View: 13677|Reply: 83
|
Tika Ini, Hati Mati [U]
[Copy link]
|
|
PROLOG
Ekor mataku memandang kubur ayah dan ibu. Hatiku dipagut rasa sayu. Masih melekat di ingatanku kata-kata cacian yang orang lemparkan kepadaku.
“Eii. Jangan kawan dengan Bilqis. Mak ayah dia ada HIV.”
Salah akukah semua itu terjadi? Aku juga tidak ingin semua itu terjadi. Aku juga tidak ingin ibu dan ayah menghidap HIV tapi takdir sudah begitu.
Hujung jari-jemariku mengesat untaian hangat yang masih lagi menitis laju.
Bahuku disapa. Aku berpaling. Nenek menampal senyuman kelat.
“Jom kita balik, Ai.”
Aku mengangguk. Lambat-lambat aku mengatur langkah pulang ke rumah nenek.
Wajahku masam melihat Zahil sedang berdiri di ambang pintu. Dia mendekatiku.
“Err..”
“Ai tak nak tengok muka Zahil lagi!” Aku memberi amaran.
“Tapi kenapa?”
“Jangan ingat Ai tak tahu yang Zahil sebarkan dekat semua orang ibu dan ayah Ai mati sebab HIV. Semua orang tak nak kawan dengan Ai. Ai benci Zahil. Benci!”
“Tapi Zahil sayangkan Ai,” ucapnya sayu.
“Aku tak peduli!”
Terus aku menolak daun pintu dan meninggalkan Zahil Ikhlas yang masih termangu-mangu di luar rumah. Air mataku laju menuruni lekuk pipi. Tika ini, hati mati. Ya. Tika ini, hati aku sudah mati dan semuanya kerana insan bernama Zahil Ikhlas.
Err.. a new enovel menggantikan SKK.. heee.. Assalamualaikum dan selamat malam.
Last edited by surianovember on 20-12-2012 04:47 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yeaaa....
Novel baru....memula dah tragis....sila smbg lg...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-11-2012 11:54 PM
Yeaaa....
Novel baru....memula dah tragis....sila smbg lg...
muahaha.. ya ya.. In shaa Allah akan sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
surianovember posted on 24-11-2012 12:05 AM
muahaha.. ya ya.. In shaa Allah akan sambung
ok...menanti penuh debr...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 24-11-2012 12:09 AM
ok...menanti penuh debr...
hee.. nanti jangan tak nanti.. akak orang mana eh? |
|
|
|
|
|
|
|
surianovember posted on 24-11-2012 12:26 AM
hee.. nanti jangan tak nanti.. akak orang mana eh?
Napa?...akak skrg menetp di s.alam sek 25...awk?...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 24-11-2012 12:31 AM
Napa?...akak skrg menetp di s.alam sek 25...awk?...
saja tanya.. hanna tinggal kat kedah..
|
|
|
|
|
|
|
|
surianovember posted on 24-11-2012 12:33 AM
saja tanya.. hanna tinggal kat kedah..
Oh my...jauhnya ler...huhu...igt dekat2 je ler td...apa habaq no?....
Esok smbg ya...akak cuti esok...bole le suria smbg...akak pun tgh nk sambung citer akak tuh...igt nak cepat2 abiskn...nk wat citer baru lak..ikutkn akak ada ler dah taip 4 citer...tp tergantung sampai sudh...masing2 belum ada komitmen nk sambung seterusnya...ahai...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 24-11-2012 12:37 AM
Oh my...jauhnya ler...huhu...igt dekat2 je ler td...apa habaq no?....
Esok smbg ya...akak cuti ...
heehe.. jauh kak.. khabar baik.. hikss
ya ya, In shaa Allah.. cerita akak nanti waktu free hanna baca ya. Muahaha.. hanna adalah manusia yang suka buat cerita tergantung
|
|
|
|
|
|
|
|
surianovember posted on 24-11-2012 12:39 AM
heehe.. jauh kak.. khabar baik.. hikss
ya ya, In shaa Allah.. cerita akak nanti waktu free hann ...
mohtippppp nak wat citer tergantung
agak2 nak kena gantung gak ke
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 25-11-2012 09:51 AM
mohtippppp nak wat citer tergantung
agak2 nak kena gantung gak ke
haha.. jadi tergantung sbb sibuk n idea hilang
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 1
Nafas dihela panjang. Hatiku sudah berdetak laju. Sebentar lagi, sebentuk cincin akan tersarung di jari manisku dan aku bakal menjadi seorang isteri. Bakal menjadi seorang isteri kepada Inayat Amin. Lelaki yang telah mengenaliku selama lima tahun. Aku bakal menamatkan zaman bujang. Bakal bergelar Puan Bilqis Huraiyah.
“Aku nikahkan akan dikau Inayat Amin bin Hufail dengan Bilqis Huraiyah binti Mansor dengan mas kahwin enam puluh ringgit tunai.”
Kelopak mataku tertutup seketika. Peluh dingin mula merenik di dahiku. Nenek mengorak senyuman manis.
“Aku terima nikahnya Bil….”
“Nanti dulu!”
Teriakan seorang lelaki membuatkan kata-kata Inayat terhenti. Wajahku dipalingkan. Seorang lelaki yang memakai t-shirt dan jeans lusuh berdiri di hadapan pintu masjid. Tubuhnya dibongkokkan. Rahangnya turun naik. Mengah agaknya.
Kerutan di dahiku bertambah. Siapakah lelaki ini?
“Kau tak boleh kahwin dengan Bilqis,” ujar lelaki itu lantang.
Mataku membulat. Aku terlongo.
Dia mengatur langkah mendekati Inayat. Bibir kemerah-merahan itu melemparkan senyuman sinis. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Rambut kemas terpacak dan wajahnya sudah merah dek terkena simbahan sang suria.
Aku memandang nenek. Dia mengangkat bahunya.
“Kau siapa?” soal Inayat geram.
“Aku?”
Laju saja Inayat mengangguk.
“Aku bapa kepada anak Bilqis,” ujarnya selamba.
Rahangku jatuh. Aku menggeleng. Gila agaknya lelaki ini.
Ibu Inayat memandangku tajam. Mungkin menagih penjelasanku. Semua orang sudah berbisik. Darah merah mula menyerbu wajahku. Aku tidak kenal lelaki ini dan tiba-tiba saja dia mengatakan dia bapa kepada anakku.
Mustahil! Kenal lelaki ini juga tidak. Inikan pula untuk mengatakan lelaki ini bapa kepada anakku.
“Bilqis…” Suara Inayat naik satu oktaf.
Aku menggeleng. Menafikan kata-kata lelaki gila itu.
“Saya tak kenal dia,” ujarku perit.
“Sayang, kenapa sayang cakap sayang tak kenal abang? Baby sihat? Bulan ni dah masuk tiga bulan kan?”
Inayat mendekatiku. Riak wajahnya menunjukkan dia kesal. Pelupuk mataku sudah bergenang. Mengapa semua ini berlaku?
“Bilqis Huraiyah, setakat ini saja. Anggap kita tak pernah kenal. Ma, jom balik.”
Bahuku terlurut jatuh dan akhirnya aku rebah di atas lantai masjid. Untaian hangat yang aku tahan akhirnya tumpah jua. Ingin sekali aku memanggil Inayat namun lidahku kelu. Ini rupanya balasan untukku. Apa salahku?
Dari jauh aku memandang Inayat yang sedang masuk ke dalam perut kereta. Hatiku remuk. Kenapa lelaki itu memfitnahku? Saban hari aku terluka. Saban hari hatiku mati. Tidakkah aku sudah terlalu kerap diuji? Aku tidak kuat. Aku tidak tegar. Waktu ini, waktu yang penting bagiku bagaikan waktu yang sangat menyakitkan hati.
Nenek menyapa bahuku. Lelaki itu masih berdiri tidak jauh dariku.
“Ai, jangan nangis,” pujuk nenek.
“Habis Ai nak buat apa? Ketawa?” soalku dalam sendu.
Hanya nenek yang aku ada. Hanya dia selepas semua orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku ini anak yang kotor! Salah akukah kedua-dua ibu bapaku meninggal kerana HIV? Aku juga tidak mahu semua itu berlaku.
Aku ingin hidup bahagia. Fikirku, semua ini akan berjalan dengan lancar namun aku silap. Semuanya sudah berakhir. Semua ini hanya mimpi di siang hari.
Bilqis Huraiyah berharap sesuatu yang tidak pasti.
“Cik Bilqis….”
Wajahku diangkat. Aku memandang lelaki itu.
Dia menggaru kepalanya berkali-kali.
“Puas hati encik?” tengkingku.
“Ai,” tegur nenek.
Biar! Lelaki ini sepatutnya diberi pengajaran kerana merosakkan kebahagiaanku.
“Maafkan saya. Saya buat semua ni bersebab.” Ada nada kesal dalam bicaranya.
“Sebab apa? Sebab nak rosakkan kebahagiaan aku?”
Terus dia menggeleng.
“Tuan muda suruh saya buat macam ni. Sekali lagi maafkan saya.”
Hatiku mendongkol geram. Lihat! Dia memang sengaja merosakkan kebahagiaanku.
Jika membunuh itu tidak salah, sudah lama aku membunuh lelaki ini. Tiada lagi sabar mahupun diplomasi. Dan siapa tuannya?
“Siapa tuan muda kau?”
Lelaki itu terdiam sebelum memalingkan tubuhnya. Mataku terarah pada pintu masjid. Seorang lelaki dengan pakaian pejabat dan kot di tangannya melangkah masuk dan mengatur langkah mendekatiku. Nenek mendiamkan diri. Aku juga begitu. Sepasang matanya terlindung dek Ray-Ban yang dipakainya.
Air liur terasa berpasir. Langkah yang teratur. Penuh bergaya dengan segaris senyuman mekar di bibir.
Lelaki di hadapanku menapak ke belakang dan menunduk di kala lelaki tampan itu berpapasan dengannya.
“Saya yang suruh dia buat macam tu,” ujar lelaki tampan itu. Gemersik suaranya menampar gegendang telingaku.
“Encik ni siapa?” tanyaku hairan.
Bibirnya mengulum senyuman sebelum dia melutut di hadapanku. Kepalanya dilentokkan namun dia masih berdiam diri.
Siapakah lelaki ini?
Assalamualaikum WBT. Heee..
Kepada penulis-penulis (sama ada penulis picisan atau penulis amatur) yang sedang bercuti sekolah atau mempunyai masa yang senggang serta mempunyai niat untuk membantu GAZA, bolehlah menghantar karya ke ZineTigaSuku. Hee.. *tukang pomot ja*
Disini ZinteTigaSuku ingin mengumumkan rancangan ZineTigaSuku untuk mengeluarkan sebuah Zine yang bertemakan GAZA .Rancangan ini bertujuan untuk memberitahu Dunia bahawa anak muda di Malaysia amat perhatin terhadap Isu GAZA ini . Serta ingin menyedarkan sebahagian Manusia yang angkuh dan pentingkan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan Saudara kita di GAZA .
ZineTigaSuku ingin seramai 30 orang (penulis+pelukis+orang ramai) untuk sudi menyumbangkan karya anda disini , karya anda akan ZineTigaSuku bukukan dan Publish untuk dijual dan 20% Hasil Jualan Zine ini akan disalurkan ke GAZA .
segala kos pembelanjaan akan ditanggung 100% oleh ZineTigaSuku . Anda cuma perlu sumbangkan sahaja Karya anda . Para penyumbang , insyaAllah akan mendapat Zine Gaza ini percuma atau separuh harga ^^
Jika berminat sila hantar karya anda disini dengan PM kami karya2 anda atau email ke [email protected] . Sebarang pertanyaan boleh ditanya Disini . Tarikh Akhir untuk menghantar Pada 17.12.2012 .
Jika ramai yang menghantar ZineTigaSuku akan mengeluarkan ZINE GAZA II khas untuk anda ^^
Contoh Karya :
Puisi , Sajak , Ilustrasi dan segala jenis karya seni ^^ , Mestilah tidak berunsur negatif dan isu sensitif yang melampau serta bahasa budak HOT ^^
Sila Lampirkan ini untuk semakan peserta ,
Nama penuh :
Nama Pena :
IC :
No.Tel :
Email :
Ini karya yang menggantikan SKK.. maaf kalau tak best
Last edited by surianovember on 10-12-2012 11:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti lelaki tu zahil ikhlas kan |
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 12-12-2012 05:29 PM
mesti lelaki tu zahil ikhlas kan
zahil? heee.. entahlah. Kena tunggu entri seterusnya
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 2
Langkahku pegun di hadapan rumah kayu milik nenek. Bibirku mengoyak senyuman nipis. Senyuman yang sangat perit dan menyakitkan. Lelaki tadi tiba-tiba saja pergi meninggalkan aku tanpa sebarang kata. Kerana dia, segala rasa di hati terbang. Hatiku mati lagi.
“Ai, jom masuk,” ajak nenek.
Aku menghela nafas panjang sebelum menggeleng.
“Nenek masuklah. Ai nak keluar sekejap.”
“Nak pergi mana?”
“Tenangkan fikiran,” jawabku acuh tidak acuh.
Sudah puas titisan hangat itu mengalir. Sudah puas hatiku terluka.
Kerana lelaki tampan itu, aku sudah gagal untuk bahagia. Siapakah dia? Ya! Aku sendiri tidak pasti siapa lelaki itu. Langsung aku tidak mengenalinya. Aku yakin soal itu.
Nenek sudah hilang dari pandanganku. Hatiku terlalu pasti nenek juga sedih dengan apa yang terjadi. Hanya nenek yang aku ada selepas orang tuaku meninggalkan aku sendiri. Hanya nenek yang menjadi rakanku. Masih hairan mengapa orang memandangku sinis. Hanya orang tuaku saja yang terkena HIV. Tidak aku! Berfikiran sempit walhal dunia pesat membangun.
Melewati detik ini sangat menyakitkan. Sepatutnya aku sudah menjadi seorang Puan Bilqis Huraiyah. Teganya Inayat tidak mempercayaiku. Langsung tidak memberi peluang untukku berbicara supaya aku boleh menerangkan apa yang terjadi.
Mustahil aku mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Menyesalkah aku?
Kadangkala, aku memikirkan bahawa aku tidak pernah mencintai Inayat. Bersama dengannya kerana dia baik denganku. Itu saja.
“Ai!”
Aku berpaling. Jeritan nenek membuatkan hatiku berdetak laju. Khuatir berlaku perkara yang tidak diingini kepada nenek. Aku hanya ada nenek. Jika dia pergi meninggalkan aku, aku pasti akan sendiri.
Kakiku semakin pantas melangkah meskipun agak sukar rasanya kerana memakai kain senyum belakang. Daun pintu aku tolak. Nenek sedang duduk di atas lantai. Nafas dihela lega. Mujur dia tidak terluka. Sepasang mata bundar milikku membulat memandang keadaan ruang tamu yang bersepah. Dahiku berkerut. Lidahku kelu.
Ekor mataku kemudian beralih pada wajah nenek. Dia menggeleng.
“Apa yang terjadi?” soalku hairan.
“Nenek pun tak tahu tapi nenek rasa rumah kita kena pecah masuk.”
Terus aku kehilangan kata. Rumah telah dipecah masuk. Bibirku diketap. Tiada apa di rumah ini melainkan…
“Ai masuk bilik kejap,” tuturku sebelum menghilang dari pandangan nenek.
Air liur terasa berpasir. Kelopak mataku sudah bergenang. Sebentuk cincin milik arwah ibu yang aku letakkan di atas meja belajar sudah diambil. Tidak mungkin! Hanya itu yang aku ada. Hanya itu tanda kasih sayang seorang ibu untukku yang masih tinggal.
Mengapa semua ini terjadi? Kenapa nasibku sangat malang?
Langkahku ku atur mendekati meja belajar. Secebis kertas aku capai.
Kalau nak cincin tu balik, sila datang ke alamat berikut :
Luxury Industries Sdn. Bhd,
Kawasan Perindustrian Mergong Barrage,
Jalan Lencong Barat,
05150 Alor Setar, Kedah.
Cebisan kertas itu aku renyuk lalu aku buang ke dalam bakul sampah. Hatiku mendongkol geram. Terus aku mencapai helmet dan keluar dari bilikku.
“Nek, Ai keluar kejap.”
*****
Pintu kaca aku tolak. Seribu satu mata memandangku. Pasti hairan melihatku yang memakai baju akad nikah. Biarlah!
Aku buntu tika ini. Mahu mencari siapa?
“Cik…”
Seorang wanita dalam lingkungan 30-an menegurku.
“Cik cari siapa?” soalnya lembut namun ada nada takut dalam bicaranya.
Jemariku memicit dahi. Aku juga tidak tahu mahu mencari siapa. Yang aku tahu, aku mahu sebentuk cincin yang sangat bernilai dalam hidupku. Itu saja.
Berpasang-pasang mata terarah pada wajahku. Darahku diserbu darah merah.
“Dah sampai pun,” tegur satu suara.
Rahangku jatuh. Aku kenal lelaki ini. Lelaki yang sama hadir pagi tadi. Lelaki yang memusnahkan segala angan-anganku.
Dia mengambil tempat di hadapanku. Sepasang mata bening itu bersinar-sinar. Di kala dia mengorak senyuman manis, jelas kelihatan dua lekuk lesung pipi miliknya. Tampan! Alisnya seperti seraut jatuh alis yang indah sekali. Ah! Pedulikan semua itu.
“Cepat sampai,” puji lelaki tampan itu.
“Mana cincin saya?” soalku tinggi dan kami menjadi perhatian para pekerja lain.
Jari telunjuknya digoyangkan berkali-kali.
“Macam ni ke kalau nak minta barang kat orang?”
“Saya tak peduli! Kembalikan cincin saya.”
Bibirnya mengoyak senyuman nakal. Seolah-olah sengaja melengahkan masa.
Aku merengus kasar. Tiada guna berbicara dengan lelaki seperti ini. Hanya membuang masaku yang begitu berharga namun aku hairan, mengapa dia mengambil cincinku? Saat demi saat berlalu dan dia hanya mendiamkan diri.
Tubuhku dipalingkan dan tika aku mula mengatur langkah untuk pergi, jemarinya menyambar lenganku. Aku tersentak. Laju saja aku merentap tanganku.
Lelaki itu mengambil tempat di hadapanku.
“Nak pergi mana?”
“Balik!”
“Macam mana dengan cincin ni?” ujarnya sebelum menayang sebentuk cincin milikku.
Darahku berderau. Dia memegang cincin milikku! Saat aku ingin mencapai cincin itu, dia melarikan tangannya.
Sengaja agaknya. Mungkin ingin mempermainkan aku.
“Encik gila ke apa? Kembalikan cincin saya.”
Pelupuk mataku sudah bergenang. Puaskah dia kerana mempermainkan aku di hadapan semua orang?
“Puas hati encik? Encik dah rosakkan kebahagiaan saya. Sepatutnya saya kahwin hari ni tapi encik suruh orang encik rosakkan majlis akad nikah. Dan encik curi cincin ibu saya. Apa lagi yang encik nak? Siapa encik?”
Lelaki tampan itu tertungkap. Senyumannya mati begitu saja.
Terketar-ketar dia mencapai telapak tangan milikku lalu diletakkan sebentuk cincin di atas telapak tanganku.
“Ambillah,” ujarnya lembut.
“Te… terima kasih.”
“Tapi saya takkan pernah berhenti ganggu awak. Kita akan jumpa lagi, Bilqis Huraiyah. Kak Ina, buatkan saya kopi.”
“Baik, tuan muda.”
Saat itu, lelaki tampan itu menghilang dari pandanganku. Dia masih meninggalkan seribu satu tanda tanya.
Persetankan semua itu.
Terus aku melangkah tanpa berpaling lagi. Sebentuk cincin milikku aku genggam kemas. Sentuhan yang membuatkan hatiku berdetak laju. Ah! Bilqis Huraiyah gila agaknya.
Tapi siapa lelaki itu?
Last edited by surianovember on 13-12-2012 11:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
surianovember posted on 13-12-2012 11:02 PM
BAB 2
Langkahku pegun di hadapan rumah kayu milik nenek. Bibirku mengoyak senyuman nipis. Senyu ...
Adik ticit...mana lg sambungnya?....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tika Ini, hati ku terpaut dengan novel ini... Silalah sambung~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 14-12-2012 02:28 PM
Adik ticit...mana lg sambungnya?....
hee.. akak, long time no see. haha. Nanti suria yg ticit ni letak sambungan
|
|
|
|
|
|
|
|
wasap posted on 14-12-2012 02:51 PM
Tika Ini, hati ku terpaut dengan novel ini... Silalah sambung~~~
muehehe. Ada jugak ayat tika ini. Ya ya. Nanti hanna sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
surianovember posted on 14-12-2012 07:04 PM
hee.. akak, long time no see. haha. Nanti suria yg ticit ni letak sambungan
Yuhuu...sama ler no see long time...ahaks...sambung lekas ya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|