperti orang yang menyalakan api.Apabila api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya mereka,
dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat.
Mereka pekak, bisu dan buta dengan keadaan itu mereka tidak dapat dikembalikn.

7. Mengapa Allah gagal menyatakan bagaimana diriNya dicipta?
Kerana Dia Maha Pencipta.
Logik itu rekaan manusia, hamba kpd Maha Pencipta.
Yg rasa tertipu tu pastinya seorang gila yg dirasuk syaitan.

8. mengapakah Allah kurniakan nafsu syahwat pada manusia golongan Adam ini secara berlebihan sehinggakan mampu membuatkan mereka menjadi hilang kawalan?
Lumrah manusia bila dikurniakan Hawa, nk yg sedap2 adja gtu.
Jgn pakai barang kemas smpi x larat bawa.
Allah dh pn berikan had dan batasnya - nk turut atau ingkar kita pilih.
Harut dan Marut diturunkn sbg ujian, utk melihat siapa yg kufur.
- yg kisah Israeliyat tu x boleh pakai, dengar boleh...percaya jgn.

bukankah nafsu syahwat itu hanya proses pembiakan manusia yang tidak akan mendatangkan sebarang musibah pada dunia jika mereka melakukannya malah gejala2 BUANG ANAK DAN BAYI, anak luar nikah tidak akan berlaku di dunia ini jika perkara ini bukan merupakan satu dosa!!!! namun mengapa ia merupakan dosa besar?
Pembiakan perlu ada susun-alur keturunan spy ia x berkecamuk
Yg berdosa tu perbuatan zina, dan anak zina x berdosa.
Kalau x berzina dipanggil nikah/kahwin (yg lbh bertanggungjwb)
Yg takut kahwin cuma nak main2 - lempiaskan nafsu adja gamaknya
Yg buang2 anak/bayi tu lbh teruk drpd Firaun dgn membunuh darah daging sendiri...

p/s: Tiada yg semula jadi tanpa izin Allah Maha Pencipta lg Maha Bijaksana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 12:24 AM | Show all posts
salam

dosa .. nampak

pahala .. tak nampak ..
maksud memerlukan keimanan ..
pada melaksanakan d'dalam perbuatan dan pekerjaan ..
secara jujur dan ikhlas ..

wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.180012 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list