View: 7094|Reply: 29
|
5 Sebab utama mengapa kalimah Allah tidak relevan bagi Kristian Nusantara
[Copy link]
|
|
Disebabkan isu mengklaim2 kalimah Allah mahu dibuat utk bahasa melayu, sila berbahas dalam bahasa melayu/ malaysia.
Sumber & bacaan penuh dari sini, lama betul dah aku tak menulis,
http://agendaharini.wordpress.co ... kristian-nusantara/
-RINGKASAN-
Mengapa kalimah Allah tidak relevan dengan Kristian Nusantara Melayu (dan juga Indonesia) ?
1. Tuhan ialah definasi yg paling tepat dalam Bahasa Melayu Orang Inggeris eropah menggunakan God dalam bahasa Inggeris. Gott , Dios, Deus menjadi pilihan sebagai kata nama am kerana merupakan subjek sembahan yg tepat. Dalam bahasa Melayu, Tuhan ialah gelaran kepada objek sembahan (atau yg disembah). Persembahan Lord atau God yang paling tepat dalam bahasa Melayu ialah Tuhan.
2. Definasi Allah tidak ditafsir oleh warga tempatan, ditafsir oleh bangsa asing, penjajah & pendakwah Belanda. Penyebaran Al Kitab dipelopori eleh pendakwah Belanda & Inggeris dengan pembelajaran budaya setempat di nusantara Indonesia. Pengedaran & pencetakan dilakukan dalam Bahasa Melayu dimana Bahasa Melayu merupakan Lingua Franca termasuk di Indonesia. Walaupun begitu AlKitab ini diolah dalam bentuk Bahasa Melayu Indonesia untuk kegunaan di jajahan Indonesia. Bahasa Melayu Indonesia kini menjadi Bahasa Indonesia & melalui perubahan yg ketara dari Bahasa Melayu Malaysia
Pengedaran AlKitab di luar Indonesia diselia oleh Lembaga AlKitab yg berpangkalan di Singapura. Ia dipelopori oleh kaum Cina untuk penyebaran bahasa Cina & Melayu. Dalam tempoh ini ia disebarkan secara sulit melalui orang perseorangan & tidak melalui proses dalam bentuk rekod rasmi untuk penyebaran di Tanah Melayu. Lembaga AlKitab Malaya ini merupakan persatuan yg tidak diiktiraf, tidak mewakili masyarakat melayu , walaupun selepas kemerdekaan (1957).
3. Allah sebagai penyembah Tuhan monotheisme Kalimah Allah bagi fahaman monotheism merujuk fahaman Tuhan yg Satu. Allah tidak dilahirkan & melahirkan, tidak disekutukan & mempersekutukan, tidak berbapa & beribu. Allah ialah kata nama khas yg tidak boleh ditafsirkan kepada mana2 bahasa kerana sifat Tauhid; yg mempunyai maksud Tuhan Yg Esa (Satu). Menggunakan Allah tidak relevan apabila sifat tuhan (Allah) dibahagikan melebihi satu bahagian. Ini merujuk kepada fasalfah Triniti yg dibahagikan ramuannya (essence) kepada 3. Ia dikatakan mempunyai bahagian Tuhan bapa, Anak Tuhan & Rohul Kudus, adapun juga menambah gelaran Ibu Tuhan; adalah bercanggah dengan fahaman satu Tuhan (monotheisme). Walaupun Kristian Katholik masih mempertahankan Trinity adalah fahaman monotheism, mereka lupa apa yg mereka canangkan di Majlis Gereja di Nicaea (lihat perkara 4) yg sebelum menentang unsur Tuhan yg Satu.
4. Sifat Ke-Esaan Allah bercanggah dengan hukum Triniti Didalam AlKitab & Perjanjian Baru banyak ayat yg menjelaskan zat Allah sebagai "Homoousian" ; iaitu yg menyekutukan taraf Allah setaraf dengan Nabi Isa yg jelas seorang manusia. Pada 325M, Majlis Gereja yg diadakan di Nicaea (dikuasai sektarian Katholik) telah memecat dan menolak fahaman Satu Tuhan yg dibawa oleh Bishop Arius. Arius menegaskan bahawa sifat Tuhan (Father) adalah lebih besar daripada Isa (Son), dan kehadiran Isa sebagai manusia adalah di bawah takdir Tuhan, Isa TIDAK bersama-sama, bersekutu atau kekal-bersama dengan-Nya (Allah). Fahaman Arius ini mempunyai persamaan ketuhanan ajaran Islam yg menolak unsur syirik Triniti bersetuju & mempercayai keEsaan Tuhan (Allah) sebagai Tuhan yg berkuasa yg mutlak & tidak boleh disekutukan. Majlis Gereja di Nicaea yg dikuasai Katholik bersepakat bahawa fahaman Tuhan yg Esa yg dibawa oleh Uskup Arius sebagai menyimpang & dikatakan ajaran sesat. Arius ditempelak & akhirnya di buang dari Majlis Gereja di Nicaea. Aliran beliau telah merebak di Timur Tengah yg mengasaskan Gereja Unitarian yg anti-trinitarian. 5. Kesalahan Al Kitab yg serius, tidak konsisten & tidak mengikut frasa asal bahasa Ibrani Bagi umat Islam seluruh dunia, tafsiran AlQuran mestilah diiringi dalam bahasa Arab Alquran. Ini bagi memastikan keaslian ayat2 ini tidak ditafsir sewenang2 seperti yg berlaku pada seluruh versi AlKitab. AlKitab yg gagal membawa bersama ayat2 asal dalam bahasa Ibrani sebaliknya menggunakan tafsiran bahasa penjajah sebagai peranta sendiri. Penjajah Belanda gagal memahami & menggunakan frasa Tuhan sebagai ganti nama "Gott" yg diguna dalam bahasa Belanda. Sebalik mereka mengambil kata nama khas ; Allah sebagai 'Tuhan' dengan helah yg tidak diketahui.
sambungan penuh di
http://agendaharini.wordpress.co ... kristian-nusantara/
ada soalan ?
|
|
|
|
|
|
|
|
[Maklumat tambahan]
Apakah bernar Abdullah Musnyi terlibat dengan penterjemahan al kitab seperti yg didakwa ?
Apakah benar Abdullah munsyi terlibat dengan penterjemahan alkitab ?
Beliau pernah diarahkan oleh Raffles melalui Paderi Milne Thompson. 'Penglibatan' Abdullah sebenarnya adalah gimik orang2 Inggeris yg mengambil kesempatan menggunakan sastera berpengaruh melayu. Dalam catatan penting "Hikayat Abdullah", Abdullah telahpun mempersoal kesalahan AlKitab yg terlalu banyak dan menjelekkan, dan beliau tidak dibenarkn mengubah atau membetulkan tafsiran sepenuhnya kepada bahasa Melayu.
Hikayat Abdullah
ms 130
Sebenarnya yg menghantui Abdullah sepanjang hikayatnya bukan Thomsen pribadi melainkan kitab yg diterjemahkan bersama2 dengannya, lalu dicetak, disebarkan ke mana-mana, menjadi peninggalan keduanya. Abdullah menyatakan dirinya malu melihat mutu jelek terjemahan alkitab tersebut. Berulang kali ia berusaha meluruskan yg bengkok: kitab itu mengandungi begitu banyak kesalahan bahasa kerana Thomsen bersikeras tidak mau menurut panduan Abdullah. Maka sambil membela nama baiknya ia memohon pengertian tuan-tuan pembaca
dalam catatan ini masalah antara Abdullah & Thompson dalam pentafsiran alkitab. Ia menyebut Thompson enggan menerima nasihat Abdullah bagi pengubahan ayat. Abdullah berasa kesal kerana kesalahan alkitab yg terlalu banyak! Paderi Thompsen berkeras memaksa Abdullah meneruskan penggunaan tafsiran yg sedia ada (dari Indonesia) . Ini menunjukkan beliau sendiri telah membawakan polemik yg tidak dipersetujui oleh paderi kerana Abdullah ialah seorang muslim~
lagi
ms 130/131
Melainkan terlebih2 maklum tuan2 yang membaca hikayatku itu maka jikalau mendapat barang2 kesalahan dalam Injil Matius itu, salinan Tuan Thomsen, daripada canggung (aneh) perkataannya dalam bahasa melayu, hendaklah kiranya tuan2 timbangkan baik2 halku ini dibawah perintah orang; tiada boleh membuat barang sesuatu atau menambah atau mengurangkan perkataan dalam kitab itu, jikalau tiada dengan izin atau perintah tuan Thompsen (hlm 170)
Catatan ini menyatakan secara jelas kesalah pada Injil Matius ialah kerana bahasanya yg aneh yg tidak sesuai dengan bahasa melayu. Abdullah tidak dibenarkan mengubah dan membetulkan kesalahan alkitab melainkan dengan kebenaran Thompson,
DAN
ms 131
'ada juga lagi tinggal keruhnya daripada bahasa sedikit2 karena tuan2 itu tiada memberi hendak hendak kuubahkan beberapa perkataan yg tidak pernah dipakai orang melayu... tetapi jikalai boleh kiranya, diluluskan oleh tuan2 itu, maka lepaslah taksir aku dari hal itu, supaya jangan kelak dibelakang tersebut orang namaku bebal, yg bukan2 dari sebab kekerasan Tuan Thompsen tatkala menyalin kitab itu, yg bukan2 jalan bahasa Melayu disuruh pakai. Maka sampai sekarang disebut orang aku gurunya, ia hendah memandai sendirinya; inilah sudahnya dicatat orang juga. Maka sebab itulah aku takut [takut] akan diriku jangan mendua kali seperti umpamaan melayu Pelanduklah lupakan jerat, tetapi jerat tiada melupakan pelanduk (hlm 408)
Paderi Thompson jelas menggunakan nama Abdullah hanyalah sebagai helah kepada pembaca di tanah melayu. Sudahlah Inggeris menjarah tanah melayu, paderinya pula mengarahkan pentafsiran (yg salah) secara paksa dengan ugutan kekerasan terhadap Abdullah dan tidak boleh membantah kandungan alkitab,
Nah lihat sendiri betapa liciknya mereka menggunakan nama Abdullah Munsyi kononya beliau membuat terjemahan alkitab bahasa melayu. Rupanya beliau dipaksa untuk menerima tafsiran alkitab dari bahasa melayu indonesia utk kegunaan sebagai bahasa melayu. maka siapa & apalah gunanya Abdullah jika dipanggil tetapi tidak membenarkan pembetulan alkitab ?
sumber
-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=
Keputusan Kerajaan
Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
sumber - JAKIM
-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-
Last edited by H猷L鰃頧 on 2-3-2013 02:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
by H猷L鰃頧
Arius menegaskan bahawa sifat Tuhan (Father) adalah lebih besar daripada Isa (Son), dan kehadiran Isa sebagai manusia adalah di bawah takdir Tuhan, Isa TIDAK bersama-sama, bersekutu atau kekal-bersama dengan-Nya (Allah).
Fahaman Arius ini mempunyai persamaan ketuhanan ajaran Islam yg menolak unsur syirik Triniti bersetuju & mempercayai keEsaan Tuhan (Allah) sebagai Tuhan yg berkuasa yg mutlak & tidak boleh disekutukan. Majlis Gereja di Nicaea yg dikuasai Katholik bersepakat bahawa fahaman Tuhan yg Esa yg dibawa oleh Uskup Arius sebagai menyimpang & dikatakan ajaran sesat. Arius ditempelak & akhirnya di buang dari Majlis Gereja di Nicaea. Aliran beliau telah merebak di Timur Tengah yg mengasaskan Gereja Unitarian yg anti-trinitarian.
Agaknya ini adalah asal usul agama Islam.
Mereka2 yg menerima Muhammad pada mulanya (di Mekah) adalah dr mereka2 yg menganuti agama Christian (dan Judaism). Mereka menerima konsep bahawa Jesus itu manusia dan bukan anak tuhan dan menolak konsep Trinity sama sekali, yg seterusnya menjadi "konsep asas" Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 21-1-2013 09:43 AM
Agaknya ini adalah asal usul agama Islam.
Mereka2 yg menerima Muhammad pada mulanya (di Mekah ...
tidak semestinya,
konsep dan sifat Tuhan yg satu itu adalah lebih penting, pegangan ahli Kitab sebelum Quran ada yg benar, dan sebaliknya. Kisah fahaman Arius tidak ada kena mengena dgn pembawaan Islam oleh Muhammad. Ini kerana tuhan Nabi Ibrahim berkongsi sama dengan Judaism & Kristian.
|
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 21-1-2013 05:57 PM
tidak semestinya,
konsep dan sifat Tuhan yg satu itu adalah lebih penting, pegangan ahli Kitab s ...
Kamu cakap pasal konsep, aku cakap pasal Sejarah Islam.
Ada saya menonton satu clip Youtube beberapa bulan lalu yg mengatakan bahawa orang terawal yg mengaku Muhammad itu Nabi adalah seorang Kristian yg telah dibuang (ex-communicated) from Gereja kerana menganggap Jesus sbg manusia biasa (sama spt apa yg dikatakan oleh anda). Dia diperkenalkan oleh isteri pertama Muhammad iaitu Khadijah yg turut merupakan sepupu jauh kpd si dia itu.
Oleh itu, boleh dikatakan Islam itu adalah hasil dr pecahan golongan Christian dulu - satu mengikut fahaman Roman yg menjadi Jesus sbg Anak Tuhan dan satu lagi berkeras tidak mengikut Perjanjian Nicea dan mengatakan bahawa Jesus adalah manusia biasa dan merupakan seorang Rasul shj.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 22-1-2013 10:03 AM
Kamu cakap pasal konsep, aku cakap pasal Sejarah Islam.
Ada saya menonton satu clip Youtube beb ...
mungkin, mungkin juga paderi Kristian itu tahu kedatang Islam,
Tapi kalau Islam pecahan dari sektarian Kristian agak mustahil, jika Islam sekalipun di wariskan dari Judaism & Kristian, memang ade persamaan agama, tapi tidak pula usulkan apakah Arius sama seperti paderi yg dimaksudkan tadi, cuma fahaman Tuhan sebagai yg muktamad, kuasa mutlak yg bukan fasalfah homoousian pada Triniti.
untuk apa kau tanya ni soalan ? patutkan pulak aku tanya Buddha adalah pecahan Hindu
hehe, jangan marah ya,
|
|
|
|
|
|
|
|
Denominasi dan sekterian x sama kn? |
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 21-1-2013 05:57 PM
tidak semestinya,
konsep dan sifat Tuhan yg satu itu adalah lebih penting, pegangan ahli Kitab s ...
Konsep "Satu Tuhan" adalah sesuatu yg asing kpd manusia sebelum Judaism, oleh itu, konsep tersebut boleh di-"trace" dgn mudah.
Judaims asalnya adalah ajaran yg dibawah oleh Firaun Akhenaten - yg merupakan manusia yg PALING PERTAMA mengajar konsep Satu Tuhan.
Source : http://en.wikipedia.org/wiki/Akhenaten
Orang2 Yahudi adalah sisa baki dr manusia2 yg mengikut ajaran tersebut, yg tidak kembali ke ajaran Mesir Purba selepas kematian Akhenaten dan anaknya, Tut. Oleh kerana mereka tidak menyembah dewa2 purba Mesir kembali, mereka "persecute" oleh masyarakat Mesir yg lain yg takut kemungkaran dr dewa2 mereka kerana kebodohan setengah golongan masyarakat.
Nabi Musa menbawa golongan ini keluar dr Mesir dan menubuhkan negara mereka tersendiri di tanah yg digelar sbg Israel kini dan ianya adalah sinambungan kpd Christianity (yg berpecah menjadi dua mazhab - satu mengikut Gereja Roman dan mengaku Jesus sbg Anak Tuhan dan satu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan Jesus itu hanyalah manusia dan seorang Nabi). Christianity yg ada sekarang serta Islam adalah dr dua cabang tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 23-1-2013 02:51 PM
Konsep "Satu Tuhan" adalah sesuatu yg asing kpd manusia sebelum Judaism, oleh itu, konsep tersebut ...
itu laen
Jika manusia bertuhankan diktator sekarang pun ada, ia bukan agama, dah masuk bab ideologi , Hitler, Stalin & Mao juga dianggap sebagai tuhan yg boleh mencabut nyawa seperti Firaun
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 23-1-2013 04:18 AM
Denominasi dan sekterian x sama kn?
errr ...details skit ?
|
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 25-1-2013 08:16 PM
errr ...details skit ?
Bkn ke biasanya utk Kristian dikata denominasi
dan utk Islam plk diguna sekterian...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 26-1-2013 03:48 AM
Bkn ke biasanya utk Kristian dikata denominasi
dan utk Islam plk diguna sekterian...?
macam serupa tapi tak sama,
Katholik mungkin sebagai denominasi sebagai yg terbesar & paling ramai, paksi mereka ialah Rom, Protestant , Unitarian pula lebih dikenali sektarian yg mungkin pecahan dibawah kristian.
majoriti alkitab dalam bahasa lain menggunakan terma God= tuhan & Lord =Tuan, Maha mulia, Alkitab nusantara sahaja yg 'tersesat' menggunakan 'Allah' sebagai gantian Lord walhal ia bukan dari kalangan bahasa nusantara. Penggunaan inipun kerana agenda bagi golongan murtadzin di Indonesia, missionary yg masuk memang tahu agama Islam yg sampai menggunakan Allah, jadi penggunaan ini dimudahkan selepas dasar pluralism oleh komunis Indonesia
|
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 26-1-2013 09:21 PM
macam serupa tapi tak sama,
Katholik mungkin sebagai denominasi sebagai yg terbesar & paling ram ...
Adakah semua denominasi/sekterian Kristian yg ada menggunakan Al-kitab (i.e. Bible) yg sama isi kandungannya?
|
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 25-1-2013 08:16 PM
itu laen
Jika manusia bertuhankan diktator sekarang pun ada, ia bukan agama, dah masuk bab i ...
Betul itu. Masih ada diktator di dunia ini sama spt Firaun. Itu tak pernah berubah kerana ada setengah manusia suka memerintah sementara ada juga golongan bodoh yg suka diperhambakan diri.
Akan tetapi, pernah tak sesiapa antara kamu berfikir bahawa "Firaun2" sedemikian ini akan menpergunakan agama sbg media utk mereka menperalatkan masyarakat?
Masyarakat yg menpunyai kepercayaan kpd pelbagai dewa dewi mungkin kelihatan berpecah belah, akan tetapi mereka sanggup berkerjasama semata2 utk mengenali satu sama lain. Pada pendapat saya, konsep asing "Satu Tuhan" diperkenalkan utk menyatupadukan masyarakat dlm satu golongan, dibawah satu "Firaun" dan akhirnya, kuasa "Firaun" itu diperturunkan kpd sekumpulan manusia "Elite" yg menjaga masyarakat dibawah mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 29-1-2013 08:33 AM
Betul itu. Masih ada diktator di dunia ini sama spt Firaun. Itu tak pernah berubah kerana ada sete ...
adapun juga yg memperbodohkan diri menyembah manusia yg cuma memberi contoh baik, tidak pula meminta utk disembah adapun juga manusia yg menyalahkan agama dimana statistik yg kematian yg berjuta2 kerana politik dan ideologi, Firaun bukan sebuah agama, ia adalah permainan politik sebagaimana Stalin & Mao yg menjerut leher rakyatnya sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 29-1-2013 06:26 AM
Adakah semua denominasi/sekterian Kristian yg ada menggunakan Al-kitab (i.e. Bible) yg sama isi ka ...
terlalu banyak versi & tafsiran yg tidak konsisten adalah satu sebab mengapa Allah tidak boleh diguna dengan betul pada mana terjemahan Al Kitab, kesalahan alkitab bermula pada sejak hari dicetak lagi, kerana tafsiranya yg berlapis dari Bahasa Belanda/Inggeris bukan dari frasa Ibrani
|
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 4-2-2013 08:54 PM
terlalu banyak versi & tafsiran yg tidak konsisten adalah satu sebab mengapa Allah tidak boleh d ...
Noted n tq.
|
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 4-2-2013 08:49 PM
adapun juga yg memperbodohkan diri menyembah manusia yg cuma memberi contoh baik, tidak pula mem ...
Tetapi kamu kena ingat. Stalin dan Mao tak akan berkuasa tanpa sesuatu "leverage" utk mereka mendekati rakyat. Kebencian rakyat terhadap pemerintah dan kerajaan merupakan "leverage" yg mereka memerlukan utk mengaut kuasa dr kerajaan dan menpergunakannya utk kepentingan mereka sendiri.
Dlm konsep yg sama, setengah golongan "Elite" akan menpergunakan agama dgn cara yg sama, melabelkan diri mereka sbg Paderi, Ulama dan Sami utk menpergunakan agama utk kepentingan diri dan kuasa. Orang2 macam ini adalah "Firaun" zaman moden. |
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 5-2-2013 08:59 AM
Tetapi kamu kena ingat. Stalin dan Mao tak akan berkuasa tanpa sesuatu "leverage" utk mereka mende ...
"Dlm konsep yg sama, setengah golongan "Elite" akan menpergunakan agama dgn cara yg sama, melabelkan diri mereka sbg Paderi, Ulama dan Sami utk menpergunakan agama utk kepentingan diri dan kuasa. Orang2 macam ini adalah "Firaun" zaman moden"
apakah status sami, paderi & ulama adalah sebagai leverage ? btw ni dah off topik,
--------------------
|
|
|
|
|
|
|
|
Inkues
Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’
Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk ‘Church leaders explain use of 'Allah'. Terdapat lima alasan utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan ialah seperti berikut:
a) Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.
Hujah;
i. Kamus Oxford- Allah : Name of God among Muslims3.
ii. Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in the religion of Islam4.
iii. Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language,
as the name of God5.
konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan. Oleh itu kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz (terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut. Ini terbukti sebagaimana definisi ‘Allah’ yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat:
Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg Maha Tinggi6.
Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan kalimah ‘Allah’ juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti penterjemahan dan perundangan Malaysia. Maksud kredibiliti perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya adakah Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?). Tambahan pula, faktor perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang
menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible tersebut boleh dipertikai.
b) Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
Hujah;
Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah
menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh masyarakat setempat.
Sebagai contoh, terjemahan Bible oleh Dr. Mekhior Leidekler dalam tahun 1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan digunakan dengan meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia9. Kegiatan menterjemah Bible ini telah terus meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795. Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi kegiatan menyebar terjemahan kitab Bible.
Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu. Stamford Raffles juga merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi. Selain mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan bertujuan pengembangan agama di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1821 – 1905 pelbagai majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta Melayu10.
Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (The America Board of Commisioners of Foreign Missions)
Kesemua fakta ini menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak membenarkan pihak Kristian pada hari ini menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Bible bahasa Melayu. Ini kerana terjemahan tersebut tidak melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.
c) Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.
Hujah;
Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, bukanlah satu alasan bagi Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam. Ia melambangkan kegagalan Gereja Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka. Bagi umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci
yang memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti bahawa Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling dipercayai untuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama tuhan berbanding berhujah berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa. Oleh yang demikian, fakta-fakta mengenai ‘Allah’ sepertimana yang dibentangkan oleh al-Quran juga hendaklah diterima.
Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz ‘Allah’ di dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka berbahasa Ibrani? Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza. Al-Qur’an mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus memberi makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia. Ia berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki
sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain.
d) Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.
Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga tidak boleh diterima. Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah “Malaysia” belum wujud. Oleh itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu merujuk kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat Melayu Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang lain.
Memaksakan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan Kristian Katolik yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah ‘Allah’ itu adalah kalimah yang didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut Kristian pelbagai mazhab. Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian berbahasa Melayu sendiri? Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti ‘Tuhan’ sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan kekeliruan.
e) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekutuan.
Hujah
Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam). Di bawah peruntukan ini kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah
menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama agama bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau
kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep manamana agama bukan Islam. Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi, Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil dan lain-lain). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘god’ di dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini. Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.
sumber - Mohd Aizam bin Mas’od , Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM
ada bantahan ?
Last edited by H猷L鰃頧 on 2-3-2013 01:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|