CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19778|Reply: 121

Belon Sayang-[U]

[Copy link]
Post time 26-7-2012 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Maimuna masih di tingkap bilik selepas menunaikan terawih memerhatikan kawasan berbukit di belakang rumah yang samar-samar diterangi limpahan cahaya dari jalan besar.  Sesekali fikirannya melayang teringatkan permintaan Aina yang mengingatkan dirinya agar jangan lupa membelikan belon berisi helium. Kenangan berbuka pada waktu Maghrib menjengah fikirannya.

"Mama, esok balik kerja nanti mama beli belon tau" pinta Aina sambil tangannya mengambil seketul lagi kepak ayam BBQ yang dibeli di bazar Ramadhan.

Maimuna tidak menjawab tapi hanya mengerutkan keningnya tanda pelik dengan permintaan Aina.  Jarang sekali Aina minta dibelikan belon.  Apa pula nak dibuatnya dengan belon tu fikir Maimuna.

"Apasal mama diam? Mama tak nak beli ke?" soal Aina dengan mulutnya yang masih mengunyah kepak ayam.

"Sayang nak buat apa dengan belon tu" soal Maimuna kembali sambil tangannya menyendukkan kuah ke dalam pinggan Aina.

"Mama beli dulu.  Nanti Aina cakap.  Tapi beli dulu tau" manja aja bunyinya Aina meminta Maimuna menunaikan hajatnya.

"Yalah, esok mama cuba cari. Ni bila nak siap makannya?" usik Maimuna sambil pipi Aina dicubit.

"Ala, kalau Aina tak makan siapa nak makan.  Nanti basi.  Mama kata tak baik bazirkan makanan kan" beria-ia Aina berhujah sambil menghabiskan kepak ayam kelima.

Maimuna hanya ketawa kecil melihatkan selera Aina dan seketika dia teringatkan seseorang yang turut menyukai kepak ayam BBQ.
Last edited by Jaza2008 on 30-8-2012 11:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2012 10:05 AM | Show all posts
laaa pendeknya..post la pnjg2 skittt..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 06:11 PM | Show all posts
ciput...next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 09:52 AM | Show all posts
Kesibukan di tempat kerja membuatkan Maimuna tidak langsung teringat kepada waktu berbuka yang hampir tiba.  Hanya apabila Ain kenalan dari Unit Kewangan menegurnya sebelum meninggalkan pejabat menyedarkan Maimuna dari keasyikan menyiapkan tugasan.  Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 5.00 petang dan menyedari dirinya masih belum bersolat Maimuna lantas ke surau untuk menunaikan solat asar.

Perjalanan LRT yang memakan masa 20 minit akhirnya membawa Maimuna sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan.  Langkahnya dilajukan untuk mengejar teksi yang berderetan menunggu pelanggan tanpa menghiraukan beberapa mata yang memandang.

"Desa Tasik?" tanya Maimuna kepada pemandu teksi yang berwarna biru.  Melihatkan pemandu teksi berkenaan menganggukan kepala, Maimuna lantas masuk ke dalam perut teksi tersebut.  Sesekali mata Maimuna mengerling ke arah jam di tangannya, hampir jam 6.15 petang.  Maimuna berkira-kira dalam hati sama ada sempat atau tidak dia singgah di pasar malam di depan rumahnya.  Setibanya di kawasan rumah, Maimuna melangkah laju ke arah pasar malam untuk membelikan belon berisi helium yang dihajati oleh Aina.  Dari jauh kelihatan belon beraneka warna melambai-lambai bagai mengamit dirinya.  Sebiji belon helium berbentuk hati berwarna merah jambu yang turut bercorak hati dipilihnya lantas dibayar sebelum menghala ke rumahnya.

Loceng rumahnya ditekan sekali sambil tangannya membuka kunci pintu gril berwarna kelabu.  Terdengar suara Aina dari dalam rumahnya yang bising meminta Mak Nak membuka pintu kayu.

"Mama dah balik" manja suara Aina sambil mendepakan tangannya minta didukung.  Maimuna lantas mengangkat Aina sebelum pipi si comel dicium bertalu-talu.  

"Ni belon yang Aina minta semalam" Maimuna mengunjukkan belon yang masih di tangan ke tangan Aina.

"Terima kasih mama.  Aina nak gi simpan dalam bilik".  Maimuna menurunkan Aina dan hanya memerhatikan langkah si kecil yang sudah berlari ke biliknya.  Maimuna melangkah ke dapur sambil tangannya merungkaikan tudung di kepala.  Setibanya di dapur, Mak Nab sedang memotong lengkong merah yang sebelum disusun dalam pinggan bunga kangkung.

"Mai pergilah mandi dulu.  Biar Mak Nab siapkan untuk berbuka" ujarnya sambil tersenyum memandang Maimuna yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Mak Nab masak apa hari ni?  Mai singgah pasar malam tadi tapi takdelah beli apa-apa" Maimuna menarik kerusi sebelum membuka tudung saji.

"Mak Nab masakkan asam pedas tenggiri.  sayurnya kacang goreng rencah hati & pedal ayam" Mak Nab menjawab sambil tanganya lincah membasuh loyang dan pisau yang digunakan memotong lengkong tadi.

"Mai mandi dulu la Mak Nab.  Dajh pukul 7 ni" beritahu Maimuna sebelum ke biliknya untuk mandi.  

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 09:54 AM | Show all posts
Salam ramadhan. Awak kembali dgn cerita baru ya? Tapi jgn tunggu setahun baru habiskan ekk?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 10:01 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-7-2012 09:54 AM
Salam ramadhan. Awak kembali dgn cerita baru ya? Tapi jgn tunggu setahun baru habiskan ekk?

alaa... tak janji tau.  herb cuba ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2012 10:09 AM | Show all posts
biasanya cite produkherba best

next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 02:23 PM | Show all posts
sarizu posted on 30-7-2012 10:09 AM
biasanya cite produkherba best

next!

thanks... jap lg herb mula ngarang.  td merayau kat jln masjid india.  harap2 petang ni bos besar tak panggil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2012 02:41 PM | Show all posts
Selepas solat Isyak, Maimuna berasa hairan apabila Aina lansung tidak ke biliknya.  Biasanya katil biliknya habis bersepah dikerjakan si mulut murai seorang tu.  Telekung yang dilipat lantas disidai di tepi almari dan Maimuna mengatur langkah keluar dari biliknya mencari Aina.

Maimuna berasa hairan apabila Aina tidak menjawab semasa pintu biliknya diketuk, lantas pintu bilik Aina dibuka perlahan takut-takut menganggu sekiranya Aina telahpun lena.  

Hmm... mana pulak cik adik sorang ni?  Atas katil takde pulak, fikir Maimuna.  

Maimuna menuju ke ruang tamu yang tidaklah sebesar mana sambil matanya memerhatikan Aina kalau-kalau Aina terlena atas sofa depan tv.

Laa... mana pulak anak aku ni.  Apasal senyap aja?  Maimuna bertanya dalam yang mula risaukan Aina.

"Aina?  Aina kat mana sayang?" Panggil Maimuna sambil matanya meninjau-ninjau ke setiap pelusuk rumah yang comel.

"Mama!" terdengar suara Aian dari balkoni rumahnya.  Maimuna pantas mengalihkan pandangannya ke balkoni.  serentak langkah diatur menuju ke arah Aina yang melambai ke arahnya.

"Sayang buat apa kat sini?" soal Maimuna sambil mengangkat Aina untuk didukung.

"Tu, mama tengok sana" lurus jari Aina menunjuk ke arah kanan rumah mereka.

"Apanya sayang? mama tak nampak la" puas Maimuna memfokus dalam gelap tapi tidak pula nampak apa yang cuba di tunjukkan oleh Aina.

"Mama pandang atas sikit.  Belon Aina tu" Aina memegang muka Maimuna dan menghalakannya ke arah belon yang mula terbang tinggi ditiup angin.

"Belon Aina ke tu?" soal Maimuna hairan.

"Ya, belon yang mama belikan semalam tu" balas Aina dengan wajah yang gembira.

"Hmm.  Aina lepaskan belon tu?  Aina taknak main lagi ke?" soal Maimuna yang turut sama memerhatikan belon yang semakin menjauh.

"Aina nak beri abah surat" nada Aina mula bertukar perlahan.  Faham dengan perasaan anaknya, Maimuna menarik lembut kepala Aina lantas dikucupnya penuh kasih.  Mereka sama-sama memerhatikan belon yang makin hilang dari pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 02:43 PM | Show all posts
Oh...tersentuh hati ku....

Err....Next. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 03:05 PM | Show all posts
macam cerita mermaid..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 03:49 PM | Show all posts
Huhu...kt mn la abah aina tu...

Next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 04:09 PM | Show all posts
Waktu rehat digunakan sepenuhnya oleh Maimuna untuk mencuci mata di Jalan Masjid India bersama-sama dengan ribuan manusia yang membeli-belah keperluan untuk Aidilfitri.  Maimuna sebenarnya bukanlah ingin sangat membeli-belah tetapi lebih kepada mencuci mata dan minda yang letih dengan tugasan sejak pagi tadi.  Deretan gaun kanak-kanak dengan rekaan terkini menarik minatnya tetapi tidaklah dibelinya memadai melihat-lihat sahaja.  Ada kalanya Maimuna hanya memandang kerenah manusia yang sibuk membeli-belah.

Langkah Maimuna terhenti apabila terlihatkan seseorang yang telah bertahun tidak ditemuinya.  Laju langkahnya diatur ke arah seorang lelaki yang sedang memimpin seorang kanak-kanak lelaki di sebelah gerai serunding.

"Assalamualaikum" Maimuna mengucapkan salam kepada lelaki tersebut.

"Waalaikumussalam" jawab lelaki tersebut tanpa menoleh ke arahnya.  Riak lelaki tersebut berubah bila matanya menyapa wajah Maimuna yang tersenyum memandang ke arahnya.  Dalam masa yang sama lelaki tersebut memanjangkan lehernya mungkin mencari kelibat isterinya yang berada di kedai bersebelahan.

"Apa khabar? Ni nombor berapa?" soal Maimuna sambil tangannya mengarah kepada si kecil tadi.

"Baik.  Yang pertama" balas lelaki tersebut pendek.  Dari airmukanya Maimuna pasti dia tidak selesa tapi Maimuna tiada pilihan lain.

"Aina rindukan awak.  Boleh saya bawa dia jumpa awak?" pinta Maimuna penuh mengharap.  Wajah bekas suaminya dipandang seketika sebelum pandangannya dihalakan kepada seorang wanita yang mendukung anak perempuan yang sedang menuju ke arah mereka.  Imran bekas suaminya masih diam tanpa sebarang jawapan dan saat itu Maimuna begitu pasti dia telah mendapat jawapan kepada pertanyaannya sebentar tadi.

Imran mendukung anaknya sambil berlalu pergi tanpa memberikan apa-apa jawapan.  Maimuna hanya tersenyum sendiri mengenangkan sikap melulunya menyampaikan isi hati anak kecilnya Aina.  Kesian anak mama, abah tak sudi jumpa sayang, keluhnya dalam hati.  Langkah bekas suami bersama keluarga yang semakin jauh dipandang sambil nafasnya dihela berat.  

Maimuna kemudiannya melangkah kembali ke pejabat sebaik waktu rehatnya berakhir.


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 04:38 PM | Show all posts
sekurang2nya laki tu tahu dia masih ada tjawab pada anaknya yang lain

next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 10:58 AM | Show all posts
sarizu posted on 30-7-2012 04:38 PM
sekurang2nya laki tu tahu dia masih ada tjawab pada anaknya yang lain

next!

tak mananya si imran tu tahu tanggungjawab.  puas dah herb nasihat tapi degil sungguh orangnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 12:44 PM | Show all posts
"Izhar, you balik lambat ke? Dah pukul 6 la" tegur Nancy yang sedang melintasi biliknya.  Izhar yang sedang sibuk menyediakan kertas kerja berpaling dari laptopnya memandang Nancy yang sedang membetulkan beg yang disandangnya.  

"Banyak shopping... ni sapa yang nak beraya?  Raya Cina lambat lagi la amoi" usik Izhar bila melihatkan Nancy yang berundu-randah dengan beg-beg plastik.

"Mega sale la.  Banyak save ma.  I balik dulu nanti husband bising.  okay, see you" Nancy bergegas meninggalkan Izhar yang sedang mengemas mejanya.  

Kedai mana la aku nak makan hari ni.  Sejak dari mula puasa dah bertunggu-tangga kat Burn Tomyam sempat pula Izhar mengomel dalam hati mengenangkan waktu berbuka yang tidak sampai 2 jam lagi.  Semasa mengunci pintu biliknya Izhar nampak Nancy berlari-lari anak menuju ke arah bilik Nancy yang terletak di sebelah pantri.  Apa hal pula amoi sorang ni fikir Izhar sambil memerhatikan Nancy yang tergesa-gesa membuka pintu biliknya.  Izhar hanya berdiri di muka pintu memerhatikan Nancy yang nampak kelam-kabut, manalah tahu Nancy perlukan bantuannya nanti.  Tak sampai seminit kemudian Nancy keluar semula dari biliknya membawa 3 biji belon berisi gas helium.  Izhar mendekati Nancy yang terkial-kial mengunci bilik dengan belon-belon yang ada sesekali menutup mukanya.

"Come, i kuncikan" Izhar menawarkan bantuan dan sebaik Nancy beralih dari pintunya Izhar menguncikan pintu biliknya.  

"Thanks Izhar.  I dah lambat ni... husband i dah sampai kat lobi" adu Nancy sambil berjalan seiring Izhar ke lif.

"Ada apa sampai 3 biji belon ni?" soal Izhar sambil menekan butang lif.

"My girl sibuk suruh belikan belon.  Katanya nak hantar kad kat popo dia.  Kalau you nak tahu dia pesan 10 biji.  Ini 3 biji pun dah susah nak bawa" keluh Nancy.

"Hmm... mana dapat idea tu?" soal Izhar sambil ketawa dan menghulurkan tangan tanda ingin membantu membawakan beg-beg plastik yang penuh di tangan Nancy.  

"thanks Izhar, tolong bawakan barang.  I pun tak tahu.  Tiba-tiba aja dia kirim.  You tahulah girl i tu macam mana kan? Kalau i tak beli dia boleh menangis non stop" cerita Nancy sambil tangannya sesekali membetulkan tali beg yang melorot dari bahu.  

Nancy melangkah laju sebaik keluar dari lif mencari kereta suaminya dan Izhar hanya menurut langkah Nancy yang sudahpun sampai di kereta suaminya.  sebaik terlihatkan Izhar, suami Nancy lantas menuju ke arahnya mengambil barang-barang yang dijinjing Izhar.
'
"Thanks Izhar, tolong bawakan barang-barang ni.  I've told her not shop when i'm not around. bukan nak dengar pun" Paul memberitahu Izhar sambil menyimpan barang-barang ke dalam kereta.  

"Retail theraphy.  That't what she keep telling me.  Takpelah, as long as she's happy kan? Okay, got to go.  see you" Izhar meminta izin untuk berlalu ke Stesen Sultan Ismail.

Sepanjang menuju ke stesen LRT Izhar teringatkan belon berwarna merah jambu yang terletak elok di sudut bilik tidurnya.  Agaknya pemilik belon tu mempunyai hasrat yang lebih kurang sama dengan anak Nancy.  Ingatannya melayang kepada hari di mana belon merah jambu itu sampai di rumahnya.

Perhatian Izhar yang sedang menonton berita tengah malam agak terganggu apabila terdengar bunyi seakan daun digesek di balkoninya.  Mulanya Izhar biarkan sahaja tapi apabila bunyi itu semakin kerap Izhar akhirnya mengambil keputusan untuk bangun dan menjengah balkoni.  Puas matanya melilau mencari punca bunyi yang menganggu tumpuannya kepada berita di tv.  Akhirnya mata Izhar tertancap kepada objek yang bergerak-gerak ditiup angin di hujung balkoni.  Perlahan-lahan langkah Izhar diatur menghampiri objek yang kelihatan bulat dan berkilat dalam kesamaran cahaya bulan. Eh belon?  Macam mana lak boleh tersangkut kat sini? fikir Izhar sambil tangannya merungkai tali belon yang terbelit pada kaki kerusi rehat.  Izhar cuba menarik belon tersebut tapi masih tersangkut akhirnya Izhar menghidupkan lampu di balkoni.  Bila diamati rupanya ada satu lagi tali yang tersangkut di bawah kerusi.  Kelihatan sampul surat yang tidak bernama dilekatkan kepada tali tersebut.  

Izhar membawa belon tersebut masuk ke dalam dan setelah memastikantali belon tersebut terikat kemas pada pemegang sofa yang didudukinya, sampul surat dibuka dengan berhati-hati.

Assalamuaikum abah,

Aina rindu abah.  bila abah nak balik?  Aina sayang abah.  balik la abah.

anak abah, Aina.

Melihatkan tulisan pada kad kecil yang dibacanya Izhar pasti ia tulisan kanak-kanak sekolah rendah tetapi ayat yang ditulis pula menggambarkan sebaliknya.  Mungkin pemilik kad ini meminta orang lain menulis untuk pihaknya fikir Izhar sambil tangannya membelek kad di tangan.  Izhar ambil belon di sebelahnya, ada rasa sayu bertandang di hati apabila membayangkan perasaan si kecil yang amat merindui ayahnya.  Enggan melayan rasa hati Izhar bawa belon beserta kad ke biliknya untuk disimpan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2012 01:15 PM | Show all posts
sedihnya cerita ni.....
sambung lagi .....
teringat cerita surat dlm botol dan chap goh meh baling limau kat sungai

hari tu gi pasar ramadhan kat desa tasik tu lalu kat gerai nasi ambeng terus terignat kat herba he he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 08:46 AM | Show all posts
qimi08 posted on 31-7-2012 01:15 PM
sedihnya cerita ni.....
sambung lagi .....
teringat cerita surat dlm botol dan chap goh meh baling ...

lama tak sembang dgn qimi.  gerai nasi ambeng tu thn ni sblh mana pula? herb blm jejak lg area desa tasik sejak puasa ni.  maimuna pun tak sempat lg.  izhar lak asik menonggok kat burn tomyam aja
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 08:50 AM | Show all posts
produkherba posted on 31-7-2012 10:58 AM
tak mananya si imran tu tahu tanggungjawab.  puas dah herb nasihat tapi degil sungguh orangnya

bff imran eh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 08:56 AM | Show all posts
Sepanjang menuju ke stesen LRT Izhar teringatkan belon berwarna merah jambu yang terletak elok di sudut bilik tidurnya.  Agaknya pemilik belon tu mempunyai hasrat yang lebih kurang sama dengan anak Nancy.  Ingatannya melayang kepada hari di mana belon merah jambu itu sampai di rumahnya.


cutenya lah...

nati izhar ngorat la maknya...aina dpt la ayah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.124741 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list