CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19832|Reply: 152

INFO

[Copy link]
Post time 11-1-2013 07:04 AM | Show all posts |Read mode
DZIKIR PELEPAS LELAH
===============

Ali menuturkan bahwa Fatimah pernah mengeluh kepadanya. Ia merasa bahwa pekerjaan menggiling gandum dengan batu demikian berat baginya. Suatu ketika, Fatimah mendengar bahwa Rasulullah mendapat seorang budak. Fatimah pun mendatangi rumah ayahnya dalam rangka meminta budak tadi sebagai pembantu baginya. Akan tetapi Rasulullah sedang tidak ada di rumah. Fatimah lantas mendatangi ummul mukminin Aisyah dan menyampaikan hajatnya.

Ketika Rasulullah berada di rumah Aisyah, ia menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah. Rasulullah lantas mendatangi kami (Ali dan Fatimah) saat kami telah berbaring di tempat tidur. Mulanya, kami hendak bangun untuk menghampiri beliau, namun beliau menyuruh kami tetap berada di tempat.

“Maukah kutunjukkan kalian kepada sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta?” tanya beliau. “Jika kalian berbaring di atas tempat tidur, maka ucapkanlah takbir (Allahu akbar) 34 kali, tahmid (alhamdulillah) 33 kali, dan tasbih (subhanallah) 33 kali. Itulah yang lebih baik bagi kalian daripada pembantu yang kalian minta.” lanjut Nabi (HR. Bukhari dan Muslim).

Semenjak mendengar petuah Rasulullah tadi, Ali tak pernah lalai meninggalkan wirid tadi. Ia selalu membacanya, bahkan di malam perang Shiffin; sebagaimana yang disebutkan dalam salah satu riwayat Imam Bukhari.

Subhanallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 07:07 AM | Show all posts
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:08 AM | Show all posts
S - Solat tak tinggal
U - Ungkapannya sopan
A - Anak yang soleh
M - Mampu jadi imam
I - Imannya kuat


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:10 AM | Show all posts
doa mohon kepada Allah untuk kesehatan badan. "Allahumma ‘afini fi badani. Allahumma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari. Allahumma inni a’udzu bika minal kufri wal faqri. Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzabil qabri. La ilaha illa anta. “Ya Allah, sehatkan lah badanku. Ya Allah, sehatkan lah pendengaranku. Ya Allah, sehatkan lah penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tiada Tuhan selain Engkau”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:13 AM | Show all posts
Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:

     “Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:15 AM | Show all posts
Apabila kita  sakit kepala atau penyakit-penyakit yang lain hendaklah kita bacakan ayat-ayat berikut pada kedua tapak tangan kita, yaitu :
1- surah al-fatihah 3 kali.
2- surah al-ikhlas 3 kali.
3- surah al-falaq 3 kali.
4- surah annas 3 kali.
kemudian tiup pada tapak tangan dan sapu ke muka dan kepala atau sapu pada tempat lain yang sakit insya Allah akan sembuh dengan berkat ayat-ayat Allah ini wallahu a’lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2013 07:21 AM | Show all posts
Doa Kesembuhan:
Letakkan tanganmu pada tubuhmu yang terasa sakit, dan bacalah: “Bismillaah tiga kali, lalu bacalah tujuh kali:
  أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.
(A'udzubillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaa dzir)
"Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti."
  [HR. Muslim 4/1728]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:22 AM | Show all posts

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat Nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali. Cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita. Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada. Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.  Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 07:25 AM | Show all posts
Amalan Wasiat Rosul
Dilakukan saat terbitnya matahari :
  Al Fatihah = 7 kali
  Ayat Kursi = 7 kali
  Al Falaq = 7 kali
  An Nas = 7 kali
Menghapus dosa 1 tahun, terhindar bencana dan raih kebahagian dunia
& akhirat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:26 AM | Show all posts
Mewujudkan keinginan
Bacakan Ayat Kursi = 3 kali di bejana yang berisi air, kemudian
basuhkan ke wajah/muka selanjut lakukan sholat sunnah 2 raka’at,
setiap raka’at baca Al Fatihah dan Ayat Kursi masing-masing 1 kali,
maka apapun keinginan dan cita-citanya akan tercapai.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:28 AM | Show all posts
Mengabulkan keinginan
- Setiap hari setelah Matahari Terbenam membaca Ayat Kursi = 41
kali
- Akan memperoleh apa yang di inginkan dari Allah SWT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:29 AM | Show all posts
Menjaga Nyawa dan Harta
Sehabis sholat membaca :
- Ayat Kursi
- 2 ayat setelah ayat Kursi [surah Al Baqarah ayat 256 dan 257]
- 3 ayat terakhir surah Al Baqarah [ayat 284, 285, 286]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:32 AM | Show all posts
Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insya-Allah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah S.W.T. Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.

Waktu-waktu mustajabnya doa.

01.Satu pertiga malam

Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:

Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

02.Sewaktu hujan turun

Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat

Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat

Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07.Waktu dhuha

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:37 AM | Show all posts
Semoga sebelum kita tidur malam ini perasaan dan fikiran tenang dan bahagia serta memaafkan semua orang. Tentukan tiada emosi negatif dan bayangkan yang terbaik untuk kehidupan dunia & akhirat in shaa Allah. ~Prof Dr Muhaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:39 AM | Show all posts
DOA SUPAYA JIWA TENANG
Baca selawat 3 kali , tarik nafas dalam2 sebanyak 3 kali kemudian baca la doa ni sebanyak 3 kali....insyaallah ketenangan akan muncul segera..

Allahumma innii as’aluka nafsan muth-ma-‘innatan, yu’minu biliqaa’ika, wa tardha bi qadhaa-‘ika, wa taqna-‘u bi’athaa’ika.

  Artinya : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, ridha terhadap segala ketentuan-Mu dan menerima sepenuhnya pemberian-Mu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:40 AM | Show all posts
Ketika Hati Cemas, Gundah, Takut...

Ambilah air wudhu, kemudian sholat sunnah Syukril wudhu, kemudian bacalah Surat Yasin, Surat Al-Waqi'ah dan Surat Ar-Rohman. Kalau Anda mau lebih nikmat lagi, bangunlah waktu subuh dan tahajudlah. Dan perbanyak Istighfar karena waktu itu membuat hati tenang, nikmat dan bahagia.

"Dan pada waktu sahur mereka ber Istighfar (minta ampunan)." (QS. Adz-Dyariyat: 18)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 07:43 AM | Show all posts
AIR SEMBAHYANG




1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:47 AM | Show all posts
Doa Ketika Ditimpa Kesulitan

dari Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja'altahu Sahlaa Wa Anta Taj'alul Hazna Idza Syi'ta Sahlaa… [ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan]" (Riwayat Ibnu Hibban, di shahihkan oleh Syaikh Al Albani). hadits ini bisa menjadi doa ketika kita sedang menghadapi kesulitan hidup. doa ini juga disebutkan oleh pengarang Hisnul Muslim, Dr. Sa'id bin Ali bin Wahf Al Qahthani dengan judul 'Doa bagi Siapa yang Mendapat Kesulitan"


makna dari doa diatas, bahwa Allah tidak menjadikan segala sesuatu mudah bagi manusia. tidak ada kemudahan bagi manusia, kecuali apa yang Allah jadikan mudah. dan sesungguhnya kemudahan adalah Allah menjadikan mudah. sebaliknya, kesulitan dan kesusahan jika Allah kehendaki bisa menjadi mudah dan ringan. sebagaimana kemudahan dan perkara ringan bisa menjadi sulit dan berat jika Allah menghendakinya. karena semua perkara berada di tangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. dari Anas bin Malik berkata "adalah Rasulullah, apabila menghadapi suatu masalah beliau berdoa 'Wahai yang Maha Hidup Kekal, yang terus menerus mengurus [makhluk-Nya], hanya dengan rahmat-Mu saya meminta pertolongan" (Riwayat Al-Tirmidzi)

doa Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan paus, "bahwa tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Engkau Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Qur'an Surah Al Anbiya:87)

dari Sa'ad bin Abi Waqqash Radhiyallahu Anhu berkata, Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda "doa Nabi Yunus tatkala beliau berada di dalam perut ikan paus : bahwa tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. sesungguhnya tidak seorang muslim yang berdoa kepada Rabb-nya dengan doa tersebut dalam kondisi apapun kecuali Allah akan mengabulkan untuknya" (Riwayat Tirmidzi)

selain berdoa, apa yang seharusnya dilakukan ketika menghadapi kesulitan hidup ? Allah berfirman "hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepadaKu dengan sabar dan [mengerjakan] sholat" (Qur'an Surah Al Baqarah:153). Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjelaskan bahwa cara terbaik untuk meminta pertolongan-Nya dalam menghadapi berbagai macam musibah [diantaranya kesulitan dalam hidup] adalah dengan bersabar dan sholat. dari Hudzaifah bin Yaman berkata "bahwa Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam apabila dihadapkan pada suatu masalah, maka beliau segera sholat" (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:49 AM | Show all posts
DOA TEGUH PENDIRIAN

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ketegaran dalam menghadapi segala permasalahan.

Aku memohon dengan sangat kepada-Mu untuk berkenan memberikan curahan petunjuk, serta aku memohon kepada-Mu dapat mensyukuri nikmat dan rajin melakukan ibadah.

Aku mernohon kepada-Mu lisan yang jujur dan hati yang lurus.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang Engkau ketahui, dan aku memohon kepada-Mu kebaikan yang Engkau ketahui, serta aku memohon kepada-Mu curahan ampunan dari segala dosa yang Engkau ketahui.

Sebab hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib."

Doa ini yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabatnya untuk keteguhan hati dan pendirian, baik untuk dibaca.

Agar kita selamat dari rintangan dan halangan serta teguh dalam pendirian kita.

Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dan kehidupan seharian kita diberkati!




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 07:51 AM | Show all posts
Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum....
beliau tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut.....
ternyata....dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yg dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2)maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat.Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung.

Subhanallah, rupanya itulah rahsianya. Semoga bermanafaat. Wallahu'alam....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.124137 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list