View: 2949|Reply: 8
|
Kasihnya Tertumpah (Prologue)
[Copy link]
|
|
Kemalangan yang menimpa Shafiq setahun yang lalu ketika bertugas di Miri membuat Shafiq lumpuh sebelah kaki. Kemalangan yang hampir meragut nyawanya juga. Shafiq terjatuh dari tingkat tiga bangunan yang sedang di bina. Nasib menyebelahinya kerana jatuh di atas pelantar tingkat dua dan timbunan pasir. Kekejangan urat saraf sewaktu kejadian menyebabkan Shafiq lumpuh sebelah kaki. Dengan bantuan terapi pergerakan Shafiq kini telah mula cergas walaupun masih memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak ke sana kemari. Keinsafan hadir dalam diri Shafiq dengan kemalangan yang menimpa bahawa segala kemewahan wang ringgit yang ada tidak dapat menggantikan kurniaan Allah kepada hambaNYA.
Dengan kehilangan itu juga membuat Shafiq menyedari betapa besarnya kuasa Allah dan sucinya kasih kedua ibu bapa terhadap dirinya. Kemalangan itu hanya meragut pergerakannya. Shafiq tidak kurang kasih sayang mama dan papa serta keluarga, Mereka tetap mengelilingi hidupnya. Mama, papa dan Suraya sentiasa ada di sisi memenuhi segala keperluan hariannya. Begitu juga dengan kakaknya Shahida. Walaupun sudah berumahtangga dan punya keluarga sendiri untuk di uruskan, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka berkumpul di hujung minggu.
Last edited by sanaa1 on 16-12-2012 10:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Shafiq membuang segala kertas lukisan di hadapannya. Mood yang ada tadi tiba-tiba hilang. Angin petang yang bertiup perlahan di penghujung November membawa ingatan Shafiq pada Amira, pembantu di pejabatnya. Sudah hampir dua minggu Amira tidak datang bekerja dan tidak di ketahui kenapa. Minuman pagi dan petangnya juga tidak lagi di sentuh apabila pembantu pejabat yang baru datang sejak ketiadaan Amira.
Kenapa anak gadis itu yang hadir dalam bayangannya? Apa yang ada pada Amira hingga membuat Shafiq mengingatinya. Amira mungkin sebaya dengan adik bongsunya Suraya. Kenapa pula tiba-tiba nak di bandingkan Suraya dan Amira? Sudah tentu mereka amat jauh berbeza, Suraya punyai segala. Suraya ada abang dan kakak serta kedua ibu bapa yang melimpahkan sepenuh kasih sayang dan juga kemewahan kepadanya manakala Amira kini bekerja dan mungkin menyara keluarga. Apa pula kaitan yang ada? Mendengus Shafiq kini bila wajah Amira bersilih ganti di bayangan matanya.
Walaupun tidak mengetahui latarbelakang Amira tapi ada sesuatu yang menarik Shafiq untuk mengenali gadis belasan tahun itu barangkali. Tidak banyak yang Shafiq ketahui tentang Amira tapi apa yang pasti Amira belajar di sebelah malam untuk mengambil semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Perkara ini Shafiq ketahui apabila terdengar perbualan di antara Amira dan setiausahanya beberapa minggu yang lalu.
Shafiq seorang arkitek muda yang hidup penuh gaya dan kemewahan, tidak pernah mengenal erti kepayahan dan kesusahan. Anak kedua dari tiga orang adik beradik Shafiq kini berusia 28 tahun memang dikenali sebagai anak yang nakal sejak kecil. Tiada satu barang permainannya yang tidak dirosakan. Shafiq akan bermain sehari dua dan selepas itu segalanya akan dibuka. Kerana itu Puan Halijah ibu Shafiq dan Encik Hassan ingatkan anak lelaki tunggal mereka akan menjadi seorang jurutera, tapi silap sungguh tekaan mereka apabila Shafiq memilih untuk menjadi seorang artikek.
Last edited by sanaa1 on 16-12-2012 10:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana kemewahan yang di miliki dan sifat murah hatinya, Shafiq di kelilingi oleh kawan-kawan yang suka berpoya-poya dan berkepit dengan wanita-wanita cantik hampir setiap malam. Pub, disko dan karaoke adalah tempat Shafiq bersidai sejak kembali ke tanahair dua tahun yang lalu.
Diana, anak seorang ahli perniagaan yang berjaya di dalam bidang hartanah. Dengan susuk tubuh yang menggiurkan serta ketinggian semacam model membuat Diana sering jadi perhatian lelaki. Diana bekerja sebagai executive pemasaran di syarikat milik keluarganya. Perkenalan Shafiq dan Diana bermula ketika sama-sama menuntut di England lebih kurang enam tahun yang lalu. Gaya dan kecantikan yang di miliki Diana gagal mencuri hati kedua ibu bapa Shafiq. Hubungan mereka tidak mendapat restu dari keluarga Shafiq.
Sejak akhir-akhir ini juga teguran dan leteran mama serta papa menjadi-jadi. Namun tidak satupun Shafiq hiraukan. Dahulu mama dan papa juga tidak begitu mendalami agama, Shafiq dan kakaknya hanyut dalam kemewahan yang di berikan. Perubahan berlaku apabila Suraya di lahirkan.
Suraya lahir ketika Shafiq berusia 10 tahun. Waktu itu Shafiq merasa amat malu untuk ada adik kecil kerana ibu bapanya di anggap sudah tua dan terasa di sisihkan semenjak itu. Keadaan menjadi agak runcing apabila kawan-kawan mengejek yang dirinya tidak lagi di sayangi kerana ada adik kecil.
Namun tidak sedikitpun kasih sayang mama dan papa terhadapnya berubah. Kemewahan yang ada bertambah dan rumah makin jadi riuh dengan kehadiran Suraya. Oleh kerana bersekolah asrama Shafiq hanya akan menemui adiknya itu semasa cuti persekolahan, begitu juga dengan kakaknya Shahida. Kebencian yang pernah ada terhadap Suraya sedikit demi sedikit hilang lebih-lebih lagi apabila Suraya ketawa. Sejak kecil tawa adiknya itu amat menghiburkan. Senyuman Suraya macam sinarnya permata, berseri-seri dari bibir hinggalah ke pancaran matanya. Ramai kawan-kawan sekolahnya dulupun suka bermain dengan Suraya yang di panggil Manja oleh mama dan papa dan seisi keluarga.
“Kenapa semua berterbangan ni bang”? Datang Suraya menganggu ketenteraman Shafiq. |
|
|
|
|
|
|
|
Shafiq hanya menoleh pada adiknya yang sedang mengutip kertas dan juga warna yang di sepahkan tadi sehingga tidak sedar sudah terlalu jauh melayar kenangan. Senyuman yang Suraya berikan membawa kembali ingatannya kepada Amira.
“Apa yang terjadi kepadanya”? bisik hati Shafiq.
“Sakitkah dia? Di mana pulak nak aku cari? Di mana rumahnya”? bertalu-talu soalan hadir dalam kepala Shafiq.
Dari hujung matanya di lihat Suraya menyusun kembali barang-barang lukisan yang bertaburan. Keluhan kecil Shafiq lepaskan.
“Abang tak sihat ke”? Suraya bertanya.
Hanya gelenggan kepala Shafiq berikan. Terdengar keluhan juga yang Suraya lepaskan lalu timbul rasa kasihan pada adiknya itu. Wajah Suraya yang berteleku di sisinya di pandang, seperti biasa Suraya akan menguntum senyuman. Memang murah senyuman adiknya itu. Shafiq menguak rambut adiknya ke belakang setelah angin meniupnya tadi.
“Hidup kadang-kala sukar, terlalu sukar juga untuk di mengerti”, Shafiq berkata.
“Kenapa dengan abang ni”? “Cuba abang cerita dengan Manja”, Suraya bertanya penuh kerisauan.
Suraya kini berusia 19 tahun. Penuntut tahun pertama bidang perakaunan di UITM Shah Alam, adik bongsu yang sering menemani ke mana saja Shafiq pergi sejak akhir-akhir ini andai jadual waktunya menepati. Berambut panjang kerinting di hujung Suraya memang buah hati mama dan papa. Shafiq gembira Suraya sentiasa ada untuk memeriahkan hari-hari sugulnya. Jenaka adiknya mampu untuk melegakan segala keresahan. Suraya juga menjadi teman rapatnya sewaktu Shafiq melalui sangat-sangat genting dalam hidupnya.
Azan yang berkumandang dari surau di hujung jalan rumah mereka menandakan sudah masuk waktu Asar, mematikan perbualan dua beradik pada petang itu.
“Jom kita masuk’, kata Shafiq kepada Suraya
“Manja tolak abang ok”, pinta Suraya dengan lembut kepada abangnya.
Shafiq mengangguk tanda setuju. Senyuman masih meniti di bibir adiknya yang memang mampu menjadi penawar duka. Adakala senyuman itu juga amat tersiksa, kerana setiap kali Suraya memberi senyuman ingatan Shafiq akan kembali kepada Amira. Nama gadis itu sering meniti di bibirnya sejak sehari dua yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemalangan yang menimpa Shafiq setahun yang lalu ketika bertugas di Miri membuat Shafiq lumpuh sebelah kaki. Kemalangan yang hampir meragut nyawanya juga. Shafiq terjatuh dari tingkat tiga bangunan yang sedang di bina. Nasib menyebelahinya kerana jatuh di atas pelantar tingkat dua dan timbunan pasir. Kekejangan urat saraf sewaktu kejadian menyebabkan Shafiq lumpuh sebelah kaki. Dengan bantuan terapi pergerakan Shafiq kini telah mula cergas walaupun masih memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak ke sana kemari. Keinsafan hadir dalam diri Shafiq dengan kemalangan yang menimpa bahawa segala kemewahan wang ringgit yang ada tidak dapat menggantikan kurniaan Allah kepada hambaNYA.
Dengan kehilangan itu juga membuat Shafiq menyedari betapa besarnya kuasa Allah dan sucinya kasih kedua ibu bapa terhadap dirinya. Kemalangan itu hanya meragut pergerakannya. Shafiq tidak kurang kasih sayang mama dan papa serta keluarga, Mereka tetap mengelilingi hidupnya. Mama, papa dan Suraya sentiasa ada di sisi memenuhi segala keperluan hariannya. Begitu juga dengan kakaknya Shahida. Walaupun sudah berumahtangga dan punya keluarga sendiri untuk di uruskan, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka berkumpul di hujung minggu.
Sehari demi sehari sedikit demi sedikit kawan-kawan mula meninggalkan dirinya. Kecacatan yang di alami Shafiq adalah puncanya kerana Shafiq tidak lagi boleh bergerak seperti dahulu. Terlalu banyak rahmat dan hikmah di sebaliknya. Shafiq lebih mengenali diri sendiri dan kini tahu apa maknanya teman dan kawan sejati. Tidak merasa sedikitpun kesedihan di hatinya akan tetapi mengambil ini sebagai pengajaran dalam hidup.
Shafiq berada di dalam keadaan antara sedar dan tidak selama lebih kurang dua minggu. Dalam keadaan itu Shafiq merasa berbagai perkara yang datang bagai mimpi. Tidak banyak yang dapat Shafiq ingati cuma satu perkara yang masih terbayang hingga kini adalah kehadiran seorang lelaki tua berjanggut dan berpakaian serba putih datang menghampirinya dan berpesan “Janganlah kamu bimbang anakku, sakit ini hanyalah sementara ibarat air bagi mencuci dosa. Hargailah keindahan yang di beri dan keindahan akan lagi datang menyinari”.
Apabila mengingatinya memang benar apa yang di kata, walaupun Shafiq tidak dapat berjalan lagi ketenangan dan kedamaian Shafiq perolehi. Setelah enam bulan berlalu tiba-tiba saja kedua ibu bapanya merancang untuk menunaikan umrah dan meminta Shafiq pergi sama. Tanpa sebarang persediaan Shafiq ikut bersama hanya dengan niat untuk mencari diri sendiri dan memperbaiki diri. Perjalanan yang tidak di rancang dan tanpa persediaan itu telah benar-benar mengubah kehidupan Shafiq. Hampir sebulan Shafiq berada di sana bersama mama. papa dan Suraya.
Setiap hari membawa perubahan kepada Shafiq. Perasaannya lebih tenang, dalam menjalankan dan menyempurnakan tugas di pejabat. Rezeki juga bertambah dengan menerima kontrak mega dan operasi perniagaan tidak terhenti hanya dengan kecacatan yang di alami. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa Shafiq lebih banyak tertumpu kepada perniagaan dan dunia lukisannya. Menghabiskan masa bersama adik bongsunya Suraya membuatkan Shafiq merasa bagai seorang remaja dengan cerita-cerita di kampus dan kawan-kawannya yang sedang di alam percintaan.
“Adik abang pulak tak ada boyfriend ke? tanya Shafiq dalam tawa yang ada.
“Ramai” jawab Suraya dengan jelingan manja.
“Mana”? “Tak pernah nampak pun”? Shafiq bertanya lagi.
Hanya senyuman yang Suraya beri. Entah kenapa adiknya ini tidak suka sangat keluar bersama kawan. Memang agak jarang Suraya keluar kecuali bersama Hana, itupun sekadar tengok wayang dan makan. Sejak Suraya boleh memandu dan keadaan Shafiq yang kadang-kadang masih memerlukan bantuan bergerak membuatkan hampir ke mana saja Shafiq pergi Suraya pasti ada bersama.
Diana telah hilang di telan awan. Perhubungan mereka terputus dengan sendirinya dengan kecacatan yang di alami. Walaupun di awal kemalangan, ada juga Diana datang berjumpa dengannya sekali sekala di rumah. Kekerapan menjadi semakin jarang dan terus hilang tanpa ada kabar berita. Ada juga Shafiq berhubung sekali sekala sekadar bertanya kabar. Kehilangan Diana dari hidupnya tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada Shafiq.
Sama ada Diana datang berjumpa dengannya ataupun tidak, menghubunginya ataupun tidak kehidupan Shafiq tetap macam biasa malah lebih baik dari biasa. Cuma entah kenapa Shafiq menghubunginya kembali baru-baru ini untuk minta di temankan membeli hadiah buat Suraya.
“I banyak kerjalah, esok sajalah kita pergi,” kata Diana lalu meletakan gagang telefon.
Sejak hari itu Shafiq tidak lagi berhubung ataupun bercakap dengan Diana. Persahabatan dan percintaan yang terjalin sejak sama-sama menuntut di England berakhir sudah. Hikmah di sebalik kejadian banyak dan dalam diam Shafiq mensyukuri kejadian menimpa diri dan leteran serta kebimbangan mama dan papa terbukti kini. Andainya dulu Shafiq berdegil mahu berkahwin juga pasti rumahtangga yang dibina bertaburan kini.
Cinta dan kasih yang dilafazkan hanya kerana kesempurnaan yang ada dan apabila Shafiq berkerusi roda sudah pasti Diana malu bertemankan seseorang sepertinya untuk ke majlis-majlis rasmi dan ke kelab malam. Hubungan mereka memang berdasarkan kebendaan, wang ringgit yang boleh ditaburkan dan kegembiraan tiada batasan. Namun kini doa Shafiq mohon dan minta semoga Diana temui kebahagian jiwa. Semoga keinsafan hadir dalam dirinya. Ketukan dipintu bilik pejabatnya membawa Shafiq tersedar dari lamunan.
“Masuk”, Shafiq memberi arahan.
“Selamat tengahari”, ucap setiausahanya Jenny.
“Selamat tengahari”, jawab Shafiq. “Kenapa datang juga kalau tak sihat”, Shafiq berkata.
“I datang nak hantar surat cuti sakit, Dr bagi cuti lagi dua hari”, terang Jenny dengan kehadirannya di pejabat tengahari itu.
“Aduhai, kesianlah kat I dahlah Amira tak ada disini, setiausaha I pun cuti lagi”, gurau Shafiq dengan tawa kecil.
“You rindukan Amira ke”? usik Jenny pula
“Hah, keluhan Shafiq lepaskan. Bukan begitu Jenn, sebenarnya I terdengar perbualan you dengan Amira sebelum dia mula tidak datang bekerja. Niat hati hendak bertanya pada you waktu itu, tapi entah kenapa keadaan kerja yang banyak membuatkan I terlupa”, terang Shafiq.
“Mungkin lepas habis periksa nanti, dia akan datang bekerja semula”, kata Jenny untuk menghilangkan resah Shafiq.
“Hmm, boleh I tanya? Kenapa you prihatin sangat tentang Amira? I sedar sejak Amira mula bekerja disini you asyik perhatikan dia sahaja. Kalau angin you tak baikpun muncul saja Amira semuanya jadi tenang”. Pertanyaan Jenny setiausahanya dibiarkan tanpa jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Terima kasih abang”, ucap Suraya lalu memaut leher Syafiq. Dengan sekali lalu Suraya memberi ciuman di pipi abangnya sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga.
“Hmm, bukan main suka lagi ya”, sampuk mama pula.
“Sama-sama kasih adik abang,” kata Shafiq. “Jaga baik-baik laptop tu, jangan nak kongsi pulak dengan semua orang”, pesan Shafiq.
“Janji”, jawab Suraya dengan tabik di beri.
Bergema tawa semua di ruang makan keluarga rumah bungalow dua tingkat malam ini. Kakaknya Shahida dan keluarga juga ada bersama. Riuh rumah keluarga Encik Latiff malam itu. Dalam diam ucapan syukur Shafiq lafazkan. Alhamdulillah detik hatinya, makin hari makin Shafiq terasa kegembiraan bersama keluarga namun entah macam mana masih ada yang terselit di hatinya yang tidak dapat di elakkan.
Hati Shafiq dibuai angan dikepekatan malam. Cahaya lampu dari bilik sebelah menandakan Suraya masih belum tidur. Jam sudah menginjak pukul 1.30 pagi. Jarang benar dirinya begini namun kehilangan Amira membuat dirinya sering dalam kegelisahan.
“Selamat pagi Encik Shafiq”, tegur Amira.
“Selamat pagi”, jawab Shafiq seperti biasa.
Itulah saja rutin harian mereka. Sekadar mengucap selamat pagi dan seterusnya Amira akan datang bertanya setiap pukul 10.30 pagi dan 4.00 petang minuman apa yang di inginkan.
Astaghfirullahillazim, Shafiq mengucap bagi melegakan keresahan yang ada dan baru mahu ke bilik adiknya Suraya, dilihat lampu telah di matikan.
“Tak tido lagi”, tegur mama tiba-tiba.
“Eh mama, belum mengantuk”, jawab Shafiq. “Kenapa mama juga belum tido”, Shafiq bertanya dengan nada terperanjat.
“Mama dah tido dan dah bangun balik untuk solat tadi nak”, jawab mama dengan lembut.
“Hmm…boleh mama bertanya”?
“Ada apa mama”? tanya Shafiq kembali.
Shafiq kembali gelisah apabila diketahui yang mama rupanya memerhatikan gerak gerinya sejak dua minggu ini. Sebenarnya Shafiq sendiri berasa aneh dengan perubahan dirinya. Kalau di tanya berapa lama Amira sudah bekerja di pejabatnya, pasti kena ditanya Jenny, setiausahanya. Shafiq hanya jadi begini sejak terdengar perbualan Amira dan Jenny serta “hilangnya” Amira dari pandangan matanya dua minggu yang lalu.
Haiihh…Shafiq mengeluh di kesunyian malam itu. Dalam kegelisahan yang melanda akhirnya Shafiq terlelap juga. Tidak di ketahui pukul berapa dirinya terlena, tiba-tiba suara lembut mama mengejutnya dari tidur untuk sama-sama menunaikan solat subuh. Walaupun matanya masih berat Shafiq berjaya membangunkan diri dan sama-sama menunaikan solat subuh dengan keluarganya pagi itu.
Demi kasih terhadap adiknya, Shafiq terpaka keluar sendirian petang itu untuk mencari hadiah buat Suraya. Sebenarnya bukan susah nak beli hadiah cuma ingin seorang teman bersamanya. Suraya memang dah lama inginkan laptop baru tapi papa dan mama sering menangguhkan permintaan adiknya itu sebagai hukuman buat Suraya yang pulang lewat dari biasa pada satu malam tanpa menghubungi mereka.
Sebaik saja sampai di Low Yat Plaza, Shafiq yang ditemani oleh Imran akhirnya, seorang rakan kongsinya mereka terus saja ke Sony. Dalam Shafiq membelek laptop yang ada, kelibat seorang gadis membuatnya berpusing dan hampir terlanggar juga dengan kerusi rodanya.
“Maaf”, kata Shafiq.
Gadis itu berlalu pergi setelah memberi Shafiq senyuman sebagai tanda tidak mengapa barangkali.
“Kenapa dengan kau ni”? tegur Imran.
“Kau nampak tak gadis tu tadi”? Shafiq bertanya.
“Balik-balik Amira yang memenuhi fikiran kau, haissh hairanlah aku dengan kau sekarang ni. Dah tu, pilih dulu apa yang nak kau beli, lepas ni kita lepak kat kedai kopi dan cerita”, bebel Imran pada Shafiq.
“Lama-lama aku boleh jadi gila”, sedar Shafiq sendiri. Kini wajah Amira dan gadis di kedai itu silih berganti di hadapan matanya. Di geleng kepalanya sambil Imran memerhati. Pertanyaan demi pertanyaan Imran kemukakan sehinggalah Imran membuat analogi sendiri dan huraikan kepadanya.
“Dalam pengamatan aku, kau sebenarnya kesunyian dan mencari sesuatu dalam hidup. Secara kebetulan Amira memberikan kau gambaran seorang anak gadis yang cekal dalam kehidupan dan kau sering tertanya-tanya adakah lagi manusia yang tulus ikhlas dalam kehidupan hari ini, betul tak”? kata Imran.
“Berapa lama sebenarnya Amira tu dah bekerja di tempat kita”? Shafiq bertanya.
“Cleaner di pejabat kita sentiasa berubah Fiq, cuma kalau tak silap aku Amira di hantar ke pejabat kita sejak Kak Limah pembantu yang dulu berhenti, hmm adalah kot dalam empat atau lima bulan yang lalu”, jawapan Imran beri.
Shafiq melepaskan keluhan. Masih mencari jawapan kenapa Amira memenuhi ruang fikirannya sejak ketiadaannya dan juga sejak terdengar perbualan Amira dan Jennifer tempoh hari. Walau apapun yang berlaku Shafiq akan berusaha mencari jalan untuk mengetahui di mana Amira. Jalan yang paling senang dan pantas adalah menghubungi syarikat yang menghantar Amira ke pejabatnya. Pasti mereka tahu di mana Amira kerana mereka yang menentukan duti pekerja setiap hari.
*****
Suraya tergesa-gesa ke kolej pagi ini kerana terlambat bangun. Jam locengnya bunyi banyak kali tapi di matikan dan entah kenapa mama ataupun abang Shafiq tidak mengejutkan dirinya seperti biasa. Dalam keadaan kelam kabut ada saja yang menambah kelewatan yang sedia ada.
“Maaf kak”, ucap Suraya kepada pekerja yang sedang bertugas kerana terlanggar plastic sampahnya lalu sampah berserakan.
“Tak mengapa dik, hati-hati lain kali. Langgar sampah tak mengapa kalau batu tadi mesti luka kaki tu”, kata pekerja itu kepada Suraya dengan senyuman juga.
Suraya meletakan bukunya dan mahu menolong mengutip sampah itu kembali tapi di halang oleh pekerja itu tadi.
“Tak perlu dik, biar saja kakak yang buat. Dah lambat nanti lambat lagi, pergilah masuk nanti tak di benarkan pula ambil periksa”, katanya menghalang Suraya dari membantu.
“Terima kasih kak, nanti kita jumpa lagi ya, Insha’Allah” kata Suraya lalu bergegas pergi.
“Sama-sama kasih”, jawab pekerja itu.
Kakak konon, entah-entah sebaya dengan aku dengus Suraya tiba-tiba. Kertas peperiksaan sedang di edarkan dan bukan peperiksaan yang bakal di ambil di fikirkan tapi terkenang peristiwa sebentar tadi. Kalau tak silap rasanya Suraya pernah melihat “kakak” tu, tapi di mana ya? Oleh kerana kepenatan yang masih ada kerana berlari membuat Suraya tercungap-cungap dan bayangan “kakak” itu pula gagal pergi dari pandangan matanya.
“Apakah dia mengandung”? Suraya bertanya sendirian. “Muda sangat”, sambil mengurut dada yang kepenatan.
Suraya menarik nafas dalam apabila kertas peperiksaan mula di edarkan dan cuba sedaya upaya untuk menghilangkan segala gangguan yang hadir.
“Baca soalan betul-betul sebelum jawap”, pesan Shafiq pada adik kesayangannya. “Kalau jawapan penjelasan jangan terlalu panjang dan keluar dari isi”, tambah Shafiq lagi.
Huhh…keluhan lagi Suraya lepaskan sebelum kertas soalan di buka. Dengan lafaz Bismillah dan pesanan abangnya Shafiq dalam ingatan, Suraya meneliti kertas soalan di hadapannya. Membaca dari soalan pertama hingga ke akhir sebelum menjawab satu persatu. Berkat berzikir sedikit dapatlah Suraya menumpukan perhatian pada setiap soalan dan berpuas hati dengan segala jawapan di beri. Alhamdulillah ucap Suraya apabila kertas peperiksaan di serahkan dan dengan serta merta fikirannya kembali kepada “kakak” tadi.
Telah ramai pekerja di kampus ini yang Suraya temui dan pernah juga kejadian yang serupa berlaku tapi entah kenapa “kakak” itu melekat di hati secara tiba-tiba. Mungkin juga keramahan yang di tunjukan walaupun Suraya bersalah kerana terlanggar sampah dan memaksa dirinya membersihkan semula tapi tidak sejalur kemarahan nampak di muka.
Kini Suraya benar-benar terasa lapar dan terbayanglah pula masakan enak makcik di kafetaria Lot 10, sambal udang dan masak lemak ayam. Harap-harap adalah lauk tu hari ini, bisik hati Suraya. Macam orang mengidamlah pulak, getusnya sendiri dan bukannya mama tidak pernah masak lauk tu tapi apapun itu yang hendak di cari hari ini. Bergegaslah Suraya ke kafetaria supaya dapat menikmati hidangan tengahari ini.
Dari kejauhan Suraya nampak kumpulan pekerja kawasan kampus berkumpul lalu terniat untuk lalu di situ dengan harapan dapat bertemu dengan “kakak” tadi. Namun harapan Suraya hampa kerana orang di cari tidak ada di situ.
“Cari siapa dik”, tanya salah seorang dari mereka.
“Ahh, hmm tak mengapalah”, jawab Suraya lalu beredar pergi kerana namanya tidak di ketahui.
Kehampaan kedua dalam masa beberapa minit saja apabila lauk yang di harapkan tidak di masak oleh makcik kafetaria Lot 10 hari ini. Bagai hilang terus selera Suraya serta merta. Lalu Suraya meninggalkan Kafe Lot 10 dan masih tercari-cari apa yang hendak di makan bagi mengalas perut supaya tidak lapar untuk peperiksaan petang nanti. Dalam mencari-cari akhirnya Suraya membeli juga nasi dengan sejenis sayur dan ikan goreng. Bimbang melanda hatinya juga kalau tidak makan nanti masuk angin dan amatlah susah apabila menghadapi peperiksaan.
“Hai, si Suraya makan sayur dan ikan goreng saja”? tegur Hana rakan sekuliahnya secara tiba-tiba.
“Tercekik aku tau”, marah Suraya kerana Hana datang menerjah tadi.
Hana memang begitu. Suka menerjah dan mengusik. Berbadan gempal Hana adalah seorang kawan yang baik, yang sudi mendengar segala masalah dan curahan hati kawan-kawan walaupun diri sendiri di selubungi masalah. Keistimewaan Hana adalah mudah untuk mengetahui resah gelisah kawan-kawan hanya dengan melihat pergerakan mereka dan pasti Hana akan terus bertanya.
“Apa yang terjadi sehingga kau hilang selera ni”? Hana bertanya pada Suraya.
“Aku tadi teringat sambal udang dan masak lemak kat makcik Kafe Lot 10, tiba-tiba tak adalah pulak”, jawab Suraya. “So hendak tak hendak aku kena makan kalau tak macam mana nak jawab exam petang karang”, sambung Suraya lagi.
“Ohhh, aku ingat kau putus cinta tadi sehingga jadi macam ni”, gurau Hana lalu ketawa berdekah-dekah.
Suraya memberi Hana pandangan tajam kerana merasa marah dengan gurauannya.
“Bila pulak aku ni ada boyfriend”? sergah Suraya kini.
Tawa Hana masih kedengaran lalu di urut belakang Suraya dan memintanya habiskan makanan dulu dan lepas ni berehat di surau sementara menunggu pukul 2.30petang untuk kertas peperiksaan selanjutnya.
Kertas Management Accounting menamatkan jadual peperiksaan Suraya untuk tahun ini. Setelah hampir setahun berhempas pulas Suraya telah melakukan yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk keluarga. Di harapkan keputusannya nanti memberangsangkan dan membolehkan dirinya menyambung ke tahun satu setelah tamat matrikulasi.
“How’s your paper today”? Shafiq menegur adiknya Suraya secara tiba-tiba.
“Kus semangat, abang ni”, kata Suraya sambil mengurat dada.
“Oh mengelamun rupanya”, senggeh Shafiq apabila melihat adiknya itu terperanjat.
“Alhamdulillah, baik-baik saja”, jawab Suraya kepada pertanyaan abangnya itu.
“Boleh score tak”? tanya Shafiq lagi.
Hanya pandangan yang Suraya lepaskan kepada abangnya. Dalam hati sudah lama terniat hendak bertanya tentang kegelisahan abangnya tapi keadaan tidak mengizinkan. Melihat jam di tangan masih awal dan semoga Shafiq mahu berbicara, pohon Suraya dalam hati.
*****
Kini sudah hampir tiga bulan Amira tiada di pejabatnya. Doa Shafiq semoga Amira memperolehi keputusan yang cemerlang dan membolehkan dirinya menyambung pelajaran. Niat Shafiq untuk membantu terbantut kerana kehilangan Amira tidak dapat di kesan. Maklumat akhir yang Shafiq terima Amira telah berhenti kerja sebaik sahaja tidak hadir di pejabatnya. Kehilangan Amira terjawab kini namun tiada daya Shafiq untuk terus mencarinya kerana tiada maklumat terperinci.
“Kenapa manja tengok abang sering gelisah saja sekarang”? tanya Suraya pada Shafiq.
“Mana ada”? Shafiq menidakan kata-kata Suraya.
“Janganlah abang nak tipu, ceritalah”, pujuk Suraya. “Manja sudi jadi tukang dengar, nak bantu belum tentu lagi”, sambung Suraya.
Keluhan yang terdengar dari Shafiq dan Suraya masih menanti. Terlalu berat di rasa untuk menceritakan apa yang di rasa pada adiknya akan tetapi mungkin ini adalah jalan yang terbaik.
“Jadi memang Amira berhenti nak sambung belajar”? tanya Suraya seakan terkejut
“Abang tidak tahu cerita sebenar. Hanya terdengar perbualan Jenny dengan Amira dan Jenny confirm memang Amira menduduki STPM”, jelas Shafiq.
Shafiq memandang muka adiknya, terbayang kini seolah wajah Amira di hadapan mata. Entah kenapa tiba-tiba saja Shafiq terasa bagai Amira dalam kesusahan. Di himpit derita yang amat sangat lalu Shafiq tertunduk dan beristifar. Astaghfirullahilazim sambil menguak rambutnya ke belakang dan tertunduk lesu.
“Are you in love with her”, tanya Suraya tiba-tiba.
Spontan Suraya mengetap bibir apabila Shafiq merenung dalam bukan lagi memandang.
“Kalau abang jatuh cinta dengan dia tak salahkan”? kata Suraya lagi.
“Cinta tidak wujud dalam hal ini, yang abang tahu adalah rasa kasihan itu sahaja”, jelas Shafiq.
“Menidakan rasa juga tidak akan mengubah keadaan”, Suraya masih cuba mendapat kata pasti.
Shafiq meninggalkan Suraya dengan segala pertanyaan yang kini di sedari. Apakah itu punca dirinya asyik terkenang Amira. Shafiq menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tidak, tidak”, itu tidak mungkin. Shafiq tidak pernah memberi perhatian siapa Amira sebelum terdengar perbualannya dengan Jenny. Kini adiknya sendiri membuat andaian dan menyebut cinta. “Hah, mustahil”, terkeluar dari bibirnya.
“Apa yang mustahil”? Imran tiba-tiba muncul.
“Err, hmm tak ada apa-apa”, jawab Shafiq dalam tergamam.
Kalau di awal pagi tadi Shafiq menyakinkan diri bahawa sudah dapat melupakan Amira namun apabila teringat kembali perbualannya dengan Suraya membuat keadaan menjadi berlainan. Apakah juga kerana fikiran di bawah sedarnya yang membuat Shafiq merasakan Amira di himpit kesusahan. Bagaimana itu yang boleh di rasakan kerana tidak pernah ada detik mereka berbual bersama. Apakah juga kerana asyik teringat Amira sejak meninggalkan pejabat membuat Shafiq merasa demikian. Kini, soalan demi soalan menghantui fikirannya. Tentu nanti Shafiq di anggap gila andai di cerita pada Imran ataupun Suraya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari-hari seterusnya berjalan seperti biasa dan oleh kerana Suraya bercuti, papa dan mama merancang untuk berehat beberapa hari. Mereka mempelawa Shafiq untuk mengikut sama kerana kakaknya Shahida dan keluarga akan turut serta. Destinasi yang di pilih belum di tentukan lagi sehingga semalam. Shafiq mengikut saja kerana ada baiknya meninggalkan pejabat buat sementara, lagipun berkumpul beramai-ramai bersama keluarga jauh dari kesibukan kerja dan kota. Besar kemungkinan dapat juga melegakan keresahan yang ada, fikirnya sendiri.
Nasib menyebelahi Shafiq apabila adiknya Suraya dan kakaknya Shahida hanya memilih Bali dan Bandung untuk bercuti. Kata hatinya andai mereka memilih negara Eropah, Shafiq tidak akan turut sama. Ini adalah kerana Shafiq akan ke sana lebih kurang tiga bulan lagi kerana urusan kerja dan mengambil kursus pendek.
Kepulauan Bali memang sentiasa cantik dan indah. Pasir pantai yang putih, tiupan angin nyaman dan ombak laut yang biru pada pandangan mata membuat Shafiq khayal lagi bersama warna-warna pelangi dan kanvas di hadapannya. Dalam masa sejam Shafiq melepas rasa di atas kanvas dan tanpa di duga kali ini lukisan dapat di siapkan dalam masa yang amat singkat.
“Wahh cantiknya”, datang Suraya menegur. “Boleh letak dalam bilik Manja tak”? katanya lagi.
“Boleh”, jawab Shafiq spontan. “Berapa Manja nak bayar”? tanya Shafiq.
“Hah”, kata Suraya terkejut.
Shafiq hanya ketawa kecil apabila memandang wajah adiknya itu. Suraya menunjukkan wajah muncungnya. Dalam diam Shafiq mengucapkan syukur kerana masuk hari ketiga berada di pulau ini dia dapat menyiapkan dua lukisan. Esok mereka akan ke Bandung. Apalagi mama dan kakak nak pergi membeli belah di sana dan pasti papa dan abang Zahid, suami kakak geleng kepala.
“Kenapa abang senyum-senyum”, sergah Suraya. “Perli Manja ya”? katanya lagi.
“Eh tak adalah”, jawap Shafiq. “Kenapa Manja perasan pulak ne”? sambung Shafiq lagi.
Tawa kecil masih kedengaran dari Shafiq apabila terus memandang pada wajah adik kesayangannya itu. Entah kenapa tiba-tiba saja kedua mereka menjadi sepi dan terus di buai oleh bayu laut dengan ombak memukul pantai.
Dalam sepi yang ada Suraya tiba-tiba saja menunjukan telefon bimbitnya pada Shafiq. Tergaman, terkedu semuanya ada. Di mana Suraya dapat gambar ini? Bagaimana Suraya mengenalinya. Shafiq pasti Suraya dan Amira tidak pernah bertemu dan Shafiq sendiri tidak pernah bercerita siapakah Amira sehingga Suraya bertanya beberapa minggu yang lalu.
Tiada perbualan di antara mereka. Shafiq sendiri tidak tahu bagaimana hendak bertanya. Makin sepi di rasa dan berbagai rasa menghimpit Shafiq kini. Pertanyaan Suraya membawanya kembali ke realiti.
“Is she the one”? Suraya bertanya.
Hanya pandangan kosong Shafiq berikan. Angguk tidak geleng pun tidak. Suara Suraya yang bercerita juga bagai hilang di telan bayu di petang itu. Shafiq membiarkan saja Suraya bercerita tanpa sebarang pertanyaan. Tarikan nafas yang dalam Shafiq lepaskan.
“Mana Manja jumpa dia”? tanya Shafiq akhirnya. “Macam mana Manja kenal dengan dia”? tambah Shafiq lagi.
“Manja tak kenal siapa Amira, cuma Manja membuat andaian setiap kali melihatnya dan melalui dari apa yang abang cerita”, Suraya berkata.
Shafiq tidak berdaya untuk bertanya dengan lebih lanjut. Dari cerita Suraya, Amira bekerja di kampus tempat Suraya belajar sebagai cleaner. Aneh!! Itulah detik hati Syafiq. Bukankah Amira mengambil peperiksaan dan ingin sambung belajar? Tidak luluskah dia? Kenapa Amira bertukar majikan? Pertanyaan demi pertanyaan menghentak ruang fikiran Shafiq.
*****
Shafiq merenung di luar jendela bilik pejabatnya. Walaupun sekelilingnya tertutup rapat deruan kenderaan masih dapat di dengari. Hingit bingit warga kota membelah pagi keluar mencari rezeki. Shafiq berdiri di sini dalam ilusi menghimpit diri.
Panggilan telefon dari adiknya Suraya mengubah segala dan tidak pernah di sangka hidupnya berubah di hari itu.
“Abang…abang tolong Manja bang”, kata Suraya dengan mengah.
Berderau darah Shafiq apabila mendengar suara Suraya di hujung talian meminta tolong. Getar suara adiknya menambah ketakutan dalam diri.
“Manja di mana”, Shafiq langsung bertanya.
“Kampus”, jawab Manja ringkas.
Tanpa membuang masa Shafiq terus bekejar ke kampus induk UITM Shah Alam tempat Suraya belajar. Kereta di pandu Imran terasa amat perlahan, mahu saja dirinya menekan minyak di kala itu. Imran masih mampu menyabarkan keadaan dengan meminta Shafiq menalipon Suraya untuk bertanya keadaan sebenar. Siapakah di sana yang boleh membantu? Shafiq buntu ketika itu dan bagai lembu di picit hidung mengikut saja.
“Ayah”, panggil Amin manja.
“Saya”, jawab Shafiq lalu menoleh ke arah suara itu.
Amin berusia dua tahun. Kelahirannya menjadikan Shafiq seorang ayah tanpa di sangka. Di antara kewajipan, kesanggupan dan demi menyelamatkan seorang nyawa yang lahir ke dunia tanpa di minta. Kehadiran Amin mengubah segalanya. Dari jadual kerja hinggalah waktu lapangnya.
Senyuman Amin beri ketika menghulurkan buku kepadanya minta di baca. Membesarkan Amin bukan satu kepayahan namun apakah nanti mampu di ceritakan sejarah hidupnya apabila dia dewasa. Senyuman Amin, Shafiq balas lalu mengambil buku di tangan. Hmm ntah sudah berapa kali buku arnab dan kura-kura itu di baca bisik hati kecilnya. Dalam banyak-banyak buku yang ada buku arnab dan kura-kura menjadi kegemaran dan minta di baca setiap kali sebelum tidur.
“Dah minum susu”, Shafiq bertanya.
“Dah”, jawab Amin dengan senggeh.
“Siapa bagi”, Shafiq bertanya lagi.
“Ibu”, jawab Amin.
Tersembul pula Suraya di hadapan pintu untuk mengucapkan selamat malam pada Amin. Amin memberi dakapan erat pada Suraya yang di panggil ibu sejak pandai bercakap. Suraya menerima segalanya dengan hati terbuka. Hadirnya Amin dalam lingkungan keluarga mereka membawa erti buat papa dan mama lalu mereka berempat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Tangisan Amira di hari itu membuat Suraya panik. Selama bercuti tiga bulan memang Suraya tidak datang ke kampus dan mereka tidak berjumpa. Apabila sessi persekolahan di buka Amira yang di kenali sebagai Ani oleh teman-teman semua di lihat mengandung. Walaupun Suraya mengesyaki dari awal tapi tidak terbayang langsung apa yang pernah di rasa adalah kebenaran.
Ani yang berada di hadapannya kini amat terperanjat apabila mengetahui yang Suraya memanggilnya dengan nama sebenar. Kesakitan yang ada bagai hilang apabila namanya di sebut. Tangan Amira menggenggam kuat tangan Suraya menahan sakit. Pertanyaan Suraya tidak di jawab bila di tanya untuk menghubungi suaminya ataupun keluarga. Hanya airmata menitis dan tanpa di paksa airmata Suraya jatuh bercucuran dengan sendiri.
Perjalanan singkat ke hospital menerangkan segalanya walaupun Suraya meminta jangan banyak bercakap dan mengucap banyak-banyak. Airmata Suraya tumpah lagi apabila Amira sebut mungkin dia tidak sempat menceritakan segalanya. Dalam sendu dan tangis Suraya menangkap satu dua perkara sebelum Amira di tolak masuk ke bilik bersalin.
Shafiq dan Imran lambat sampai kerana mereka terpaksa berpatah balik apabila Suraya memberitahu yang mereka telah ke hospital dengan ambulan. Sebaik saja melihat abangnya Shafiq, Suraya meluru ke dalam dakapan abangnya. Tidak dapat lagi di tahan sebak yang ada. Dakapan terlerai ketika doktor keluar untuk memberitahu Amira selamat melahirkan anak lelaki dan meminta untuk bertemu Suraya.
Dengan pandangan mata yang berkaca dan menahan sakit yang ada Amira merayu dan memohon untuk membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Janganlah anak itu di berikan kepada orang lain. Shafiq sendiri tidak dapat menahan sedih. Tidak pernah di sangka gadis yang pernah di cari di temui hari ini dalam keadaan begini.
“Janji dengan akak ya dik”, rayu Amira.
“Tolong saya En. Shafiq”, pinta Amira pada Shafiq pula.
Genggaman kuat tangan Amira amat terasa. Airmata mengalir laju di bilik hospital itu dan dalam esak tangis Suraya mengajar Amira mengucap. Sebaik saja habis melafazkan dua kalimah syahadah Amira pergi mengadap Ilahi. Tiada keluarga di sisi hanya orang yang di kenali dalam perjalanan hidupnya menemani.
Tidak mampu Suraya untuk menahan tangis lalu membenamkan wajahnya pada sekujur tubuh yang telah kaku kini. Dengan perlahan jururawat bertugas mengalihkan Suraya dan memujuknya supaya bersabar. Tangisan Suraya bersambung dalam dakapan Shafiq. Terlalu lama Suraya menangis dan terlalu lama juga Shafiq hilang dalam fikiran sendiri.
Perjalananan duka seorang gadis yang bercita-cita tinggi berakhir di hari ini. Amira menerima suaminya demi keluarga kerana ibu yang sakit ketika itu. Amat malang nasib Amira kerana perkahwinan itu tidak mengubah apa-apa. Amira masih perlu bekerja keras untuk menanggung keluarga setelah suami yang di nikahi baru 6 bulan di masukan ke penjara kerana di tuduh mengedar dadah. Ibu yang di kasihi pergi buat selama-lamanya dua bulan kemudian, lalu tinggalkan Amira seorang diri untuk menjaga dua orang adik yang masih bersekolah.
Shafiq mengumpul segala kekuatan untuk berhadapan dengan dua orang adik Amira untuk menyampaikan berita sedih kepada mereka. Hanya raungan yang di dengari sebaik saja Shafiq habis berkata-kata. Demi masa depan berdua Shafiq berjanji membantu mereka sehingga tamat pengajian nanti. Janji juga Shafiq beri untuk menjaga anak yang di lahirkan Amira.
“Kubur siapa ni ayah”, Amin bertanya.
“Ini kubur ibu”, dengan berat Shafiq menjawab.
“Ibu ada di rumah”, kata Amin kini.
Setelah selesai bacaan Yassin di pusara Amira, Shafiq membawa Amin ke padang permainan tapi di minta berjanji untuk tidak bermain. Sejak dari kecil Shafiq telah membawa Amin ke pusara ibunya tapi tidak pernah di cerita. Bagaimana hendak memulakan bicara pada anak kecil yang dari hari mata di celik kehidupannya di keliling keluarga yang menyayanginya. Kini Amin berusia hampir tujuh tahun. Susah atau senang Shafiq mesti menceritakan segala.
Perkara ini mesti di beritahu sebelum Suraya berumahtangga. Suraya memang bimbang dengan keadaan yang ada, bimbang Amin akan sentiasa bertanyakan dirinya nanti ketika dia tiada di sini. Mengikut perancangan Suraya akan mengikuti bakal suami keluar negeri kerana tugas dan tanggungjawab yang mesti di penuhi.
“Ibu tak sayang Amin lagi”, tanya Amin dengan kurang mengerti.
“Bukan begitu sayang”, Shafiq mencari kata-kata untuk membuat Amin mengerti.
Setelah berhari-hari mencuba akhirnya Shafiq dapat membuat Amin mengerti keadaan dengan di beri segala contoh yang ada termasuk kedua bapa saudaranya dari ibu kandung Amin.
Jeritan Amin di tengah malam sunyi membawa Suraya berlari kebilik anak kecil itu. Amin meronta-ronta di atas katil dan berpeluh. Suraya mengejutkan Amin yang mengigau lalu mendakapnya. Suraya mengusap-ngusap belakang Amin dan memujuk sehingga tangisannya reda.
Merah padam muka anak itu, airmata yang bersisa Suraya kesat. Ciuman Suraya beri lalu bertanya kenapa apa yang di mimpikan sehingga menangis begitu. Tanpa mampu memberi jawapan Amin meluru kembali ke dalam dakapan Suraya.
“Amin sayang ibu”, kata Amin dengan sayu. “Amin janji tak naughty lagi”, tambah Amin lagi.
Dakapan erat Amin amat Suraya rasa. Lalu dakapan erat di berikan jua. Kasihnya tertumpah kini. Perit dan pedih menghiris jiwa melihat anak yang masih belum mengerti apa-apa.
Airmata Shafiq gugur kembali setelah lama di pendam sendiri.
Owned and written by : Sanaa 25/02/11 |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhuhuhu.... sedihnya ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|