CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4318|Reply: 15

Masihkah ada cinta?

[Copy link]
Post time 22-3-2012 10:03 PM | Show all posts |Read mode
"kringggg!!!!!!!!!!" Deringan telefon membingitkan deria telingaku. 'huh! kalau dah tau tak nak jawab buat apa pakai telefon.

"Woi...abang. Telefon kau berbunyi tu. Bising la... Lisa nak tengok tv ni."pekikku sambil mengambil bantal di tanganku lalu dihempukkan keatas badannya yang sedang enak berbaring di atas sofa empuk itu.

"Lisa tolong jawabkan boleh tak. Abang letih ni. Abang baru je balik outstation tadi. Lisa cakap je abang takde kat rumah."jawabnya.
Aku terus sahaja mencapai handfonnya. " Hello. Assalamualaikum, siapa di sana?" jawabku dengan nada yang berhemah. Kedengaran suara wanita yang menyambut salamku. Tetapi nadanya agak kasar sedikit.

" Maaf ye. Abang Khai takde. Dia tertinggal telefon. Telefon kemudian ye. Err...Boleh saya tahu siapa di sana?" tanyaku.

"Aku ni girlfriend dia. Kau ni orang gaji dia ke? Ah, apa-apa jelah. Kau cakap Julia yang telefon." jawab gadis itu dengan nada yang angkuh. huhu!!! Terkesima aku mendengarnya. Ceh! bangga benar dia jadi kekasih Khai. Dia belum kenal lagi aku siapa. Ini isteri Khai la...hohoho!!!! Kalau begini perangainya yang nak jadi madu aku....memang aku reject la....
Ah! malas aku nak beritahu Abang Khai yang kekasihnya telefon tadi...
********************************************************************************


"Lisa, kenapa tak cakap yang Julia telefon tadi."marah Khai dengan nada yang tinggi.

"Eh, ye ke? Lisa tak ingat la. Alah, buat apa nak ingat kat orang yang takde adab macam tu.?" jelasku dengan nada yang selamba.

"Lisa, abang kecewa dengan perangai kau. Abang tahu, Lisa isteri abang. Lisa sendiri yang cakap lepas akad nikah hari tu yang abang boleh bercinta dengan sesiapa sahaja kan? Lisa lupa ke? Lisa pun ada cakap yang lisa tak nak ada hubungan pun dengan abang kan? Habis tu kenapa Lisa tak kasi abang Berhubung dengan orang yang abang cintai?" Khai bertanya dengan penuh berdeplomasi.
Aku merenungnya dengan mata yang tajam. Itu dulu bang, lima tahun lepas dan masa tu aku masih lagi belajar. Sekarang dah lain. Lisa cinta sangat kat abang. ujar hatiku. Tidak terluah oleh bibir mugilku.

"Abang, Julia tu macam tak sesuai la untuk abang. Abang cari lain lah. Okey, macam ni. Apa kata abang bawa Julia jumpa dengan Lisa? Tapi abang jangan cakap yang lisa ni isteri abang." ujarku. Senang sahaja usulku diterima oleh Khai.
****************************************************************************

"Honey. Berapa lama lagi kita nak tunggu. I dah letih la. Dah nak habis air segelas tau." rengek Julia dengan nada yang gediknya sambil digesel-geselkan tubuhnya kepada Khai. Khai hanya memujuk sambil mengelus lembut rambut Julia yang lurus itu.

Dari kejauhan aku melihat telatah mereka.'huh! sabar Lisa. Walaupun dia suami kau, kau mesti berlagak selamba je.'

"erm...maaf ya. Lama tunggu? Lisa ade meeting tadi. Sebab tu keluar lambat tadi." jawabku. Sebenarnya aku hanya saja mahu melengah-lengahkan masa untuk mengetahui tahap kesabaran wanita itu.

"Meeting? bila? Kenapa tak beritahu abang? Kan papa dah batalkan?" jawab Khai dengan nada aneh. Mukanya yang 'lain macam' itu menggelikan hatiku.

"Alah, abang mana tahu. Abang tak terlibat pun. Okey, ini ye Cik Julia yang telefon abang semalam tu? Cantik" ujarku. Aku melihat wajahnya yang kemerah-merahan. Mungkin malu dipuji atau malu kerana telah menghemburku semalam setelah mengetahui aku dengan Abang Khai ada hubungan.

"Pasal semalam tu..."

"okey. never mind. Mungkin I lebih layak menjadi maid dari adik dia?" tanyaku sedikit sinis. saja mahu test hati dan perasaannya.

Pertemuan yang memakan masa hampir sejam itu membuatkan dirinya tidak selesa. Begitu juga denganku. Sangat dingin. Cuma Khai yang kelihatan seperti tiada apa-apa yang terjadi.
************************************************************************

Di dalam bilik...

"Apa pendapat Lisa tentang Julia? Abang dah cakap kan dia baik?" tanya Khai. Aku hanya menjongkitkan bahu sambil mengeleng kepala. Daripada aku mendengar cerita tentang Julia lebih baik aku mandi. Ujarku dalam hati sambil mencapai tuala untuk melangkah ke ruangan mandi. Aku tinggal sekamar dengan Khai. Mesti orang tak percaya kalau aku ini masih suci. Dia tak pernah menyentuhku. Walaupun kadang-kala kami tidur sekatil. Dia seakan-akan tiada nafsu terhadapku.

Tiba-tiba pintu bilik mandi dikuak. Aku kaget. Keadaanku yang separuh bogel menjadi tatapan suamiku. Aku terus sahaja menceburkan diri kedalam bath tub yang sudah penuh berisi air sabun itu.

"Abang! Boleh tak abang ketuk dahulu sebelum masuk? Abang tak dengar ke yang Lisa sedang mandi?" marahku kepadanya. Tetapi aku sebenarnya malu setelah apa yang tersembunyi olehku sudah menjadi tatapannya. Dia seakan kelu untuk berkata.

"Abang minta maaf. Abang ingat Lisa dah siap tadi. Abang pun nak mandi jugak. Erm...apa kata kalau kita mandi bersama?" ujar Khai dengan nada romantiknya.
'ish! apa kena dengan abang Khai ni?huhu~ seram sejuk aku dibuatnya.' Naik bulu romaku apabila kakinya menapak kearahku. Aku malu melihat keadaannya yang hanya bertuala separas pinggang. Nak bangun....tak boleh. memang nampak semuanya nanti. Dahla kain tuala aku jatuh waktu aku lompat dalam tab tadi. Macam mana nie? Aku hanya pejamkan mataku rapat-rapat. Hampir sepuluh minit aku pejamkan mata. Aku cuba untuk membuka kembali mataku. Aku lihat sekeliling, aku mendengar suara suamiku ketawa. Dia memang sengaja mahu mengenakannku.

Setelah selesai solat, kami bertadarus bersama. Itu yang membuatkan hatiku begitu terpaut pada dirinya. Dia selalu mengingatkan aku agar sentiasa mengaji kerana itu dapat melapangkan hati yang dalam kecelaruan.

"Abang, mama telefon tadi. Dia cakap nak buat keduri sikit hujung minggu ni. Dia suruh tidur kat sana."ujarku. Mamanya, Datin Noriah amat menyayangiku. Aku begitu terharu dengan layanannya terhadapku. Walaupun aku bukan daripada anak golongan yang berada tetapi dia sanggup bermenantukan aku semata-mata untuk membiayai pengajianku. Kiranya, sebelum aku nikah dengan Abang Khai, aku merupakan anak angkat Datin Noriah dan Datuk Mikail.
********************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2012 10:11 PM | Show all posts
"Hah, dah sampai pun menantu mama! Aish...! kamu sorang je Lisa? Mana Khai? Kamu tak datang sekali ke?"tanya Datin Noriah sambil mengajakku masuk kedalam rumah untuk menolong mana yang patut untuk disediakan malam ini.

"Abang Khai cakap dia ada kerja sikit. Malam nanti baru dia datang. Takpelah mama. Ermm, banyak lagi ke yang perlu disediakan mama? Boleh Lisa tolong."ujarku menawarkan bantuan selain mahu menukar topik agar ibu mertuaku tidak bertanya lebih-lebih. Macam aku tak tahu Abang Khai pergi jumpa makwe dia. HUH! sehari tak jumpa memang tak sah. Berkepit memanjang. Tak ingat bini kat rumah.

"Oh...Jomlah kita ke dapur. Kak Shima kamu pun ada kat sana. Kesian dia dari tadi tak berganjak buat kerja. Tekun sangatlah tu..."ujar mama. Aku pun sudah maklum perangai Kakak iparku itu...memang rajin kalau buat kerja. Memang tak macam aku la...

Majlis tahlil diadakan pada malam itu...ramai orang masjid datang ke rumah. Perkara yang mengejutkan kami ialah Khai membawa Julia bersama untuk dikenalkan kepada keluarganya. Selesai sahaja majlis kami semua berkumpul di ruang tamu.

"Khai...Siapa yang kamu bawa ni?"tanya Datuk Mikail.

"Maaf... semua. Ni, saya kenalkan kawan saya Julia. Kami dah kenal agak lama." terang Khai.
Julia yang dari tadinya tersenyum memasamkan mukanya. Kawan? Ape ni?

"err...sebenarnya bukan kawan biasa. 'teman istimewa' Khai. Kami merancang nak kahwin. Khai dah melamar Ju."ujar Julia sambil menunjukkan cincin berlian pemberiaan Khai. Aku hanya melihat Julia dengan tiada perasaan. Kulihat semua yang ada di situ melopong. Khai sendiri kelihatan terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Jullia seberani itu. Dia juga sudah menceritakan segalanya tentangku kepada Julia.

"Khai...Apa sebenarnya yang terjadi ni? Mama tak sangka...selama ini mama ingat kau orang berdua sudah tinggal bersama akan berdamai. Rupa-rupanya, lagi teruk perangai kamu. Kau tak kesian ke kat Lisa? Habis madu sepah dibuang. Mama kecewa dengan kamu."mama sudah naik berang. Khai menjadi serba salah. Dia menceritakan yang sebenarnya kepada Julia dan Julia sudah berjanji untuk tidak membicarakan soal kahwin di hadapan orang tua mereka. Nampaknya, mulut julia memang tiada insurans.

"Wait, Auntie. Habis madu sepah dibuang? no...no...kalau auntie nak tahu, menantu auntie nie masih suci murni lagi...al-maklumlah...belum ditebuk tupai"ujar Julia dengan lantangnya.

'Hah!' mukaku pucat lesi. Kalau ditoreh pun tidak akan berdarah. Selama ini rahsia aku dan Khai sudah terbongkar. Kenapa semua ini berlaku kepadaku. Aku melihat suamiku dengan mata yang mencerlung. Sanggup dia membongkarkan rahsia kami kepada orang lain.'Siap kau!'

"Lisa...Khai? betul ke semua ni? Korang betul-betul ke belum bersama? Lima tahun korang mendirikan rumah tangga. Kau pun Khai... lelaki ke pondan? mama tak faham betul la..."Datin Noriah sudah semakin pening.

"Tak semua ni hanya salah faham saja. Tunggu sekejap." segera ditariknya tangan Julia untuk mengekorinya."Ju...kenapa u bagitahu famili I tentang perkara ni? Kita dah janji kan? U tahu, peluang untuk I kahwini u semakin tipis. My parents giler punye marah tadi. Sudahla... I hantar U balik. Jom."

"I nak jumpa your parents dahulu sebelum balik."mereka melangkah kembali ke dalam ruangan tetamu tadi.

Aku sudah bersedia. Untuk menyelamatkan maruahku dan maruah suamiku, aku nekad memberitahu yang..."Saya hamil."

Semua yang ada di situ terkejut besar dengan pengakuanku. Mama sudah tersenyum bahagia. Ternyata omongan Julia adalah salah. Dia segera memelukku. Suamiku yang baharu sahaja melangkah ke ruangan kami terus tercegang. Matanya pula yang mencerlung kearahku. Aku buat bodoh aje dengan jelingan tajamnya. Julia pastinya mengamuk hebat. Segera dia meninggalkan kami. Khai mengikutinya dari belakang. Aku hanya melihat.

"Kenapa baru cakap Lisa? Nasib baik kamu dah hamil sebelum Khai menikah dengan perempuan tu. Alhamdulillah."kini bapa mertuaku pula mengucap syukur.

Aku menjadi serba salah. Percakapanku tadi telah memakan diri. Aku meminta diri untuk ke kamar. Seri wajah terpancar pada muka mentuaku. Bagaimana harus aku jalani semua ini? Mengandung? Aku mengusap perutku yang kempis? Bagaimana harus semua ini terjadi sedangkan dia belum menyentuhiku. Air mata membsahi pipiku. Aku berbaring sambil melihat kekosongan di sebelahku..! Abang?

***********************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 08:25 AM | Show all posts
sian LISA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2012 03:47 PM | Show all posts
Aku mendengar pintu dihempas kasar. Mata yang baru sahaja terlelap terbuka luas. Aku terkejut melihat keadaan suamiku yang tidak terurus. Kelihatan seperti sangat tertekan. Apa sebenarnya yang sudah terjadi?

"Lisa!!!" jerkahnya.
Aku semakin kecut perut. Belum pernah dia meninggikan suaranya kepadaku sedemikian rupa.

"A...ab..bang...kenapa ni?" aku menggarukan kepalaku. Sungguh. Aku takut akan jelingan matanya dan mukanya yang merah menyinga.

"Anak siapa yang kau kandung tu? Baik kau cakap????"ujar Khai sambil menggoncang-goncang bahuku. Aku melihat api kemarahan dalam dadanya. Sampai masa mungkin aku akan ditelannya.

"Tak...ni semua salah faham. Lisa tak hamil pun. Lisa saja cakap macam tu kepada semua orang. Abang mahu ke semua orang tahu rahsia kita?" ujarku sedikit berani.

"Ahhh....aku tak percaya. Kalau kau betul-betul masih suci, kau buktikan."ujarnya. Aku menjadi semakin tidak keruan. Beginikah seorang suami yang meminta haknya daripada seorang isteri?.

Aku hanya merelakan apa yang terjadi. Walaupun tidak sepenuhnya kerelaanku. Aku kini sah menjadi isterinya dalam erti kata yang sebenarnya. Aku terfikir, apa yang akan terjadi kepadaku selepas ini? Selepas kuserahkan semuanya kepadanya? Kalau aku betul2 hamil. Macamana? Adakah dia mahu menerimaku...anakku?

***************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 04:38 PM | Show all posts
lagilah...lagilah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 05:04 PM | Show all posts
Setelah selesai solat, kami bertadarus bersama. Itu yang membuatkan hatiku begitu terpaut pada dirinya. Dia selalu mengingatkan aku agar sentiasa mengaji kerana itu dapat melapangkan hati yang dalam kecelaruan

Minta maaf nak tegur sikit... jgn kecil hati atau marah ye.

bab pertama - tak sesuai ayat ini untuk jln cerita... memandangkan cara hidup khai dan sara.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2012 05:48 PM | Show all posts
time kasih kerana menegur... sy baru je belajar menulis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2012 05:51 PM | Show all posts
"MAAF!" hanya kata-kata itu yang keluar daripada mulutnya setelah meniduriku. Air mataku mengalir lesu. Begini akhirnya yang terjadi. Kejadian itu berlaku sudah hampir sebulan lamanya. Kami teruskan kehidupan seperti biasa. Dia semakin menjauhiku. Kenapa? Sudah tiada senda gurau antara kami.

Berita yang aku terima tadi sungguh menyentak tangkai hatiku. Mama menelefonku menyatakan bahawa Khai ingin menikahi Julia. Aku diminta pulang serta-merta. Air mataku mengalir laju. Kenapa cobaan yang berat ini diberikan kepadaku? Ya Allah! apa salahku ini?

Aku menapak kadalam rumah banglo itu. Setelah menyalami kedua mertuaku aku berlabuh di sebelah kakak iparku. Aku melihat Julia masih setia di sisi suamiku. Ah! Biarlah mereka. Aku sudah cukup bersabar dengan karenah mereka.

"Lisa, betulkah yang Khai cakap Lisa sebenarnya tidak mengandung?"tanya Datin Noriah sambil memandangku. Aku menelan liur perlahan. Aku sudah menundukkan wajahku kebawah. Apa harus aku cakap sekarang? Aku betul2 takut lihat wajah ibu mertuaku yang sudah menyinga itu.

Aku mengangguk perlahan-lahan. Takut benar dengan jelingan itu. Julia yang masih setia di sisi Khai memberikan senyuman sinis kepadaku.

"Minta maaf mama, papa dan semua yang ada. Lisa takde niat pon nak tipu. Lisa terpaksa cakap begitu. Lisa malu mama. Takpelah, Lisa izinkan Abang Khai kahwin dengan Julia. Lisa pergi dulu."aku segera berlalu dari situ. Dari sipi aku melihat sepasang mata suamiku mengekori langkahku.

"Khai, walau apa pun yang berlaku mama tetap tak benarkan kamu mengahwini Julia. Cepat, pergi pujuk Lisa."Datin Noriah mengarah.

Julia tidak senang duduk. Kenapalah orang tua ni asyik sebelahkan Lisa je? Aku ni macam orang bodoh je kat sini. Takpe, Jaga kau Lisa! Memang kau nak kena. Julia memegang Khai dengan erat dan tak mahu melepaskan. Khai yang sudah berdiri duduk kembali.

"Ju, I nak pergi tegok Lisa."ujar Khai sambil cuba melapaskan tangannya yang digamit oleh Julia.

"No...Lisa dah beri kebenaran untuk kita menikah. So, why not we take the chance? Dear, listen. I cinta sangat dekat u. Sekarang, I akan cuba untuk mengambil hati mama u."Janji Julia kepada Khai. Khai hanya tersenyum kecil. Tetapi hatinya masih lagi memikirkan Lisa.
************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2012 08:37 AM | Show all posts
sian LISA...tabah erkkk LISA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 08:35 PM | Show all posts
Dua bulan berlalu begitu sahaja, ternyata Julia memang pakar mengambil hati orang. Dia mencucuk ibu mertuaku dengan pelbagai cara. Akhirnya, ibu mertuaku termakan kata-katanya.

"Mama senang sangat sekarang ni dengan Julia. Dia baik sangat. Sentiasa ada masa untuk temankan mama pergi mana-mana. Kalaulah dia menjadi menantu mama. Mama rasa mama nak terima je dia kahwin dengan Khai."ujar Datin Noriah.

"Eh, awak ni kenapa? Baru tunjuk baik sikit dah nak termakan jasa. Awak dah lupa ke menantu awk tu. Awak tak fikir ke perasaan Lisa? Papa memang tak setuju kalau Julia kahwin dengan Khai."Datuk Mikail menegaskan pendapatnya. Dia sebenarnya belas dengan menantunya yang tidak bersalah itu.

"Ye...itu mama tahu. Mama bukan dah tak sayang Lisa, pa. Mama cuma kesiankan Julia. Lagipun, dia harus cepat menikah dengan Khai. Mama takut diorang buat perkara yang tidak senonoh kalau tidak diikutkan hatinya. Awak pun faham Khai tu jenis yang macamana?"Datin Noriah sudah mula berbelah bahagi.

"Sudahlah...mama sudah-sudahlah dekat sangat dengan Julia. Apa kata hujung minggu ni kita ajak Lisa tinggal sini. Lagipun Khai kena pergi sarawak seminggu. Biarlah kita tengok-tengokkan menantu kita."ujar Datuk Mikail. Nampaknya, Datin Noriah juga tidak membantah.

"ermm...betul juga. Oh...! mama ada idea. Mama nak ajak Lisa dan julia tinggal sekali. Mama nak lihat boleh tak mereka berbaik."Datin Noriah sudah mengatur rancangan.
***********************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 09:32 AM | Show all posts
kenapa lisa kawen dgn khai in d 1st place? adakah sbb terpaksa jugak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 09:11 AM | Show all posts
Sewaktu aku sampai di perkarangan rumah itu, Aku lihat kereta Julia sudah tersidai di sana. Tahulah aku bahawa Julia sudah sampai. Sejak akhir-akhir ini aku cepat letih. Aku pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadaku saat ini.

Aku menapak kedalam rumah. Setelah bersalam dengan kedua mertuaku, aku segera berlalu ke tingkat atas. Bilik kukuak perlahan. Apa yang mengejutkanku ialah Julia sedang enak berbaring di atas katilku. Huh! ini memang sudah lebih. Aku melangkah perlahan dan merampas kembali frame gambar suamiku yang berada di genggamanya. Dia kelihatan terpinga-pinga dengan tindakanku.

"Woi...kau ni kenapa? Bak balik gambar tu."Jerit Julia. Marah dia apabila aku merampas gambar itu.

"ewah2...suke ati aku la. Ni gambar laki aku apa. Kamu yang gatal nak rampas dia." Aku masih cuba mempertahankan hakku.

"Kau memang nak kena la." sejurus itu dia menolakku sehingga aku terduduk di atas lantai. Senak perutku akibat jatuh tadi. Sambil memegang perut aku gagahi jua kakiku untuk bangun kembali. Tanpa kawalan segera aku menolaknya. Biar dia rasakan apa yang aku rasa. Dia pula yang jatuh. Tanpa kusedari tangannya mengenai bucu meja sehinggan berdarah kecil. Aku tergamam melihat keadaannya. Belum sempat aku menolongnya, pintu dikuak dali luar.

"Apa yang bising-bising ni? Dari bawah dengar perbualan kamu berdua. Ya allah kenapa ni Ju? Macamana boleh jadi macam ni?" Datin Noriah segera mendapatkan Julia yang sudah terduduk di lantai.

"Auntie, ni sebab menantu auntie la. Dia tolak Ju sampai luka tangan ni. Ju cuma nak berkawan je dengan Lisa. Tapi dia cakap Julia saja nak rampas hak dia." rengek Julia sambil memeluk Datin Noriah erat.

"Tak...sebenarnya, Lisa cuma nak..."belum pun sempat aku menghabiskan ayatku Julia sengaja menyampuk. Mama pula bulat2 percaya akan kata-katanya. Aduh! aku punye sakit tak cakap pun. Sungguh...perutku amat sakit ketika ini. Kutahan juga agar tidak kelihatan seperti mengada sangat. Aku melihat mama membawa Julia untuk dirawat. Aku terkebil-kebil bersendirian disitu.

Selama tiga hari aku tinggal bersama dengan Julia di rumah itu rasanya tak ubah sepeti tinggal di neraka. Walaupun aku tak pernah tahu macamana suasana di neraka tapi aku terasa bahangnya. Hari ini aku nekad untuk pulang. Aku tak mahu terserempak dengan Khai. Aku dimaklumkan dia akan pulang hari ini kerana urusannya sudah selesai.

"Mama, Lisa nak balik rumah mak di kampung. Sudah lama tak pulang. Rindu sangat."ujarku. Datin Noriah yang sedang membaca majalah itu mengangkat wajah.

"Balik? Erm, tunggu Khai la. Balik sekali dengan dia. Apa kata mak kamu nanti kalau kamu pulang sorang. Khai pun lama tak balik kan?"mama memujukku. Kadang-kadang aku tidak faham dengan perangai mama, sekejap kasihkan aku...kejap2 Julia. Aku hanya mengangguk.
****************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 09:12 AM | Show all posts
Reply 11# fatehana


    yup
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 01:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by sliza at 24-4-2012 13:45

tak faham cerita ni,.....di mana pendirian lelaki, tak suka lepaskan dan jangan usik2,...mertua pula macammana , tak ada pendirian.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 01:28 PM | Show all posts
banyak 'kekosongan' ,.....
teruskan dgn lebih baik lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 05:22 PM | Show all posts
kesian lisa... jahat betul si julia ni... hukum karma beb... wait & see julia & of coz khai... geram pulak saya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.068266 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list