View: 2522|Reply: 7
|
Bintang Hollywood Bercerai, Berpisah Sepanjang 2012
[Copy link]
|
|
HOLLYWOOD, 7 JULAI 2012: Entah apa sebabnya, namun semakin banyak pula pasangan bintang Hollywood yang bercerai pada tahun 2012 ini. Apa yang memeranjatnya kebanyakan pasangan bintang Hollywood yang bercerai ini sudah pun mendirikan rumahtangga dalam tempoh dan jangka masa yang agak lama.
Jika tidak pun, ada yang menjalinkan hubungan yang agak lama tetapi akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Berikut adalah antara pasangan bintang Hollywood yang memutuskan untuk berpisah sepanjang tahun 2012 ini.
1. Tom Cruise & Katie Holmes
Setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Suri, akhirnya pasangan pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun lalu. Kisah perceraian mereka cukup memeranjatkan dunia kerana mereka sering disifatkan sebagai pasangan yang cukup ideal. Masih tidak dapat dipastikan mengapa pasangan ini bercerai, namun ada sumber mengatakan Katie Holmes tidak mahu anaknya Suri terperangaruh dengan ideologi Scientologi yang dianuti secara serius oleh Tom Cruise.
2. Seal & Heidi Klum
Digelar sebagai pasangan yang cukup serasi serta romantis, ramai yang sukar menerima hakikat apabila mengetahui tentang berita perceraian di antara penyanyi Seal dengan supermodel, Heidi Klum pada awal Januari tahun ini. Biarpun enggan menjelaskan sebab-sebab perpisahan mereka, namun sumber memberitahu bahawa Heidi Klum sudah tidak dapat menerima sikap panas baran Seal. Jarak mereka yang jauh juga antara punca yang menyebabkan hubungan mereka semakin rumit. Biarpun begitu, hakikatnya pasangan ini masih saling cinta-mencintai dan sepanjang 7 tahun mendirikan rumahtangga, mereka telah dikurniakan 3 anak iaitu Henry, 6, Johan, 5, and Lou, 2. Manakala Leni, 7½, adalah anak Heidi Klum bersama kekasih terdahulunya.
3. Johnny Depp & Vanessa Paradis
Selepas 14 tahun bersama, akhirnya aktor Johnny Depp berpisah dengan model dan penyanyi, Vanessa Paradis. Selama tempoh tersebut, Johnny dan Vanessa telah dikurniakan 2 cahayamata, Lily-Rose, 13, and Jack, 10. Perpisahan mereka jugak cukup mengejutkan dunia kerana ramai yang tahu bahawa pasangan ini cukup setia dan sentiasa harmoni bersama. Namun, sumber memberitahu perpisahan mereka itu sebenarnya berpunca daripada sikap Vanessa sendiri. Apa saja yang dilakukan Johnny sentiada tidak kena di matanya. Waktu Johnny tidak bekerja dan kurang mendapat pekerjaan, dia menuduh Johnny macam-macam dan apabila Johnny sudah menjadi antara aktor yang termahal di Hollywood, dia juga masih tidak senang dengan kejayaan yang dikecapi Johnny. Dia menganggap dia terlalu banyak berkorban untuk Johnny hingga mengorbankan kerjayanya sendiri. Akhirnya Vanessa tidak tahan lagi dan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Vanessa. Keputusan untuk berpisah sebenarnya telah dibuat pada 2010. Namun demi anak-anak mereka telah merahsiakannya buat sementara waktu dan akhirnya pada 19 Jun lalu, mereka telah berpisah secara rasmi. Sejak itu, Johnny Depp dilaporkan telah menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan pelakonnya dalam filem Rum Diary iaitu Amber Heard.
4. Jennie Garth & Peter Facinelli
Biarpun sudah 11 tahun berkahwin, namun aktor Twilight, Peter Facinelli dan isterinya, Jennie Garth (pelakon Beverly Hill 90201) tetap gagal menyelamatkan rumahtangga mereka. Pada Mac 2012, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai. Namun, perceraian mereka itu bukanlah sesutau yang memeranjatkan di kalangan keluarga dan rakan-rakan kerana rumahtangga mereka dikatakan sudah mula bergolak sejak setahun yang lalu. Khabarnya ia berpunca dengan sikap cemburu Jennie Garth yang tidak dapat menerima kejayaan Peter yang semakin sukses dengan kerjaya lakonannya.Lebih-lebih lagi selepas membintangi siri filem Twilight dengan membawakan watak sebagai Dr Carlis Cullen. Hasil perkahwinan mereka, Jennie Garth dan Peter Facinelli telah dikurniakan 3 cahaya mata, Luca, Loa dan Fiona.
5. Kenny G & Balynda "Lyndie" Benson-Gorelick
Sesudah 2 dekad (20 tahun) melayari bahtera perkahwinan bersama, akhirnya rumahtangga yang dibina pemuzik Jazz, Kenny G dengan Balynda "Lyndie" Benson-Gorelick runtuh dan tidak dapat diselamatkan jua. Perceraian mereka telah difailkan oleh pemain saksafon lagenda ini pada awal Januari lalu dengan alasan mereka sudah tidak punya persefahaman lagi. Pasangan yang berkahwin pada 1992 ini mempunyai 2 anak lelaki bersama iaitu Maz, 18 dan Noah, 14.
6. Dennis Quaid & Kimberly Quaid
Perceraian yang berlaku di antara aktor Dennis Quaid & Kimberly Quaid bukanlah sesuatu yang memeranjatkan di dalam industri perfileman Hollywood. Ini kerana hubungan mereka sentiasa dilaporkan bermasalah. Babak perceraian mereka juga dipenuhi dengan drama, namun akhirnya Kimberly Quaid berjaya memfailkan perceraian mereka pada Mac lalu dengan alasan konflik personaliti. Selama hampir 8 tahun mendirikan rumahtangga, pasangan ini telah dikurniakan anak kembar berusia 4 tahun, Thomas Boone dan Zoe Grace. Sebelum mengahwini Kimberly pada 4 Julai 2004, Dennis Quaid pernah mendirikan rumahtangga dengan aktres P.J. Soles (1978-1983) and Meg Ryan (1991-2001).
7. Avril Lavigne & Brody Jenner
Hampir 2 tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya rocker chic, Avril Lavigne dengan Brody Jenner mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka berdua pada awal Januari lalu. Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada sikap mereka yang tidak dapat mengimbangi hubungan dengan kerjaya seni mereka. Terutamanya Avril Lavigne yang sentiasa mahu Brody Jenner sentiasa mengikuti serta menemaninya ke mana-mana saja. Keadaan tersebut membuatkan Brody Jenner tidak gembira serta menyekat kerjaya seninya.
8. Nick Jonas & Delta Goodrem
Hubungan cinta yang terjalin selama 10 bulan di antara aktor Nick Jonas dengan penyanyi Australia, Delta Goodrem yang 8 tahun lebih tua daripadanya akhirnya terputus di tengah jalan pada Februari lalu. Tidak dapat dipastikan mengapa mereka berpisah, namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan terhadap kerjaya seni masing-masing.
Last edited by CintaPink on 28-12-2012 10:03 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
yay.. Joni...
tp aku paling best tom cruise ala.. bijak sungguh katie holmes itu..
sure menahan seksa lama bersama dgn si katek tu
|
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia posted on 28-12-2012 10:29 AM
yay.. Joni...
tp aku paling best tom cruise ala.. bijak sungguh katie holmes itu..
tom cruise katek? |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia posted on 28-12-2012 10:53 AM
katek dari bini2 nye
hohohoho... |
|
|
|
|
|
|
|
tom ni,dkatakan kne tempah kasut yg agak tinggi incinye utk berdiri sama tggi dgn ex wives die. |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling suka perpisahan abe jonivanessa tuh tak padan dgn abe joni |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra posted on 28-12-2012 08:43 PM
aku paling suka perpisahan abe jonivanessa tuh tak padan dgn abe joni
dah bertahun2 aku rasa macam apa yg ko tulis nih
|
|
|
|
|
|
|
| |
|