CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3803|Reply: 3

Song Joong Ki Fanmeet di Singapore

[Copy link]
Post time 4-4-2012 03:15 PM | Show all posts |Read mode




Rasa nyer ramai yang kenal dengan dia ni kan..? Siapa tak kenal Go Yong Ha dalam Sungkyunkwan Scandal yang seterusnya mempopularkan dan seterusnya meletakkan Song Joong Ki sebaris dengan pelakon A-list Korea. Apatah lagi beliau merupakan peserta tetap 'Running Man" iaitu salah satu rancangan popular terbitan SBS.

Dengan kerjasama SidusHQ dan HS Media, penganjur Colored Rhythms akan menerbangkan Song Joong Ki ke Singapore untuk Sesi Bertemu Peminat secara besar-besaran untuk pertama kalinya walaupun sebenarnya beliau pernah mengunjungi Singapura pada tahun lepas untuk peresmian Tony Molly.

Song Joong Ki 1st Asia Tour Fan Meeting 2012 in Singapore "Thrill & Love" ini akan bakal diadakan di Kallang Theater pada 20 May 2012, dimana acara pada hari tersebut dipenuhi seharian bersama peminat. Dari sesi 'Autograph", "High Five session" sehinggalah sesi peminat bertuah yang terpilih untuk bertemu secara " Up Close & Personal" bersama Song Joong Ki.

Sehari sebelum Sesi Bertemu Peminat ini, Song Joong Ki akan bertemu secara umum dengan para wartawan di Marina Square Mall pada 19 May 2012. Bukan itu saja peminat bertuah yang terpilih juga akan berpeluang untuk turut serta dalam sesi ini dan balik dengan hadiah misteri yang akan bakal diberikan sendiri oleh beliau.

Berikut adalah butiran sepenuhnya acara yang akan berlaku sepanjang 2 hari beliau di Singapura :

Press Conference

Tarikh : 19 May 2012
Masa : 7.00 mlm
Tempat : Marina Square Atrium

Info : Cuma media yang dijemput sahaja dan ruang berdiri akan dibuka cuma kepada peminat bertuah yang terpilih sahaja.


Autograph Session

Tarikh : 20 May 2012
Masa : 4.00 petang
Tempat : Kallang Theatre Orchid Room

Info : khas kepada 100 peminat bertuah yang dipilih secara rawak semasa membeli ticket "FanMeeting Category 1 & 2 sahaja.

Keistimewaan :

  • Bertemu secara "Up Close & Personal One to One"
  • Personal autograph oleh Song Joong Ki
  • Poster Design A
  • Collectible pass




High Five Session

Tarikh : 20 May 2012
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Kallang Theatre Orchid Room

Info : khas kepada 300 peminat yang terpilih sahaja

Keistimewaan :
  • Bertemu secara "Up close & Personal One & One"
  • Bersalaman dengan Song Joong Ki
  • Poster Design B
  • Collectible pass



Fan Meeting

Tarikh : 20 May 2012
Masa : 6.30 mlm
Tempat : Kallang Theatre Orchid Room

Harga ticket adalah : $68 - $188


Info tambahan :

Untuk pengetahuan semua website khas untuk Song Joong Ki juga telah dilancarkan.
Anda boleh lah melayari website tersebut : www.sjkinsingapore.com

Pengajur : Colored Rhythms Events : www.coloredrhythms.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2012 03:18 PM | Show all posts
Song Joong Ki 1st Asia Tour Fan Meeting in Singapore 2012 "Thrill & Love"

Video Message
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 11:39 AM | Show all posts
Love watching Running Man!
Sesuai sangat utk reles tensen...
hhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:54 PM | Show all posts
nk up-close ngan mamat nih

tapi joongki jd ahli tetap runningman sampai episod 41 je kalo xsilap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.159398 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list