CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32604|Reply: 150

Semanis Puding Jagung-[U]

[Copy link]
Post time 25-7-2012 10:26 PM | Show all posts |Read mode

Salam... ni cubaan pertama saya berkarya kt WR ni. baru je memunculkan diri kt sini, selalu jadik silent reader jek... sudi2 lah membaca... komen2 bernas dan membina dialu-alukan..esp dari otai2 sekalian...
-------------------------------

PROLOG


Oktober, 2005


Aku terpisat-pisat bangun. Bunyi seperti suara orang bergaduh di tingkat bawah sedikit mengganggu lenaku. Jam loceng di meja sisi katil aku kerling sekilas.

Dua belas dua puluh minit malam.

Perlahan  aku menuruni katil dan menuju ke arah pintu. Rambut panjangku yang biasa kutocang kubiarkan terurai. Pintu bilik kurenggangkan sedikit.

“Abang tak sangka Ju sanggup buat macam ni. Abang ingat selama tiga tahun abang dekat Australia, Ju setia pada abang macam mana abang setia pada Ju. Rupa-rupanya,ini yang abang dapat sebagai balasan? Isteri sendiri main kayu tiga!?”

Babah! Bukankah tadi babah sudah masuk tidur setelah berjam-jam dalam penerbangan dari Australia yang meletihkan?

Senyap-senyap aku keluar dari bilik melangkah ke tangga, ingin mengetahui apa yang berlaku dibawah. Jelas kedengaran suara mama membalas. “Setia aje tak cukup, bang! Tiga tahun kami dahagakan kasih sayang abang. Tapi abang lebih pentingkan pelajaran abang daripada keluarga sendiri!”

Sudah pulangkah mama? Tadi sehingga akutertidur pun mama masih belum pulang. Apa yang berlaku?

Rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan aku semakin berani menapak menuruni anak-anak tangga.

“Sekarang Ju nak salahkan abang pulak? Ju lupa, Ju yang beria-ia tak nak ikut bila abang suruh kita satu family duduk sana?” Suara babah mengendur sedikit. “Menyesal abang tak paksa aje Ju ikut abang!”

“Huh! Simpan aje lah rasa menyesal abang tu. Sekarang ni Ju cuma minta abang ceraikan Ju!”

Aku bertambah terkejut mendengar kata-kata mama. Cerai?! Dengan umurku yang hampir melangkah ke alam remaja ini, aku bukan bodoh untuk mentafsirkan perkataan itu.Tanpa sedar kakiku sudah menjejak anak tangga terakhir. Aku mengecilkan diri ditepi tangga, mengintai mama dan babah yang membelakangiku.

Aku nampak wajah terkejut babah dengan permintaan mama.

“Ju cakap apa ni? Abang tak cakap abang nak lepaskan Ju.”

“Memang abang tak cakap, tapi Ju yang nak!” Makin lantang suaranya.

Aku memeluk tubuh. Kecut perutku mendengar lengkingan suara mama.

“Abang takkan ceraikan Ju!” Kata babah tegas.

Tiba-tiba aku mendengar bunyi enjin kereta di luar rumah. Kulihat mama bergegas keluar. Babah kemudian menyusul. Oleh kerana kedudukan tangga ini tidak menghadap pintu utama, aku tidak dapat melihat apa yang berlaku. Namun aku berusaha memicing telinga.

“Sayang,you tertinggal handbag dalam kereta I tadi.” Sayup-sayup aku mendengar suara seorang lelaki. Mungkin pemilik kereta tadi.

Suara yang tidak jelas membuatkan aku beralih ke tepi tingkap ruang tamu pula. Dari situ aku dapat melihat dengan jelas situasi di perkarangan luar rumah. Namun wajah lelaki itu kurang jelas kerana dia membelakangkanku. Kemudian lelaki tadi melambai tangan dan mama membalas dengan menghadiahkan sebuah flying kiss.

“Ju,apa semua ni?” Suara babah tegang.

Mama diam, memandang kereta lelaki itu berlalu pergi. Suasana sepi sekejap. Aku dapat lihat dada babah yang berombak. Seketika aku mendengar babah mendengus kasar sebelum bersuara lagi.

“Kalau ini yang Ju nak… abang ceraikan Ju!”


Last edited by Haje_hbz on 6-8-2012 03:17 PM \n\n

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2012 10:54 PM | Show all posts
wargghh!! awat teruk na masalah spacing nya bila copy kat sini? jenuhnya nak mengedit...huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2012 10:59 PM | Show all posts
BAB 1


April, 2010


Aqila duduk di atas kerusi batu bercat oren itu. Dia suka duduk di situ setiap kali waktu rehat. Jarang-jarang dia ke kantin kerana selalunya dia bawa bekal dari rumah. Kata Chik Na, lagi selamat makan makanan yang kita masak sendiri.Insya-Allah dijamin bersih dan memuaskan!

Penutup tupperware berisi bihun goreng dia buka.

“Qila!” Terlepas terus penutup ditangannya.

“Ya Allah… Kau dah kenapa main sergah-sergah orang ni?” Aqila mengurut dadanya.“Dah tak reti nak bagi salam?” Soalnya sinis.

Nadhia tergelak . Dia menunduk untuk mengutip penutup bekas yang sudah selamat landing atas lantai simen. Punggungnya dilabuhkan atas kerusi batu bertentangan Aqila.

“Janganlah marah, makcik. Nanti kena jual!” Dia meniru dialog Ismet Ulam Raja dalam filemTiga Abdul.

Bebarapa saat kemudian dia terjerit kecil apabila lengannya terasa bisa. Isy, memang spesies ketam kawan aku ni!

Best aje kau panggil aku makcik. FYI akuni baru 17 tahun tau? Anak sedara pun tak ada lagi!”

Terlepas tawa Nadhia. “Kalau macam tu suruhlah abang kau kahwin cepat-cepat. Baru betul-betul dapat title makcik tu.”

“Nak kahwin dengn siapa? Abang Adam baru 19 lah.” Balas Aqila.

Cakap fasal Adam, teringat pula dia akan abangnya yang seorang tu. Apa khabar agaknya dia? Sudah lama tidak menelefon rumah.

“Takpe la. Aku kan ada!” Kata Nadhia tergelak-gelak.

“Banyaklah! Tak rela aku berkakak iparkan kau yang kejam ni!” Tahu Nadhia memang seorang manusia yang sangat suka bergurau. Kadang-kadang susah juga nak bezakan sama ada dia bergurau atau serius.

“Weh, mana ada aku kejam! Aku ni sebaik-baik sahabat tau!”

“Masuk lif tekan sendirilah kau!”  

Nadhia gelak lagi. Seketika, dia memerhati Aqila yang menyudu bihun goreng. Terliur pula dia tengok.

“Qila…sedapnya… bukannya nak jemput aku.”

“Hai, selalu tu tak payah berjemput, kau buat muka tembok je. Ni apasal nak berjemput segala?” Perli Aqila.  

“Hehehe… sekali tak sekala tukar angin.”

Garfu bertukar tangan. Bihun disuap ke mulut. Hmm… Memang ummpphh!

“Chik Na buat ke?”

“Ha’ah.”

“Dah agak dah. Kalau kau buat tak adanya sedap macam ni.”

“Yalah, aku tau aku tak sehebat kau dalam bab masak-memasak ni.” Sinis suaranya.

Tak sedap konon. Kadang-kadang kalau dia membawa bekal hasil air tangannya sendiri, Nadhia lah orang pertama yang melahap!

“Kau ni, merajuk pulak. Aku gurau je la. Kau masak sedap. Aku je yang tak pernah pass kalau turun dapur.”

Nadhia tahu, dalam keluarga mereka, selain Chik Na, Aqila juga seorang yang pandai dan minat apabila datang bab memasak. Bukan macam dia, nak masak nasi pun tak lepas. Itu baru pakai rice cooker,belum dapur kayu lagi! Memang kirim salam awal-awal lah nak jadi calon menantu! Dia tersengih sendiri.

Aqila memandang pelik wajah Nadhia. “Kau dah kenapa sengih sorang-sorang?”

Soalannya disambut dengan gelak. “Tak de pape la.” Dia menyambung suapannya lagi. “Emmm… weekend ni kau ada pergi mana-mana tak?” Bihun disuap lagi.

Aqila diam seketika, berfikir. “Rasanya tak kut. Kenapa?”

”Aku nak pergi MPH cari buku rujukan.”

“Okey.So… Ada kaitan dengan hidup aku ke?” Aqila menjongketkan kening kiri. Sengaja dia buat nada tak kisah.

“Kau ni… buat-buat tak tau pulak.” Panjang saja muncungnya.

Terlepas tawa Aqila. “Dah, dah. Tak lalu aku tengok. Sesuai jadi penyangkut baju dah gayanya.” Jeda. “Aku teman kau nanti.”

“Hehehe…Komawo.

Aqila geleng kepala. Tak sah kalau tak Korea. Kawannya yang seorang ni memang fanatik dengan apa-apa perkara yang melibatkan Korea. Nasib baik tak jadi warganegara sana terus!

“Wei, kau ni makan ke melantak? Aku baru makan dua suap.” Aqila tercengang melihat tupperware yang sudah licin.

Nadhia menutup mulut. “Alamak. Sorry, Qila. Cakap punya cakap, sekali tak sedar aku dah terrrhabiskan bihun kau. Tak pe, nanti aku beli apa-apa kat kantin, eh?” Cuba menebus rasa bersalahnya. Padahal dia tahu sangat Aqila tak makan makanan kantin.

“Aku main-main je la. Memang aku nak suruh kau habiskan pun. Aku dah kenyang.” Dia bukannya kuat makan sangat. Dia bawak bekal ni pun sebab tahu ada tukang perabis!

“Betul ke ni? Alhamdulillah… kau la sahabat aku dunia akhirat.”

“Ceh! Mengampu nombor satu!” Nadhia gelak lagi. Suka betul dia gelak dari tadi.

Tupperware yang sudah kosong itu Aqila tutup dan masukkan kembali ke dalam plastik. Begitu juga dengan garfu. Tisu poket ditarik sehelai dan bibirnya dikesat.

Last edited by Haje_hbz on 6-8-2012 03:18 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 12:21 PM | Show all posts
wah..besnye..tk sabr tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 01:11 PM | Show all posts
cerita biasa2 jek yuri...kembali ke alam persekolahan...tak ramai yang minat agaknya.. tapi takpe..akan disambung juga..chaiyok2(bagi semangat kt diri sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:13 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 26-7-2012 01:11 PM
cerita biasa2 jek yuri...kembali ke alam persekolahan...tak ramai yang minat agaknya.. tapi  ...

Eh... ada yang baca...

Sambung le...sambung le....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2012 01:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-7-2012 01:13 PM
Eh... ada yang baca...

Sambung le...sambung le....

Time kasih...

nak sambung la ni...tp jenuh nk kena edit dulu pila paste kat sini...mslh spacing teruk bebenor..

mmg mcm tu ke atau ada cara nk hilangkan masalah tu?

Anybody pls help...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:24 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 26-7-2012 01:19 PM
Time kasih...

nak sambung la ni...tp jenuh nk kena edit dulu pila paste kat sini...mslh spacing ...

Paste kan wordings tu dalam kotak post reply. Dah habis semua baru tekan 'advance mode'

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2012 01:25 PM | Show all posts
Last edited by Haje_hbz on 26-7-2012 01:33 PM \n\n
BAB 2

Brooch berbentuk hati itu dipinkan kemas-kemas atas tudung dibahu kanan.

Aqila memandang refleks dirinya di dalamcermin. Jubah coklat gelap berbunga sulam di tangan dan di kaki jubah dipadankan dengan tudung hitam. Tudung bidang 60 dengan corak garis-garis itu hanya disilangkan.

Biarpun sekarang berbagai-bagai fesyen tudung melambak di pasaran, dia lebih selesa dengan pilihannya yang ini apabila mahu keluar rumah. Asalkan labuh dan menutup aurat.

Dia pun tak faham dengan fesyen tudung zaman sekarang. Cantik memang cantik, tetapibanyak yang tidak menepati tuntutan islam. Memanglah dia tak akan memakai tudung yang sebegitu melainkan di rumah sahaja. Dan dia pasti babah dan Chik Na juga tak akan membenarkannya.

Okey,Aqila. Stop membebel pasal tudung.

Isy,tapi betul apa aku cakap. Memang hakikat.

Aqila!Cepat siap! Kejap lagi Nadhia datang, tertunggu-tunggu pulak dia. Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita!

Baiklah Cik Hati. Saya bersiap sekarang.

Stoking hitam di penyangkut dicapai. Disarung ke kaki kanan dahulu, diikuti kaki kiri.Begitu juga dengan sarung lengan. Kata Chik Na, sunnah Rasulullah dahulukan yang kanan.

Okey,done!

Pin!Pin!

Aqila menjengukkan kepala ke tingkap. Dari atas dia sudah nampak kelibat Nadhia dan Aunty Salwa dalam kereta.

Polo sling bag dicapai lalu bergegas keluar bilik dan menuruni tangga.

“Bah, Chik Na. Qila pergi dulu.” Encik Huzair yang sedang khusyuk menaip di laptopnya berpaling. Begitu juga dengan Puan Amnah. Aqila menyalami tangan keduanya dan bergegas keluar.

“Hati-hati. Jangan balik lambat sangat.” Sempat Puan Amnah berpesan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 01:28 PM | Show all posts
Last edited by Haje_hbz on 26-7-2012 01:41 PM \n\n
MPH lengang. Cuma ada beberapa orang sahaja yang sedang memilih buku. Aqila dan Nadhia beriringan melangkah masuk. Terus sahaja menuju ke belakang, rak buku latihan dan rujukan SPM.

“Ya, kau nak cari buku rujukan apa?”

“Emm… Mod Maths, Pelangi. Ala, yang Cikgu Kam tunjuk minggu lepas. Bagus tau buku tu. Sebab tu aku nak beli.” Tangannya ligat membelek dari satu ke satu buku rujukan Mathematics.

Aqila menarik keluar sebuah buku tebal berwarna kuning. “Yang ni kan?”

Nadhia menoleh. “Ha. Yang nilah.” Buku ditangan Aqila diambil dan dibelek isinya. Dia tersenyum puas. “Jom, teman aku bayar.” Dia menarik tangan Aqila.

“Eh,  sekejap. Apa kata kau pergi bayar dulu, aku nak tengok novel kejap.” Aqila menayang sengih.

Nadhia geleng kepala. “Kau ni memang kaki novel kan? Bawak-bawaklah sedarkan diri tu, tahun ni kita nak SPM.”

“Ala, Ya. Aku memang tengah cari satu novel ni. Aku janji, satu aje. Lagipun bagus tau baca novel. Boleh meningkatkan skill menulis karangan, lepas tu dapat tambah kosa…”

“Dah, dah. Tak payah nak bersyarah kat sini. Banyaklah kau punya meningkatkan skill menulis. Tak ada maknanya!” Nadhia memotong kata-kata Aqila. Dia mencebik melihat Aqila yang ketawa suka.

Nadhia berlalu ke kaunter pembayaran. Isy, ramailah pulak orang nak bayar. Tadi macam lengang je MPH ni. Satu kaunter je pulak tu yang bukak!

Aqila berjalan menuju ke rak novel. Dia sebenarnya mahu mencari novel Jaja & Din karya Noor Suraya. Sudah lama dia mencari novel itu, tapi asyik sold out aje.

Ini semua gara-gara Nasuha  yang promote novel tu. Katanya bestlah, islamiklah, sweetlah. Jadi teringin jugaklah dia nak membaca. Haih, kalau Kedah dengan Johor ni sejengkal, dah lama aku pinjam Suha punya aje! Walaupun sepupunya itu muda setahun daripadanya, tapi apabila datang bab novel memang advance terlebih!

Novel-novel terbitan Jemari Seni dihadapannya diperhati satu-persatu.

Contengan Jalanan… aA+bB… Senyum Sampai Langit…

Matanya berlari laju membaca tajuk-tajuk novel. Isy, mana pulak novel ni. Janganlah sold out lagi.

“Ha, Jiha. Apa tajuk novel yang kena mandi hari tu?”

Suara seorang lelaki membuatkan pergerakannya terhenti.

Isy, siapa pulak lelaki ni? Dia paling tak suka jika ada orang lain semasa dia mahu memilih novel. Tak selesa.

Helo, Aqila. Ingat MPH ni kau yang punya…?

Lelaki itu tergelak beberapa saat. “Okey… publisher dia apa? ”

Diam. Mungkin orang di taliannya sedang bercakap. Girlfriend dia kut. Nak belikan novel untuk makwe ke…?

“Jemari Seni? Okey, abang try cari.”

Aik, cari novel JS jugak?

Matanya berlari lagi. Ikhlas, AK… Pelangi… Jaja &…

Yes! Akhirnya…

Aqila tersenyum lebar saat matanya menangkap buku tebal berkulit merah, dengan latar ilustrasi perempuan berambut panjang dan lelaki berkopiah. Wah, nampak sangat kontranya tu. Laju tangannya mencapai novel yang hanya tinggal satu di rak itu.

Baru sahaja dia mencapai, tiba-tiba ada tangan lain yang turut sama memegang novel itu. Aqila mengangkat muka.

Lelaki tadi!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 01:29 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-7-2012 01:24 PM
Paste kan wordings tu dalam kotak post reply. Dah habis semua baru tekan 'advance mode'

tq nicki utk tunjuk ajar...
maklumlah orang baru...serba-serbi tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:39 PM | Show all posts
cerita baru...best2......next pleaseee......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 03:52 PM | Show all posts

Zairul Azfar menyedut air pepsinya yang berbaki separuh. Straw dilepaskan dan dia bersendawa perlahan. Fuh, kenyang gila!

Tiba-tiba perutnya terasa lain macam. “Qib, aku rasa aku nak pergi toilet kejap. Perut aku memulaslah.” Dia menekan sedikt perutnya.

Aduuh, perut,perut... time ni pulak nak buat hal!

“Itulah kau, siapa suruh makan burger sampai dua? Macam tak pernah makan setahun.” Sempat lagi dia mengutuk. “Pergilah memerut. Nanti dah sudah cari aku kat MPH.”

“Kau ingat tak jalan nak pergi situ?” Bimbang juga dia kalau Naqib tersesat. Tapi apa nak susah? Handphone kan ada. Sengal jugak aku ni.

“Ingatlah.”

“Okey. Apa-apa hal call aku.”

Angguk.

Zairul bingkas bangun. Langkahnya laju menuju ke tandas awam. Aduh, apasallah McD ni jauh gila daripada tandas? Hujung ke hujung. Sabar jelah. Takkan nak berlari pulak kut?

Naqib hanya tergelak melihat Zairul yang berjalan seperti tidak cukup tiles. Dia mencapai tisu. Mulutnya dikesat. Kemudian bangun dan keluar daripada McD. Langkahnya menuju ke arah escalator untuk ke tingkat atas. Tadi Zairul kata MPH dekat dengan exit tingkat dua.

Ahah! Itupun dia. Jusco Taman U ni kecil aje. Senang nak cari.

Tadi bila Zairul ajak dia keluar pergi Jusco baru dia teringat akan novel Najiha.

Kelmarin, dia tak sengaja tertumpahkan kopi atas novel adik sepupunya itu. Habis separuh novel itu bertukar warna coklat. Mana taknya, satu cawan yang tumpah. Najiha terus merajuk dengannya kerana dia belum pun habis baca novel itu dan bahagian yang tercemar itu adalah separuh akhir novel.

Macam mana nak baca kalau dah tulisannya sudah mengembang dek air kopi? Dan macam mana nak buat koleksi kalau rupa dia dah tak macam novel? Teringat dia rungutan Najiha semalam.

Dan dia sudah pun berjanji akan menggantikan semula novel tersebut.

Najiha tu memang kaki novel. Berderet koleksi novelnya dalam bilik. Dan novel yang sudah tercemar itu Najiha baru sahaja beli. Dia sendiri tak faham macam mana si Najiha tu boleh habis membaca novel tebal-tebal. Bukan satu, malah lebih daripada seratus buah.

Melepasi pintu utama MPH, Naqib mengeluarkan telefon bimbit. Dicari nama Najiha dalam senarai contacts dan  butang hijau ditekan. Sambil itu kakinya melangkah ke rak yang menempatkan novel melayu. Ada seorang gadis berjubah di situ. Sedang ralit membelek novel.

Beberapa saat, terdengar suara berkata ‘helo’. Naqib tersenyum.

“Ha, Jiha. Apa tajuk novel yang kena mandi hari tu?” Soalnya.

Najiha tergelak. “Abanglah yang mandikan novel Jiha tu. Emm… Tajuknya Jaja & Din. Author dia Noor Suraya.”  

“Okey, publisher dia apa?”

“Publisher Jemari Seni.”

“Jemari Seni? Okey, abang try cari.” Sejurus, dia menekan butang merah. Matanya melilau di rak novel melayu yang menempatkan koleksi novel Jemari Seni.

Jaja & Din… Jaja & Din… Jaja &…

Oh, itu dia! Tinggal satu je.

Tangan seseorang yang lebih dulu mencapainya membuatkan dia sedikit tersentak. Namun dia pantas mengambil novel tersebut. Saat itu, gadis berjubah tadi mengangkat muka menentang pandangannya dengan dahi berkerut.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:07 PM | Show all posts
eh jusco taman u??hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 09:20 PM | Show all posts
chokachoki posted on 26-7-2012 09:07 PM
eh jusco taman u??hehe

hehe..awat? org situ ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 10:11 AM | Show all posts
best jga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2012 11:35 AM | Show all posts
Last edited by Haje_hbz on 28-7-2012 08:08 PM \n\nDia baru sahaja melangkah masuk ke kelas, tiba-tiba perutnya terasa bergelodak.

Aduh, dah kenapa pulak dengan perut aku ni. Rasanya pagi tadi aku cuma makan nasi goreng yang Chik Na buat. Itupun sesenduk aje.

Nadhia disebelahnya dicuit. “Ya, aku nak pergi tandas kejap. Nanti kalau Puan Rozi tanya kau cakap aku sakit perut tau.”  

Nadhia angguk sahaja. “Itupun kalau dia nak dengarlah.”

Dia mengeluh perlahan mendengar jawapan Nadhia.

Puan Rozita. Cikgu Rozita sebenarnya, tapi dia yang suruh letak title Puan kat depan tu.

Aqila tak faham apa lagi yang Puan Rozi masih tidak puas hati dengannya. Walhal peristiwa itu sudah hampir setahun berlalu. Dia masih ingat bagaimana marahnya Puan Rozi padanya apabila namanya naik sebagai guru yang sering ponteng waktu P&P. Iyalah, Aqila hanya menjalankan tugasnya sebagai pemberi laporan. Jadi bukan salahnya kalau Puan Rozi kena panggil dekat pejabat dan gaji kena tolak. Wajarlah kena tolak, dah dia makan gaji buta. Dan dia kenalah faham, ini sekolah swasta! Macam-macam perkara yang cuba Puan Rozi lakukan kepasa dirinya. Balas dendam mungkin. Salahnya yang sehalus kuman pun kalau boleh mahu dijadikan sebesar gajah! Macam ada cop di dahinya, ‘anti-lah saya’.

Selesai ‘urusan’nya di tandas, cepat-cepat Aqila kembali ke kelas. Jam di tangan kiri dipandang sekilas. Alamak, lewat empat minit! Habislah aku!

Pintu bilik darjah dia ketuk perlahan. Puan Rozi mengalihkan pandangannya kepada Aqila yang tercegat di tepi pintu. Bukan Puan Rozi saja, malah satu kelas!

“Hah, ini lagi sorang! Dah tahu sekarang ni kelas saya, jam tu juga nak merayap. Saya paling tak suka orang ponteng kelas saya!” Marah Puan Rozi. Perkataan ponteng itu sengaja ditekan.

“Minta maaf, puan. Saya pergi tandas tadi.”

Puan Rozi mendengus. “Apa, dah tak ada waktu lain nak pergi?”

Eh, nak sangat ke aku ‘membuang’ dalam kelas ni? Dia, kalau tak mengenangkan rasa hormatnya pada insan yang bergelar guru itu, sudah lama ayat itu meluncur keluar dari mulutnya.

Sabar, Aqila. Sabar.

“Sudah, masuk! Lepas habis kelas jumpa saya dekat bilik guru!”

Okey, ni memang part yang aku tak kenan sungguh! Mesti nak bagi habuan khas ni!

Saat dia melangkah masuk, matanya menangkap seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri disebelah Puan Rozi, dengan beg tersandang di bahu kanan dan sebuah fail di tangan kiri. Budak baru ke?

Dia terus menuju ke tempat duduknya, barisan ke empat di tengah-tengah kelas. Tiga barisan hadapan semuanya lelaki. Pelajar perempuan semua di belakang.

Aqila perasan akan senyuman sinis Endriyana. Namun dia buat tidak tahu sahaja. Dia tahu sangat, Endriyana memang manusia paling bahagia kalau dia kena marah!

“Okey, Naqib. Awak boleh duduk di tempat kosong tu.” Puan Rozi menunjuk ke arah meja kosong di sebelah Akmal. Bermakna, di hadapan meja Aqila.

Endriyana menegeluh hampa. Kan bagus kalau si budak baru ni duduk depan aku. Dahlah handsome! Dapat aku cuci mata hari-hari! Keluhnya dalam hati.

Pelajar yang dipanggil Naqib itu melangkah ke tempat yang dimaksudkan.

Aqila mengerutkan dahi saat matanya menyapa wajah pelajar baru tadi. Eh, apasal macam familiar aje muka dia ni? Mindanya berputar, cuba mencari kalau-kalau wajah itu ada tersimpan dalam kotak memorinya. Tiba-tiba sesuatu melintas di fikirannya...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 02:06 PM | Show all posts

Aqila mengangkat muka dengan dahi berkerut. Wajah lelaki yang dilindungi topi Nike hitam di hadapannya ditenung. Sesaat kemudian matanya dialihkan pula pada novel di tangannya, juga di tangan lelaki itu.

Aqila mengetap bibir. “Awak, saya yang dapat novel ni dulu.”

“Heh! Novel ni kita ambil serentak. So, siapa yang bertahan dia yang dapat.” Katanya sambil matanya menentang mata yang dilindungi kaca mata tanpa bingkai itu.

“Excuse me. Dah terang-terang saya yang ambil novel ni dulu.” Aqila menahan suaranya. Sabarnya terasa melayang. Sakit hatinya apabila lelaki itu hanya terseyum sumbing. Serasa mahu saja dia memarahi lelaki itu. Tapi tengah-tengah publik kut, takkan nak terpekik terlolong pulak!

Kedua-duanya saling menarik novel itu seolah-olah sedang bermain tarik tali pula. Jari jemari mereka hanya terpisah beberapa inci sahaja. Isy, tak boleh jadi ni. Kang tersentuh naya aje!

Tiba-tiba terlintas satu idea. Macam ternampak-nampak mentol bercahaya di atas kepalanya… tinngg! Apabila dia terasa lelaki itu menarik sekuat hati, dia melepaskan pegangannya. Dan…

Lelaki itu terus terpelanting ke belakang dek kuatnya tarikannya pada novel itu. Novel itu pula tercampak jauh hingga ke pintu utama MPH. Aqila melopong. Tak sangka pula dia sampai begitu sekali impaknya. Kesian pula dia tengok.

Namun kakinya laju sahaja menuju ke pintu utama lalu novel itu dikutip. Ditilik sekilas. Fuh! Nasib tak rosak. Beberapa pasang mata yang memandang pelik tidak diendahkan. Dia berjalan semula ke arah lelaki tadi.

“Sorry ye. Dan terima kasih.” Aqila terus berlalu ke kaunter pembayaran meninggalkan lelaki itu yang sedang menggosok pinggangnya dengan wajah mencuka.

Tiba di kaunter, Nadhia baru sahaja hendak membayar.

Aik, punyalah lama dari tadi baru nak bayar? “Ya, bayar sekalilah.” Novel dihulurkan dan dua keping not sepuluh dikeluarkan daripada dompet.

Kakak cashier menghulurkan resit dan plastik berisi buku. “Terima kasih, datang lagi.” Senyuman manis terukir dibibirnya.

Nadhia membalas senyum dan mengangguk. Sebelum melangkah keluar Aqila sempat mengerling lelaki tadi yang sedang sibuk menekan telefon bimbit. Wajahnya masam seperti tergigit buah cermai!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 02:50 PM | Show all posts

Kepalanya digeleng beberapa kali. Ah, tak mungkin Naqib ini adalah lelaki yang sama di MPH semalam!

Tapi memang betullah. Dia masih boleh mengecam wajah itu biarpun topinya sudah berganti dengan songkok.

Isy, macam mana pulak dia ni boleh tersekolah kat sini? Satu kelas pulak tu. Duduk depan aku lagi! Alamak, agak-agak dia cam tak muka aku? Aqila cuba melindungi wajahnya daripada pandangan pelajar baru itu.

“Qila, kau okey tak ni?” Nadhia pelik melihat Aqila yang sekejap tergeleng kemudian tertunduk-tunduk.

Kepala ditoleh ke kiri. “Okey, aku okey.” Buku teks Sejarah dikeluarkan.

Aqila, relaks. Kau tak bersalah. Kau cuma rasa bersalah je. Jadi, jangan gabra sangat. Desis hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 03:55 PM | Show all posts
Haje_hbz posted on 26-7-2012 09:20 PM
hehe..awat? org situ ka?

haha takdela. just pernah dtg
orang situ ka???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.501067 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list