Adab-adab yang perlu diambil kira untuk rumah baru ialah seperti berikut:
a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru.
b) Adab ketika masuk baru.
c) Adab setelah tinggal di rumah baru.
a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru ialah:
1- Pilih yang jiranya adalah orang yang soleh.
2- Kalau tidak ada ayang soleh maka yang tidak menyakiti jiranya.
3- Kalau tiada pilihan lain kecuali berjiran dengan yang suka menyakiti jiran maka berdoa hidayat untuknya serta berbuat baik sebelum pindah. Tiga perkara ini di ambil dari hadith yang menyebutkan Rasulullah s.a.w berdoa supaya dapat jiran yang baik.
4- Pilih tempat yang baik dari sudut ibadahnya, seperti tidak berjauhan sangat dengan masjid hingga akan rasa berat untuk ke masjid. Kerana itu setengah sahabat ada yang ingin pindah dari jauh ke dekat dengan masjid.
5- Datang tiga kali sebelum berpindah untuk dibacakan atau dipasangkan kaset mengaji sebagai berjaga-jaga daripada makhluk halus kerana kemungkinan tapak tersebut adalah tempat tinggal mereka. Perkara ini ada berlaku di zaman tabiin yang telah diganggu dengan jin yang penduduk asal tapak rumah tersebut. Untuk perkara ini rasanya tak perlulah hingga dipanggil bomoh atau pawang kerana ianya akan membawa kepada kesyirikan, cukuplah hanya dengan dibacakan ayatul kursi, "amanarasuul... " dan empat Qul.
b) Adab ketika masuk baru :
1- Seelok-eloknya waktu masuk ke kawasan perkampungan atau taman perumahan rumah baru bacalah doa ini "Allahumma rabiissamaawatissab'i wamaa azlalna warabbil ardinassab'i wamaa aqlalna warabisyayaatiina wamaa adlalna wa rabbarriyaahi wamaa zaroina nas aluka khaira hazihil qaryati wa khaira ahlihaa wakhaira maa fiihaa wa a'uuzubika min syarrihaa wa syarri ahlihaa wa syarri maa fiihaa".
2- Seelok-eloknya sebelum sampai ke rumah baru tersebut singgah dulu di masjid atau surau terdekat untuk solat sunnat dua rakaat untuk memohon hajat kebaikan kampung tersebut.
3- Sewaktu jejak kaki ke laman rumah membaca doa "A'uzu bikalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq", kerana menigut hadith bahawa sesiapa yang baca doa ini ketika pindah atau menginap disesuatu tempat maka tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa pun hinggalah ia berpindah dari situ. termasuk selamat dari gangguan rompakan, kebakaran dan lain-lain lagi.
4- Membaca "bismillahi walajnaa wa bismillahi khorajnaa wa 'alallhi tawakkalnaa" sewaktu membuka pintu untuk masuk ke rumah.
5- Memberi salam "assalaamu'alaikum... ." jika dalamnya ada orang, jika tiada orang maka ucapkanlah "assalaamu'alainaa wa 'alaa 'ibaadillahis solihiin". Maka jika ada makhluk ghaib seperti malaikat dan sebagainya maka mereka akan jawab cuma kita mungkin tidak akan dengar.
c) Adab setelah tinggal di rumah baru:
1- Menjaga hubungan dengan jiran tetangga.
2- Mencari sahabat-sahabat yang soleh.
3- Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4- Ikut program masayarakat yang tidak bercanggah dengan agama.
5- Hidupkan masjid dengan solah fardhu lima waktu beserta dengan majlis ilmu. Sepertimana Rasullullah s.a.w tidak akan singgah dimana sahaja kecuali Beliau akan mendirikan masjid dan hidupkan solah lima waktu serta letakan sesiapa yang layak untuk mengajar disitu dan membentuk jemaah untuk amar makruf nahi mungkar serta ambil tahu tentang penduduk setempat.