|
Mari kita bincangkan satu topik yang boleh mendatangkanmanafaat kepada kita semua.
1. Iman(Yakin/tauhid/ubudiah/makrifatullah).
2. Amalan - Akhlaq/hati/hubungan sesama manusia.
3. Tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi(Dakwah).
4. Istiqomah dalam tiga diatas sampai mati.
Empat perkara diatas adalah perjuangan yang sebenar bagi diri seorang manusia,seluruh manusia dalam kerugian jika tidak mengusahakan empat perkara diatas.Allah swt menciptakan semua makhluk untuk berkhidmat kepada manusia, termasuklangit, bumi, matahari, bintang-bintang, tumbuhan, haiwan dan sebagainya.Tetapi manusia itu diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah swt dalamertikata yang luas dalam seluruh kehidupan. Topik ini diharap dapatmenambah sesuatu kebaikan dan moga akan mengerakkan kita kearah matlamatperjuangan sebenar.
1. Pertama sekali Iman dan keyakinan perlu ditanam terlebih dahulu kedalamhati, jika iman lemah amal turut lemah, jika iman subur maka amal akanbertambah baik. Memang tidak dinafikan bahawa rata-rata kita hari ini kita mengalamimasalah iman yang lemah, sebab itulah banyak perintah Allah swt tidak dapatkita tunaikan, bahkan kerana iman lemahlah punca berlakunya berbagai kerosakandimuka bum, didaratan dan dilautan. Walaubagaimanapun kita tetap bersyukur keranakita ada benih Iman, warisan dari ibubapa kita. Inilah warisan yang tidak adanilai tandinnya. Benih Iman ini perlu kita pelihara betul-betul melebihi nyawa kita, usahakansupaya kita menjadi orang yang benar-benar mendapat keyakinan yang sempurna. Iaitukeluar daripada iman yang dipenuhi keraguan kepada iman yang sempurna.Disamping kita risaukan iman kita, kita juga perlu risaukan iman anak isteri,keluarga, jiran dan seluruh umat.
Insyaallah bab Iman ini huraiannya panjang berjela-jela, harap anda tidak jemumembacanya. Sebab inilah perkara yang terpenting dan terutama bagi seorangmanusia. Atas maksud imanlah maka 124000 nabi dan 313 rasul diutuskan.Insyaallah kita huraikan sehingga kebanyakan dari pembaca akan faham akanhakikat peri pentingnya iman, supaya pembaca faham dan sebenar-benar fahamhakikat iman. Bila kita faham baru kita sedar, risau dan mula memikirkannya,selain dari itu apa jalan untuk menguatkannya, kemudian mengenalitingkatan-tingkatan iman, dan apakah istimewa dan kesan dari iman yang subur,apakah balasan iman diakhirat nanti, punca iman menjadi lemah dan sebaginya. Apakah dalil yang menyuruh supayamemperkuatkan iman. Insyaallah...
Last edited by mbhcsf on 29-9-2012 06:48 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati manusia ini ada bermacam jenis dan ragam, namun pada asalnya ia putih hening seumur bayi yang baru dilahirkan. Hati yang putih ini bersedia menerima apa-apa corak yang akan melakar dan membentuknya. Ibarat juga seperti kain putih yang sedia untuk diwarnakan. Pada ketika umur anak dari seorang bayi sehingga hampir mumayyiz, didikan dari ibu-bapanyalah yang akan mencorakkannya. Apabila ia sudah berakal maka ia akan mendapati banyak perkara yang pelik dalam kehidupan ini. Banyak persoalan yang sukar dijawab yang membawa kepada ingin mengetahui epakah erti semuanya ini. Dengan itu maka, itulah naluri keagamaan. Manusia akan merasakan dirinya dalam taklukan satu kuasa yang tidak dapat ia mencapainya. Jawapan bagi perkara ini adalah agama. Maka atas maksud ini rasul-rasul dihantar untuk memimpin manusia kearah mengenali tuhan pencipta dengan kaedah yang benar. Baiklah kita ringkaskan bab ini, kita masuk kepada bab mengenali pencipta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samada sedar ataupun tidak sedar, di dalam diri anda ada kalimah LAILAHAILLALLAH, inilah benih iman. Benih iman ini jika ditukar dengan seisi dunia ini sekalipun tidak sama nilainya, jauh api dari panggang, jauh langit dari bumi, ibarat intan dengan kaca, ibarat batu permata dengan pasir jalanan. Nilai iman sebesar satu zarah harganya adalah surga yang besarnya sepuluh kali dunia. Cuba bayangkan Iman Saidina Abu Bakar yang besarnya, jika dikumpul iman seluruh umat Muhammad SAW, maka iman saidina Abu Bakar lebih berat lagi. Bayangkanlah surga Saidina Abu Bakar sebesar mana? Cubalah kita bandingkan dengan iman kita, ada yang senipis kulit bawang, ada yang sebesar biji kacang, ada yang sebesar dua zarah, dan ada yang sebesar satu zarah(paling kecil). Namun ada yang besar dan teguh, tapi tanyalah kepada diri sendiri. Terdapat juga iman yang pagi masuk, petang terkeluar, petang masuk, pagi keluar. Ini adalah iman yang selalu sahaja terbatal(Nauzubillah), lebih dahsyat lagi, iman terkeluar dan tak masuk-masuk. Inilah orang yang paling malang jika mati dalam keadaan tidak ada iman. Kekal dalam siksaan selama-lamanya. Oleh itu iman yang kita ada peliharalah, suburkanlah.
Kenapakah krisis iman ini terjadi? ya, jawapannya kerana kita tidak perasan atau tahu akan kepentingan iman. Perbincangan tentang pentingnya iman tidak menjadi satu topik yang besar dalam masyarakat, tidak ditekankan, malah hampir-hampir tidak perasan atau dipedulikan.
Satu persoalan! Jika tidak penting mengusahakan keimanan kenapa saidina Abu Bakar telah mengusahakannya, sehingga begitu besar imannya. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Semua mereka mementingkan keimanan. Namun kita hari ini, kita kurang memberi perhatian yang sewajarnya. Oleh itu mari kita mula memikirkannya.
Keyakinan mempunyai 3 tahap:
1. Ilmu yakin
2. Ainul yakin
3. Haqqul yakin.
bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
" Petarung sejati (mujahid) adalah orang yang mampu menaklukkan dirinya sendiri.
Orang yang hijrah adalah orang yang mampu meninggalkan keburukan .''
(HR Ahmad dan Baihaqi dari Fadhalah ibn `Ubaid).
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana ruang dan platform yang terhad, maka untuk menguatkan keyakinan memerlukan beberapa sokongan, sesetengah dari orang ada yang dengan satu dalil sudah mencukupi, dia terus beriman dan beramal. Namun ada juga tahap was-wasnya amat tebal sehingga perlukan bukti dari segenap sudut untuk menyokongnya. Namun keperluan-keperluan ini hendaklah kita cari sendiri, usaha sendiri. Kaedah yang diperlukan ialah, memikirkan kebesaran Allah swt melalui Akal berdasarkan alam ciptaan tuhan yang luas terbentang ini, banyak bukti-bukti yang menunjukkan kebesarannya. Perkara ini kita tidak boleh jemu miikirkannya.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkan.(Al-Baqarah:164)
Step pertama kita pergi kepada
1. Fakta sains.
Untuk kita cari sendiri mungkin memakan masa, namu penemuan yang sudah sedia ada kita boleh ambil manafaatnya. Kita kongsikan bersama. Jika ada dari sumber yang lain..sila kongsikan.
AL-QURAN DAN SAINS MODEN
Penulis asal:
DR. ZAKIRNAIK
ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION
ISI KANDUNGAN
1. MUQADDIMAH
2. CABARAN AL QURAN
3. ASTRONOMI
4. FIZIK
5.GEOGRAFI
6. GEOLOGI
7. KAJIAN LAUTAN
8. BIOLOGI
9. BOTANI
10. ZOOLOGI
11.PERUBATAN
12 FISIOLOGI
13.EMBRIOLOGI
14.SAINS TERAS
15.PENUTUP
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani
MUQADIMAH
Semenjak kewujudan manusia di dunia, manusia berusaha untuk memahami alam ini dan maksud kehidupan di dunia ini. Dalam usaha mencarinya yang mengambil masa yang begitu lama dan tamadun-tamadun yang dibentuk serta agama yang lengkap memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk kehidupan manusia.
Sesetengah agama mempunyai kitab-kitab suci yang dipercayai diturunkan oleh Tuhan, manakala sesetengah penganut agama lain hanya bergantung kepada pengalaman hidup masing-masing. Al-Quran adalah sumber rujukan utama dalam agama Islam. la dipercayai oleh orang Islam sebagai wahyu Ilahi. Orang Islam juga berkeyakinan bahawa Al-Quran diturunkan untuk memimpin seluruh umat manusia. Memandangkan Al-Quran dipercayai sebagai sumber rujukan sepanjang zaman, maka pastinya
ia bersesuaian untuk itu. Adakah dapat Al-Quran membuktikannya? Dalam buku kecil ini, saya akan berusaha untuk menganalisa sumber rujukan orang Islam ini (Al-Quran), dengan bandingan fakta sains pada masa sekarang.
Ok silakan membaca terus..disini..
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=467
Seterusnya:
http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/search/label/Mukjizat
Di blog ini ada video sekali disertakan.
lagi:
http://myalqurandansains.blogspot.com/
Lagi:
http://www.quranmiracles.org/
====
Surah At-Thaariq
86:1 By the sky and the night comer
86:2 And what can make you know what is the night comer?
86:3 It is the piercing star -( bintang yang cahayanya menembus,)

Penemuan terbaru Ahli Anstronomi tentang ada bintang yang cahayanya boleh menembusi lain-lain object.
http://www.abc.net.au/science/articles/2008/09/11/2361744.htm
=====
Teory bagaimana konsep hujan diturunkan, wallahuaklam!


Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah menurunkan es dari langit, dari gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.(An-nur:43)
Last edited by zamkumis on 29-9-2012 02:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Menganalisa dan memikirkan fakta-fakta sains yang telah ada banyak manafaatnya, ia memang disuruh. Ulama-ulama zaman dahulu-kala memang selalu mengkaji dan menganalisa alam ini, untuk mencari seberapa banyak tanda-tanda kekuasan Allah swt sebagai makanan rohani mereka. Memerhati dan mengkagumi setiap ciptaan Allah swt akan membawa rasa kerdilnya diri kita. Lihatlah alam yang terbentang luas ini, dan fikirkanlah. Sebagai contoh, mungkin ramai yang tidak perasan dan mungkin ada juga yang sudah tahu, bagaimana Allah swt menjadikan bukit dan gunung ganang sebagai takungan air, objek berbentuk V terbalik. ^ ^ ^
Sementara kita pula memerlukan objek U untuk menakung air. Cuba lihat, apabila hujan diturunkan keatas gunung, maka air tersebut akan diserap kedalam tanah dan celah-celah batu, sedikit demi sedikit air akan turun kebawah, dengan kadar yang seimbang lalu membentuk sungai yang airnya tidak putus-putus. Air sungai yang tidak putus ini datangnya dari titisan air yang turun dari gunung atau bukit sedikit demi sedikit itu. Jika kita memikirkan, kita akan merasa kagum dengan pentadbiran Allah swt. Memikirkan ciptaan-ciptaan Allah swt ini menambahkan lagi keimanan kita.
Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?(Al-Mulk:3)
Seterusnya mari kita renungkan keajaiban Al-Quran. Yakinkah kita bahawa Al-Quran itu kitab yang datangnya dari Allah swt, ilmu didalamnya terus digali namun tidak pernah habis..
Insyaallah bersambung...
Last edited by zamkumis on 28-9-2012 02:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menancapkan lagi iman kedalam hati, silalah anda cari sendiri bukti-bukti kebenaran yang telah ditemui melalui sains, makin hari semakin banyak penemuan, menambahkan lagi keyakinan yang ada. Ilmu ilmu ini termasuk dalam kumpulan Ilmu Yakin, dengan bantuan dan sokongan ini iman akan mula perputik.
Insyaallah, selepas ini kita masuk pula bab AINUL YAKIN, iaitu ilmu yang kita dapat lihat sendiri bukti kebenarannya dengan mata kepala kita. Dari Sabdaan Nabi SAW nyata buktinya dan dari Al-Quran nyata buktinya. Keyakinan atau Iman diperingkat ini akan menyebabkan hati menjadi tenang.
Terdapat dalam Quran, Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Mafhum Al-Baqarah:260)
Dengan melihat sendiri bukti yang nyata dengan mata kepala, hati akan tenang/yakin tidak lagi bergoncang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra. telah berkata: Aku telah dengar Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran hendaklahia merobahnya dengan tangannya, jika ia tak sanggup maka dengan lidahnya dan jika tak sanggup maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemahnya iman."
(Muslim)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Duduk sendirian itu lebih baik dari mendekati orang yang durjana,
sedang bergaul dengan orang yang baik(soleh) itu lebih baik dari duduk sendirian.’’
Riwayat Al-Haakim
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
Harap maaf ye teman-teman, saya tidak jawab post-post yang mencelah, kalau anda nak mencelah silakan, tak ada halangan, samada nak betulkan mana yang silap, penambahan atau apa-apa yang tak kena. Saya cadang nak buat karya ini sebagai karya penggulungan dari topik-topik yang lalu. Semuga diri saya sendiri dan anda semua dapat manafaat. Jika pihak yahudi banyak melontarkan idea-idea yang merosakkan pemikiran manusia seperti yang kita sedia maklum, maka tugas kita untuk melontarkan idea-idea yang baik dan sesuai dengan norma-norma kehidupan manusia. Namun di jepun satu idea yang baik mereka lontarkan iaitu 5S, yang mana idea ini digunakan secara meluas diseluruh dunia.
Rangka bagi karya topik Usaha Membaiki diri ini adalah dari surah Wal Asri. Semuga anda juga turut berkarya dan mengasah bakat. Matlamat bagi topik ini untuk mengajak diri sendiri dan pembaca kearah matlamat hidup yang hakiki. T.Kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
selemah-lemah Iman yg kita maintain,blh dpt Istiqomah
Istiqomah lebih baik daripada seribu karamah..والله أعلم
|
|
|
|
|
|
|
|
kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan
memberi yang sedikit dengan ikhlas lebih mulia daripada memberi dengan banyak tetapi diiringi dengan riak..
والله أعلم |
|
|
|
|
|
|
|
Allah swt adalah pencipta alam, dialah tuhan satu-satunya yang layak disembah, tidak ada lagi tuhan yang lain, adapun yang dikatakan tuhan yang lain dari Allah swt itu adalah tipu daya syaitan semata-mata. Allah swt maha mencipta, tidak ada ciptaannya yang tidak sempurna, adapun yang kita lihat seperti tidak sempurna namun itulah kesempurnaan yang melengkapkan perkataan sempurna. Hak mutlaq bagi Allah swt dan dia tidak berkongsi erti pencipta dengan sesiapa. Menghidupkan yang mati, memberi nyawa, menumbuhkan tumbuhan, menjadikan air, menjadikan api, angin, tanah, bulan, bintang, matahari dan sebagainya, manusia hanya mengambil apa yang telah diciptakan oleh Allah swt dan mengolahnya dengan daya fikir menghasilkan produk, mereka-reka dari sumber yang telah diciptakan.
Allah swt pemelihara alam, dia yang mencipta dan dia yang memelihara, haiwan didaratan dan lautan semunya diberi rezeki tanpa dilupakan. Manusia hanya mengambil haiwan yang diciptakan tuhan untuk dijadikan makanan. Allah swt menjadikan udara, sejuk nyaman dan bersih, namun apabila pencemaran udara berlaku dikernakan oleh wasap yang menjadi jerebu, tidak ada yang boleh membaiki melainkan Allah swt yang akan menurunkan hujan untuk mencuci udara dan sambaran kilat untuk melenyapkan tenaga kotoran.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 30-9-2012 10:29 PM 
Allah swt adalah pencipta alam, dialah tuhan satu-satunya yang layak disembah, tidak ada lagi tuhan ...
Sekadar mohon pencerahan untuk memahami agama. Ada tak perkara lain yang tertinggal? Seperti contoh Hidayah ke... Nur ke... ? Bagaimana dengan iktikaf/ azam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila kita telah Ucap kalimah Laailahaillallah, kita mestilah yakin 100% bahawa Allah adalah tuhan yang menjadikan Timur dan Barat, seluruh timur dan bahagian yang ditidak ada sudahnya adalah milik Allah swt, seluruh bahagian barat adalah miliknya, semua dalam takluk kuasanya. Allah swt melihat kedalam hati manusia, siapakah yang ada yakin kepadanya. Barangsiapa yang ada yakin kepadanya maka dia akan dilayan mengikut keyakinannnya. siapa yang menjalankan perintah Allah swt beserta yakin maka itulah roh bagi amalannya. Siapa yang tidak yakin maka kadar itulah yang dia perolehi. walaubagaimanapun setiap orang mestilah mengusahakan yakin dalam hatinya, tidak boleh ia membiarkan dirinya terusan berada dalam keraguan. Yakin seluruh perintah Allah adalah kejayaan, yakin seluruh perintah nabi SAW adalah kejayaan. Siapa yang mencari keteguhan jiwanya dia akan bertemu. Siapa yang tidak memperdulikannya dialah yang kerugian.
Anjakan pemikiran dan anjakan keyakinan hendaklah sentiasa berlaku dari hari ke hari, andai kita lalai maka syaitan akan terus membisikkan was-was ke dalam pemikiran kita. Syaitan berusaha untuk membawa kita kearah kegelapan, sedang agama membawa kita kepada cahaya. Setiap maksiat adalah kegelapan, setiap kejahatan adalah kegelapan. Apabila gekelapan berlipat-lipat didalam hati maka was-was akan menyelubungi kehidupan kita. Maka jadilah janji Allah itu dilihat sebagai sesuatu yang jauh. Akhirat dirasakan jauh. Mati dirasakan jauh. Hilang ketakutan kepada Allah swt. maka apabila disebut nama Allah tidak ada lagi persaan gementar. apabila sampai tahap ini mudahlah untuk melakukan dosa-dosa besar. Dengan itu amal buruk dari dosa besar akan naik kelangit, dan dibalasi dengan tidak turunnya rahmat. Apabila tidak ada rahmat maka berlaku banyak kerosakan dimuka bumi. manusia hidup dalam suasana tidak aman dan tenteram. Tindas menindas, penipuan, pembaziran dan sebagainya. Oleh itu Amal orang islam adalah ukuran kepada bayak atau sikitnya rahmat Allah yang turun ke bumi. Orang yang tidak beriman hanya menumpang kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Beriman kepada ya Rahman ya Rahim, Maha Pencipta Yang Maha Agung Yang Merajai Sekalian Alam, Maha Esa Yang Pengasih dan Penyayang.
Janganlah perbanyakkan keimanan, hanya kepada Yang Satu. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua makhluk tunduk dengan peraturan Allah swt, tidak ada makhluk yang boleh melewati batas undang-undang alam ciptaan tuhan. Segala jenis haiwan telah ditundukkan oleh Allah swt kepada manusia, walaupun seekor singa atau gajah sekalipun tetap akan ketakutan apabila melihat manusia. Mereka sentiasa mahu menjauhi manusia. Matahari, bulan dan bintang, mereka bergerak diatas paksi yang telah disediakan, andai mereka boleh bergerak sesuka mereka, sudah tentu mereka melayang entah kemana. Setiap satu kekuatan mahhluk akan ada yang lebih kuat darinya, besi tunduk kepada api, api tunduk kepada air, air tunduk kepada angin angin tunduk kepada halangan.
Sehebat-hebat raja negara tidak dapat memerintah air dan api, andai tersilap binasalah dia. Namun orang yang beriman dan bertakwa boleh menundukkan angin, api, air dan gunung. Semuanya itu tidak ada apa-apa, semuanya mahkluk Allah swt, dan semua makhluk dijadikan untuk berkhidmat kepada manusia. Apabila manusia takut kepada Allah swt, semua mahkluk takut padanya, apabila manusia tidak takut kepada Allah swt, maka semua mahkluk menjadi punca ketakutan kepadanya, sehingga kepada gula dan garam pun manusia ketakutan. Namun bagi yang yakin, kuasa itu hanya milik Allah swt, tidak ada apa yang perlu dibimbanginya. Yang berkuasa hanyalah Allah swt, makhluk tidak memiliki sebarang kuasa, apa yang ada hanyalah kurniaan dan amanah dari Allah swt.
Membesarkan dunia atau makhluk akan menjauhkan kita kepada Allah swt, mengagungkan Allah akan mendekatkan kita kepadanya. Sepatah perkataan menyeru manusia kepada Allah, pahalanya setahun ibadah sunat. Allah swt melihat manusia kepada hatinya. Adakah yakin? ataupun tidak.
Last edited by zamkumis on 2-10-2012 04:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|