CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3261|Reply: 4

BLOCK B BETEMU PEMINAT DI MALAYSIA PADA 26 MEI, 2012

[Copy link]
Post time 21-5-2012 09:58 AM | Show all posts |Read mode



Kumpulan hip-hip Korea iaitu Bloc B yang bermaksud 'Blockbuster' yang dianggotai oleh 7 anak muda ini,  Zico (Woo Jiho), Lee Taeil, B-Bomb (Lee Minhyuk), Ahn Jaehyo, U-Kwon (Kim Yukwon), Park Kyung, and P.O (Pyo Jihoon) akan bakal bertandang ke Malaysia buat pertama kalinya bertemu peminat untuk sempena perasmian pembukaan Kenanga Wholesale City Mall (KWCM) yang berpusat di Pudu, Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada awal tahun 2011 dan pada tahun yang sama juga mereka telah membuat penampilan sulung di stesen tv KBS Music Bank dengan single promo 'Freeze' dan 'Wanna B' seterusnya melancarkan album pertama mereka 'New Kids On The Block'. Seterusnya pada Januari 2012, mereka membuka lambaran tahun baru dengan album kedua 'Welcome To The Block' dengan lagu single hit mereka 'Nanrina'.

Mereka semakin dikenali apabila muncul dalam rancangan MTV What's Up bersama kumpulan B1A4 yang memperlihatkan kebolehan dan bakat mereka didalam music. Mereke juga pernah beberapa kali tampil dibeberapa stesen radio dan rancangan 'Younha's Starry Night' dan '100 Point out of 100'.

Pernah berhadapan dengan beberapa siri konservasi dimana lagu "Freeze" diharamkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Belia disebabkan lagu tersebut dilabelkan sebagai lagu yang terlalu seksi untuk tontonan dibawah umur 19 tahun di TV Korea. Kemudian pada tahun berikutnya sekali lagi lagu mereka iaitu "LOL" dan "Did You or Did You Not" pula diharamkan oleh Kementerian Kedaksamaan Gender & Keluarga disebabkan ianya tidak sesuai untuk ditonton oleh keluarga. Terkini adalah semasa lawatan mereka ke Thailand pada Februari 2012 dimana Zico secara tidak sengaja telah mempersendakan mangsa-mangsa banjir yang pada masa itu Thailand dilanda banjir yang dianggap sebagai banjir besar yang terburuk kerana telah mengorbankan beribu-ribu nyawa dan ramai kehilangan tempat tinggal. Menyedari akan kesalahan itu dengan pantas Zico tampil memohon maaf secara terbuka dan membotakkan kepala sebagai tanda beliau ikhlas memohon maaf.

Biarpun baru 2 tahun bertapak di persanda seni, kesilapan dan kesalahan yang berlaku tidak membuatkan mereka patah semangat malah ianya semakin mendewasakan mereka. Janji mereka adalah akan terus menghasilkan dan mencipta lagu sejajar dengan garis panduan Kementerian dan akan terus memperbaik tingkah laku di hadapan umum.

Oleh itu anda semua jangan melepaskan peluang untuk bertemu dengan mereka semasa "Block B 526 Showcase meet The Fans" yang diadakan pada 26 Mei 2012, pukul 3.00 petang. Dan yang lebih seronoknya adalah FanMeet ini adalah percuma untuk kesemua peminat.

Sekiranya anda semua ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan FanMeet ini, anda semua boleh menghubungi pengajur iaitu Jazzy Group melalu facebook mereka dan juga anda boleh menghubungi mereka terus di talian 03-562 21600 atau melayari laman web mereka iaitu www.jazzygroup.com. Anda juga boleh mendengar lagu-lagu mereka melalui radio resmi iaitu One FM dan Hot FM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 10:02 AM | Show all posts
kak bel, fanmeet ni ade signing session ker ? or just dorg nyanyi2

dorg dtg just utk rasmi kn KWCM tu jer kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2012 10:38 AM | Show all posts
Reply 2# muun


dari apa confirmation yg kbel baru dpt smlm...
nampaknya diorg cuma sbagai guess artist utk peresmian ja...x ada buat apa..cuma mini showcase je..
apa pun ko org dtg sana kul 12 tghari sbb peresmian tu start kul 12.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 12:25 AM | Show all posts
nak pg.... tp mcm sorg jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 09:09 AM | Show all posts
nak pg.... tp mcm sorg jer
muun Post at 25-5-2012 00:25



ala pegi ler ramai je yg pegi..JC pun..or jumpa erenah kat sana sbb dia pegi as media..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.093993 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list