Ahmad Deedat seorang Muslim yang pakar agama Kristian berjaya menutup mulut mubaligh-mubaligh Kristian kerana beliau menghafal petikan-petikan Bible untuk mematahkan akidah ajaran Kristian dan cemuhan mereka terhadap Islam kerana jika kita menggunakan Al Quran sahaja nanti penganut agama Kristian mengatakan mereka tidak mempercayai Al Quran dan tidak dapat menerima dalil-dalil dan keterangan daripada Al Quran tersebut.
Tetapi apabila kita menggunakan kitab mereka untuk memperlihatkan kesesatan agamanya akan menyebabkan mereka terpaksa mengakuinya. Sebagai contoh, ulama-ulama Yahudi ingin menyalibkan Nabi Isa as kerana mereka tidak percaya Nabi Isa as sebagai Nabi kerana pada pendapat mereka Nabi Musa as adalah penutup segala Nabi, manakala paderi Kristian mengatakan bahawa kematian Nabi Isa as di tiang salib ialah sebagai menebus dosa-dosa manusia.
Tetapi melalui Matius 27:46, Nabi Isa as menyebut Eli-eli lama sabakhtani, ertinya "Ya Tuhanku,Ya Tuhanku, apakah sebabnya Engkau meninggalkan aku". Ini salah satu dalil di dalam Bible yang dapat membuktikan bahawa ajaran penebusan dosa dalam agama Kristian adalah tidak benar. Nabi Isa as adalah seorang Nabi dan segala perencana Allah swt pasti Dia akan memberitahunya. Sebagai seorang Nabi, beliau seharusnya siap untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakan perintah Allah swt.
Jika Allah swt membenarkan konsep penebusan dosa ini melalui kematian di tiang salib, sudah tentu Nabi Isa as tidak meraung seperti ini. Beliau meraung kerana beliau tidak mahu mati di tiang salib yang dianggap sebagai mati terkutuk mengikut Kitab Ulangan 21:23 "orang yang tergantung itu kutuklah bagi Tuhan Allah!"
Secara praktis ini artinya, kita sudah berjaya mematahkan kepercayaan agama Kristian yang sering berlambangkan tiang salib. Satu lagi bukti untuk mematahkan kepercayaan tiang salib dengan menggunakan kitab mereka sendiri dalam Matius 15:24, Nabi Isa berkata "tiadalah aku disuruhkan kepada yang lain,hanya kepada segala domba yang sesat dari antara Bani Israil".
Ayat ini jelas membuktikan agama Kristian hanya bersifat lokal iaitu untuk Bani Israil sahaja dan bukan untuk kaum lain.
Bayangkan betapa tersesat umat Kristian, Nabi Isa as sendiri mengatakan Allah swt mengutuskannya untuk Bani Israil tetapi mubaligh-mubaligh Kristian bertebaran ke seluruh pelusuk dunia melaungkan kenyataan bahawa "Nabi Isa as anak Tuhan, Dia hidup bersama Tuhan di langit dan Jesus Christ adalah Juru Selamat yang akan turun kembali ke bumi dan cintailah dia kerana dia sanggup mati di tiang salib bagi menebus dosa-dosa manusia".
Biasa la tu . Perjuangan nak menegakkan kebenaran bukan di rentang dengan karpet atau permaidani merah . sebaliknya di sambut dengan kata2 asyik nak marah jer
Macam zaman Nabi Isa sendiri , pada penghujung perjuangan, Nabi Isa hanya berjaya mengumpul seramai 12 orang sahaja pengikut/ sahabat yang setia . Yang lain2 tu semua cabut lari