CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7102|Reply: 34

[U] Cerita Siapa?

[Copy link]
Post time 12-11-2012 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Bab 1
Tahun 2004

“ Aku cakap tak payah, tak payahlah! Pekak ke?” tengkingan dari Izhar membuatkan Nazzatul terkedu. Tidak sangka niat baiknya untuk membantu Khairul Izhar mengulang kaji untuk SPM dibalas dengan cara begini. Terasa matanya panas menahan air mata.

“ Maaf, akak cuma nak tolong je. Kesian tengok Key-O study. Salahkah?” terang Nazzatul dengan suara perlahan. Takut jika Khairul memarahinya lagi.

Sungguh dia sangat kasihan melihat Khairul yang study tak ubah seperti orang gila. Sekejap-kejap tangannya menarik rambut. Sesekali dia mengetuk meja berhampiran dengan sofa yang Nazzatul sedang duduk. Lantas dia mengambil keputusan untuk membantu adiknya itu. Lagipun, subjek yang adiknya itu sedang menelaah adalah subjek kegemarannya, Biologi. Lalu, televisyen yang menayangkan rancangan Nona di tutup. Tapi siapa sangka yang niatnya ditolak mentah-mentah.

“ Aku ke kau yang nak SPM?” tanya Khairul sinis. Sudahlah dia sedang serabut memikirkan bagaimana hendak menghafal nota-nota ini, alih-alih perempuan ini pula yang datang menyibuk. Terus sahaja dia ‘meletup’.

“ Key-o yang nak SPM. Tapi salahkah seorang kakak nak tolong adiknya?”

“ Eh, sorry sikit. Aku tak ada dua kakak ok. Aku cuma ada Kak Izhan. Kau bukan kakak aku!” marah Khairul. Kali ini air mata yang ditahan Nazzatul terus tumpah. Terasa hatinya bagai disiat-siat sembilu. Khairul mencebik, sungguh dia benci dengan perempuan bertudung putih yang berada di hadapannya kini. Budak cengeng. Asyik-asyik menangis.

“  Key-O, jangan kau nak kurang ajar dengan Atul!”jerkahan dari tangga mengejutkan Nazzatul dan Khairul yang masih berada di meja . Nazzatul menelan air liur. Jika Khairul Azhar datang mencelah makanya akan berlaku pergaduhan besar lagi antara kedua-dua adik beradik itu.

Nazzatul cuba berdalih. Dia tidak mahu kedua-dua adik beradik itu bermasam muka hanya disebabkan kesalahan dia.“ Eh, Azhar. Mana ada Key-O kurang ajar dengan aku. Kita orang bergurau je tadi.”

“Jangan kau ingat aku bodoh, Atul. Apa yang korang cakap tadi memang dengar sampai kat bilik aku” bidas Azhar.
Tidurnya terganggu apabila terdengar tengkingan Khairul tadi. Dia sudah mengagak jika dia dan Nazzatul pulang bercuti ke rumah pasti Khairul mencari pasal dengan Nazzatul. Sia-sia sahaja dia mendengar pujukan Nazzatul, adik angkatnya yang merangkap rakan karibnya itu yang mahu pulang secara mengejut. Walhal cuti matrikulasi kali ini hanya tiga hari .Kejutan kepada ibu dan ayah kononnya. Akhirnya, wajah Khairul yang masam mencuka menjemput mereka di depan pintu rumah. Katanya, ibu dan ayah pulang ke rumah nenek sebentar.  Azhar memandang tajam wajah Nazzatul dan Khairul silih berganti. Khairul membuat muka manakala Nazzatul diam tidak berkutik.

“Eleh, nak bela awek dia la tu” gumam Khairul perlahan namun telinga Azhar masih lagi dapat menangkap butirannya.

“Woi, Key-O kau memang nak makan penumbuk aku ke? Ini bukan awek aku tapi kakak kau, adik aku!”

“Aku tak pernah kata aku terima dia sebagai kakak aku, tahu tak!” jerit Khairul sambil melangkah laju memanjat tangga. Tidak lama
kemudian kedengaran pintu bilik dihempas.

“Key-O, kau dengar tak apa aku cakap!!” kuat Azhar melaung memanggil adik bongsunya. Dia sudah berkira-kira mahu memecahkan pintu bilik adiknya. Hatinya meluap-luap penuh kemarahan. Kali ini Khairul benar-benar melampaui batas. Tergamak dia berkata begitu kepada Nazzatul, si yatim piatu. Tangannya di kepal, namun sebelum sempat kakinya menjejak anak tangga, terasa bajunya ditarik.

“Zhar,  Janganlah Zhar. Dia budak lagi. Tak matang. Jangan kau pun ikut sama jadi tak matang. Lagipun malu jiran dengar. Nanti diberitahu pada ibu dan ayah, apa kita nak jawab?” pujuk Nazzatul lembut.Sisa-sisa air mata di kesat dengan telapak tangan. Dia harus kuat. Dia sedar siapa dirinya. Jadi, dia tidak boleh memporak-porandakan kebahagiaan keluarga ini dengan kehadiran dia. Azhar mengeluh lemah. Apalah nasib sahabatnya ini. Sudahlah tinggal sebatang kara, sekarang adik bongsunya masih lagi tidak dapat menerima kehadiran Nazzatul dalam keluarga mereka. Ketika arwah papa dan mama Nazzatul masih lagi hidup, tidak pernah Khairul berperangai keanak-anakan seperti itu. Apa yang menyebabkan Khairul berubah?

“ Yelah. Memang budak tu tak matang!” balas Azhar geram. Nazzatul hanya tersenyum kelat. Azhar terdiam sejenak. Tidak mahu membuat sahabatnya itu bersedih lagi, tiba-tiba sahaja akalnya mendapat idea.

“Wei, kau rasa-rasa terbau ayam KFC tak?” tanya Azhar sambil menghidu-hidu udara di sekeliling. Nazzatul yang masih blur turut
sama menghidu.

“ Tak ada pun” naïf Nazzatul menjawab. Rasanya deria baunyamasih lagi berfungsi. Memang tidak ada bau ayam goreng pun. Nak kata Kak Izhanyang memasak, tidak mungkin kerana kakaknya itu baru sahaja keluar ke kedai.Mahu mentopup telefon bimbit katanya.

“ Ha, aku tahu.”

“ Apa dia?”

“ Bau dompet kau. Dia suruh kau belanja aku KFC!” serentakdengan itu Nazzatul menjerit nama Azhar namun Azhar sudah awal-awal lagiberlari menuju ke kereta. ‘Ha, memang ada je yang nak kenakan aku.’ Bisik hatiNazzatul perlahan dengan perasaan yang sudah terpujuk dengan gelagat Azhar.




Tahun 2012

Hari Sabtu, suasana di rumah Haji Kamal dan Hajjah Kamariahriuh dengan orang ramai. Kedengaran bunyi paluan kompang berkumandang.

“Pengantin dah sampai! Pengantin dah sampai!”  Jerit seorang pemuda sambil melangkah lajumenuju ke meja makan pengantin. Serentak dengan itu juga, kaum wanita di dalamrumah sibuk mengemaskan tempat persandingan. Mahu kelihatan sempurna sebelumpasangan raja sehari duduk di atas singgahsana nanti. Nazzatul yang tadinyasibuk menyediakan gubahan buah-buahan di dapur turut kalut. Semua makanan untukdiletak hiasan sudah siap cuma tinggal untuk letakkannya di atas meja makanpengantin sahaja.

“ Mak Lang, pengantin dah sampai. Minta tolong siapa-siapasat angkut makanan ni. Nanti tak sempat” gesa Nazzatul.

“  Yelah tinggal katsitu. Ni ha. Ramai anak buah boleh tolong.” Balas Mak Lang sambil tangannyaligat menyiapkan sentuhan terakhir manakala mulutnya memuncung ke arahanak-anak saudaranya yang turut sama membantu. Makanan pengantin mana bolehbuat halai balai je. Nanti tak pasal-pasal kena kutuk dengan pihak pengantinbelah perempuan. Ketika Nazzatul berkira-kira hendak membawa hidangan makananke meja pengantin kedengaran namanya dilaung.

“Nazzatul, oo Nazzatul Aini…”

  “Ye ada apa?” laung Nazzatul kembali.Kelihatan Mak Ngah Senah sedang melambai-lambai tangannya dari ruang tamu dimana tempat persandingan pengantin berada.

“ Ni mak hang panggil ni.”

“Pasal apa, Mak Ngah?” Dia malas sebenarnya. Sudahlahtudungnya sudah senget benget, ini pula di panggil ke depan  dimana tempat tetamu ramai bertandang. Maludia kalau orang lihat anak dara Haji Kamal yang selekeh.

”Mai la. Banyak tanya pulak” gesa Mak Ngah. Nak tak nakNazzatul terpaksa juga menuju ke tempat yang dimaksudkan. Namun sempat dia kemengerling ke arah cermin muka di sinki. Mengemaskan tudungnya yang kelihatantidak terurus.

“ Lawa dah aih.” Usik Mak Lang yang sedang menatang duapinggan lauk ayam masak merah. Nazzatul tersenyum malu tanpa kata.

“ Ha, ini pun anak bertuah ibu ni yang nak kena kahwinkanpula nanti”usik Izhan sebaik sahaja dia nampak kelibat Nazzatul. Kesemua ahlikeluarganya sudah pun berkumpul untuk mengambil gambar family dengan pasanganpengantin.

“Kak Izhan ni. Malula kita”  Merah muka Nazzatul menahanmalu atas usikan kakaknya Izhan. Aduh, kenapa hari dia kena sakat je? Yang sipengantin lelaki hanya tersengih-sengih sahaja melihat dia dikenakan Kak Izhan.

“ Sengih-sengih apa, Azhar? Syaira awak kena jaga denganlaki awak baik-baik sikit. Dia ni gatal sangat ya amat. Tak sempat-sempattunang dua minggu terus nak menikah” tempelak Nazzatul. Kelihatan si pengantinperempuan tersipu malu manakala hadirin yang berada di situ pula ketawa. Azharhanya menunjukkan muka selambanya. Memang Azhar ni suka buat gila-gila. Baru jetunang dua minggu, terus minta ayah percepatkan tarikh nikah. Katanya sakitrindu kalau lama-lama. Memang buang tabiat.

“Okey, drama komedi dah habis ye. Cik Nazzatul sila naik keatas pentas untuk mengambil gambar.” Azhar bangun dari tempat duduknya sambilberlagak seperti seorang penyambut tetamu hotel bintang. Bintangla sangat.Nazzatul mencebik bibir sambil melangkah berdiri disamping Hajah Kamariah.

“Okey, satu. Dua . tiga.” Klik. Gambar sudah di ambil. Barusahaja Nazzatul hendak turun si jurugambar sudah mematikan pergerakannya.

“Jap. Jap. Kali ini kita ambil susunan yang cantik sikit.Diminta semua duduk dengan pasangan masing-masing” Nazzatul menggaru kepala.Dengan siapa yang dia hendak berpasangan? Satu persatu wajah ahli keluarganyadia tatap. Ibu dengan ayah. Kak Izhan dengan inche suami, Abang Jamal, Azharsudah tentulah dengan isteri tercinta sebab mereka kan watak utama. Jadi diadengan…….Terus Nazzatul mengalihkan pandangannya ke wajah juru kamera. Tubuhnyaterasa kaku.

“Cik..cik Nazzatul ye? Boleh tak cik duduk dengan adik cikni?” permintaan dari encik jurugambar membuatkan Nazzatul tersenyum. Ya,tersenyum seperti baru makan sayur peria. Mengapalah si jurugambar ini banyaksongeh? Nazzatul melangkah ke arah yang ditunjukkan si jurugambar tadi. Si bajumelayu biru sudah memberi ruang di sebelahnya. Dengan rasa tidak rela hati, diapun memenuhi ruang itu.

“Okey. Ini baru cantik”si jurugambar memuji pula sambilmengangkat ibu jarinya tapi Nazzatul di sana sudah gelisah.

“Baik , senyum semua.” Nazzatul mengukir senyuman. Senyumandalam paksaan.

“ Boleh senyum ikhlas tak?” Nazzatul terkedu mendengarbisikan si baju melayu biru. Perlahan bibirnya menarik lagi bibirnya. Cubauntuk tersenyum. Tapi kali ini rasa langsung tak ikhlas. Si jurugambar sudahsedia dengan kameranya.

“ Okey. Satu, dua, tiga” Klik!




Last edited by aishah9121 on 16-11-2012 08:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2012 01:22 PM | Show all posts
cerita kakak angkat dan adik angkat yg nnt terus diangkat yea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 01:56 PM | Show all posts
Bab 2.

Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi, namun mata Nazzatul sedikit pun tidak berasa mengantuk. Mahu memaksa melelapkan mata, terasa sakit kepala pula. Mungkin penat membuat kerja sewaktu kenduri masih terasa. Sudahnya, dia turun ke dapur cuba mencari-cari sesuatu unuk melelapkan mata. Kelihatan ibu dan Mak Ngah Senah yang berborak di meja makan. Nampak sangat rancak.

“ Aii, tak leh tidur ke?” Tanya Mak Ngah Senah yang nampak Nazzatul baru melangkah masuk ke ruang dapur.

“Yelah Mak Ngah. Tak tahu kenapa. ” balas Nazzatul sambil tangannya membuka pintu peti ais. Satu-satu isi peti ais di beleknya. Nak makan apa ya? Nak makan roti? Coklat? Atau buah? Fikirnya. Tak tahu hendak memilih akhirnya botol susu segar sahaja di capainya. Harap-harap boleh tidur lepas minum ni. Gelas di sinki di capai lalu susu tadi di tuang. Setelah botol susu itu diletakkan kembali ke dalam peti barulah dia berjalan ke arah meja makan. Tempat di sebelah ibunya di ambil.

“Atul, Atul. bila hang nak kahwin pulak ni? Si Zhar dah kahwin tapi tak pelah umur 26 pun, dia lelaki Tapi hang lain Atul. Umur 26 tahun untuk perempuan dah kira lambat dah tu.” Ujar Mak Ngah Senah sambil tangannya mencapai cawan yang berisi air kopi lalu dibawa ke bibir.

Nazzatul yang baru menghirup susu mengangkat kening. Adeii, soalan ini lagikah? Semalam baru dia menjawab soalan dari Mak Lang dan sekarang dia perlu menjawab untuk Mak Ngah Senah pula. Ini semua gara-gara Azhar kahwin. Tak pasal-pasal dia juga kena tempiasnya.

Hajjah Kamariah yang duduk di sebelah anak angkatnya itu hanya diam membisu. Biskut dalam piring dicapai. Malas sebenarnya untuk bersoal tentang jodoh anak angkat yang sudah di anggap seperti anak sendiri. Sudah kerap dia dan suaminya bertanya. Tapi ada sahaja alasan yang di berikan.

“Entahlah, Mak Ngah. Tak ada jodoh kot” Balas Nazzatul sambil tersengih. Meja makan direnung dengan minat.

Teman sekerja memang ramai tetapi teman istimewa masih belum bertandang di hati. Hidupnya hanya memikirkan tentang kerjayanya sebagai seorang doktor gigi. Bidang yang sekian lama menjadi idamannya.

“ Tak ada jodoh atau Atul yang tak berusaha mencari?” soalan Mak Ngah membuatkan Nazzatul menarik nafas panjang.

Ya, dia mengaku yang dia memang tidak berusaha mencari. Mengapa mahu mencari jodoh sedangkan dia masih belum puas dengan kerjaya yang diminatinya itu. Dia tidak mahu komitmen kepada kerjayanya beralih kepada kehidupan berkeluarga. Nazzatul memandang wajah ibunya, berkerut meminta pertolongan akan tetapi Hajah Kamariah hanya mengangakat bahu. Biarlah kali ini, adik iparnya, Senah yang berbincang tentang soal jodoh. Mana tahu kalau-kalau Nazzatul terbuka hati. Nazzatul kembali menghadap meja. Kecewa kerana ibu tidak menolongnya.

“ Atul, betul cakap Mak Ngah tu. Hari ini Azhar dah kahwin. Atul dah tak boleh berkepit dengan Zhar lagi. Dia dah jadi milik Syaira. Jadi apa salahnya kalau Atul cari suami untuk di kepitkan pula, lagi senang. Cakap je nak apa. InsyaAllah, bakal imam Atul boleh tunaikan” Nazzatul ketawa kecil. Lucu bila ibu menyebut ‘kepit’. Ibu ingat dia ketam ke nak kepit-kepit suami?

“Ibu bukan apa, Atul. Ibu rasa bersalah dekat arwah mama dan papa Atul kalau Atul tak kahwin lagi. Apa ibu nak jawab di ‘sana’ nanti? Mengapa ibu tak bantu untuk cari imam buat Atul?” Lirih sahaja suara Hajah Kamariah. Susuk tubuh gadis di sebelahnya di pandang dengan penuh kasih sayang.

Sudah 7 tahun rupanya dia membesarkan Nazzatul seperti anak sendiri. Teringat dia ketika arwah Suhana masih hidup. Kerap kali Suhana bertandang ke rumahnya bersama suami, Zulkifli dan anaknya, Nazzatul Aini. Hubungannya dengan arwah Suhana memang rapat kerana mereka berdua berkawan baik sejak di bangku sekolah.

Namun, apakan daya. Ajal tidak mengira siapa. Kemalangan yang berlaku ketika Suhana dan Zulkifli pulang dari tempat kerja telah meragut nyawa kawan karibnya itu. Ketika itu, Nazzatul masih berada si sekolah. Bergegas gadis itu ke hospital apabila khabar mengenai papa dan mamanya sampai ke pengetahuannya. Namun, mati itu pasti. Akhirnya, kedua-dua papa dan mama Nazzatul pulang ke rahmatullah. Gadis itu hanya tenang mendengar berita kematian papa dan mamanya. Kerana kasihankan gadis yang tinggal sebatang kara itu, lalu dia dan suaminya mengambil keputusan untuk membawa NAzzatul tinggal bersama mereka sekeluarga. Lagipun, Nazzatul yang berkawan rapat dengan Azhar turut rapat dengan anak-anaknya yang lain.

“Tapi ibu, Mak Ngah tak ada siapa nakkan Atul” suara Nazzatul mematikan lamunan Hajah Kamariah.

“Tak mengapa. Atul boleh mencari. Kan Atul ramai kawan lelaki.”

“ Itu kawan la, ibu. Atul memang tak reti cari”

“Boleh Atul. Nanti Mak Ngah carikan”

“ Siapa la yang nakkan Atul tu?”

“ Jangan risau. Dah ada calonnya. Cuma Mak Ngah tunggu jawapan Atul je” Erk, sudah. Kan dah kena. Terkebil-kebil Nazzatul memandang wajah Mak Ngah Senah.

“ Err..Si..Siapa?” tersangkut-sangkut dia bertanya. Katakan sahaja itu mimpi! Dia tidak mahu di jodohkan dengan orang yang dia tidak kenal.

“ Atul kenal orangnya.” Hajah Kamariah mula berteka-teki. Adik iparnya dipandang dengan senyuman rahsia. Mak Ngah Senah juga tersenyum. Nazzatul yang memandang wajah kedua-dua wanita itu mula gelisah. Ah, mereka sudah merancang rupanya. Nampaknya dia sukar untuk mengelak kali ini jika ibu sudah ada geng.

“ Dia…”

“Aik, mak dan Mak Ngah tak tidur lagi ke” pertanyaan dari suara gurau di luar dapur menghentikan kata-kata Hajah Kamariah. Ketiga-tiga wanita itu memandang ke arah suara itu. Nazzatul diam menikus di sebelah ibunya sebaik sahaja tahu siapa pemilik suara itu. Si baju melayu biru sudah bertukar baju ke T-shirt hitam.

“Lah, hang ka Izhar. Awat tak bagi salam?” Mak Ngah menegur.

“Hehehe, dahaga sangat. Mak Ngah sembang apa dengan ibu ni sampai tak tidur lagi ni? Gosip ye..” usik Khairul sambil jari telunjuk tangan kanannya di goyangkan manakala tangan kirinya pula masih memegang gelas.Langkahnya di atur menuju ke meja.

“ Ni ha. Cakap pasal Kak Atul hang ni ha. Nak suruh dia kahwin” Terus langkah Khairul mati. Tak perasan pula Nazzatul di disitu. Di perhati arah yang di tunjuk Mak Ngah Senah. Nampak sangat Nazzatul ini kecil orangnya. Terlindung di sebalik tubuh ibunya yang agak gempal. Langkahnya di teruskan juga ke meja. Takkan nak berhenti atau lari dari situ. Tak ke pelik?

“ Ye ke? Kak Nazzatul nak kahwin juga ke?” Sengaja nama Nazzatul di sebut. Tidak selesa jika nama ‘atul’ disebutnya. Nazzatul hanya memandang meja. Tahu dia masih belum diterima oleh Khairul.

“Tak adalah. Rancangan nak menjodohkan Kak Atul kamu ni dengan calon pilihan ibu.” Bahu Nazzatul disentuh perlahan oleh Hajah Kamariah. Nazzatul terasa malu. Mengapa di sebut soal jodohnya kepada Khairul. Sudahlah lelaki itu tidak pernah berbual dengannya, tiba-tiba soal yang dirasakan peribadi ini di beritahu kepada Khairul memang membuatkan aliran darah laju naik ke wajahnya. Rasa nak tutup je mukanya denga kain tudung yang di pakainya.

“Oh..”itu sahaja yang keluar dari bibir Khairul. Nazzatul cuba melihat Khairul yang berada di hujung meja dari ekor matanya. Namun,  pandangan tajam Khairul pula yang menikamnya. Laju dia mengalihkan pandangan ke meja semula.

“Ha, bila habis cuti ni?” Soal Mak Ngah lagi. Jarang sebenarnya dia nampak kelibat anak saudaranya ini. Asyik sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang jurutera. Seorang lagi yang gilakan kerja selain dari Nazzatul. Baguslah. Adik-beradik dari segi perangai walaupun bukan darahnya.

“ Lusa, Mak Ngah.”

“ Sekejapnya. Awat tak ambil seminggu je cuti?” keluh Mak Ngah. Hajah Kamariah tidak terkata apa. Benda yang sama juga ditanya bila anaknya tiba di rumah dua hari sebelum hari kenduri. Tapi alasan yang diberikan..

“ Banyak kerjalah, Mak Ngah. Ini pun minta belas kasihan dari bos nih”Ya, itu jawapan anak terunanya.

“Kerja , kerja juga. Hang ni sama je dengan Kak Atul hang ni. Asyik dengan kerja. Sesuai sangatlah. Seorang doktor, seorang lagi engineer.” Nazzatul memandang wajah Mak Ngah. Aik, aku pun kena? Gara-gara nak bebel dekat Khairul, aku pula kena tempias? Kerja aku taklah sibuk sangat. Cuma aku yang malas nak pulang ke kampung.

“Mak Ngah, ibu. Atul naik dulu ye. Mengantuklah” Kata Atul sambil menolak kerusi. Tangannya mencapai tangan ibunya lalu disalami. Begitu juga kepada Mak Ngah Senah.

“ Ha, itu nak lari la tu” sindir Mak Ngah. Nazzatul hanya tersengih. Gelas yang sudah kosong di bawa ke sinki lalu di bersihkan.

“ Naik dulu ye, Assalamualaikum” ucap Nazzatul sebelum melangkah keluar dari dapur. Tidak mahu berlama-lama di situ. Tahu akan kehadirannya tidak disenangi Khairul. Biarlah Khairul sahaja yang melayani kedua-dua orang tua itu. Dia mahu tidur.




“Apasal dengan kereta kau?” Soal Azhar. Beg Nazzatul di tangannya di letak ke dalam bonet. Namun, adiknya itu masih belum menghidupkan enjin kereta Proton Wajanya.

“Entahlah, Zhar. Aku tak boleh start langsung nih” rungut Nazzatul sambil menutup pintu kereta di bahagian pemandu.

“ Meh sini aku tengok.”

“ Wei, kau ada pergi servis kereta tak sebelum kau balik?” Soal Azhar. Enjin kereta di selidiknya.

“ Err.. tak?” Nazzatul menjawab takut-takut. Habislah1

“Aduh, kau ni memang sengal la. Mana tak hidup enjin. Dah berapa kali aku pesan suruh kau pergi servis. Kan dah ada problem dengan enjin kau ni. “ Membebel Azhar dengan geram. Sungguh, budak ni tak makan saman.

“ Sorry la. Aku memang lupa la. Lepas aku habis kerja hari terus aku balik kampung. Kenduri kau punya pasal la” Nazzatul cuba membela diri. Tidak mahu mendengar Azhar membebel. Kalau doktor bedah ni membebel boleh bernanah telinga.

“ Apa yang bising-bising ni sampai dengar kat dalam rumah?” soal Haji Kamal sambil melangkah keluar dari rumah. Di belakangnya kelihatan Izhar, Hajah Kamariah dan Syaira, menantu baru mereka.

“ Ni ha.Atul ni. Kereta dia rosak. Tak pergi servis siapa suruh.” Adu Azhar sambil menunjukkan ke arah kereta Nazzatul.

“La..macam itu pulak. Habis macam mana nak balik ni?” soal Hajah Kamariah.

“Ala..mintak tolong Zhar ngan Syaira hantarkan boleh” tanya Nazzatul sambil membuat muka kasihan kepada Syaira. Syaira hanya ketawa dengan keletah Nazzatul.

“ Eh, sorry sikit ye. Kita orang nak pergi honeymoon. Jalan lain-lain” bidas Azhar sambil bercekak pinggang. Cis, kedekut kau ye, Zhar. Tak apa. NAzzatul menjelirkan lidah kepada Azhar tapi di balas Azhar dengan penumbuk yang diacahnya. Memang mereka suka bergurau kasar.

“Kalau macam tu, mintak tolong Kak Izhan lah”

“ La, kan pagi tadi Kak Izhan dah awal-awal keluar dengan suami dia pergi rumah mak mertua dia. Bukan kamu siap peluk cium lagi ke?” Hajah Kamariah mengingatkan Nazzatul. Nazzatul menggaru kepala. Macam mana dia boleh lupa ni? Ah, bagaimana dia mahu pulang? Esok sudah mula kerja.

“ Balik dengan Key-O je” Nazzatul tersentak. Benar ke itu yang keluar dari bibir lelaki yang berdiri di sebelah ayah? Tidak mungkin.

“Ha, lupa pulak. Izhar pun nak balik pukul tiga nanti kan? Hem..alang-alang satu hala boleh la tumpang.” Haji Kamal sudah mengangguk menyetujui cadangan anak terunanya itu. Putrajaya dengan Serdang tidaklah sejauh mana.

“ Eh, tak apalah. Nanti Atul minta kawan Atul ambil Atul.” Tolak Nazzatul. Tidak mahulah dia kalu balik dengan Khairul. Mati sejuk beku nanti dalam kereta. Tangannya mencapai telefon bimbit di dalam kereta.

“La kenapa nak susahkan orang lain? Dah ada ahli keluarga sendiri boleh bantu” pujuk Hajah Kamariah.

“Tapi..” Akalnya masih mahu membantah namun cepat disampuk ayahnya.

“ Balik dengan Izhar je. Bahaya. Kereta Atul, ayah suruh Abang jamal hantar nanti” Balas Haji Kamal. Keputusannya muktamad. Nazzatul menelan air liur. Wajah Azhar di pandangnya. Memohon simpati namun Azhar mengangkat bahu dan menuju ke arah bonet kereta. Beg pakaiannya sudah beralih ke kereta Izhar. Aduh, mati bekulah nanti.  





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 01:58 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-11-2012 01:22 PM
cerita kakak angkat dan adik angkat yg nnt terus diangkat yea

Haah, thanks sudi bace. budak baru kat forum nih. masih belajar utk menggunakannya
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 02:14 PM | Show all posts
aishah9121 posted on 12-11-2012 01:58 PM
Haah, thanks sudi bace. budak baru kat forum nih. masih belajar utk menggunakannya

nnt buh N3 lagi taw
best nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 02:40 PM | Show all posts
suke sngt citer ni... nk lg2... mesti si izhar ni mmg suke kat atul sebenarnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2012 07:59 PM | Show all posts
misssakura posted on 12-11-2012 02:40 PM
suke sngt citer ni... nk lg2... mesti si izhar ni mmg suke kat atul sebenarnya

wah, dah meramal nampak. hahaha thanks bace cerita ni. masih lagi belajar untuk berkarya. terima kasih atas sokongan anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 04:54 AM | Show all posts
Bab 3

“Key-O, biar akak yang bayarkan duit minyak ye” ujar Nazzatul ketika kereta milik Izhar berhenti di stesen minyak di RnR, Tapah. Pintu kereta sudah di buka namun ditutup kembali apabila Khairul bersuara.

“Tak payah. Awak duduk sini je!” aduh, tegasnya bunyi. Macam nak marah orang. Panggilan ‘kak’ sudah hilang dari namanya.

Bosan ditinggalkan seorang di dalam kereta, mata Nazzatul pun mula menggatal. Tadi ketika Khairul disebelahnya tidak banyak yang di perhati. Hanya pemandangan di luar tingkap sahaja yang dilayan. Ruang dalam kereta adiknya itu memang kemas. Serba-serbi berwarna biru. Dia suka birukah? Mana tahu warna kegemaran adiknya itu. Mahu duduk sekali bergurau senda pun susah. Yang ada hanya wajah tidak beriak. Itu kalau dengan Nazzatul sahaja. Tapi kalau dengan ahli keluarga lain becok sahaja si daging beku bersuara. Opss!terlepas pulak nama timangan adiknya itu. Rahsia tau.

Hish, lama pulak si daging beku bayar duit? Nazzatul mula mengeluh. Sedang asyik memerhati, matanya tertancap pada sebuah buku berwarna biru di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Terkial-kial tangannya menarik buku itu. ‘Di Hamparan Shamrock-Ku seru namaMu’ tajuk buku yang dipegangnya.

‘Wow ini siri tarbiah rohani ni. Sejak bila si daging beku berubah jadi stok ala-ala alim? Bukan dia ni kaki baran ke? Baca ke buku seperti ini?’ Astaghfirullahalazim. Mengucap Nazzatul Aini. Awak asyik mengutuk orang je tapi tidak cermin diri dahulu.

Sehelai demi sehelai isi buku dibeleknya. Gayanya seperti menarik. Kisah liku-liku hidup si penulis, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ketika di perantauan. Tiba-tiba timbul keinginan membacanya sebelum niatnya mati apabila kedengaran bunyi di luar kereta. Kelihatan Si Daging Beku sudah selesai mengisi minyak. Serta merta Nazzatul meletakkan kembali buku itu di belakang. Posisi duduknya di betulkan. Cuba berlagak seperti biasa. Si Daging Beku sudah masuk ke dalam kereta namun tiada sepatah perkataan pun yang terbit dari mulutnya berkenaan perbuatan Nazzatul membaca buku tadi. Nazzatul menarik nafas lega. Nampaknya Si Daging Beku tidak perasan. Syukurlah. Dia tidak mahu nanti Si Daging Beku mengamuk kerana dia menyentuh barangnya tanpa izin. Enjin kereta dihidupkan lalu bergerak perlahan keluar dari stesen minyak.



“Best ke buku tu?” tersentak Nazzatul dari lamunan. Pemandangan luar tingkap sudah beralih kepada wajah Khairul.

“Cakap dengan saya ke?”soal Nazzatul kembali. Pelik nih.

“Ada orang lain ke dalam kereta?” soalan berjawab soalan. Namun mata Khairul masih focus ke atas lebuh raya.

“Oohh…” Nazzatul hanya mengangguk. Tidak tahu untuk membalas apa. Mana tahu kalau si daging beku bercakap di telefon ke. Nanti malu pulak dia cakap seorang. Eh, ada satu benda pelik di sini. Si Daging beku bercakap dengannya. Talking to me! Yes, without anyone here. Selalunya payah untuk lelaki itu bercakap dengannya bila mereka berdua sahaja.

“Hello, are you still there?” sinis Khairul menegur.

“ Oh, ye. Buku tu ye. Boleh tahan” kekok Nazzatul membalas. Jarinya memintal-mintal hujung tudungnya.

“ Penulis buku tu pernah datang ke universiti saya dahulu untuk beri ceramah. Ceramah yang di berikan agak menarik. Kisah suka kehidupannya sebagai seorang pelajar di perantauan. Tapi tidak disangka pula Ustaz Hasrizal menulis kisah yang diceritakan dalam ceramah itu ke dalam buku ini. Untuk menghayati kisahnya lebih mendalam lagilah, baru Key-O beli buku ni.” Cerita Khairul panjang lebar. Nazzatul terpaku mendengarnya.

Ada dua sebab kenapa dia terpaku. Satu, dia pernah dengar dari cerita kawan-kawannya tentang penulisan Ustaz Hasrizal ni. Tapi ini karyanya yang paling terbaru rasanya. Kedua, yang membuatkan lagi nak terbeliak mata adalah ini kali pertama Si Daging Beku bercakap panjang lebar. Tidak mahu membuatkan suasana yang sedia ada pelik menjadi lebih pelik dengan kebisuannya, lalu Nazzatul turut membuka mulut.

“ Oh,yeke? Key-O suka baca buku tu?”

“ Suka. Banyak pengajaran sebenarnya yang kita boleh dapat dari buku Di Hamparan Shamrock ni”

“ Apa moral values yang dapat Key-O highlightkan?”

“First, ujian. Setiap manusia akan diberi ujian mengikut tahap keimanannya. Dalam buku ini, ujian yang penulis terima agak berat bagi Key-O. Namun, penulis masih mampu menghadapinya dengan tenang. Dari soal kewangan hinggalah ke soal nyawa, penulis masih lagi tabah mengharungi musibah.” Nazzatul mendengar dengan teliti. Seronok jika kita mendengar orang yang jarang membuka mulut bercoloteh.

“ Kedua, sentiasa berfikiran psitif. Hal ini berkait rapat dengan ujian yang kita terima. Kadangkala manusia ini lupa yang disebalik musibah yang berlaku, Allah masih lagi menselitkan hikmahNya. Kita tidak boleh terus membuat prasangka buruk. Jangan cepat melatah. Fikir secara rasional.”

“Yang ketiga…”Izhar mula berhenti bercakap. Nazzatul ternanti-nanti butir kata yang akan keluar dari mulut pemuda itu namun masih tiada tanda-tanda yang pemuda itu akan menyambung kata-katanya tadi.

“ Yang ketiga apa, Key-O?” tanya Nazzatul tidak dapat bersabar.

“Yang ketiga, awak kena baca sendiri la!” Lah, pulak. Baru je dia nak dengar lagi. Jelas di wajah Nazzatul penuh kekecewaan. Izhar yang melihat wajah cemberut Nazzatul mula ketawa.

“  Apa ni? Cerita sekerat jalan je.” Rungut Nazzatul.

“ Eh, kalau cerita semua, spoil la.” Khairul masih lagi ketawa. Nazzatul yang geram mula berpeluk tubuh. Sudah hilang rasa minatnya untuk berbual dengan Khairul. Hekele, baru tanya nilai pengajaran dalam buku tu dah nak berahsia. Bukan tanya jalan cerita pun. Tak apa. Balik nanti aku cari sendiri buku tu.




“Ain..Ain. Bangun. Kita dah sampai ni.” Siapa Ain? Dah sampai? Sampai ke mana? Banyak persoalan yang timbul, namun matanya masih lagi berat untuk di buka. Katilnya di rumah ibu terasa begitu empuk.

“Nazzatul Aini binti Zulkifli. Sila bangun, tuan puteri.” Aik, nama penuh nampak. Wait a second. Ini suara Khairul! Pantas matanya di buka. Kelihatan wajah Khairul yang tersenyum. Senyum ikhlas atau menyindir?  Eh, bukan dia di rumah ke tadi? Wuuu malunya. Macam mana boleh tidur ni? Nak tutup muka!!

“Dah sedar? Ni rumah awak ni. Kita dah sampai.” Tutur Khairul sambil ibu jarinya dihala ke luar tingkap kereta. Sebuah rumah teres yang sederhana besar terletak di sebelah kereta. Nazzatul memisat-misat matanya. Ya, memang dia sudah sampai.

“ Okey, thanks. Assalamualaikum” terus pintu kereta di buka. Laju dia mengatur langkah ke pintu pagar rumah.

“ Ahem..Cik Nazzatul Aini.” Apa lagi Encik Khairul? Sudahlah dia masih lagi malu dengan hal tidur tadi. Apa lagi si Daging Beku nak? Nazzatul berkalih memandang Khairul yang sudah pun keluar dari kereta.

“Apa?”

“Beg awak dalam bonet kereta ni tak nak ke?” menyerbu darah naik ke muka Nazzatul. Huuuu malu lagi. Bergegas dia menuju ke bonet kereta Khairul. Tapi malangnya bonet itu masih tidak terbuka walaupun dia berusaha untuk membukanya.

“Sabarlah cik kak oi..mana bukak lagi bonet tu.” Panjang harakat Khairul memanggilnya.

Aish.. lagi sekali. Kenapa dia sangat clumsy hari ini? Marah Nazzatul dalam hati. Khairul masuk kembali ke dalam kereta dan tidak lama kemudian barulah bonet kereta boleh di buka. Kalut Nazzatul mengambil beg pakaiannya sebelum melangkah laju masuk kedalam rumah meninggalkan Khairul yang masih berada di luar rumah. Biarlah Khairul nak cakap apa pun tapi yang pasti dia tengah malu sekarang ni!



Usai solat maghrib, barulah Nazzatul keluar dari bilik lalu menuju ke dapur. Menyediakan makan malam. Seekor ayam di keluarkan dari peti ais begitu juga bahan-bahan lain untuk dimasak. Cukuplah sekadar ayam masak merah. Itulah yang paling simple sekarang.

“ Hah! Masak ape?” sergahan dari belakang tubuh Nazzatul membuatkan dirinya terkejut. Allahuakbar. Mana salamnya?

“Assalamualaikum.”

“ Hehehe, waalaikumussalam. Sorry?”  ujar Syazliana, teman serumah Nazzatul. Tersengih-sengih dia apabila disindir.

“ Tau pun. Eh, mana Ira dengan Suzy? Tak balik lagi ke?” tanya Nazzatul apabila kelibat dua lagi teman serumahnya tidak kelihatan.

“ Tak balik lagi. Lambat sikit kata mereka. Bila kau sampai?” balas Syazliana sambil menjenguk ke dalam kuali. Wau.. ayam masak merah. Nazzatul mengangguk faham. Memang kerja dalam bidang perubatan ini agak sibuk kerana kekurangan kakitangan. Eh, siapa yang cakap tidak sibuk dulu?

“ Petang tadi.”

“ Tak perasan pula kereta kau. Terkejut aku bila tengok ada kasut kau kat luar.”

Nazzatul membasuh tangan. Dia perlu memotong sayur pula. Goreng cai cincai jela.“ Kereta aku buat hal. Aku balik dengan Izhar.”

Syazliana yang sedang mengacau lauk di kuali memandang Nazzatul pelik, “ Aik, rajin pulak si pengantin nak hantar kau?”

“Bukan Azhar, Tapi Izhar. Adik bongsu Azhar.”

“ Eh kau ada adik bongsu ke?” tanya Syazliana kembali. Dia tahu yang Nazzatul ini anak angkat tapi dia tidak tahu pula tukang masak seorang ni ada adik angkat lagi.

“ Lah, kan aku pernah cerita yang Azhar ada seorang kakak dan seorang adik. Yang hantar aku ni adik bongsu dia la.” Malas Nazzatul mahu bercerita sebenarnya tambahan pula yang diceritakan itu orang yang tidak sudi menerimanya sebagai keluarga. Akan tetapi Khairul memang berlainan hari ini. Ada sahaja yang di celotehnya.

“Mana aku tahu. You never mention about him.”

“ Dah, dah. Sekarang kau pergi mandi. Ada pulak baru balik dari hospital terus masak. Nanti tak pasal-pasal bau iodine kang lauk aku ni.”Sudip di tangan Syazliana diambil Nazzatul. Perlahan-lahan tubuh Syazliana di tolak keluar dari dapur. Syazliana sudah menjulingkan mata ke langit. Chef dah mula membebel so kena keluar nanti habis telinga dia menahan bebelan Nazzatul.
Last edited by aishah9121 on 16-11-2012 08:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2012 06:53 AM | Show all posts
izhar... nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 10:14 AM | Show all posts
haaaaa...dah terminat dengan izhar la tu...sampai terlupa beg tak amik lagi dari bonet. harap TT pulak tak terlupa tambah entry hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 04:56 PM | Show all posts
si daging beku dah mula bersuara
best best...................... nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 12:54 AM | Show all posts
Bab baru. Maaf kalau rasa bahasa dia agak pelik. sebabnya saya budak baru belajar hehehehe

Bab 4

Nazzatul mengurut tengkuknya yang terasa lenguh. Penat! Itu saja yang boleh dia katakan sekarang. Kertas-kertas yang berserakan di atas meja kerjanya disusun rapi lalu diletakkan di tepi. Siapa kata kerja sebagai doktor gigi hanya tengokkan gigi orang sahaja? Contohnya petang tadi. Baru sahaja dia hendak bersiap pulang ke rumah, sudah dapat ‘on-call’. Seorang pesakit kemalangan yang patah rahangnya. Akhirnya, dia pun terpaksalah juga menjalankan tugas walaupun hakikatnya hari ini satu hari suntuk dia bekerja di Hospital Serdang. Nak buat macam mana, inilah yang perlu dikorbankannya untuk cita-citanya yang sudah tercapai.
        
Jam di atas mejanya menunjukkan pukul 9 malam. Dia mahu pulang. Tidak sabar rasanya untuk landing di atas katil. Matanya sudah terasa berat. Beg sandang di tepi meja di ambil lalu disangkut ke bahu. Telefon bimbit ditangan ditekan butangnya. Dia perlu menelefon Suzy. Suzy sudah berjanji untuk menjemputnya pulang untuk beberapa hari ini memandangkan keretanya rosak. Mujurlah Suzy bukan dalam bidang perubatan yang memang diketahui sebagai bidang yang agak sibuk. Kalau tidak jenuh juga hendak mencari siapa yang boleh membantunya. Mujurlah ada Suzy yang dikenali dari zaman sekolah menengah yang bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. Ada juga masa untuk mengambilnya.

“Assalamualaikum, Suzy. Aku dah habis kerja ni. Boleh tak ambil aku?” tanya Nazzatul sebaik sahaja talian Suzy mengangkat panggilan.

“ Waalaikumussalam. Atul, sorry. Aku lambat sikitlah. Ada kerja ni. Boleh tak kau tunggu lagi setengah jam? Aku cuba settle kan kerja aku secepat mungkin.” Nazzatul mengeluh dalam hati. Tunggu lagi setengah jam? Dia memang rasa nak landing je di lantai hospital ni. Nampaknya dia harus bersabar. Takkan hendak merungut pula kan. Sudahlah dia menumpang sahaja. Betul cakap Azhar. Dia memang sengal. Inilah akibatnya kalau kereta tak nak bawak pergi servis. Hendak marah, masa tak boleh diputar kembali. Sudahnya, Nazzatul hanya reda.

“ Okeylah. Tak apa. Kau settlekan je kerja kau dulu. Nanti kau sampai sini kau call aku balik” Talian diputuskan sebaik sahaja suara Suzy menjawab salam. Nazzatul cuba memujuk hatinya. Tak mengapa, sabar itu kan separuh dari iman.

‘Baik, sekarang aku nak kemana. Malam-malam ni kafe pun dah kemas-kemas nak tutup. Nak lepak di lobi rasa tak best la pulak. Dahla malam. Sejuk!’ Fikir Nazzatul. Surau. Ya, apa kata dia duduk sahaja di surau lobi itu. Sambil-sambil tunggu Suzy boleh juga dia buat benda yang berfaedah sikit. Nazzatul mula mengatur langkah ke lobi.

Ruangan lobi hospital masih lagi ramai dengan pengunjung walaupun tidak seramai ketika waktu siang tadi. Mata Nazzatul liar memerhati gelagat pengunjung di situ. Ada yang hendak pulang,ada yang masih menunggu dan ada juga yang kelihatan tergesa-gesa menuju ke pintu masuk hospital. Barangkali ahli keluarga yang mendapat panggilan kecemasan.

‘Buk’ Nazzatul menahan kesakitan dibahu. Dia sudah melanggar seseorang ketika dia sedang asyik memerhati keadaan sekeliling.

“Maaf, maafkan saya. Saya tidak sengaja” kalut Nazzatul meminta maaf. Berkali-kali dia menundukkan kepalanya tanpa memandang orang yang dilanggarnya. Bagaimana dia selalu je buat benda yang akhirnya memalukan diri sendiri?

“It’s okay.” Pendek sahaja jawapan yang di berikan. Nazzatul mengangkat wajahnya. Seorang pemuda berkemeja hitam sedang memegang lengannya. Mungkin itu bahagian yang dilanggarnya tadi. Nazzatul menelek wajah lelaki itu. Rasa macam pernah dilihat. Tapi di mana ya? Mungkin perasan yang Nazzatul sedang memerhatinya, pemuda itu turut sama memandang wajah Nazzatul. Pandangan mata mereka berdua bertembung. Laju Nazzatul mengalihkan pandangannya, malu bila mengingatkan dia memerhati sesuatu yang tidak patut dipandang. Aduh, zina mata sudaa…

“ Awak ni..Atul kan? Nazzatul Aini.” soal pemuda tadi. Ha! Memang sah dia pernah berjumpa lelaki ini. Siap sebut nama penuh lagi tu.
Nazzatul memandang pemuda itu semula, akan tetapi lebih ke arah memandang lantai sebenarnya. “ Ya, saya. Awak siapa?”

“ Tak kenal saya lagi ke? Saya Zakri.” Zakri? Zakri mana pulak? Berkerut Nazzatul cuba mengingati lelaki nama Zakri ini. Ada ke rakan-rakan lelakinya yang bernama Zakri? Ya, memang ada. Tapi seingatnya Zakri yang dikenalinya berkulit cerah, bukan seperti Zakri yang berhadapan dengannya ini, berkulit hitam manis. Lagi satu, memang wajah pemuda ini tidak sama langsung dengan Zakri, sahabat di universitinya dahulu.

Pemuda bernama Zakri tadi ketawa apabila melihat wajah Nazzatul yang agak kebingungan. Mengapa nampak comel dipandangan matanya?

“ Saya Zakri, anak Mak Ngah Senah. Also known as ‘si tembam’. Tak ingat ke?”

“ Subhanallah! Si Tembam rupanya? La macam mana boleh tak tembam ni? Lamanya tak jumpa? Kau pergi mana?” Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir Nazzatul. Setahu dia ‘Si Tembam’ belajar di UK. Lepas SPM, terus Zakri melanjutkan pelajaran di sana. Lama juga tidak dengar khabar berita tentang pemuda ini.Di perhati susuk tubuh ‘Si Tembam’.  Memang berubah habis! Segak je dia tengok. Ala-ala Fahrin Ahmad pulak (Rasanya lah kot). Nampaknya Azhar dan dia tak boleh panggil Zakri ‘Si Tembam’ lagi dah ni. Kena panggil ‘Si Segak’ pulak.

“  Ada je kat Malaysia ni. Eh, dengar cerita si Azhar dah kahwin kan?” tanya Zakri. Sudah lama tidak mendengar khabar berita tentang sepupunya itu. Kekangan waktu kerja yang selalu menyebabkan dia selalu ke luar negara membuatkan dia tidak ada masa untuk melawat keluarga Pak Long Kamal. Hanya khabar berita dari ibunya sahaja yang dia dapat.

“Ha, itulah kau. Sepupu sendiri kahwin pun tak tahu. Eh, jom duduk sana dulu atau kau ada hal lepas ni?” cadang Nazzatul sambil menunjukkan ke arah dua buah kerusi yang kosong. Penat nak sembang berdiri. Lagipun banyak yang dia nak tanya tentang si Zakri.

“Tak delah, aku baru pergi jumpa kawan aku tadi. Hantar barang sekejap” balas Zakri. Kakinya sudah diatur ke kerusi kosong. Nazzatul mengekori di belakang.

“ Kawan kau kerja kat sini? Kerja apa?” tanya Nazzatul sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan duduk.

“ Pegawai perubatan. Kau pulak buat apa kat sini?”

“Kerjalah. Kau ingat aku datang lepak-lepak kat hospital? Aku doktor di sini la.”

“Tak adalah. Mana tahu datang jumpa pakwe ke?” Zakri cuba memancing. Mana tahu kalau gadis ini masih belum berpunya. Gadis yang telah menambat hatinya sejak dibangku sekolah lagi.

“Mengarut je kau ni. Kerja pun tungang langgang, ada hati nak bercinta. Okey, berbalik kepada cerita tadi. Kenapa kau tak pergi kenduri Azhar hari tu? Semua adik-beradik turun padang tau.” Soal Nazzatul sambil memeluk beg sandangnya, tidak sedar yang Zakri di sebelah sudah senyum sampai ke telinga. Ya, dia masih ada peluang untuk mendapatkan hati gadis ini.

“ Bukan aku tak nak pergi. Tapi sungguh aku cakap, beberapa bulan ni aku banyak outstation sebenarnya. Company ayah aku dah diserahkan kepada aku. Tak menang tangan aku dengan semua kerja” terang Zakri jujur. Memang dia agak sibuk kebelakangan ini menguruskan syarikat milik ayahnya. Berat tanggungjawab yang digalasnya ketika usianya baru hendak matang.

Nazzatul mengangguk faham. Terlupa pula yang Mak Ngah Senah, ibu kepada Zakri bukan seorang wanita biasa yang bercakap loghat Perak utara semata-mata. Sebaliknya Mak Ngah Senah ialah Datin Rosnah, isteri kepada Datuk Izzuddin yang memang gah dalam dunia korporat. Diam-diam ubi berisi kata orang. Wanita itu tidak pernah menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki. Hidupnya hanya bersederhana. Kalau orang lain, sudah lama loghat Perak Utara berubah jadi loghat orang apa? Anak Kak Izhan yang berumur 5 tahun cakap, Orang K-Yel.

“ Tapi kan Zakri, jujur aku cakap. Aku hampir tak kenal kau. Yela, dulu kau kan tembam. Sekarang dah kurus kut. Mana hilang kau punya lemak ni?” gurau Nazzatul. Gurauan itu disambut dengan ketawa Zakri.

Teringat dia akan kisah silam mereka ketika dibangku sekolah dahulu, ketika arwah mama dan papa masih lagi bernyawa. Dia, Azhar, Zakri dan Izhar yang muda setahun dari mereka bertiga memang berkawan rapat. Asyik berempat sahaja kemana-mana sehinggakan ada yang mengatakan mereka berempat kembar. Tidak boleh langsung di pisahkan. Namun, tidak lama kemudian, Zakri berpindah ke Kuala Lumpur mengikut keluarganya. Dan selepas itu, arwah mama dan papanya pula meninggalkan Nazzatul. Akhirnya hubungan mereka berempat retak. Hanya tinggal Azhar yang sentiasa berada di sampingnya. Bunyi zikir dalam poket baju kurung membuatkan Nazzatul tersentak. Telefon bimbitnya sudah berbunyi. Tentu dari Suzy.

“ Sorry Zakri,  aku nak jawab call sekejap.” Nazzatul memohon maaf lalu panggilan telefon di angkat. Zakri hanya diam membisu. Membiarkan gadis itu bercakap di telefonnya.

“ Ya, kau kat mana? Oh nak sampai dah ye. Okey. Aku tunggu kat lobi hospital. Assamualaikum.” Zakri memerhati gelagat Nazzatul sehinggalah gadis itu selesai berbual di telefon. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hatinya.

“ Siapa tu?”

“ Oh, kawan aku, Suzy. Dia dah sampai. Aku kena balik ni.” jelas Nazzatul. Beg sandang yang dipeluk erat tadi sudah di bawa ke bahu. Nazzatul bangun dari kerusi sambil membetulkan beg galasnya.

“Jadi, kau ni sebenarnya nak balik ke? Kenapa tak beritahu awal-awal tadi. Boleh aku hantar kau balik” Zakri yang turut bangun dari kerusi bertanya. Pelik juga dia tadi kenapa relaks sahaja Nazzatul mengajaknya bersembang. Rupa-rupanya sedang menunggu orang menjemputnya pulang. Kakinya sudah di atur langkah seiring dengan langkah kaki Nazzatul menuju ke pintu keluar bangunan.

“Eee.. Tak mahu aku balik dengan kau malam-malam ni. Lebih elok aku balik dengan kawan perempuan aku daripada kau.” Balas Nazzatul sambil bahunya diangkat seolah-olah geli dengan Zakri. Zakri tersengih melihat Nazzatul. Sudah lama dia tidak melihat gaya Nazzatul yang agak nakal itu. Sebuah kereta MyVi berhenti di hadapan mereka berdua. Suzy sudah sampai.

“ Okeylah, Zakri. Aku balik dulu ye. Assalamualaikum.” Ucap Nazzatul sebelum menerobos masuk ke dalam kereta Suzy. Belum sempat Zakri hendak berbicara kereta MyVi itu sudah menjalar keluar dari bangunan hospital. Zakri melepaskan nafas panjang. Bagaimana dia mahu memikat Nazzatul jika nombor telefon gadis itu pun dia tiada. Tiba-tiba sahaja gadis itu muncul, dan tiba-tiba juga gadis itu hilang sebelum sempat dia menggapainya. Tak mengapa. Dia ada mama. Pasti mama boleh mendapatkan nombor telefon gadis itu.   






“Siapa tadi tu?” tanya Suzy sambil matanya sesekali memandang Nazzatul di sebelahnya yang sedang mencari siaran radio Era.fm.

“Kawan aku” balas Nazzatul. Jarinya masih lagi menekan butang di radio. Sebaik sahaja suara dj Era.fm menyapa telinganya, barulah Nazzatul kembali diam.

“ Boleh tahan jugak rupa dia. Betul ke kawan?” Suzy cuba mengorek rahsia. Jarang rakannya ini berbicara tentang cinta dengannya.

“ Betul. Dia memang kawan akulah. Sama sekolah dengan kita dahulu”

“ Eh, really? Kenapa tak pernah nampak pun” Suzy terasa pelik. Selama lima tahun dia bersekolah di sekolah yang sama dengan Nazzatul, tidak pernah pula dia nampak kelibat lelaki tadi. Yang dia perasan cuma si Azhar.

“ Memanglah. Dia pindah sekolah akhir tahun Form 1. Lagipun, aku kenal kau pun waktu kita sama-sama di tingkatan 3 kan” Nazzatul cuba mengingatkan Suzy. Suzy merupakan kawan rapatnya selepas Azhar. Duduk di meja yang saling bersebelahan telah membuka pintu hidup baru buat Nazzatul yang baru kehilangan mama dan papa. Gadis itu banyak membantunya jika Azhar tiada di sisi.

“Ohh..patutlah. Tapi kan budak tadi memang handsome lah.” Puji Suzy lagi. Wajah kawan Nazzatul tadi hanya diperhati melalui cermin tingkap. Boleh tahan rupanya walaupun kulit hitam manis. Segak bergaya dengan kemeja hitam. Nazzatul yang mendengar celoteh Suzy sudah tersenyum.

“Kau nak ke? Boleh jugak aku kenenkan kau dengan dia.” Cadang Nazzatul. Asyik puji je dari tadi. Nak sangat ke dengan Si Zakri tu?

“Eh, tak mahulah aku. Habis mana nak campak cik Abang Faizal, tunang aku tu?” laju Suzy menggeleng kepala. Huii dia masih sayang lagi dengan cik abang dia.

“ Campak aje masuk lombong sudah!” Usik Nazzatul sambil ketawa. Serentak dengan itu tangan Suzy sudah mencubitnya. Nazzatul ketawa geli hati. Itulah puji lagi orang lain. Dapat tahu dek abang Faizal awak, merajuk sebulanlah  nanti.  

Last edited by aishah9121 on 14-11-2012 02:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 02:27 AM | Show all posts
malunya... terima kasih kepada yang sudi membaca. penat bekerja disiang hari nasih terasa. tapi tangan gatal nak menulis. mungkin dah jadi habit kot? Last edited by aishah9121 on 14-11-2012 02:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 06:25 AM | Show all posts
best..sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 06:39 PM | Show all posts
N3 baru. kali ini inche daging beku datang hehehe

Bab 5

“ Eh, tak apa ke Abang Jamal hantar ni? Kesian la pulak dekat dia, ayah” Nazzatul bertanya sekali lagi. Risau sebenarnya kerana telah menyusahkan abang iparnya untuk menghantar keretanya ke Selangor. Jauh tu dari Perak ke Selangor. Tambahan pula, Abang Jamal akan pulang ke Perak menaiki apa pula? Naik bas? Ya Allah, mengapalah Nazzatul Aini selalu menyusahkan orang lain?

“ Jangan risau. Dia boleh hantar esok.” Suara Haji Kamal di hujung talian sudah kedengaran tegas. Namun, masih terdetik rasa bersalah di hati Nazzatul.

“ Tapi, takkan Abang Jamal balik Perak naik bas pulak nanti? Tak patutlah macam itu.”

“ Haish, anak ayah ni. Suka sangat risau terlebih-lebih. Okay, ayah cerita penuhlah. Esok Abang Jamal kamu ada mesyuarat di Putrajaya. Sepatutnya dia pergi naik kereta dengan kawan dia. Tapi memandangkan kereta Atul siap lebih awal, makanya esok Abang Jamal bawak kereta kamu ke sana. Dia akan hantar kereta kamu dulu sebelum dia pergi ke mesyuarat. Faham dah?” Ha, panjang lebar Haji Kamal bercakap. Susah kalau becakap dengan anak daranya itu. Semuanya kena diterangkan satu persatu. Nazzatul sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Kalau ayah tengok muka dia sekarang mesti ayahnya itu akan mengetawakannya.

“ Okay, Atul dah faham. Hehehe” jawab Atul sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sengihan masih lagi tersungging di bibir.

“ Jadi, esok kerja ke? Kalau Atul kerja, nanti Abang Jamal terus hantar ke hospital kalau begitu. Mungkin dia akan hantar waktu lunch kamu.”

Nazzatul menggeleng kepala seolah-olah Haji Kamal ada memperhatikannya. “Tak adalah. Atul cuti esok. Datang je rumah. Atul ada .”

  “ Kalau begitu, kira selesai la ni. Ayah nak letak telefon ni. Nak pergi rumah Pak Long Derani sekejap. ” Tanya Haji Kamal. Jam di dinding di pandangnya. Lagi 10 minit sebelum pukul 3.30 petang. Dia sudah berjanji untuk mengambil pisang tanduk di rumah lelaki itu. Isterinya, Kamariah mahu membuat kerepek katanya.

“ Settle dah. Ayah nak pergi buat ‘mesyuarat kopi’ ye?” usik Nazzatul. Sengaja dia mahu mengenakan ayahnya itu walaupun dia tahu ayahnya kurang gemar untuk membuat kerja-kerja tidak berfaedah.

“Ish, ‘mesyuarat kopi’ apa bendanya. Ni ha, ibu kamu nak buat kerepek pisang. Itu yang ayah pergi pesan pisang dekat Pak Long Derani. Dahlah, ayah nak letak telefon ni. Nanti lambat, tak jumpa pulak Pak Long Derani kamu.”

“okay, okay. Pergilah ayah . Nanti pesan dekat ibu simpan sikit kerepek tu tau. Atul nak makan jugak.” Pesan Nazzatul. Kecur air liur pula bila ayahnya menyebut kerepek pisang. Suka dengan kerepek pisang buatan ibunya. Sedap!

“Yelah, Ayah letak telefon ni. Assalamualaikum” Haji Kamal meletak ganggang telefon sebaik memberi salam begitu juga Nazzatul. Nazzatul di Selangor sudah berbunga-bunga hatinya. Yeah keretanya akan pulang ke pangkuan tuannya.



”Pinnnn!!” Bunyi hon diluar rumah mengejutkan Nazzatul yang sedang santai menonton televisyen. Nazzatul melangkah ke tingkap. Di selaknya langsir untuk melihat siapa yang membunyikan hon kereta. Senyuman mula terukir di bibir sebaik sahaja melihat sebuah Proton Waja berwarna biru berada di luar pintu pagar.

‘Yahoo,Kereta dah sampai! Thanks Abang Jamal.’ Nazzatul sudah berlagu riang dalam hati. Di perhati sekali lagi luar rumah, cuba melihat jika ada kereta lain. Kan Abang Jamal datang dengan kawannya. Namun, tidak ada pula kereta asing di situ. Yang ada hanyalah kereta jiran-jirannya yang tersadai di hadapan rumah mereka. Dahi Nazzatul mula berkerut. Abang Jamal datang seorang?

“Pinnn!!” Sekali lagi hon dibunyikan. Kalut Nazzatul mengambil tudung yang diletak di atas sofa. Setelah dibetulkan letak tudung di atas kepalanya barulah Nazzatul keluar dari rumah. Terkocoh-kocoh dia memakai seliparnya. Baru dia hendak ke pintu pagar, susuk tubuh dari dalam keretanya sudah keluar.

Khairul Izhar! Apa yang dia buat di sini? Mana Abang Jamal? Bukan ayah kata Abang Jamal yang akan hantar keretanya semalam? Berbagai soalan mula berlegar dalam kepalanya. Kakinya sudah berhenti melangkah. Bibirnya pula terkunci. Tidak tahu hendak berbicara apa.

“ Abang Jamal minta maaf. Mesyuaratnya dipercepatkan lebih awal. So, dia minta tolong Key-O yang hantarkan” ujar Khairul. Seolah-olah tahu apa yang bermain diminda Nazzatul. Nazzatul hanya terkebil-kebil memandangnya. Kenapalah mesti dia bertemu dengan Khairul. Perlahan-lahan tangannya membuka pintu pagar. Apa yang boleh dikatakannya. Takkan mahu memaksa Abang Jamal ponteng mesyuarat juga untuk menghantar keretanya. Tapi kenapa mesti Key-O?

“ Kenapa Key-O pulak yang kena hantar?” soal Nazzatul tanpa memandang Khairul. Hanya keretanya sahaja yang dilihatnya. Ooh…nampak seperti baru pulak keretanya. Mesti ayah bawak pergi car-wash ni.

“Tempat mesyuarat Abang Jamal di Putrajaya, dekat juga dengan rumah Key-O. Awal-awal pagi lagi dia sudah tercegat depan pintu rumah dengan  kereta awak ni.  “ Nazzatul mengangguk kepala tapi matanya masih lagi tidak berkalih. Kali ini tayar kereta pula yang dilihatnya. Cantik tayar.

“ Jom keluar. Awak kena belanja saya sebab hantarkan kereta awak.” Membuntang mata Nazzatul mendengar kata-kata Khairul. Si Daging Beku ajak dia keluar! Aneh, memang aneh. Sejak bila Si Daging Beku pandai mengajaknya keluar. Kes hantarnya pulang minggu lepas pun masih lagi misteri. Lelaki yang berada di hadapannya ini bukan Khairul Azhar, sebaliknya Khairul Izhar! Mata Nazzatul bukan lagi di atas tayar tetapi sudah berada pada wajah Khairul yang sedang tersenyum manis. Erk.. manis ke?
Kepala Nazzatul menggeleng laju. “Eh, tak naklah. Buat apa? Bukan saya yang suruh awak hantar kereta saya ni.”

“ Kalau Abang Zhar yang datang, boleh pulak awak terima?” sinis sahaja bunyi bicara Khairul. Nazzatul mula mendengus geram. Kenapa Azhar pula yang dilibatkannya? Mereka memang sangat rapat, sangat rapat sehingga banyak perkara diceritakan kepada lelaki itu.

“ Azhar abang saya. Biarpun dia hanya abang angkat tetapi hubungan kami sudah seperti adik beradik kandung!” mencerun mata Nazzatul memandang wajah Khairul.

“Oh, habis saya bukan keluarga awak juga ke?” Tanya Khairul. Tangannya diletak di atas bumbung kereta. Nazzatul menelan air liur. Pahit rasanya. Memang Khairul ahli keluarganya juga namun bukankah Khairul selama ini menganggapnya seperti orang asing. Dia sudah tidak ingatkah peristiwa tujuh tahun dahulu. Mulut lelaki itu pernah mengatakan dia tidak ada kakak bernama Nazzatul Aini!

“Err..awak still lagi family saya. Tapi…”

“ Dahlah. Jom teman saya keluar. Saya belanja. Lagipun awak tak kasihankan saya ke bawak kereta awak ni? Atau awak nak saya bawak lari kereta awak sekarang juga?” Belum sempat Nazzatul menyambung kata-katanya, Khairul sudah memotong. Aii siap mengugut lagi. Nazzatul mula mencebik. Kasihanlah sangat. Awak cuma bawa kereta dari Putrajaya je kot. Bukan seperti Abang Jamal yang sudah beratus kilometer tu. Nazzatul sudah berkira-kira dalam hati. Nak pergi ke tak nak? Tak pergi nanti Khairul mengadu pada ayah dan ibu, apa pula kata orang tua itu dan keretanya mungkin di bawa lari betul-betul. Bukannya dia kenal sangat dengan perangai lelaki itu. Kalau diterima, nanti mesti kekok dia berjalan dengan adiknya. Nazzatul menarik nafas panjang. Susah nak cakap dengan lelaki ini.

“ Beri saya masa 10 minit. Nanti saya bersiap.” Tutur Nazzatul lemah sebelum melangkah masuk kembali ke dalam rumah. Khairul yang tadinya berdiri di sisi kereta sudah masuk kembali. Terukir senyuman kemenangan di bibirnya.  



Tepat 15 minit kemudian, Nazzatul keluar dari rumah. Dia hanya memakai T-shirt hijau labuh dengan seluar jeans longgar. Manakala tudungnya pula hanyalah tudung bawal berwarna putih. Simple sahaja penampilannya. Terus sahaja dia menghenyakkan tubuhnya ke kerusi di sebelah pemandu. Terasa juga yang Khairul sedang memerhatikannya namun dia hanya diam membisu. Tidak ada modal untuk bercakap. Akhirnya keretanya meluncur perlahan keluar dari taman perumahan.

“ Awak dah beli ke buku tu?”suara Khairul mula memecahkan sunyi dalam kereta. Tangannya pula sudah menekan punat radionya. Suara Taylor Swift menyanyi mula kedengaran. Nazzatul memerhati perbuatan Khairul yang kelihatan bersahaja itu. Ceh, lagak macam kereta ni dia yang punya.

“Buku apa?” Nazzatul pula yang bertanya. Khairul ada pesan suruh dia beli buku ketika mereka pulang dari kampung?

“Di Hamparan Shamrock”

“ Ooh..belum. Tak ada masa nak keluar lagi.” Nazzatul menjawab jujur. Benar, sejak pulang dari kampung minggu lepas dia tiada masa langsung untuk keluar untuk berhibur. Sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Dia hanya keluar apabila barang dapur sudah habis. Itu pun hanya pasaraya mini berdekatan dengan taman perumahan sahaja yang dijejaknya.
Khairul hanya mengangguk perlahan. Suasana kereta kembali sunyi. Hanya suara DJ Hitz.fm bercoloteh sahaja yang kedengaran. Nazzatul memandang ke jalan raya kembali.

Kereta mereka sudah jauh meninggalkan kawasan Serdang. Sesekali terdetik hatinya ke mana si daging beku hendak membawanya. Kalau benar mahu keluar, cukuplah sekadar Mines atau pasaraya Jusco di Balakong sahaja mereka singgah.

“Nak ke mana ni?” tanya Nazzatul apabila kereta mereka sudah memasuki Kuala Lumpur.

“Mid Valley” jawapan dari Khairul membuatkan Nazzatul diam terus. Amboi, jauhnya bawak aku keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 06:43 AM | Show all posts
izhar tu dh suka kt atul la tu... next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2012 12:01 PM | Show all posts
si daging beku dah tunjuk terang dan nyata dia sukakan si kakak angkatnya
nnt ada konflik gak ke dgn kehadiran si zakri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 02:21 PM | Show all posts
hehehe mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 09:24 AM | Show all posts
menunggu new entry
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:57 AM | Show all posts
Key O ...cumil nama dia wpun orgnya garang

sambung lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054820 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list