CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3850|Reply: 12

UWAIS QARNI 'Ini Bukan Cerita Aku Bertemu Cinta...'

[Copy link]
Post time 4-6-2012 03:26 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...ini post saya yang pertama dalam forum cari ni. harap boleh beri tunjuk ajar.
Begini, saya bercita-cita mahu menjadi seorang penulis skrip. oleh dari itu, saya ada hasilkan sebuah cerita.
apa yang saya tahu, sebelum sesebuah tulisan itu diangkat menjadi skrip, terdapat satu proses dimana saya perlu menghantar plot lengkap cerita saya. dan Alhamdullilah, saya sudah siap menulis cerita itu.
jadi, niat dan harapan saya dalam post ini ialah hendak mengetahui apakah kekurangan dan kekuatan yang ada didalam cerita agar dapat dibaiki sebelum saya menghantar naskah ini kepada penerbit filem. kalau senior2 forumer sekalian punyai masa dan cadangan, harap dapat membantu saya membaiki tulisan 'sulung' saya yang bertajuk,

(saya sertakan synopsis dahulu ya..)

UWAIS QARNI


"Ini Bukan Cerita Aku Bertemu Cinta, Bukan Cerita Tuhan. Ini Cerita Cinta Aku Bertemu Tuhan."



Seorang lelaki yang pernah mengharungi hari-hari mudanya dengan penuh calitan kedukaan kini mampu bergembira dengan kehidupannya sekarang. kerjaya, rumah dan kereta semuanya sudah dimiliki oleh si yatim piatu ini, Uwais. Namun jiwa Uwais masih kosong. Pada satu hari yang tak disangka, Uwais jatuh cinta dengan seorang gadis yang diselamatkannya dalam satu kemalangan. Cinta yang kali pertama dirasainya itu segera Uwais zahirkan dengan memperisterikan Farhana. Disaat Uwais yakini kehidupannya kini sudah lengkap bersama Farhana, isterinya dijemput pulang ke hadrat Ilahi dan meninggalkan Uwais kembali keseorangan.


     Uwais cuba menempuhi hari-hari dihadapannya tanpa Farhana disisi. Doa yang selalu dititip Uwais dimalam hari supaya Tuhan mengurniakan ketabahan dan kekuatan tampak tidak mencukupi apabila Uwais gagal menerima hakikat bahawa pemergian isterinya turut membawa seorang bayi didalam kandungan. Uwais tewas dalam usahanya untuk terus tabah dan tidak mampu menelan hakikat yang begitu pahit. ketiadaan Farhana serta  hancurnya impian untuk berkeluarga memaksa Uwais nekad untuk membunuh diri. Disaat Uwais begitu hampir melaksanakan tindakan bodoh itu, satu-satunya pesanan Farhana terhadap Uwais telah menyelamatkan nyawanya.


      Kini Uwais biarkan kisah hidup lalu bersama Farhana sebagai sebuah kenangan. Sebuah surau didirikan dengan nama sempena nama Farhana. Jikalau Shah Jehan membina Taj Mahal untuk membuktikan tanda cinta terhadap kekasihnya Mumtaz, Uwais juga ingin melakukan perkara yang sama. namun demikian, hanya satu perkara lagi yang Uwais gagal laksanakan. Rasa bersalah diatas pemergian isterinya menyebabkan Uwais takut untuk menziarahi pusara Farhana. Rasa bersalah inilah yang menyebabkan Uwais tidak meredhai pemergian isterinya.


    Keredhaan itu bagaikan si pemancing melepaskan ikannya ke laut dan berharap, akan ada ikan yang lebih besar lagi selepas ini. kata-kata yang diungkap Ustaz Zain mengejutkan Uwais dari lamunan bahawa Uwais sebenarnya tidak pernah sanggup 'melepaskan' Farhana. Keajaiban seterusnya bermula apabila disaat kali pertama Uwais menziarahi pusara isterinya, Allah mengurniakan pengganti Farhana kepada Uwais hari itu juga. Pengganti yang tampaknya 'lebih baik' dari sebelumnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2012 03:27 AM | Show all posts
UWAIS QARNI

Original screenplay by NZMY DZUL

"Ini bukan cerita aku bertemu cinta, bukan cerita Tuhan. Ini cerita cinta aku bertemu Tuhan."

   Uwais, arkitek muda bertemu dengan bakal isterinya Farhana dalam sebuah kemalangan selepas selesai meeting berkenaan sebuah pembinaan surau yang terbengkalai. Keluarga Farhana menerima baik kehadiran Uwais dan Uwais dijemput untuk makan tengah hari bersama.  Uwais senang berkenalan dengan bapa Farhana, Encik Wildan. Wildan merupakan seorang kaki pancing yang mempunyai falsafah tersendiri. Apabila ditanya berkenaan apakah keseronokan apabila mendapat ikan, Encik Wildan mengatakan “lepaskan ikan itu, dan katakan kepadanya, bawakan saya ikan yang lebih besar.” Uwais sebenarnya tidak memahami secara menyeluruh apa maksud sebenar disebalik ungkapan itu. selesai berborak dengan bakal mertuanya, Uwais memohon diri untuk pulang. Sementara menunggu Encik Wildan memanggil isterinya dan Farhana, Uwais meluangkan masa dengan melihat potret yang ada didalam rumah. Lalu terdapat sebuah gambar lama dimana terdapat keluarga lengkap Farhana. Farhana yang berada disebelah ibunya menyuruh Uwais meneka yang manakah Farhana didalam gambar. Lalu Uwais meneka dan tekaannya salah. Gadis kecil yang bertocang didalam gambar ialah adik Farhana yang sedang belajar di UK. Ibu Farhana lalu berkata yang Farhana dan adiknya memiliki wajah yang seiras dan dengan niat bergurau, Uwais berkata “Cuma si adik lebih comel”.

Tidak beberapa lama kemudian, Uwais dan Farhana bergelar suami isteri. Farhana dan Uwais tinggal serumah dan kehidupan mereka bersama sungguh indah diwarnai pahit manis berumah tangga. Hinggakan satu hari, Uwais menerima arahan untuk keluar Negara selama 2 minggu. Perkara ini membuatkan Farhana berkecil hati apabila dia tidak dibenarkan bersama Uwais dan mereka masih belum berbulan madu. Dalam usaha memujuk kekasih hatinya, Uwais melakukan kejutan dengan membawa Farhana terus ke lapangan terbang selepas Farhana selesai mengajar disebuah sekolah. Dengan tiada perancangan awal, Uwais hanya membawa passport dan wang sahaja tanpa mengetahui destinasi bulan madu mereka. Sambil Uwais berpakaian pejabat dan Farhana masih lagi mengenakan tag guru nya, mereka berlepas ke India sebagai destinasi bulan madu. Semasa di India, Farhana berkata kepada Uwais, adakah Uwias mencintai Farhana seperti Shah Jehan mencintai Mumtaz, dan Uwais menjawap, jikalau Shah Jehan mencintai Mumtaz sehebat Uwais mencintai Farhana, pasti akan ada 10 Taj Mahal di India.

Selepas selesai mereka berbulan madu, Farhana dan Uwais menjalani kehidupan seperti biasa sebelum Uwais berangkat ke London. Semasa masing-masing berjauhan, Farhana nekad untuk mengemas bilik bacaan Uwais dan membalas kejutan yang Uwais lakukan sewaktu berbulan madu. Bilik itu pernah dipesan Uwais untuk tidak dikemas kerana Uwais selesa dengan keadaan sebegitu. Selepas 2 minggu berpisah, Farhana menjemput Uwais dari lapangan terbang dan Uwais tidak sabar untuk bertemu isteri tercinta. Berbekalkan kuih ketayap yang dipesan Uwais, Farhana menunggu ketibaan suaminya.

Semasa perjalanan pulang, Uwais mengambil alih tugas sebagai pemandu. Seperti biasa, Uwais mengabaikan pemakaian tali pinggang keledar. Mereka berdua bergurau senda selepas lama tidak berjumpa. Geram akan perangai suaminya yang selalu tidak memakai tali pinggang, Farhana bergurau dengan mengatakan terdapat sebuah kereta polis dihadapan mereka. Lalu Uwais tergopoh-gopoh memakainya. Rupanya kereta itu hanyalah peronda lebuhraya dan Farhana ketawa melihat Uwais yang terkena dengan gurauannya. Sewaktu masing-masing berebut akan siaran radio, Uwais mendapat satu akal supaya dia memperolehi peluang untuk memilih siaran radio yang diinginnya. Uwais menyuruh Farhana mengambil kuih yang berada ditempat duduk belakang. Farhana cuba mengambil dan buat kali pertama, tangannya tidak sampai. Farhana membuka tali pinggang dan mengambil kuih itu. Uwais mengambil kesempatan untuk menukar siaran radio. Di saat itu juga sebuah lori menghentam bahagian kiri kereta Uwais.

Farhana mati ditempat kejadian dan Uwais mengalami kecederaan dibahagian kaki. Sewaktu beliau ditahan didalam wad, Uwais banyak berdoa agar tuhan memberi kekuatan kepadanya untuk mengharungi hidup tanpa Farhana. Selepas seminggu, Uwais dikeluarkan dari wad. Setibanya dirumah, Uwais merasa kehilangan Farhana. Lalu Uwais memasuki bilik bacaannya dan mendapati bilik itu dikemas. Apa yang mengejutkan Uwais apabila melihat sebuah katil bayi berdekatan rak bacaannya. Pilu hati Uwais apabila membaca sekeping nota yang mengatakan Farhana sedang hamil anak pertama mereka.

Uwais gagal menerima kenyataan. Segala doanya untuk terus tabah bagaikan tiada hasil. Bahkan, Uwais galak menyalahi takdir. Uwais mempersoalkan kenapa Tuhan mengambil nyawa isterinya disaat dia, seorang yatim piatu bakal memiliki sebuah keluarga. Uwais membawa diri kesebuah lereng bukit dan menjerit-jerit kearah langit. Uwais tewas dengan mainan emosi dan menyuruh nyawanya dicabut sekarang. Satu panahan kilat menyambar sebatang pokok yang berada disebelah Uwais. Kemudian dia berkata, “jangan panah pokok itu, aku disini!” Uwais lantas membuat keputusan untuk memandu melanggar pembahagi jalan dan mati. Dalam kekalutan dia menaiki kenderaan, dengan tidak sedar, Uwais mengenakan tali pinggang. Uwais terpana diatas perbuatannya. Ini kali pertama dia berbuat demikian. Lalu Uwais tersedar bahawa pesanan terakhir dari Farhana membuatkan dia terselamat dari tindakan bodohnya itu. sehari suntuk Uwais menghabiskan masanya disitu seorang diri.

Semasa menghabiskan cuti sakitnya, Uwais mengemas rumahnya dengan mengasingkan barang-barang milik Farhana kedalam kotak. Bilik bacaan yang terdapat barangan bayi dikunci. Uwais tidak mampu untuk melihatnya. Akhirnya Uwais nekad untuk memulakan hidup baru. Kali ini tanpa Farhana sebagai teman.

Hari pertama dia kembali bekerja menemukan Uwais dan Ustaz Zain. Waktu yang dijanjikan sudah sampai iaitu 6 bulan. Namun kutipan wang masih belum mencukupi. Baki 20ribu yang tinggal akhirnya dibayar Uwais sendiri dengan mengunakan harta sepencarian beliau dan Farhana. Uwais berharap roh Farhana mendapat keberkatan dari pembinaan surau itu. Ustaz Zain terkejut dengan tawaran Uwais dan Uwais memohon satu syarat. Syarat agar nama surau itu ditukar kepada Jannatul Farhana, sempena memperingati Farhana. Lalu Uwais bermonolog, “maafkan abang kerana tidak membina 10 taj mahal. Ini saja yang abang mampu”.

Uwais tampak berubah dengan hidup barunya. Habis bekerja, Uwais sering singgah ke surau itu sebelum pulang kerumah. Pada satu hari,selepas selesai solat asar di surau, Uwais berasa terlalu rindukan isterinya kerana esok ialah hari jadi Farhana. Ustaz zain perasan akan perubahan sikap Uwais. Apabila ditanya ustaz zain, Uwais mengatakan yang dia masih rasa berdosa atas pemergian Farhana. Ustaz zain mengatakan yang Uwais tidak meredhai pemergian Farhana. Uwais bertanya bagaimana untuk redha dan Ustaz zain membalas dengan berkata redha itu seperti seorang pemancing yang melepaskan ikan yang ditangkapnya, dan berharap akan ada ikan yang lebih besar Berjaya ditangkap selepas ini. Uwais terkejut kerana kata-kata ustaz zain pernah diberitahunya sebelum ini oleh bapa mertuanya, encik wildan. Uwais segera bergegas pulang dan gembira kerana memahami pesanan yang pernah mertuanya berikan dulu.

Di rumahnya, Uwais melepaskan kerinduannya dengan melihat gambar-gambar mereka. Bila malam, Uwais membuka kotak yang mengandungi pakaian Farhana. Dia mengeluarkan sehelai baju yang Farhana beli semasa berbulan madu di India. Uwais memeluk baju itu seakan-akan dia sedang memeluk Farhana. Sebelum tidur, Uwais mengambil baju itu dan diletakkan disebelahnya diatas katil dan tidur bersama baju itu.

Malam itu, Uwais bermimpi. Farhana datang sambil memakai baju itu. dalam mimpinya Uwais memberitahu yang dia rasa bersalah atas kematian Farhana. Farhana menenangkan Uwais sambil berkata yang dia meninggal sewaktu menurut perintah suami dan meninggal sebagai seorang isteri yang solehah. Uwais gembira mendengarnya dan memberitahu yang dirindukan Farhana. Farhana berkata bahawa Uwais tidak pernah menziarah pusaranya. Sempena hari jadi Farhana hari ini, Uwais nekad untuk menziarah Farhana buat pertama kali.

Keesokan harinya, selepas memberitahu kepada carol yang Uwais akan lewat kepejabat, dia terus menuju ke tanah perkuburan. Berbekalkan surah Yasin, Uwais duduk di sebelah pusara isterinya dan terus mengaji dan memdoakan Farhana. Sebelum pulang, Uwais bercakap seakan-akan bercakap dengan isterinya bertapa dia berterima kasih mempunyai isteri seperti Farhana seketika. Pada masa yang sama, mertuanya, Suhana juga datang melawat pusara. Uwais segera mendapatkan mertuanya itu. sebenarnya Suhana datang kepusara mencari Uwais. Uwais terkejut apabila Suhana memberitahu yang dia mempunyai hal penting. Suhana ingin menjodohkan anaknya, juga adik Farhana kepada Uwais. Aisyah yang baru pulang dari UK sedih dipusara kakaknya. Ini pertama kali Uwais melihat wajah adik iparnya. Apabila melihat Aisyah buat kali pertama, Uwais menyebut nama Farhana dan Suhana membalas, dengan memberitahu nama Aisyah dan memaklumkan wajah mereka sama. Sambil tersenyum, Uwais berkata, “Cuma si adik lebih comel.” Dan mengulangi dialog sama sewaktu dia melihat potret keluarga Farhana dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 06:52 AM | Show all posts
x tau nk komen lebih2...tp cte ni best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 02:01 PM | Show all posts
terima kasih sarizu..
harap satu hari di masa hadapan, kisah yang ditulis ini akan dijadikan filem.
itu apa yg saya usahakan sekarang..

tambahan pula saya cukup sedih bila melihat filem yang bergenre cinta islamik tapi masih menunjukkan babak ppuan berpakaian seksi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 02:14 PM | Show all posts
best gak citer nie, sambungannyer ade lg ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 03:03 PM | Show all posts
cerita ni habis kat situ jer.. hehehe..
tapi saya ada juga tulis panjang mcm novel. tp x habis lagi sbb saya tumpukan utk buat skrip, bukan novel. lgpun saya tak pernah baca novel!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2012 03:39 PM | Show all posts
1)
Hari itu langsung tak dapat diteka Uwais akan harinya hari ini bukanlah seperti hari-harinya yang semalam. Kerjanya bermula seperti biasa saja. Namun hari itu, rabu, dia ada pertemuan dengan seorang wakil surau. Ada surau baru ingin dibina, namun terbit sedikit masalah kewangan. Uwais sabar menunggu, dia agak Ustaz azman tersangkut didalam sesak jalan. Tak pun dia tersesat. Uwais menunggu. dia menyibukkan dirinya dengan benda-benda lain. Susun kertas. Kutip sampah. Dan banyak lagi. Sengaja dia begitu kerana dia tidak mahu terlalu santai. Boleh jadi dia akan teringat bahawa semenjak dua hari lepas, dia bekerja bagai nak gila. Tidak mahu menganggu momentum, dia membuat kerja-kerja ringan. Sekadar mahu menipu otaknya sahaja.
Arkitek muda itu dikejutkan dengan bunyi pulasan tombol pintunya. Mata Uwais teralih kepada sepasang misai lentik tersengih-sengih. Pintu kacanya dikuak dan salam diberi. Uwais menjawab dengan panjang. Dia tahu agenda hari ini. Kekurangan wang mengakibatkan pembinaan terhenti sekejap. Ustaz azman datang sebagai wakil surau yang bakal dibina itu mejelaskan lebih lanjut perihal masalah yang dialami. Uwais setakat ini faham sahaja apa yang dipinta Ustaz Azman. Diakhir perbualan, kata putus dicapai. Pembinaan surau akan diteruskan memandang surau itu hanya tinggal 40 peratus lagi untuk disiap dan dipasang lampu. 6 bulan masa diberi untuk menjelaskan baki pembinaan surau itu.
Seraya urusan mereka selesai, Uwais berjalan bersama Ustaz Azman kemuka pintu. Berselisih pula dengan Dato Joseph, pemilik syarikat pembinaan tempat Uwais bekerja. Ustaz Azman melepaskan senyuman. Dapat diagak dengan cara pemakaian Dato Joseph, Ustaz Azman yakin yang diberselisih itu adalah seseorang yang berjawatan tinggi. Ustaz Azman meninggalkan bangunan berkenaan. Dato Joseph memandang Uwais atas bawah. Di perhati betul-betul susuk tubuh Uwais. Teringat pula di saat dia masih berambut lebat belah tengah. Dulu dia juga seperti Uwais, kerja bagai esok dah tak hidup lagi. Jauh disudut hati, dia ni lah yang akan mengantinya esok lusa. Uwais, tiada orang lain selain dia. Dato Joseph kasihan dengan Uwais. 2 hari lepas penat disuluh terik matahari ditapak pembinaan, semalam terkejar-kejar ke putrajaya atas urusan kontrak. Termasuk hari ini, dia langsung tak perasan bila mana Uwais berehat.
Bagai ikatan anak beranak, Uwais bersembang dengan majikannya. Bagai ikatan anak beranak jugalah Dato Joseph menyuruh Uwais balik berehat di rumah. Bukan satu pilihan tapi lebih kepada satu arahan yang perlu diikuti. Uwais menurut saja. Itulah Uwais, kuat bekerja. Sampai dipaksa pula untuk berehat. Uwais memandu keretanya, meninggalkan kawasan yang selalu dia bekerja hingga lewat malam. Cara Uwais bekerja mengakibatkan dia selalu terlupa mengenakan tali pinggang keledar. Mana tak nya, kadang-kadang asyik terkejar kesana kemari atas alasan kerja. Surat saman sudah bertimbun. Polis trafik kenal benar dengan pemilik kereta ini. Bahkan, sudah dihafal nama dan no IC Uwais. Di satu persimpangan jalan, Uwais memelahankan keretanya. Lampu kuning bukan bermaksud memecut selaju mungkin sementara masih sempat. Namun tidak pula kereta belakang. Masih lagi tidak menurun gear kereta. Uwais mula tidak sedap hati.
Sekelip mata, deras berdentum hentaman bontot kereta Uwais dari belakang. Terpelanting kaca mata uwais, dia tercium stereng sehingga terpanjut titisan darah. Pandangan nya gelap. Terlihat pula percikan bintang. Sebaik sedar dari pening-pening lalat, dia mengagau mencari cermin mata dibawah tempat duduknya. Jumpa, tapi sudah bengkok sedikit. Pendakap hidung juga bengkok. Dia keluar dari kereta sambil membetul cermin matanya yang mana patut. Geram pula dia rasa. Bukankah dia patut melarikan diri dari beban kerja dan berehat? Apa-apa pun, dia harap pemandu cuai itu punyai alas an yang baik untuk menjelaskan tindakan dia.
Uwais yang rabun tidak dapat melihat jelas suasana diluar kereta. Hanya teriakkan hon dari pemandu yang terkandas dalam trafik yang diakibatkan oleh pemandu yang bakal disergah Uwais sebentar lagi. Rabunnya tidak lah teruk sehingga tidak perasan bertapa kemek bontot kereta kesayangannya. Orangnya tidak keluar, Uwais pelik. Dia menghampiri dan mengetuk cermin kereta, namun tiada balasan. Malah lehernya terlentuk pula ke kanan. Betul-betul disebelah muka Uwais seraya dia mendekatkan mukanya di cermin. Uwais risau, Nampak gaya pemandu itu tidak sedar kan diri. Uwais mencuba nasib menarik pemegang pintu. Tidak berkunci. Sah, pemandu itu tidak sedarkan diri. Pemandu perempuan pula tu.
Uwais menggeluarkan pemandu kereta itu. Mula-mula dibuka tali pinggang keledar yang Uwais selalu biar ia tersisip rapi ditepi. Diseluk tangan kanan nya dibawah paha perempuan berbaju kurung itu. Di pegang kemas mendakap kedua-dua kakinya. Tangan kirinya menarik tangan kanan perempuan itu dan di letakkan disebidang bahu kirinya. Akhir sekali, dia mengampu belakang badan perempuan itu dengan tangan kirinya sebelum mengerah kudrat jantannya mengangkut tubuh longlai perempuan itu. Tak berat pun sebenarnya. Cuma Uwais sahaja yang fikir sebegitu. Pertama kali mendukung tubuh seorang gadis membuat dia agak kekok. Dia meletakkan gadis itu di atas tar sahaja. Ketika itu adalah 2-3 orang rakyat Malaysia yang prihatin menunjukkan diri. Uwais segera teringat bahawa keadaan sebegini biasanya akan ada ambulans yang akan datang. Dia menelefon ambulans.
Uwais membelek belek helaian surat khabar. Habis setiap huruf-huruf yang tercetak di surat khabar itu dibacanya dengan teliti. Hinggakan nombor siri pendaftaran surat khabar itu dibacanya juga. Mula-mula kaki kiri disilang. Bila lenguh terasa, dia menukar kaki kanannya pula. Takut-takut terkena semut-semut. Uwais bukan ada diruang tamu rumahnya, dia berada diruang menunggu disebuah hospital tempat dimana ambulans itu mambawa perempuan itu pergi dari tempat kejadian. Atas sebab yang tidak munasabah, dia menunggu. dia sebenarnya tidak tahu apa yang ditunggunya. Dia hanya berharap untuk dapat tahu nama perempuan tersebut. Itu sahaja. Dia tensenyum seorang diri. Pelik, bila dia sepatutnya tiba di rumah dan bersantai menonton televisyen, namun dia sebenarnya sedang menunggu nama perempuan yang mengakibatkan keretanya remuk di sebuah hospital. “farhana? farhana Wildan?” teriak sang jururawat yang Nampak seperti gaya seperti sedang melakukan praktikal dihospital itu. Uwais rasa, nama Farhana itu lah nama pemilik permpuan yang dia dukung ditengah jalan tadi. Dia senyum. Hanya tersenyum sambil menyebut,
“farhana..”
“encik ini suami Farhana ke?” sahut sang jururawat praktikal memecah lamunan Uwais. Uwais menidakkan kenyataan itu. Dalam hati, ingin saja dia menjawab “ya”. Tiba-tiba, sepasang suami isteri pertengahan umur meluru laju sebaik pintu lif dibuka luas. Gamaknya mereka ini mungkin ibu bapa si Farhana. “Farhana Wildan?” kali ini pula nama itu didengari Uwais dari wanita yang mukanya agak cemas. Sah, keluarga Farhana datang melawatnya. Uwais mengundurkan diri. Jururawat membawa wanita itu kebilik dimana Farhana sedang dirawat, meninggalkan lelaki yang berkumis lebat itu seorang diri. Kebetulan hanya tinggal Uwais dan lelaki itu diruang menunggu. Lelaki itu menegur Uwais. Ditanya adakah Uwais yang membawanya ke hospital. Berdasarkan nama Farhana Wildan, sudah pasti lelaki ini bapa Farhana dan suami kepada wanita yang berwajah cemas itu. Uwais memanggilnya Uncle Wildan. Dari pandangan encik Wildan, dia terpesona dengan kesopanan lelaki muda dihadapannya itu. Di soalnya pula adakah nama lelaki muda itu ialah Azhar. Uwais menidak. Azhar ialah orang lain, dia memperkenalkan dirinya. Uwais.
                Uwais mula risau bila En wildan mengkhabarkan bahawa Azhar ialah kawan Farhana. Dalam hatinya dia bertanya, kawan yang macam mana? Kawan yang rapat atau kekasih? Kadang- kadang definasi kawan bagi orang tua dan orang seusia Uwais jauh berbeza.Di biar sahaja soalan itu didalam hati. Di tahan daripada terkeluar dari mulut. Kebetulan pula ketika itu, matanya melihat kelibat seorang lelaki yang berpakaian kemas, berjalan laju menuju kearah kaunter pertanyaan. Uwais memandang tajam, lelaki itu tidak pula memandangnya. Boleh jadi inilah Azhar. “Segak orangnya, untunglah kau, Azhar.” Uwais berbicara didalam hati. Kira masing-masing sudah tiada modal untuk berborak, Uwais mengambil kesempatan untuk menghulur kad peribadinya kepada En Wildan. Dia ingin beransur pulang. Sudah lewat malam dia disitu. Lagi pun apa yang di niat Uwais semasa dia menunggu hanyalah ingin mengetahui nama perempuan itu, Farhana Wildan. Mengetahui nama Azhar pula membuatnya menunggu untuk lebih lama lagi adalah tidak berbaloi. Uwais mengucap ucap selamat kepada En WIldan yang sebentar tadi baru diangannya untuk memanggil lelaki itu bapa. Dia berlalu memicit butang lif. Di tangan encik Wildan, terpegang kad milik Uwais. Isterinya datang dari belakang sambil turut melihat apa yang tertulis diatas kad itu.
“arkitek.. budak bagus ni.” Isterinya bersuara dan mengejutkan sang suami yang Nampak gaya seperti menghidapi penyakit gemuruh. Didalam lif, Uwais mengeluh. Kini dia mula terasa keletihan. Dibilik wad Farhana dirawat, berkumpul Wildan, bapa kepada Farhana, Suhana, ibu kepada Farhana dan Azhar kawan kepada Farhana. Disaat Azhar ingin bersalam dengan En WIldan, lelaki tua itu perasan bahawa jari kelinking Azhar, terjongket keatas. Dalam hati lelaki tua itu, dia berkata, “jangan-jangan….”. dia malu untuk menghabiskan perkataan itu, hatta didalam hatinya sekali pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 03:42 PM | Show all posts
Hari khamis, Uwais hadir dipejabatnya sambil menguap panjang. Panjangnya hinggakan lalat atau serangga bersayap boleh keluar masuk kemulutnya 2-3 kali. Dia kurang tidur. Waktu tidurnya di habisi dengan berangan- angan. Dia risau kalau-kalau dia sudah jatuh hati dengan Farhana ini. Terus dibuat-buat lupa kondisi yang dialami keretanya. Dengan kereta yang kemek dibelakang itulah dia kenal farhana. Uwais menguap lagi. Masuk kali ini kalau dikira, mahu seratus kali dia menguap. Namun dia harus bersedia untuk meeting bersama dato Joseph hari ini. Dari kiriman ringkas diterima, Dato Joseph akan lewat sedikit kerana mahu menjemput tetamu daripada New York. Butiran perihal meeting tidak pula disebut didalam pesanan ringkas itu. Sudah nama pun kiriman ringkas, takkan lah mahu dihurai lebih lanjut agenda hari ini dalam skrin telefon yang panjangnya tidak melebihi panjang ibu jari.
Farhana baru keluar dari pada hospital. Selepas air garam dicucuk di lengan sehari semalam, dia kini mendapat kebenaran untuk pulang. Didalam kereta, dia bertanya, siapa Uwais yang disebut bapanya. Dia walaupun tidak sedarkan diri, kadang-kadang dia seakan-akan terjaga Cuma tidak boleh bangun dan membuka mata. En Wildan menceritakan perihal siapakah Uwais itu. Farhana mengangguk. Dia faham dan dia terhutang budi dengan Uwais. Nasib baik kereta yang dilanggarnya itu bukan kereta samseng jalanan. Kalau tak, mungkin dia dibelasah secukup-cukupnya. Farhana mengalih pandangan matanya keluar tingkap. Apa yang terbuku didalam hatinya, tiada siapa yang tahu. Orang pernah cakap, hati seorang wanita sedalam lautan. Dari hati seorang wanita yang bergelar ibu pula lain ceritanya. Suhana faham benar akan tindak tanduk Farhana yang termenung jauh itu. Anak dara yang dibelanya sejak dari kecil itu saling tidak tumpah dengan perangainya ketika dia masih lagi muda dan berbadan lentik berpinggang semut. Suhana menghulurkan kad peribadi Uwais yang mulanya diberi kepada Wildan. “nah, ini nama tuannya, mama nak kamu sendiri pergi dan minta maaf dekat dia.” Suhana sebenarnya hanya menberi alasan kepada Farhana untuk bertemu Uwais. Dia sudah lama menunggu seorang menantu. Menantu yang bekerja sebagai arkitek nampaknya ialah prospek terbaik buat masa ini.
Ghafar, rakan sekerja Uwais sampai ke bilik mesyuarat sambil bertanyakan hal kereta Uwais. “kereta kau dah kenapa Uz?”. Uz ialah nama manja Uwais dipejabat. “tak ada apa-apa lah.” Katanya tersenyum. Ghafar berkerut kehairanan sambil duduk menarik kerusi, dirapatkan ke meja. Ghafar pelik kerana Uwais hanya menjawab sambil tersenyum. Bukan reaksi normal bagi seorang manusia berjantinakan lelaki bila mana kereta kesayangan dihentam sebegitu rupa namun member jawapan “tak ada apa-apa.”. mengarut. Ghafar tidak puas hati. Dia bertanyakan perihal apa yang berlaku semalam. Uwais menjawab yang dia terlibat dalam kemalangan. Kali ini senyum Uwais lagi lebar. Sedikit lagi nak sampai ketelinga. Ghafar mengaru kepala dia yang tidak gatal itu. Sebagai seorang lelaki dia tahu juga serba sedikit tingkah laku Uwais yang pelik ini. “kau ada girlfriend ke sekarang?” Ghafar memancing dengan soalan psiko. Mujurlah Dato Joseph dan delegasi luar Negara tidak sampai lagi, boleh saja Ghafar berborak panjang. “ish! Tak adalah, mana ada. Kau ni pandai-pandai je..” Uwais bersungguh-sungguh menidakkannya. Sah, umpanan Ghafar mengena, joran disentap, umpanan disambar. Ghafar tahu yang Uwais ada sesuatu yang buat dia tak senang duduk. Sebagai kaki joran yang berpegalaman, Ghafar bermain dengan ‘habuannya’ dahulu. “dia tinggal kat mana?” ghafar galak bermain kata dengan Uwais. “mana lah aku tahu. Rasanya tinggal dekat-dekat sini je kot.” Uwais menjawab selamba. “aik, tadi cakap takda apa-apa. Hahahaha”, sakat Ghafar. Uwais tewas bila dia terlepas cakap. Jikalau dalam dunia joran, waktu ini ialah waktu dimana pengail menaikkan ikan dan mengambil gambar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2012 03:43 PM | Show all posts
“mama, ana nak keluar kejap.” Kata Farhana kepada ibunya. Farhana ingin bertemu Uwais, jejaka yang menyelamatkannya semalam. Rasa berdosa jika dibiar lama-lama. Mula-mula, dia ingin menelefon sahaja, memandangkan matahari sudah terpacak diatas kepala, Farhana bercadang untuk memberi kuih ketayap yang dimasaknya tadi. bagus juga kalau dapat makan kuih muih diwaktu launch hour. “kamu dah sihat ke belum tu?” balas ibunya. Risau kerana baru  pagi tadi Farhana keluar dari wad. “ana tak apa-apa ma.” Farhana menyakinkan ibunya. Suhana hanya mengangguk, member izin untuk farhana keluar rumah. Kereta proton saga dipandu deras menuju ke alamat yang tercatit sekali dengan nama dan nombor telefon Uwais. Didalam kereta, banyak perkara yang difikir Farhana. Siapa Uwais ini? Kenapa ibu dan ayahnya memuji-muji lelaki ini semasa dia sedang dirawat? Hari ini dia mahu mencari jawapan kepada soalannya. Dia sengaja tidak menanya pada ibu bagaimana rupa si Uwais, biar dia cari sendiri.
Pukul 1 tengahhari, Dato Joseph dan tetamu New York nya masih lagi belum tiba. Uwais terpaksa menceritakan apa yang berlaku semalam bukan sahaja kepada Ghafar, tetapi kepada semua rakan kerjanya yang ada di situ. Kali ini dia bercerita penuh ghairah, sampaikan terpaksa berdiri sambil kaki kanan diletak diatas kerusi. Jika sebelum ini dia malu-malu dan ingin merahsiakan perkara itu, tetapi penangan paksaan dari Ghafar membuatkan mulutnya tak dapat lagi menahan gelora untuk berkongsi cerita. “honestly I cakap kat you guys, even though during that time dia sebenarnya tak sedarkan diri, aku dapat rasa lah kalau dia senyum, mesti cantik gila.” Kata uwais penuh bangga memuji gadis yang dia berangan untuk duduk bersanding atas pelamin. Cerita yang diceritakan Uwais sepatutnya biasa-biasa sahaja bagi rakan sekerja Uwais, Cuma bila cerita itu datang dari mulut seorang lelaki yang gila kerja, sebatang kara dan pemalu, tidak semana-mana mereka turut terasa bertapa cantiknya farhana yang konon dicanang-canang Uwais.

Ketukan pintu bilik mesyuarat membuatkan ceritera Uwais terhenti seketika, dia baru mahu masuk di bahagian dia menunggu di hospital. “ada apa carol?” Uwais menyapa Carol, receptionis di front desk pejabat. “ ada orang mahu jumpa you” kata Carol yang hanya menghulurkan muka. “siapa pula? Kata dekat dia yang saja ada meeting, suruh dia tunggu.” Balas Uwais yang sebenarnya tidak sabar untuk menyambung cerita. Carol hanya mengangguk tanda faham. Uwais menyambung cerita, kali ini dia bercekak pinggang. Mahu di habis secepatnya sebelum dato Joseph sampai. “ok kita sambung…” Uwais mula bersuara, semua mata tertacap menatap Uwais. Sebaik sebelum sepatah perkataan mahu terpacul dari mulut Uwais, satu ketukan pintu memotong ceritanya. Kali ini bukan Carol yang datang menghulur muka, bukan dato Joseph dan rakan New yorknya, cuma muka seorang gadis tersenyum yang Uwais kurang cam di mana dia pernah lihat.
“Uwais Qarni?” gadis itu memanggil nama Uwais sambil matanya terpandang sekujur badan yang sedang berdiri bercekak pinggang.“ya…” Uwais berkata selepas menelan air liur.“Farhana, Farhana Wildan.” Gadis itu memperkenalkan dirinya.Kali ini, Uwais mendengar nama farhana Wildan itu buat kali ketiga, dari mulut pemiliknya sendiri. Suasana didalam bilik sunyi sepi. Semua orang yang ada disitu menunggu Uwais untuk berkata sesuatu. Di dalam hati Ghafar pula, dia bersungguh-sungguh mengharapkan Uwais tidak memperkatakan sesuatu yang bodoh, dan dia mula memecah kesunyian. “well Uz, like you said, dia memang sangat cantik bila tersenyum.”

Uwais lalu menoleh kearah Ghafar, sambil menhimpun kertas-kertas diatas meja dan diketuk dua tiga kali bagi sekata lalu berkata, “ok guys, that is all for now regarding our project in Hartamas, we take 5 minutes break.”. Ghafar mengangguk kepala. Hanya para lelaki sahaja mengerti anggukkan sebegitu rupa. Uwais menuju kearah Farhana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 03:43 PM | Show all posts
Buat pertama kali, Uwais akhirnya betentangan mata dengan farhana. Jika sebelum ini dia menatap wajah farhana dengan mata yang tidak terbuka, kini 2 biji matanya terbuka luas memandang tepat kearah Uwais. Dia rasa semacam. Farhana bertanya khabar akan Uwais sejak dia perasan terdapat kesan luka di kening Uwais. Demi menonjol kejantanan beliau, dia berlagak tidak apa-apa. Cuma luka sedikit. Uwais sebenarnya tidak sangka, Farhana datang ke pejabat. Tak terpikir oleh dia pula. Kalau boleh, telefon dahulu atau ‘massage’, ini tidak terus serbu mencari Uwais di pejabat. Ditanya pula berkenaan ganti rugi kerosakkan kereta. Uwais cepat-cepat menolak. Katanya dia ada mengambil insurans comprehensive, insurans yang boleh buat Uwais menerima pampas an tanpa orang kedua. Farhana tersenyum. Lega bila urusan untuk bertemu Uwais selesai. Dia tak perlu pening-pening lagi memikir hal ganti rugi kereta. Sebelum Farhana berangkat pulang, dia serahkan kuih ketayap yang dibuatnya pagi tadi dirumah. 5 ketul ketayap disusun cantik didalam Tupperware transparent dan dibalut plastic pasaraya The Store. Uwais berlaku sopan dengan menolak-nolak pemberian Farhana lalu di ambil juga akhirnya. Sementara itu didalam bilik mesyuarat, rakan-rakan Uwais mengeintai melalui cermin kaca. Seronok melihat telatah Uwais yang pertama kali, setahu mereka tidak pernah bercinta. Setelah kedua-duanya tidak tahu apa yang nak diborak kan lagi, Farhana cepat-cepat memohon diri untuk pulang. Farhana berlalu pergi meninggal kan Uwais yang dari tadi berdiri ditempat mereka berborak. Makin lama, makin jauh Farhana berjalan mendekati pintu keluar. Dalam nada suara yang perlahan Uwais berkata seorang diri.
“kalau kau pusing belakang, kau suka dekat aku. Cepat, biar kau toleh muka comel kau tu dan pandang aku. Sekejap je….” Uwais berkata seorang diri.
Sebelum pintu keluar dibuka, Farhana menoleh kebelakang dan melambai tangan.
Uwais seronok tidak terkira.
Uwais masuk kedalam bilik mesyuarat sambil tersenyum simpul. Rakan-rakannya yang lain ketawa dan ada juga yang membuat bising dipejabat. Muka dia terus berubah merah.
Uwais mencekak pinggang, tanpa di suruh dan di minta, Uwais lagi sekali ingin menyambung ceritanya. Dia bangga. Dengan rupanya yang tak seberapa, ada juga orang boleh sangkut. Itulah apa yang dia rasa sekarang.
“ok, ok! Aku pun tak sangka tadi..” Uwais menenangkan “pendengar cerita”nya yang tak sabar mahu ceritanya disambung. Dipertengahan ceritanya, sekali lagi pintu di ketuk. Masuk yang ini, sudah 3 kali diketuk.
“Siapa pulak ni.. Farhana datang lagi ke” katanya Uwais bernada humor. Lawak bangangnya menjadi, semua disitu ketawa sementara menunggu pintu dibuka.
Nah, terpampang muka Dato Joseph, pemilik firma itu dan 2 orang lelaki berbangsa inggeris yang tampak seperti raut wajah Sir Alex Ferguson dan Harrison Ford. Sudah pun sampai dari Airport. Ternganga mulut si Joseph ini sewaktu memandang tubuh Uwais yg sedang bercekak pinggang sambil merehatkan kakinya dibangku buatan Itali kegemaran dato Joseph yang dibeli pada harga 7ribu ringgit.
“Uz, put down your leg on my chair please.” Dato Joseph menyindir.
Semua yang ada disitu menelan air luir.

Farhana pulang kerumah. Dia terpaksa bercuti kecemasan selama 2 hari. Kalau hari-hari biasa, Farhana akan melakukan rutin hariannya disebuah sekolah rendah sebagai guru Seni Lukis. Dia cukup suka bergelumang dengan kanak-kanak dan melayani kenakalan budak sekolah. Baginya, kanak-kanak sangat ‘suci’ dan bersih. Bersih dari segala hasad dengki, perkauman dan segala benda yang negative. Kadang-kadang dia rasa bukan dia sebenarnya yang mengajar kanak-kanak itu, kanak-kanak itu yang mengajar Farhana untuk sentiasa beringat untuk sentiasa tersenyum seperti mana tersenyumnya anak murid nya.
Farhana duduk dimeja dapur bersama ibunya. Diborak tentang Uwais pula. Sambil berborak dengan ibunya, Farhana menuang segelas air suam didalam cawan dan mengemam butiran ubatan yang diberinya oleh doctor semalam. Suhana ingin mengajak Uwais datang kerumahnya untuk makan tengah hari. Ditanya pula pandangan anaknya, Farhana. Lagi sekali Farhana termenung seperti mana termenungnya dia semasa didalam kereta. Dalam hatinya, apa yang sedang dilakukan Uwais sekarang?
Sementara itu dipejabat dimana Uwais sepatutnya melakukan meeting, dia sebenarnya sedang menyambung cerita!
“lepas tu aku Nampak lah sorang laki ni. Baju dia semua smart atas bawah.” Uwais menyambung ceritanya. Sambil kaki kanan diletak diatas kerusi.
Kali ini pendengar ceritanya bertambah lagi 3 orang. Namun Dato Joseph terpaksa pula mengalih bahasa buat tetamu- tetamunya yang tidak faham bahasa melayu. Dari raut wajah tetamu eropah datuk Joseph, Nampak seperti mereka turut meminati cerita Uwais. Mana taknya, selesai Uwais bercerita, cepat saja dikuis siku Joseph untuk dialih bahasa. Selesai diterangkan, kepala diangguk-angguk tanda faham.
Hari itu, meeting terpaksa bermula lambat sedikit kerana ada yang lebih menarik perlu disampaikan Uwais hari ini. Kisah arkitek muda dan guru seni lukis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 03:44 PM | Show all posts
Hari ini sabtu, hari minggu Uwais tidak kemana-mana. Dia bangun lewat, pukul 11. Selesai mandi dan berpakaian, Uwais kedapur dan menyediakan sandwish tuna. Dipotong dua dan dimakan satu sambil berjalan. Uwais segera ke bilik bacaannya sambil mulut mengunyah roti. Didalam bilik itu Uwais selesa menghabiskan masa. Bilik bacaan yang juga bersebelahan dengan tandas itu merupakan satu-satunya tempat dia senang untuk bersantai. Didalam bilik yang serba serbi tidak terurus itu, Uwais menempatkan satu kerusi malas, meja kopi, permain music dan rak buku. Air di jerang, music di buka, buku dicapai, badan disantai didalam kerusi malas yang nyaman itu. Kali ini dia rasa mahu menyambung bacaan buku Lord Of The Ring karya J R Tolkien. Sementara itu music adagio for string dimainkan. Sambil menghayun-hayun kerusi malasnya, Uwais tekun membaca setiap huruf yang ada didalam buku itu. Aroma kopi panas sudah boleh dihidu. Uwais menuangnya kedalam cawan sambil melepaskan 2 ketul kiub gula. Di kacau sehingga larut. Didalam bilik bacaanya, dia bersantai di kerusi malas, bertemankan susunan music orchestra sambil sebelah kiri tangannya mengamit kemas telinga cawan kopi manakala tangan sebelahnya lagi memegang senaskah buku. Rutin harian Uwais, setiap hari sabtu, sejak dari dahulu.

Uwais dihanyut dengan keasyikan membaca buku. Sehelai demi sehelai helaian kertas di selak. Baki kopi didalam gelasnya sudah tinggal sedikit, leka membaca, Uwais terlupa untuk menuang kopi kedalam cawan. Mungkin adunan lagu turut menaikkan mood Uwais untuk terus membaca. Lagu yang dimainkan bagaikan kena dengan jalan cerita yang dibaca Uwais. Bertambah fantasi yang dihidang JR Tolkien didalam buku Lord of The Ring.

Tidak berapa lama kemudian, satu pesanan ringkas sampai melalui telefon bimbitnya. Uwais mencari-cari dimana bunyi itu datang. Terlupa pula dimana letaknya. Dia bingkas bangun bila terasa di tempat duduknya terdapat getaran. Rupanya dicelah-celah kerusi malasnya. Uwais menerima pesanan dari nombor yang tak di kenali.
“salam, sudah makan? Mama ajak awak datang ke rumah. Mama masak seafood.” Itu isi kiriman yang diterima Uwais.
Uwais mati akal. Siapa pula ni? malas dia hendak berfikir panjang, lalu ditaipnya, “maaf, siapa ni?”
Selesai menekan butang send, Uwais meneruskan bacaan.
“oh, lupa pula. Saya Farhana, yang langgar kereta awak hari rabu hari tu… J.”
Uwais tersenyum bila membaca mesej yang baru diterimanya itu. Jam menunjukkan pukul 2 petang, waktu yang sesuai untuk makan tengah hari. Uwais lekas bangun sambil menaip mesej.
“sound great, apa alamatnya?” sedang dia menaip, Uwais terpandang baki sandwich yang ditinggalkannya didapur.
Segera dia mencari bekas ketayap yang diterimanya dari Farhana. Sementara menunggu alamat Farhana dihantar, Uwais membasuh bekas Tupperware dan memasukkan baki sandwichnya kedalam. Sambil dia mebungkus bekas itu kedalam beg plastic pasaraya The Store, dia berkata,
“kuih ketayap 5  di balas sekeping baki roti sandwich yang tak habis di makan..” Uwias ketawa lucu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 03:45 PM | Show all posts
Tepat pukul 2.30, Uwais berada betul-betul didepan pintu pagar rumah Farhana. Ketika itu, ibu Farhana sedang sibuk membancuh air anggur. Ayahnya pula setakat menonton televisyen sambil menjerit, makanan dah siap di hidang ke belum. Farhana pula lekas berlari dari dapur ke daun pintu seraya loceng rumahnya dimainkan dua kali.

“Uwais dah sampai!” jerit Farhana mengkhabarkan berita yang sememangnya ibu dan bapanya tahu. Masakan mereka tidak dengar petikan loceng rumah.
Seraya mematikan enjin keretanya sambil memegang bungkusan sandwich lewat pagi tadi, Uwais berselawat 3 kali untuk menenangkan hatinya yang gemuruh tak tentu hala. Bedebar menunggu kelibat Farhana yang dia teka akan membuka pintu pagar sekejap lagi. panas tengah hari itu membuat baju di belakang Uwais bertompok melihatkan kesan air peluh yang bermanik.
“Assalamualaikum?” ucap Uwais sambil tersenyum melihat Farhana berlari-lari anak sambil membetulkan tudung hitam yang dipakainya.
“waalaikumsalam.. senang cari rumah saya?” kata farhana selepas menarik selak pagar rumahnya.
“ tak, lagipun tak jauh dari rumah saya..” Uwais membalas sementara menunggu Farhana menjemputnya masuk.
“bagus lah.. maaf kalau saya kacau hujung minggu awak..” kata pula Farhana sambil menundukkan kepalanya malu. Risau jika dia merosakkan cuti hujung minggu Uwais.
“tak lah, kebetulan saya tak buat apa-apa pun hari ini..” kata Uwais meyakinkan Farhana.
Uwais lalu menghulurkan bungkusan plastic pasaraya The Store sambil berkata, “ini sahaja yang mampu saya balas..”
“sandwich satu je? Saya bagi 5 tau. Tak sangka betul..” kata farhana sambil mengintai-ngintai bungkusan yang baru bertukar tangan.
“ saya pun tak sangka ada orang nak langgar kereta saya hari tu..” Uwais cepat sahaja membalas usikan Farhana.
“dah jom kita masuk, panas ni..” ucap Farhana sambil menarik tangan Uwais.


Di meja makan, Uwais, Wildan, Suhana dan Farhana menjamu selera sambil berborak-borak. Lauk pauk yang dihidang sungguh menyelerakan. Tomyam seafood, kalian ikan masin, siakap masak gajus, sotong celup tepung, dan air anggur sungguh mewah mengalahkan restoran makanan ala thai. Sambil menjamah nasi, Uwais sempat memuji Puan Suhana, enak sungguh makanan yang dimasak beliau. Encik Wildan yang tidak tentu pasal tiba-tiba saja merasa bangga. Manakala Puan Suhana bagai sudah lali dipuji sebegitu.
“perempuan kalau masak tak sedap, memang malu lah..” Suhana berkata kepada Uwais.
Uwais hanya mengangguk, antara dengar atau tidak, dia perlu tekun menghabiskan sepinggan nasi yang baru ditambahnya.
“jadi selepas kamu habis belajar, memang terus jadi arkitek?” Wildan bersungguh menanya.
“bukan terus jadi arkitek, saya mula dari bawah. Rezeki yang buat saya berada di mana saya ada sekarang..” Uwais membalas sambil membasuh tangannya.
Farhana yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka. Dia hanya mengangguk-angguk mengiyakan apa jua soalan yang diaju bapanya.
Selesai sudah menjamu selera, Uwais ditarik bapa Farhana ke ruang tamu. Ruang tamu yang cantik dan luas. Penuh dengan hiasan kayu dan gambar-gambar keluarga.
“Encik Wildan memang suka memancing?” kata Uwais selepas dia terpandang gambar Encik Wildan yang sedang tersengih memegang seekor ikan yang Uwais sendiri tak tahu jenis apa.
“panggil saya pak cik pun taka pa..” Jawap Encik Wildan seraya melabuhkan punggungnya ke sofa.
Farhana dan Suhana cepat saja mengemas meja makan. Dari tadi, Uwais sempat mencuri pandangan kearah meja untuk melihat Farhana.
“pak cik gemar memancing?” Uwais membetulkan nama panggilan yang buat Encik Wildan tidak selesa sebentar tadi.
“memancing sebenarnya satu proses terapi. Mengajar kita untuk bersabar. Menikmati kesempurnaan alam. Dan lebih penting…” belum saja Wildan menghabiskan jawapannya Uwais dengan selamba memotong.
“dan lebih penting, kepuasan menaikan habuan yang kita dapat selepas penat bertarung..” kata Uwais yakin bila Ghafar juga kaki joran menjawap sedemikian.
“mmm, menarik. Tapi bukan yang itu.” Kata Encik Wildan sambil mengeluarkan curut buatan Cuba dari sebuah kotak kayu disebelah kirinya.
“dan lebih penting, kita lepaskan kembali ikan kembali..” kata Encik Wildan penuh macho.
Uwais terkejut. Berkawan dengan Ghafar yang juga kaki pancing seperti Encik Wildan buatkan Uwias terkejut kerana falsafah Encik Wildan sungguh berbeza.
“kenapa begitu?” Tanya Uwais penuh minat sambil merapatkan kerusi kearah Encik Wildan yang Nampak gaya sedang menikmati ketagihannya menghisap tembakau. Berkepul-kepul asap dihembus keluar dari mulut dan hidung Encik Wildan. Uwais melihat saja sambil menunggu penuh debar apa jawapan yang bakal dia terima.
Wildan mengetis hujung puntung cerutnya kedalam bekas abu. “lepaskan ikan itu dan pesan kepada dia, bawakan saya ikan yang lebih besar lagi” kata Encik Wildan perlahan sambil mukanya memandang kearah tingkap dan membiarkan Uwais melihat dirinya penuh takjub. Cahaya matahari yang menyembah masuk memancar kearah Encik Wildan menaikan aura kejantanan Encik Wildan.

Encik Wildan lantas menoleh kearah Uwais. Dia perasan yang Uwais sedang mengetap bibir, mungkin memikir apa yang dia katakan sebentar tadi. Encik Wildan hanya tersenyum memandang Uwais yang sedang terkesima.
“Uwais, ceritalah kepada pakcik, latar belakang kamu..” Encik Wildan berkata membuka topic perbualan yang baru. Encik Wildan duduk bersandar sambil duduk bersilang kaki. Uwais terhenti dari mengelamun.
“saya anak yatim piatu pakcik..” kata Uwais tersenyum. Encik Wildan mendengar penuh minat.
“hidup dengan pakcik saya yang kaki dera, buatkan saya larikan diri..” sambung Uwais.
“bila pula tu?” Encik Wildan menanya.
“masa saya tingkatan 3..” Uwais menjawap.
“masa muda kamu, sukar pakcik bayangkan..” Encik Uwais menambah.
Uwais tidak menjawap, malah dia sekadar melemparkan senyuman. Dari bahasa tubuh Uwais yang Encik Wildan sempat terjemah, Nampak gaya, Uwais tidak senang duduk dengan perbualan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 03:45 PM | Show all posts
Jarum jam menghala tepat pukul 3.30 petang. Waktu sebegini lazimnya semua isi rumah diseluruh dunia pasti akan tidur petang. Melihat Encik Wildan bagaikan lemau dan tiada topic panas seperti selebriti, politik dan isu semasa mahu dibahaskan, Uwais berfikir sudah tiba masanya dia patut pulang.
Uwais perasan yang hanya dia saja yang ada diruang tamu di teratak encik Wildan. Rumah banglo yang punyai ruang tamu yang sangat luas dan permai itu lenggang. Batang hidung Farhana dan ibunya tidak langsung kelihatan. Kali terakhir, kita mereka selesai menjamu selera dan Farhana kedapur bersama ibunya.
Sambil meninggalkan tempat duduknya Uwais berkata, “ pakcik, saya mahu beransur pulang, terima kasih banyak-banyak..”  Encik wildan segera berdiri dan menyambut tangan bersalam dengan Uwais.
“tiada masalah, pakcik gembira dapat makan bersama kamu..” Encik wildan berkata sambil memeluk bahu Uwais. Uwais tersenyum nipis.
“oh ya, kamu tunggu sebentar, biar pakcik panggilkan makcik dan Farhana.” Encik wildan menambah.
“eh, susah-susah saja, kirim salam pun boleh..” uwais mula menunjuk sifat sopan santunnya.
“tak apa, kamu tengok-tengok dulu gambar yang ada dekat dinding tu..” kata encik wildan sambil bergegas ke dapur.
Dalam hati Uwais, di gembira dapat berkenalan dengan keluarga Farhana. Seronok melihat keakraban mereka sekeluarga. Alangkah indahnya kalau dia dapat merasa nikmat hidup berkeluarga. Dari dapur terdengar laungan Encik Wildan memanggil anak dan bininya. Uwais melihat potret-potret yang tergantung sambil tangannya dimasuk kedalam poket. Mula dari hujung, gambar lama Encik Wildan dan Puan Suhana duduk bersanding. Uwais tersenyum tatkala melihat Encik Wildan ketika itu masih berambut lebat belah tengah. Puan Suhana pula tiada langsung iras dengan Farhana. Mungkin farhana mengikut genetic ayahnya.
Encik Wildan masih mencari dimana hilangnya mereka anak beranak. Uwias tidak kisah menunggu. Dia perasan dari gambar hujung paling kanan hingga ke kiri, bagai diatur dengan tertib. Dari gambar perkahwinan Encik Wildan dan Isteri, gambar pertama mereka dengan seorang bayi kecil yang Uwais kira itulah Farhana, gambar mereka dengan seorang lagi anak kecil, mungkin anak kedua dan seterusnya. Dan hujung sekali, gambar mereka satu keluarga, pasangan bahagia suami isteri dan 3 orang anak. Gambar raya barangkali. 2 gadis berdiri bersebelahan. Satu berambut tocang, satu lagi berambut panjang bercekak. Sambil sepasang suami isteri duduk bersebelahan, si isteri memangku seorang budak lelaki comel. Mereka semua tersenyum didalam gambar. Uwais yang melihat gambar itu tidak tentu pasal juga berjangkit dengan senyuman.
“hai, apa yang disengih kan itu?” puan suhana berkata sambil berjalan kearahnya dengan membetul kain tudungnya. Farhana mengikut saja dibelakang bagai anak itik berjalan mengikut ibunya.
“Tak, seronok tengok makcik masa muda. Cantik..” kata Uwais member pujian.
“pak cik mana?” Uwias perasan yang Encik Wildan tiada bersama.
“oh, dia ke tandas..” Farhana tiba-tiba menjawab.
“Oh, mana satu farhana?” Uwias mengubah topic sambil menunjuk gambar keluarga farhana. Puan Suhana hanya tersenyum dan membiar Farhana menjawab. Farhana cemburu bila Uwais memuji ibunya cantik, dan Uwais lebih gemar berborak dengan orang lain selain dia.
“Mmm, cuba awak teka..” Farhana berkata.
“sekejap ya..” Uwais kembali menoleh potret itu. diamati cukup-cukup. Ditoleh pula melihat muka farhana yang sedang menunggu jawapan, dan dia kembali memandang gambar itu. susah sungguh. Akhirnya Uwais mati akal.
“saya rasa yang bertocang ni…” Uwais ragu-ragu dengan jawapannya. farhana menahan geli perutnya apabila mendengar jawapan Uwias. Dia terpinga-pinga. Kalau salah pun beritahu dahulu jawapan yang betul, bukan ketawakannya.
“bukanlah.. itu bukan saya. Saya yang ni!” Farhana berkata sambil menunjuk dirinya yang 15 tahun dahulu sedang bercekak dan berbaju kurung.
“muka diorang sama..” Puan Suhana menambah.
“Cuma adiknya lagi comel..” Uwais berkata sambil menjeling Farhana. Biar padan mukanya, padah apabila gelakkan orang lain. Farhana tertunduk malu. Uwais kemudiannya cepat saja meminta maaf, kesian apabila ibunya sendiri mengiyakan bahawa adiknya lebih comel dari Farhana.
Mereka bertiga sama-sama berjalan kearah pintu rumah. Lama juga Uwais menghabiskan masa bersama Farhana sekeluarga. Panas petang tidak sangat terasa bahangnya, Uwais dan Farhana masih lagi sempat berborak-borak sambil berjalan kearah pagar rumah. Puan Suhana sudah tidak larat berjalan, dia hanya terduduk di kerusi laman rumahnya sambil melihat telatah anaknya dan Uwais. Dia teringin benar mahu si Uwais dijadikan menantu. Tidak kisahlah walaupun mereka baru sahaja mengenali Uwais, dia yakin, Uwias bukannya budak jahat. Lagi pun, mana nak cari lelaki yang menghormati orang tua, sopan dan bekerjaya ditengah bandarraya yang dipenuhi manusia-manusia bertopeng dan tidak jujur. Puan Suhana senyum sambil memasang angan.
“Farhana, terima kasih sudi jemput saya kerumah awak..” uwais berkata sambil mengeluarkan kunci keretanya.
“sama-sama…” jawap Farhana pendek.
“Saya minta diri dulu. Assalamualaikum..” Uwais berkata setelah tidak tahu apa yang mahu diborakkan lagi.
“Walaikumsalam..” itu saja yang dijawapnya.
Uwais berlalu kearah kereta dan farhana berjalan mendekati ibunya. Sambil berjalan perlahan, Farhana tidak putus menoleh kebelakang, mengintai Uwais. Uwais tidak pula memandangnya namun langkah kaki Uwais terhenti apabila dia bagai terlupakan sesuatu. Uwais berpusing kearah Farhana dan farhana segera saja mendapatkan Uwais. Dari riak muka Uwais, Farhana macam tahu yang Uwais ingin katakan sesuatu. Uwais mendekati Farhana dan menunggu farhana betul-betul berdiri didepan mukanya.
“Farhana..” Ucap Uwais perlahan.
“ya?” farhana menyahut.
“boleh saya cakap dengan mak awak sebentar?” Kata Uwais.
“oh, ok.. sekejap saya panggilkan.” Farhana segera berlari-lari anak memanggil ibunya.
Seraya Puan Suhana bangkit dari tempat duduknya, Uwais lekas sahaja mendekati wanita pertengahan umur itu. Nampak janggal kalau orang yang lebih tua datang kearah kita padahal kita yang sebenarnya ingin berjumpa mereka.
“makcik, saya tak tahu macam mana nak cakap sebenarnya..” Uwais mula terlupa apa yang mahu dia khabarkan kepada Puan Suhana.
“kamu nak cakap apa?” Puan Suhana tertunggu-tunggu. Farhana juga tertanya-tanya.
“saya nak minta izin dari makcik, kalau-kalau saya mahu keluar makan dengan Farhana selepas ni, hantar dia pulang kerumah lepas kerja dan mungkin bawa Farhana keluar bersiar-siar di hujung minggu. Kalau mak cik izinkan dan juga kalau Farhana sudi…”
Anak beranak itu berpandangan antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056118 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list