CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2737|Reply: 1

Parenting Seminar: Bagaimana Menjana Kepintaran Anak Tanpa Tekanan

[Copy link]
Post time 11-1-2013 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Salam Jumaat semua ibu bapa di Forum CARI.

Saya tak pasti samada maklumat yang saya ingin kongsi ni dikira sebagai iklan atau hebahan umum. Kalau admin rasa ianya iklan, bolehlah delete thread ni yer.

Sekarang, kita lihat ada banyak isu tentang bayi dan anak-anak kecil yang sering dipandang enteng oleh ibu bapa. Mungkin ibu bapa terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga, jadi perkembangan fizikal dan mental bayi tidak begitu dititikberatkan. Ramai juga yang menunggu terlalu lama untuk menstimulasi anak dengan alasan anak masih kecil, masih bayi dan belum faham apa-apa. Dia saat ibu bapa menyedari yang potensi bayi dan anak-anak ini SANGAT BESAR, anak selalunya dah berusia lebih 3 tahun. Sayangnya, 3 tahun pertama anak tidak digunakan sepenuhnya. Bila anak semakin besar, sudah mula nampak isu-isu seperti tantrum, membuang barang, tidak mahu berkongsi, tidak pandai bergaul dan sebagainya.

Genius Baby On Board menggunakan platform Playgroup dalam mendidik ibu bapa tentang ilmu-ilmu parenting ketika kelas di adakan. Selain itu, GBOB juga ada buat Parenting Seminar dalam memberi kesedaran pada Ibu Bapa tentang pentingnya ilmu keibubapaaan dan pendidikan awal dalam mendidik anak di zaman serba mencabar ini. Hampir 100% ibu bapa yang hadir adalah Islam dan berbangsa Melayu kerana fokus kami memang untuk menyedarkan bangsa kami sendiri tentang ECE ini. Alhamdulillah, beberapa siri Seminar sudahpun dijalankan sejak 2010. Tahun 2013 ini, kami mula keluar dari Klang Valley, di mana kami akan membuat Seminar ECE di Johor Bharu @ 28 Jan 2012 (cuti ganti umum Thaipusam). Sesiapa yang berada di Selatan, jika anda ingin menambah ilmu-ilmu parenting yang akan merubah hidup anda keseluruhannya, jemputlah datang ke Seminar ini. Anda boleh call Teacher Aida 010-6694699 untuk maklumat lanjut atau layari laman facebook GBOB iaitu www.facebook.com/geniusbabyonboard . Banyak ilmu-ilmu parenting yang dikongsikan di situ secara percuma. Saya salinkan antara perkongsian yang ada di sana, semoga memberi manfaat:

"Perkongsian saya di pagi Khamis yang indah ini khas untuk Fans GBOB renungkan:


Bayangkan dan lihat diri kita: Setiap hari kitamengadap komputer, kita melakukan tugasan harian di rumah dan dipejabat, bilakita gembira & seronok, semua kerja cepat disiapkan dengan kesilapan yangminima, tapi bila kita ada masalah dan rasa marah, kita gagal mengawalperasaan, ketika itulah kita seringkali melakukan kesilapan dalam tugasan kita.Ejaan salah, lukisan tak cantik, pengiraan tak betul, susunan ayat berterabur dan macam-macam lagi kesilapan yangtidak sepatutnya berlaku. Tapi apa yang nak dirisaukan, butang UNDO kan ada??Kita UNDO sahaja dan betulkan kembali. Kalau salah lagi, UNDO lagi, ataupunkita ERASE dan buat kembali.. dan begitulah seterusnya hingga tugasan kita siapdan lengkap.



Tapi ibu bapa yang saya sayang, hakikatnya, dalamhidup yang kita tempuhi hari-hari bersama anak-anak syurga kita, tiada butang UNDO @ ERASE yang boleh kita gunakan di saat kita melakukan kesilapan, waimakesilapan yang kecil sekali pun. Jika kita dalam keadaan yang sangat marahapabila anak buat perangai dan kita tidak mampu mengawal marah kita lantasmemukul mereka sekuat hati demi memuaskan nafsu amarah kita, bolehkah kitatarik semula @ UNDO semula perbuatan kita? Betul kita rasa kesal dan memujukmereka kembali, but the damaged has been done. Di otak anak sudah terakamkata-kata dan perbuatan kita terhadap mereka. Ia tidak akan terpadam secepatkita menekan butang ERASE, ia akan mengambil masa, mungkin 1 jam, mungkin 1hari atau mungkin 1 tahun. Bersyukurlah kita jika mereka masih bolehmelupakannya, tetapi bagaimana jika mereka tidak boleh dan masih mampumengingati sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidup mereka sewaktu kecil sehingga mereka dewasa?



Saya pasti ramai di antara kita yang mempunyaikisah silam yang pahit sewaktu kecil, yang masih kita ingat sehingga kini.Seperti mana kita masih mengingati zaman indah kanak-kanak kita, kita jugamasih mengingat bagaimana tali pinggang ayah sampai ke punggung bila kita balikwaktu Maghrib di saat  azan mulaberkumandang. Bertuah ibu bapa kita kerana bila kita dewasa, kita tidakberdendam dgn mereka, malah mengingati "kenangan pahit" itu sebagaisatu pengajaran yang "indah". Tetapi adakah anak-anak kita jugaseperti kita nanti? Atau sebaliknya? Berdendam hingga dewasa dan melakukanperkara yang sama pada anak masing-masing, apa yang pernah kita lakukan kepadamereka dahulu kerana pengalaman pahit yang mereka lalui ketika kecil?

Kerana itu ibu bapa yg saya hormati, bila kitadalam keadaan yang tidak stabil dan rasa marah yang sangat menggunung dalamdiri tatkala anak membuat perangai yang mencabar keimanan kita, ingatlah satuperkara - TIADA BUTANG UNDO & TIADA BUTANG ERASE yang dapat kita gunakanselepas kita melakukan apa yang kita ingin lakukan ketika itu. Insya Allah,kita akan lebih rasional dan melatih diri menjadi lebih sabar. Mungkin kita akan pukul sedikit anak, tetapi dengan niat mengajar dan bukan dengan niat memuaskan nafsu amarah kita. Ingatlah, dalam keadaan kita di saat itu, syaitan dan kuncu-kuncunya sedang gigih menghasut kita dan ucapkan"Astagfirullahalazim" untuk menenangkan diri. Insya Allah, kita akan berjaya mengawal nafsu marah terhadap anak. UBAH DIRI KITA DAHULU, KITA PASTIBOLEH! - Teacher Watie-


Last edited by watieaziz on 11-1-2013 11:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 04:03 PM | Show all posts
TQ so much... peringatan untuk semua ibu bapa... NO UNDO AND ERASE BUTTON......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.112594 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list