CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11259|Reply: 46

MINYAK DAGU [YANA SHAMSUDIN,FEZRUL KHAN,FIZO OMAR]

[Copy link]
Post time 5-1-2013 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Filem Minyak Dagu menjadi filem pembuka tirai tahun 2013. Filem ke-71 terbitan MIG ini merupakan filem seram kelima arahan pengarah yang tidak asing lagi, Azhari Zain.
Mempertaruhkan tiga teraju utama, Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Fizo Omar, Minyak Dagu turut membariskan pelakon lain seperti Siti Aziz, Zul Suphian, Latif Borgiba, Kartina Aziz, Maimon Mutalib dan Mior Hashim Manap.
Secara keseluruhan, bagi penulis, ia adalah filem seram terbaik karya Azhari berbanding Santau, Mantra, Flat 3A dan Keramat.
Filem ini memperlihatkan sikap sesetengah masyarakat yang hidup serba moden, namun masih percaya pada perkara khurafat untuk mencapai apa dihajati.
Perkembangan plot serta penjelasan mengenai setiap watak digarap dan disusun dengan kemas oleh Azhari sepanjang 82 minit durasi filem ini ditayangkan.
Biarpun ada beberapa babak yang agak 'janggal' pada pemikiran dan ada ketika menjadi bahan tawa, namun secara keseluruhannya, ia tidak merosakkan jalan cerita.
Manakala dari sudut sinematografi pula, permainan sudut kamera dan pencahayaan suram, berjaya membuatkan penonton berasa seram, begitu juga dengan selitan audio yang akan membuatkan penonton cemas.
Malah dari segi lakonan pula, ketiga-tiga teraju utama memberikan lakonan yang cukup mantap.
Penonton akan merasai kesengsaraan Yana sebagai Emelda yang bergelut dengan minyak dagu dan lupa pada segalanya kerana gila bayang.
Manakala Fezrul yang membawakan watak sebagai Azman akan menimbulkan kebencian kepada penonton, sehinggakan ada terasa sangat marah dengan Azman kerana sikap pentingkan dirinya itu.
Fizo pula sebagai Doktor Johan, berjaya membuatkan penonton keliru, sama ada dia sebenarnya yang menggunakan minyak dagu atau dia adalah hero dalam filem ini.
Minyak Dagu mengisahkan Azman yang bertekad mahu membalas dendam apabila tunangnya, Emelda memutuskan tunang untuk berkahwin dengan lelaki lain.
Dia berjumpa bomoh yang mengajarnya cara meletakkan sumpahan terhadap Emelda sehingga membuatkan Emelda menghadapi histeria pada hari perkahwinannya.
Perbuatannya secara tidak langsung membawa kepada kematian ibu Emelda, yang mana pengebumiannya dihadiri Azman atas rasa kesal.
Bagaimanapun, hal ini bertentangan dengan arahan bomoh, yang telah beri amaran kepadanya supaya tidak melawat si mati kerana boleh membawa padah.
Apakah akan terjadi seterusnya? Dapatkah Emelda terlepas daripada sumpahan minyak dagu? Dapatkah Azman memiliki Emelda? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.

Last edited by eddlisa_uyuk on 5-1-2013 09:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 02:16 PM | Show all posts
another filem sampah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 02:26 PM | Show all posts
minyak dagu ni ramuan memikat pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 02:43 PM | Show all posts
mirwaisahmadzai posted on 5-1-2013 02:16 PM
another filem sampah?

ko sukati je nak cakap filem sampah, penat2 diorg buat filem tu tau. cuba ko buat filem pulak, aku nak tengok sampah ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 02:50 PM | Show all posts
canopy_copy posted on 5-1-2013 02:43 PM
ko sukati je nak cakap filem sampah, penat2 diorg buat filem tu tau. cuba ko buat filem pulak, aku ...

mmg filem sampah. tak de mesej yg bagus pun. banyak tahyul dan toyol
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:19 PM | Show all posts
hahahahhaha...bc buku resipi dari kubur lg best tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2013 05:00 PM | Show all posts

ada saper yang tgk? betul2 tgk?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
filem mantra bagus...
filem minyak dagu belum tgk lagi. is it good?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2013 07:07 PM | Show all posts
Aritu kat OU fullhouse ko. Sape yg tgk movie ni kalau ai filem sampah?

No review so far.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 07:50 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 12-1-2013 07:07 PM
Aritu kat OU fullhouse ko. Sape yg tgk movie ni kalau ai filem sampah?

No review so far.

kalau ianya pilem sampah, pastinya yang berbondong-bondong menontonnya tak lain tak bukan, mat-mat pit serta bohsia-bohsia mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 09:10 PM | Show all posts
edee_91 posted on 12-1-2013 07:50 PM
kalau ianya pilem sampah, pastinya yang berbondong-bondong menontonnya tak lain tak bukan, mat-mat ...

satu je. KAN.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 12:40 AM | Show all posts
tak habis spesis2 sakai yg bila org kutuk2 filem sampah, pastu ada macai komen pegi la buat movie sendiri.. apa kejadah.. depa ni kerja buat movie professional jadi jgn la buat filem sampah..

boo sama macai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:13 AM | Show all posts
hehehe...since aku dh tgk + bayar rm12 utk tiket td, meh aku review sket.....
....YE SAYE SANGAT SETUJU filem ini filem sampah...even worse than sampah....kalau sampah tu die buang sampah...maka filem ni ialah sampah yg dibuang itu..(get it? no?..)
.....skript yg sangat longgar....acting yg sangat bodoh....by bodoh i mean kayu lah..byk scene yg aku dok pakat gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 08:04 AM | Show all posts
asyik yana shamsudin je..  dia ni tercalon dalam ABP tak?
sebab aku tengok dia ni jenis personaliti selalu keluar dalam filem, but peminat tak kisah pun ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 09:27 AM | Show all posts
dah tgk hr sbtu ..ok mmg sammmpahhhh ..xbest lgsg..meyesal baik tgk the tower!!! arghhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 12:15 PM | Show all posts
MIG = Sampah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 01:15 PM | Show all posts

takan korang tak tahu dan denga pasal minyak dagu kan? Minyak yang sangat femes dalam alam mlayu yang semesti nya bergenre cinta tiga segi, chenta bertepuk sebelah tangan, chentaa tak diterima sebab muker tak hensem dan sejawat dan sewakto dengannya.seram kowt cerita/pelem Minyak Dagu yg dikatakan telah hampas ...err sori hampircecah angka 1.2 jota neh??..yang ak denga..ramai yng menggaru garu kuliit kpala yg tak gatal..aka blurr.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:40 PM | Show all posts
a'ha asyik asyik muka si yana ni
xde muka lain keee
borrringggggg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:07 PM | Show all posts
anotheer sampah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 03:16 PM | Show all posts
lom kua kt malaymoviesfull.. kalu x da tengok.. nak gak tau betape sampahnye cite ni.. tol ke sampah? haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.092843 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list