CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8321|Reply: 11

iPhone 5 - Pengguna mula menjual balik telefon

[Copy link]
Post time 22-8-2012 08:39 PM | Show all posts |Read mode
iPhone 5 - Pengguna mula menjual balik telefon



Walaupun iPhone 5 masih belum diumumkan, namun bahang ketibaan peranti yang dinantikan ramai ini semakin terasa apabila pengguna-pengguna telefon pintar di seluruh dunia mula menjual balik (trade-in) peranti mereka sebagai persediaan untuk membeli produk terbaru daripada Apple. Majlis pelancaran iPhone 5 dikatakan bakal diadakan pada 12 September ini. Mengikut sumber daripada BGR.com dan Mobile88.com, eBay telah melaporkan peningkatan sebanyak 70% ke atas penjualan semula (trade-in) telefon pintar di laman web mereka. Semuanya bermula apabila khabar angin iPhone 5 mula tersebar.


eBay mengatakan kebanyakkan pengguna telah menggunakan sistem eBay Instant Sale di mana pengguna boleh menjual telefon pintar mereka kepada eBay secara terus tanpa melalui apa-apa lelongan atau pembeli yang lain. Mengikut kata wakil daripada eBay, sejak 30 Jun yang lalu, lebih daripada 185,000 jualan balik (trade-in) telah diterima mereka. Berikut adalah 5 telefon pintar tertinggi yang telah dijual melalui eBay Instant Sale:

  • iPhone 4S 16GB
  • iPhone 4 8GB
  • iPhone 4S 32GB
  • iPhone 3GS 8GB
  • iPhone 4 16GB
Ini juga merupakan suatu berita baik kepada Apple kerana pengguna setia iPhone sanggup melepaskan model mereka yang lama untuk mendapatkan model terkini iaitu iPhone 5.

forumer sume..ade yg dah jual iPhone lame ke,and pada Fanatik samsung plak mcm mane....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2012 06:29 AM | Show all posts
kalau la kat mudah dan lelong ada statistik camni ( btw mebe Management mudah dan lelong ada statistik ni)...tgk berapa ramai yang trade in Iphone lama...cuma mebe tak berapa accurate sgt sbb ramai gak yg jual atau trade in atau swap Iphone dengan jenama lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 12:13 AM | Show all posts
xde ape yg n d tred in..
cume nk letgo ipod touch sbb nk bli mini ipad je nti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 07:20 PM | Show all posts
Aku tetap dgn Blackberry.... hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 08:16 AM | Show all posts
hanya kaki kejar gajet je yg memahami....hahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 05:15 PM | Show all posts
nasib baik x beli..maklumla bukan peminat gajet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2012 05:25 PM | Show all posts
dah dkat 2 thn pakai i4. penat benau nunggu nye i5 nak kuau. tp sbaik i4 ni walaupon dkt 2thn pakai ade je benda bru yg x mmbosankan.. aku mmg dr skolah pakai hp cpat jemu..paling2 pon pakai stahun. i4 ni paling lama la nih. sbb dh xde yg bkenan. dh pnh pkai bb, org rmh plak pnh pkai samsung tp xlama, ke apple jugek akhirnya... cinta ku plak tatap pd apple.

dgr nya ipad mini dlm 700-800? huhuhuhu.. slagi hackers jalbrk ade, slagi tu le apple laku. klu x jb mampuih x layan!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 12:35 PM | Show all posts
mebe yg ramai jual balik IPhone 4 bukannya nak beli Ipjhone5 kowttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2012 01:15 PM | Show all posts
iphone 4 brapa bole jual skrang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 03:43 PM | Show all posts
chit_ana posted on 29-8-2012 05:15 PM
nasib baik x beli..maklumla bukan peminat gajet

peminat henbeg ngan kasut la katakan  
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 06:32 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 2-9-2012 03:43 PM
peminat henbeg ngan kasut la katakan

tau xpe
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 01:43 PM | Show all posts
iphone 5 memang berbaloi....boleh beli beb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.091774 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list