View: 14607|Reply: 78
|
Selamanya Aku Cinta (U)
[Copy link]
|
|
“Akmal!!”
Puteri Amelia tersedar dari tidurnya. Sejak bakal tunangnya, Akmal yang merupkan seorang pilot meninggal dunia dalam nahas kapal terbang yang dipandunya itu, Amy selalu mimpi tentangnya. Sejak dari kejadian itu, Amy tidak lagi ceria dan selalu murung.
Tanpa dia sedari, air mata jernih mula mengalir di pipi gebunya itu. Rindu sekali dia terhadap bakal tunangnya itu. Dia meraup wajahnya dan kembali menarik selimutnya dan menyambung tidurnya semula beserta linangan air mata.
Keesokan harinya..
“Mana amy? Tak turun breakfast ke?” soal Datuk Jamal. Dia merupakn seorang usahawan terkenal di Malaysia dan ayah kepada Amy.
“Ntahlah bang.. saya risau tengok dia tu. Dah dua bulan dia macam ni..” balas Datin Suraya ibu kepada amy. Dia bimbang melihat keadaan anaknya yang sugul itu.
“tulah.. abang pun risau jugak.. pejabat pon dia tak pergi.. duk terperap je dalam bilik” semenjak dia pulang belajar dari luar negara, datuk jamal menyuruh amy bekerja di pejabat mereka. Dia mahu berehat saja di rumah.
“saya ada terfikir sesuatu..mungkin dengan cara ini anak kita akan happy” datin suraya cuba memberi idea.
p/s: Apakah idea yg cuba Datin Suraya sampaikan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“Akmal!!”
p/s: Apakah idea yg cuba Datin Suraya sampaikan?
chokachoki Post at 11-7-2012 14:13
Pergi bercuti ke Pulau Sayak. Berubat dgn Maulana Iqbal! |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi bercuti ke Pulau Sayak. Berubat dgn Maulana Iqbal!
ladyFinger12 Post at 11-7-2012 16:54
hahahahha....oky jugak tuh......tapikan....IQ xbole nnt rara jeles.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi bercuti ke Pulau Sayak. Berubat dgn Maulana Iqbal!
ladyFinger12 Post at 11-7-2012 16:54
woww pulau sayak kat mana tuu?? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahha....oky jugak tuh......tapikan....IQ xbole nnt rara jeles....
ismaha Post at 11-7-2012 20:31
Err bole jugak tapi IQ & rara tu siapa hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kehadiran ibubapa Amy di rumah adik Datin Suraya di Melaka disambut baik. Selesai bersalaman, mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Setelah bertanyakan khabar masing-masing, datuk Jamal menyampaikan hasratnya kepada keluarga itu. Kelihatan semua mendengar dengan penuh khusyuk tentang hasrat datuk jamal.
“ Uncle harap sangat kamu boleh bantu kami, Hafiz” pinta Datuk jamal sambil memandang Hafiz dengan penuh harapan. Hafiz merupakan anak kepada Pak Hasan dan Mak Jah dan juga merupakan anak saudara kepada datin suraya. Pak hasan sudah lama meninggal kerana sakit jantung.
“ pertolongan yang uncle mintak ni besar sungguh. Perkahwinan tu bukan sesuatu yang mudah” balas Hafiz. Dia agak terkejut juga dengan permintaan itu. Tetapi jauh di sudut hatinya dia memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap sepupunya itu cuma dia sedar darjat mereka tidak sama.
“ auntie tau permintaan kami ni agak melampau tapi auntie nak amy ceria balik macam dulu and auntie rasa Hafiz la calon yang sesuai untuknya” tambah datin suraya lagi. Dia yakin dengan pilihan hatinya kerana anak buahnya ini baik perangainya dan menghormati orang tua.
“ tapi uncle auntie.. saya ni hanya pemuda kampong rasanya tak layak kalau bersama amy..” ujar Hafiz lagi sambil memandang mak jah untuk mengetahui responnya.
“pasal tu semua tak penting, uncle yakin kamu boleh menjadi suami yang terbaik dan membimbing anak uncle” datuk jamal memintas kata-kata hafiz.
“hafiz tolonglah uncle kamu ni. Mak kesian juga dengan Amy..dia masih tak boleh terima tentang kematian Akmal” sokong Mak Jah. dia hanya nak yang terbaik untuk anaknya lagipun dia dapat mengagak yang hafiz suka kepada amy.
Hafiz mengeluh perlahan. Dia memang tiada halangan cuma dia terfikir akan Amy. Sudikah gadis itu menerimanya? Dia hanya kerja kebun untuk menyara keluarganya.
p/s: Apa agaknya respon mamat kampung ni kan? hehe |
|
|
|
|
|
|
|
sambung2 |
|
|
|
|
|
|
|
p/s: Apa agaknya respon mamat kampung ni kan? hehe
apa lagi rembat la dh suka kan....tunggu apa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# Nicki_Meow
kuikuikui...dasatla nicky.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi rembat la dh suka kan....tunggu apa.....
ismaha Post at 12-7-2012 16:51
org kata rezeki jgn ditolak kan HAHA |
|
|
|
|
|
|
|
Respon dia camni..
Hafiz: Hafiz benci bapak! Mak pun bencikan bapak! Sebab bapaklah mak matii ...
Nicki_Meow Post at 13-7-2012 00:38
haha hafiz awan nano eaa..nano nano haha |
|
|
|
|
|
|
|
Amelia termenung sendirian di sebuah bangku berdekatan dengan kolam renang rumahnya. Fikirannya melayang teringatkan kenangan antara dia dan Akmal. Percintaan yang terbina selama 4 tahun itu tak mudah dilupakannya. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit dikongsikan bersama.
Datuk jamal mencari Amelia di biliknya. Dia bergegas turun ke ruang tamu dan terlihat anaknya itu sedang melayani perasaan di kolam. Setelah mendapat respon dari Hafiz, dia tak sabar untuk memberitahu perkara itu kepada Amelia.
“Anak papa tengah buat apa ni sorang-sorang?” soal datuk jamal sambil mengusap lembut kepala anaknya.
Amelia cepat-cepat mengelap air matanya yang bersisa itu. Dia tak mahu papanya risau melihat dia.
“papa tahu amy tengah sedihkan. Amy.. akmal dah takde. Kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan macam biasa.” Datuk jamal berkata lagi. Sudah lama dia tidak melihat anak tunggal kesayangannya ini tersenyum. Dia mahu kesedihan itu ditamatkan.
“papa nak beritahu sesuatu ni..hujung minggu ni mak jah nak datang merisik kamu. Lagi dua bulan kamu bernikah dengan hafiz ye. Papa faham perasaan kamu tapi sampai bila anak papa nak macam ni? Papa nak tengok amy bahagia..”
Belum sempat datuk jamal menghabiskan ayatnya, amy bingkas bangun.
“papa kata papa faham tapi kenapa nak kahwinkan amy dengan hafiz pula?” ujar amy separuh jerit dan terus melangkah laju ke biliknya.
Datin suraya yang sibuk di dapur terus bergegas ke situ apabila mendengar jeritan amy. Mungkin suaminya sudah memberitahu tentanng rancangan mereka, bisiknya dalam hati.
Datin jamal hanya menggelengkan kepalanya.
“Abang kena bersabar sikit. Bukan mudah dia nak terima dengan cepat tentang rancangan kita ni” datin suraya menenangkan suaminya.
Malam itu, datin suraya membawa makanan untuk anaknya. Dia membuka pintu bilik anaknya itu. Dilihatnya Amy sedang termenung di balkoni biliknya. Dia meletakkan makanan itu dan terus mendapatkan anaknya.
“Mama, kenapa papa buat keputusan macam tu?”soal Amy apabila mamanya berdiri disebelahnya.
“amy kena faham, ini semua untuk kebaikan amy. Papa taknak tengok amy bersedih lagi” jelas datin suraya.
Amy bingung. Ada betulnya kata-kata mamanya itu. Dia asyik bersedih tentang akmal tanpa hiraukan dunia luar. Dirinya juga tak terurus.
“jadi apa keputusan amy? Sepupu kamu tu baik orangnya. Mama yakin dia boleh buat amy bahagia.” Ujar datin suraya lagi.
Air mata amy mengalir lagi lantas dia memeluk mamanya.
“amy penat, amy nak tidur dulu” dia melepaskan pelukan itu dan terus ke katilnya. Dia membiarkan datin suraya menunggu jawapannya.
*sedehnye lau jadi mcm amy kan * |
|
|
|
|
|
|
|
Keesokan paginya, seperti biasa datin suraya menyediakan sarapan. Berlainan dengan orang kaya lain, rumah wajib dilengkapi bibik. Namun tidak bagi datin suraya, dia mahu membuat kerja-kerja rumah dan memasak sendiri.
Berbeza pagi ini dengan sebelumnya, Amelia turun untuk bersarapan bersama-sama.
“Eh, anak mama nak breakfast la hari ini” tegur datin suraya apabila melihat amy melangkah ke meja makan.
“I need to change ma.. pagi ni kena pergi pejabat macam biasa. Rasanya dah lama amy biarkan” ujar amy sambil tersenyum pendek. Semalaman dia berfikir. Dia harus melupakan segala kesedihan dan memulakan hidup yang baru.
“amy..kita boleh bersedih tapi jangan lupa kita pon boleh bahagia” nasihat datin suraya. Dia bersyukur melihat perubahan dalam diri Amelia.
Selepas bersiap untuk ke pejabat, datuk jamal mencapai begnya. Sejak Amelia murung, dia terpaksa menggantikan tempat anaknya itu. Dia bergegas turun ke meja makan.
“good morning papa” Amelia menghadiahkan senyuman kepada datuk jamal.
Datuk jamal agak terkejut melihat anaknya itu.
‘mimpi apa anak aku ni, dah tak sedih lagi ke’ bisik datuk jamal sendirian.
“ pasal plan papa tu..amy setuju je. Kalau papa rasa itu yang terbaik, amy terima” jelas Amelia sambil menyuap mihun ke dalam mulutnya.
Kata- kata Amelia mengejutkan kedua ibu bapanya. Tapi jauh di sudut hati, masing-masing lega apabila anak mereka mahu menerima Hafiz.
Dua bulan berlalu..
Amelia semakin hari semakin ceria. Pintu hatinya masih tidak terbuka untuk hafiz namun dia sudah dapat menerima hakikat tentang kematian Akmal.
Segala persiapan sudah dipersiapkan. Mereka memilih warna putih sebagai baju pengantin mereka. Tiba hari pernikan mereka, semuanya berjalan dengan lancar. Majlis perkahwinan diadakan di Melaka dan Shah Alam dengan meriahnya. Atas permintaan Amelia, dia dan mak jah pindah ke shah alam dan tinggal bersama-sama keluarga Amelia.
Malam itu hafiz melangkah masuk ke bilik mereka itu merehatkan badan. Dia terlihat tilam kecil dan bantal di atas lantai.
“Awak bagi saya masa..buat masa ni awak tidur bawah dulu ye” ujar Amelia yang sedang menyapu losyen di tanganya.
Hafiz terdiam. Tak tahu respon apa yang perlu diberinya. Mungkin betul Amelia perlukan masa sedikit.
“Erm..saya faham. Awak perlukan masa” balas Hafiz pendek.
Amelia mengangguk sambil melangkah ke katilnya untuk tidur.
Kehidupan mereka berlalu seperti biasa. Tiada perubahan melainkan Amelia hanya menganggap hafiz sebagai kawannya tidak seperti suami.
Untuk menyara keluarga sendiri, datuk jamal menghantar hafiz ke kursus usahawan selama setahun untuk menjadi mahir dalam dunia perniagaan. Apabila sudah mahir, hafiz membuka bisnesnye sendiri atas modal yang diberikan oleh mertuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chokachoki at 13-7-2012 16:09
Usai solat maghrib, hafiz turun ke ruang tamu untuk menonton tv. buletin utama kini bersiaran.
‘mana isteri aku ni? Tak balik-balik lagi’ dia mengerling jam di dindingnya. Dia berseorangan di rumah kerana mertua dan emaknya baru bertolak pergi menunaikan umrah selama dua minggu.
Amelia mencapai handbag dan briefcasenya. Dia mengeluh kerana habis lambat meeting dengan clientnya tadi. Nasib baik dapat tender kalau tak memang tak berbaloi,gumamnya sendirian sambil melangkah masuk ke rumah.
“lambat awak balik hari ni” tegur hafiz ketika melihat Amelia masuk ke dalam rumah.
Amelia menghentikan langkahnya.
“Oh saya habis meeting lambat tadi” balas Amelia dan mula mengatur langkah untuk ke biliknya.
“abang belum makan lagi..” rengek hafiz perlahan. Selalunya datin suraya akan menyiapkan makanan mereka sekeluarga.
“awak makan lah megi ke ataupun beli kat warung depan tu ke” ujar Amelia sambil berjalan menaiki tangga meninggalkan hafiz keseorangan.
‘haiihh apalah nasib badan, dah nak dekat setahun tak pernah rasa masakan bini sendiri.’ Desis hatinya.
Timbul kesal di hatinya sendiri kerana dia terlalu bersabar dengan kerenah Amelia. Sudah setahun usia perkahwinan mereka tapi mereka masih begitu. Hafiz tekad untuk membuat Amelia jatuh cinta kepadanya. Dia tersenyum sendirian apabila memikirkan Amelia.
p/s: kesian hafiz kene makan megi je |
|
|
|
|
|
|
|
hi.... kisah yang menarik... harap ada masa sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti best wife jatuh cinta ngan husband... |
|
|
|
|
|
|
|
hi.... kisah yang menarik... harap ada masa sambung...
fazss Post at 13-7-2012 18:53
tenkiu sudi baca~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|