Post Last Edit by chaupa at 5-6-2012 20:07
Aku rasa sesuai kot kalau aku nak buka topic mcm ni kt sini. Aku nak tanya pendapat korang pasal reality pelajar university zaman skrang. Senang cite pasal pelajar university tak kisah lah belajar dekat mana mana pun hatta amek course apa skali pun.
Apa yg aku perhatikan budak U, kurang dari segi pengetahuan,pendapat mereka sendiri berkaitan isu semasa. Contohlah kita tanya pendapat mereka tentang isu pembuangan bayi, mereka sendiri tak boleh bagi pendapat mereka. Mengapa hal ini berlaku? Rata ratanya student blur dan tak tahu nak bagi pendapat mereka sendiri. Aku tak cakap segelintir tapi memang ramai. Tak kiralah lelaki mahupun perempuan mmg tak boleh jawab. Benda ni takde dalam buku teks.
Selain itu, pernah sewaktu kelas pada waktu itu tahun 2010, kes yg pasal penderaan kanak2 perempuan yg kena dera sampai mati oleh bapak tirinya. Alah yg mak dan bapak tiri nya tinggal serumah even tak bernikah dan parents ibu kanak2 tersebut buat tak kisah. Tolong betulkan, klu aku ada salah cakap pasal fakta ni yea,sbb aku pun kurang ingat. Pasal hal tersebut mereka tak boleh nak cakap.
Bukan suruh mereka bersyarah bagai kan.
Blum masuk isu kenaikan harga minyak, cakap pasal ekonomi lagi. Sudah tentu tak boleh nak cakap. Pada waktu presentation mengenai tajuk yg diorang present pasal subjek diorang,tak kisah lah berkaitan apa pun, kau orang tahu mcm mana diorang present. Diorang hanya baca slide sahaja. Kebanyakan kumpulan pun smua hanya baca slide sahaja. Selepas tamat presentation diorang, confirm tak akan ada yang bertanya kecuali pensyarah sahaja. Student yg mendengar aku rasa tak faham atau tak tahu nak tanya apa atau tak nak bertanya sebab nanti guna banyak masa dan tak boleh nak balik awal.
So apa pendapat anda? Mungkin ada dalam kalangan forumers kat sini yang menjadi pensyarah yg boleh bagi pendapat. Memang student macam tue ke atau bila dah kerja nanti baru boleh menyuarakan pendapat secara automatic? Atau benda ni mmg kita kena cari sendiri? Apa kata anda?
Kalau ada yang tak setuju dgn aku pun boleh bagi pendapat. Semoga kita dapat berbincang secara berilmiah. |