CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21991|Reply: 68

AKU TERIMA NIKAHNYA [ADY PUTRA & NORA DANISH]

[Copy link]
Post time 11-10-2012 11:45 PM | Show all posts |Read mode


sesiapa dh tgk filem ni? ape komen korang?
best ke tak?

ak plan nk tgk ujung minggu ni...

Last edited by eddlisa_uyuk on 18-10-2012 12:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 12:37 AM | Show all posts
dah tgk tadik..
rasa mcm tgk drama tv1 jer.. mulut tak berhenti mengomel, betapa bodonya skrip dia..

sekian. kalo rasa byk duit tak tau nk habiskan kat mana, tgk la.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:55 AM | Show all posts
LOHHH ye ke????

dgr kata cam citer THE VOW cuma versi laki yg hilang ingatan laaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 08:17 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 12-10-2012 12:37 AM
dah tgk tadik..
rasa mcm tgk drama tv1 jer.. mulut tak berhenti mengomel, betapa bodonya skrip dia. ...

Mcm ok je trailer. More to drama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 09:07 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 12-10-2012 12:37 AM
dah tgk tadik..
rasa mcm tgk drama tv1 jer.. mulut tak berhenti mengomel, betapa bodonya skrip dia. ...

ye ker?

trailer punyelah cantik...
lakonan adi ngan nora ok tak?

klu dr cara kau ckp, maknenye lakonan nora agak failure...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 09:10 AM | Show all posts
dauswq posted on 12-10-2012 08:07 AM
ye ker?

trailer punyelah cantik...

tak boleh salahkan nora jugak.
nora bergantung pada skrip jugak, kalau skrip bodoh lakonan beliau akan jadi manja2 gtu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2012 09:13 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 12-10-2012 09:10 AM
tak boleh salahkan nora jugak.
nora bergantung pada skrip jugak, kalau skrip bodoh lakonan beliau ...

ak dh ler kecewa ngan 3 hari..
mengarut jek citer tu..

arap2 citer melodrama ni memberikan kesan..i mean dr segi lakonan depa
ak tak expect jln citer filem melayu ni bagus..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 09:13 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 12-10-2012 09:10 AM
tak boleh salahkan nora jugak.
nora bergantung pada skrip jugak, kalau skrip bodoh lakonan beliau ...

noks...bg ler rating...
berapa per 10?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2012 09:15 AM | Show all posts
semua filem david teoh tidak mempunyai jalan cerita yg baik, pengarahan yg sgt teruk...

setakat ni hanya bbrp filem david teoh ak akui ade bbrp kesan:

-mami jarum
-3 temujanji
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 09:51 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 12-10-2012 09:10 AM
tak boleh salahkan nora jugak.
nora bergantung pada skrip jugak, kalau skrip bodoh lakonan beliau ...

Maksudnya kau babak dia banyak buat muka manja dia lah, kembungkan pipi + bulatkan mata + keraskan hidung, macam tu? oh no.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 09:53 AM | Show all posts
Posted by TUPAI Khamis, 11 Oktober 2012


Bintang
Keseluruhan: 2 bintang
Pelakon: 3 bintang
Plot: 2 bintang
Efek: 2 bintang
Sinematografi: 2.5 bintang
Tonton filem ini jika anda suka "The Vow"

Tidak mahu membuat tanggapan awal mengenai filem terbitan MIG yang ke – 66, "Aku Terima Nikahnya" jika dibandingkan dengan filem Hollywood lakonan mantap dari Rachel McAdams dan juga Channing Tatum, "The Vow" penulis tetap mahu melihat sendiri apa kelainan yang ada di dalam filem romantis ini.  



Akan tetapi.. apabila melihat sahaja trailer yang dikeluarkan, ternyata jalan cerita "The Vow" sentiasa bermain difikiran penulis.



Setelah pergi melihat sendiri hasil karya pengarah baru Eyra Rahman mungkin adalah perbezaannya tetapi kebanyakkan babak dan jalan cerita hampir sama sahaja. Cuma yang membezakannya ialah yang mengalami masalah "Selective Amensia" adalah si suami, bukan si isteri jika dapat anda lihat di dalam filem "The Vow".



Babak romantik yang pada penulis agak keterlaluan dan terlampau provokasi sehingga mendatangkan kemarahan dan kontroversi murahan sebelum penanyangan filem ini berlangsung juga agak tidak sedap didengar.



Walaubagaimanapun, filem yang berdurasi 90 minit ini patut diberi pujian kerana lakonan mantap dari Adi Putra dan Nora Danish menjadi apabila perasaan itu sampai kepada penonton yang melihat aksi mesra mereka.



Pada penulis sendiri, walaupun mempunyai barisan pelakon yang hebat namun jika skrip dan jalan cerita yang kurang memberi kesan membuatkan pelakon tenggelam dan kaku. Tidak boleh mengharapkan pelakon sahaja memberikan persembahan yang terbaik.



Sepatutnya dari segala aspek termasuk, props, jalan cerita dan juga skrip yang lebih berkualiti. Bagi mereka yang sememangnya gemar dengan filem romantis seperti ini, tidak salah mahu pergi namun pastikan anda jangan mengharapkan filem MIG kali ini lain daripada yang lain. Mungkin babak yang menarik yang ada di dalam filem ini adalah yang ada ditunjukkan di dlaam trailer, selebihnya? Fikir – fikirkanlah.





Dengan arus peredaran teknologi sekarang, pemikiran anak muda harus disogok dengan perkara atau filem yang lebih berkualiti dan berfikir. Jangan rosakkan pemikiran mereka dengan menghidangkan filem – filem seperti ini. Walaubagaimanapun, patut diberikan tepukan gemuruh kepada pengarah yang berjaya membawa sinematografi ke tahap yang lebih baik bagi filem ini.





Pemandangan dan pemilihan lokasi amat baik dan cantik untuk filem romantis seperti ini. Filem cinta ini mengisahkan tentang Aku Terima Nikahnya (end 2012) lakonan Adi Putra dan Nora Danish and diarahkan oleh Eyra Rahman Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya.

Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.

Filem ini akan menemui penonton di pawagam bermula pada hari ini!















Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:43 AM | Show all posts
baru bercita2 nk pi tgok wayang mlm ni...cancel laaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:51 AM | Show all posts
hmm..filem2 MIG ni slalu trailer jer yg gah..skali tgk filem hampeh..citer ni selain the vow citer ni sama cam muvi philipine one true love.dingdong dantes & marian rivera,so tak yah tgk, tunggu jer astro kt astro citra 6 bln lg
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 11:47 AM | Show all posts
penat pelok2 sakan, hasilnya non-hado..
aku tgk trailer, dengar sore ND pun dah spoil mood, so tggu 131 je raya tahun depan
jimat duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 12:22 PM | Show all posts
kalau kamu harapkan ada scene romen adi dan nora, takde ok.
cuma peluk2 cium dahi gitu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 02:04 PM | Show all posts

mau tonton la..sbb macam2 komen dah keluar..
walaupun sebenarnya dah macam2 versi bahasa filem tentang lupa ingatan ni aku dah tengok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 03:37 PM | Show all posts
laaa...baru nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 06:04 PM | Show all posts
cam ne ni nak pi tgk tak... mana lagi best yg ni ke ombak rindu.... iolls boring giler tgk ombak rindu... kalau OR lagi best dr yg ni... malas la iolls perabihkan duit iolls kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 11:58 PM | Show all posts
sygilah duitmu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 09:48 AM | Show all posts
mrs_jebot posted on 12-10-2012 10:51 AM
hmm..filem2 MIG ni slalu trailer jer yg gah..skali tgk filem hampeh..citer ni selain the vow citer n ...

Yolah... citer nih plot dia lebih kurang One True Love je pun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.374347 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list