“ berikan saya set A dan set B.”Ujar Shazrina bagi pertanyaan pelayan yang tersenyum mesra kearahnya. Mimi didepannya turut melemparkan senyuman manis kepada pelayan muda tersebut. pelayan tersebut beredar setelah mencatat pesanan dari Shazrina.
“ harap-harap best la makanan kat sini....” bisik Mimi dengan wajah berharap...
“harap-harap lah... tengok harga pon mahal jugak. Kalo tak best tak tahu la aku.” Balas Shazrina sambil menjeling sekitar kafe Cake House. Kerana terpengaruh dengan kelazatan yang terpapar pada gambar didalam majalah yang dibaca beberapa hari lepas, terus diajak Mimi yang merupakan teman sekerja merangkap teman baiknya untuk ke restoren ini.
“tapi, kalau ikut gambar kat menu tadi macam sedap jer...” tambah Mimi yang masih terbayang set B yangdipesannya. tiramisu, ais krim keladi berkrim coklat dan minuman yogurt strawberi membuatkan tekaknya terliur. Padahal baru tengahari tadi dia dan Shazrina melantak dikantin sekolah mereka.
“kau ni.... tak adanya maknanya makanan kita dapat nanti macam yang kat dalam gambar tu.” Ejek Shazrina dengan ketawa kecil. Macam budak kecil pulak Mimi nih terpengaruh dengan gambar kat menu makanan.
“kutuk aku konon... kau pon sama je la... kau tengok gambar kat majalah tu sedap sebab tu ajak aku datang sini kan...” bidas Mimi selamba. Paku dulang paku serpih, mengata orang kau yang lebih Shazrina..
“mana ada... “ dalih Shazrina namun tanpa alasan. Tak ada modal nak membalas.
“ye la tu... set A tu apa?” Tanya Mimi sambil menanti pesanannya sampai.
“cheese cake, koktail buah dan ais krim... sedap kan?” balas Shazrina teruja... air liur ditelan satu persatu.Tak sabar rasanya nak mengadap minum petang mereka kali ini. dia dan Mimi memang satu kepala bab-bab makan. Pantang kalau ada kedai baru buka disekitar Seremban! Pasti dia dan Mimi menjadi orang pertama masuk dan mencuba masakan mereka. Dah macam program jalan-jalan cari makan sahaja. Tak sedar badan masing-masing mula mengembang..
“hmmm bestnya... kalau sedap boleh kita datang sini selalu kan...” tambah Mimi gembira. Shazrina menggangguk kecil menyokong kata-kata sahabatnya.
“boleh la kau bawak abang Izham kau datang sini..”
“abang Izham aku tu bukannya macam aku nih... dah la dia tu tak suka benda-benda manis.. katanya takut kena diabetis... padahal kedekut...” kutuk Mimi terhadap tunang tersayang. Bilal agi nak mengutuk....
“yang kedekut taik hidung masin tu la yang kau terkejar-kejarkan Mimi...” sela Shazrina. Dipandang wajah Mimi dengan senyuman kecil...
“walaupun kedekut tapi abang sayang aku romantik... tu yang buat aku sayang tu.” balas Mimi dengan senyuman manja... menggedik la tu. Shazrina tersengih mendengar balasan temannya. Namun tak dinafikan sedikit rasa cemburu menjengah dihatinya. Entah bila agaknya giliran dia pula disunting sang kekasih tersayang... ahhhh....... kekasih pon tak ada. Inikan pula nak disunting.
“bila nak langsung majlisnya?” soal Shazrina lagi. makanan yang dipesan sudah pon sampai. Kek keju dipotong dan disuapkan kedalam mulutnya. Terasa nikmat kelembutan dan kegebuan kek yang dihidang. Memang sedap!
“insyaAllah, kalau tak ada aral mungkin hujung tahun ni...”
“eh apasal lambat sangat?”
“dah duit tak cukup... nak kawin macam mana?” tokok Mimi yang kini sedang menikmati ais krim keladi berkrim coklat itu...
“laa... abang sayang kau yang haji bakhil tu takkan tak boleh nak support sikit kot?” pelbagai gelaran yang diberikan kepada Izham tunang sahabatnya. Namun semua tu sekadar gurauan lagipon itu semua Mimi yang mulakan dahulu. Jadi tak salah rasanya dia turut serta dalam sesi gelar menggelar tunang Mimi.
“ikutkan dia memang la nak jer...tapi aku tak nak laa... nak kawin tapi pakai duit orang baik tak payah... kalau duit sendiri nak buat grand-grand pon tak ada orang nak larang.. dah duit aku suka hati aku la kan...” terang Mimi bersungguh-sungguh. Itulah prinsipnya selama ini. selagi belum berkahwin, duitnya adalah duitnya dan duit Izham adalah duit Izham... tak ada istillah kongsi berkongsi...
“ye jugak tu... aku pon kalau nak kawin nanti tak naklah bakal suami sponsor ke apa? Nanti banyak je bajet nak kena cut... maklumlah pakai duit orang.”
“kau lain la Shaz... kaukan orang senang... tak adanya istillah pinjam meminjam duit nanti...”
“yang senangnya mak bapak aku...aku ni kerja cikgu je sayang oii... macam kau la...” sangkal Shazrina..walaupun kurang senang dengan kata-kata Mimi namun dia tidak mengambil hati. Memang itu kenyataannya dan suatu ketika dahulu memang dia seorang yang sangat berbangga dengan kemewahan keluarganya. Dia anak tunggal kepada encik Mustafa dan Puan Rogayah yang merupakan seorang doctor malah kedua ibubapanya mempunyai klinik sendiri.
Last edited by misssakura on 12-11-2012 09:02 AM
|