CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4792|Reply: 3

Tips Perniagaan [ Barang Pakai Buang Hospital]

[Copy link]
Post time 24-4-2012 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Salam/Selamat Sejahtera,
Lepas go through topik demi topik dalam forum ni, saya rasa ada perlunya saya menulis disini sedikit panduan walaupun tak banyak, namun diharap dapat membuka minda pengusaha-pengusaha melayu/cina/india  dalam mengejar impian masing-masing.

Disposable Item / Barang Pakai Buang.
- Skop item ni lebih kepada plaster-plaster yang dilekat pada luka, kapas, sarung tangan,catheter etc. Memandangkan pengalaman saya adalah lebih kepada plaster, jadi biar saya jelaskan lebih lanjut mengenai perniagaan ini. Membekalkan plaster di hospital,farmasi dan klinik kelihatan mudah dengan margin yang boleh dianggap lumayan (terutama penjualan cast, iaitu pengganti kepada simen untuk merawat tulang yang patah). Jadi ramai yang ingin membuat pinjaman bagi menjalankan perniagaan seperti ini.

    Pasaran dalam bidang membekal disposable item ini di katakan bernilai lebih 10 juta (dan makin berkembang) dan kini semakin ramai ingin membuat perniagaan ini. Hakikatnya, terdapat pelbagai faktor lain yang harus diambil kira sebelum membuat pinjaman seterusnya terjun ke bidang ini. Antara faktor lain yang harus diketahui, adakah barang yang hendak dibekalkan itu adalah barang yang dilabel sebagai 'standard item' di hospital tersebut? Kalau ya, jika modal anda tidak cukup besar, sila fokus kepada produk lain since untuk mencabar standard item, anda kena work closely dengan hospital tu, sampling, then kena kerap jumpa person in charge yang sah-sah akan 'mengeluarkan' sedikit duit tabung anda.

    Then tengok kawasan anda nak mula. Kalau anda start dengan HKL, saya tabik since kat situ memang antara hospital paling sibuk dan itu antara lubuk emas dalam perusahaan ini. TAPI, kerana ini lubuk maka competitor yang ada disitu bukan calang-calang kambing. Saingan adalah amat sengit.

    Untuk tak memeningkan  u ol coz bebelan ni maybe terlampau panjang, senang cite, kalau nak approach hospital, jangan expect sales segera. Biasanya ia ambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan. itupun kalau anda bernasib baik. Kalau farmasi, senang dan boleh expect sales segera but make sure ur product info is good enough. Jangan anta salesman yang tak ready or gagap-gagap untuk approach farmasi since kalau pertaman kali pharmacist tak suka ur salesman, dia akan labelkan 'reject' atas dahi salesman u olz sampai bebila. kalau u olz nasib baik, then only, MAYBE dia akan tear off that label form your forehead. (Ayat dah rojak since tak larat nak skema-skema).

   So kepada yang betul-betul berminat nak buat bisnes dalam bidang ni, make sure u cover both hospital and pharmacy. Klinik memang boleh tapi dia amik masa sikit. Kalau boleh, sepent masa 55% pharmacy, 35% hospital dan 10% klinik. Since most of the income untuk support korg dalam usaha approach hospital akan dibiayai oleh keuntungan sales korag dari jualan di farmasi....

   Then kalau company u olz tak sepenuhnya milik bumiputra, kena guna bumi agent untuk jual di hospital kerajaan kalau sales yang lebih dari rm10000. Sebelum saya lupa, hospital ada 2 iaitu private and gov. Yang saya duk bebel kat atas tu is govt hospital. Untuk private hosp, cabaran lagi banyak. Train your salesman very very well since kalau diorg tak confident dengan product or ada niat dalam ati nak kelentong doctor, next time ur salesman akan kena reject sampai bebila.

   Berbalik pada bumi agent, kita ada banyak tapi yang paling famous adalah ombak besar dan alam medik. Ni adalah bumi agent kebanyakkan hosp gov suka. Bumi agent ada charge you based on item price but u can sit and discuss about it.

    Dont expect bila u jumpa doc, doc akan layan u olz macam waktu u jumpa dia as a patient. Kalau u jumpa dia as a patient, dia akan senyum and dukung u sampai ke tempat duduk sebelum tanya 'u sakit apa?'. Since this time u approach them as a salesman, jangan terkejut kalau diorg lansung tak pandang muka kamu atau senyum kat kamu. Be strong and may the force be with you... (gila la masuk star wars pulak)

Untuk u olz yang nak kerja dalam bidang ni, memang bes since leh jumpa nurse-nurse single yang lawa TAPI kalau nak gaji bes, cari kerja as a medical rep (Drug). Medical rep ni banyak kategori. Kategori disposable item,equipment and drug. Kalau jadi medical rep dalam kategori drug (ubat ye, bukan dadah), jangan terkejut kalau income bulanan termasuk komisyen cecah rm8000.....And please do remember, kerja as medical rep ada target kena achieve.Kalau tak, ready kena kutuk in the meeting. Then waktu kerja dia really fleksible. Kurang disiplin akan buatkan u olz spent masa dating dengan awek more than keje. Masuk office sejam untuk pass report then u need to go out there, buat sales. In other hand, sentiasa ingat, kalau gaji rm8k but keje tu u tak minat, ended up u akan keje dalam stress until u tender ur resignation later or die on field. So to join this industries, make sure u do love it then only u will enjoy the pain.

Writer Note : 2 years in disposable item industry as a toilet cleaner before decided to get kawin and join the information technology industry,also as toilet cleaner.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 09:53 PM | Show all posts
wah.....sy tak pernah tau pasal ni. tengs! ilmu ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 11:50 PM | Show all posts
U r welcome
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 02:57 AM | Show all posts
Amazing brother this plan look really good ... how much does this costs IN RM btw ? Printable Fax Cover Sheet , PDF Printable Fax Cover Sheet , Word Printable Fax Cover Sheet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035654 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list