CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2761|Reply: 13

Datsun bakal bertapak di Indonesia, Malaysia semakin ketinggalan

[Copy link]
Post time 21-3-2012 02:50 PM | Show all posts |Read mode


Indonesia telah menjadi pilihan Nissan Motor Co. untuk mengembangkan sayapnya & menghidupkan semula jenama Datsun sebagai jenama kos rendah. Datsun menjadi jenama global ketiga Nissan Motor Co. selain Infinity & Nissan. Dengan kemunculan semula Datsun & pembinaan pusat R&D Daihatsu di Indonesia, kini mereka bukan lagi sebagai pembekal bibik/pembantu rumah, tetapi ia bakal menjadi hub untuk automotif serantau.


Kini Malaysia semakin ketinggalan di belakang Thailand & Indonesia yang semakin aggresif membuka peluang kepada pemain automotif global untuk bertapak di negara mereka. Ia secara tidak langsung membawa kemasukan pelaburan asing, menjana ekonomi, pemindahan teknologi & memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Apa sudah jadi kepada Dasar Automotif Negara (NAP)? Adakah perlaksanaannya salah & gagal? Adakah pembuat dasar & menteri tidak menyedari semua ini?


Walaupun Thailand & Indonesia tidak mempunyai jenama & produk sendiri yang boleh dibanggakan seperti Proton, tetapi mereka banyak mendapat manfaat dari keperihatinan kerajaan mereka untuk membangunkan sektor automotif sebagai sumber pendapatan negara. Sampai bila kita akan bertahan dengan polisi NAP ini? Sepatutnya kita mengambil peluang untuk menjadi hub untuk R&D, pusat rekabentuk global, pusat pengeluaran kenderaan jenama Eropah, selain pusat pengeluaran kenderaan hybrid & elektrik. Dengan cara ini ia secara tidak langsung menjadikan sektor automotif negara lebih kompetitif selain memperkasakan modal insan yang ada dengan teknologi tinggi.


Sebenarnya kita adalah perintis sektor automotif di rantau ini, jadi kita perlu bangkit dengan formula baru untuk menaikkan semula sektor ini. Jika perlu dihapuskan perlindungan kepada Proton & Perodua, ia perlu dibuat secara teliti agar syarikat lain boleh bersaing secara kompetitif tanpa menyebabkan jenama sendiri terjejas. Proton & Perodua pula perlu keluar dari kepompong comfort zone (zon selesa) yang selama ini dinikmati oleh mereka . Inilah masanya untuk lebih aggresif ke peringkat global & meningkatkan kualiti produk mereka.


Apa pendapat anda, jom kita bincangkan. Harap tajuk ini TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PENTAS BERPOLITIK. Harap maklum.


Credit: funtasticko design


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 03:07 PM | Show all posts
harap-harap datsun dapat buat kereta sehebat skyline...kalo tak pon,ala-ala skyline
dapt la merase pki datsun skyline gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 03:13 PM | Show all posts
Harap tajuk ini TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PENTAS BERPOLITIK. Harap maklum.
six_points Post at 21-3-2012 14:50



benda nih kan impact factor dari sosio-economics...sudah tentu ada kaitan dgn politikssssss...yg takdok politiks jikalau bincang issue teknikal kejuruteraan ajossss....
thread nih issue mengenai BUSINESS ...business dgn politiks kena seiring...kalo tak seiring...koring duit poket rosmah oii....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:06 AM | Show all posts
datsun ni setarap dacia la ni, low cost brand utk renault
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 02:43 PM | Show all posts
Buat le kat Indonesia tu....
Nanti kalau riot je...diorang bakor kilang......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 04:48 PM | Show all posts
Dah lama tak dgr Datsun yerr....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2012 05:59 PM | Show all posts
sampai bile nak harap pelabur luar melabur, aku harap kite buat sendiri je sume ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 07:39 PM | Show all posts
dah nama pun low cost..... kalau buat kat malaysia...sape nak beli???? koman2 pun kerani nak pakai Kia Forte.... inikan plak balaci....lagila mau pakai BMW, Mercedes..... saNGGUP plak tu berdemo sbb kereta....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 04:00 PM | Show all posts
dah sampai masanya negara jiran seperti Thailand dan Indonesia mengantikan peranan yang pernah Malaysia buat sebelOm ni...

sebab itu la TDM pernah kata... Malaysia tak boleh selamanya kekal sebagai sebuah negara perindustrian... kos buroh kita dan semakin tinggi... kita perlu berubah dari negara pembuatan kepada negara menghasil ciptaan baru...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 04:51 PM | Show all posts
Indonesia telah menjadi pilihan Nissan Motor Co. untuk mengembangkan sayapnya & menghidupkan sem ...
six_points Post at 21-3-2012 14:50
copy sebijik2 dari fantastiko design.. tada lebih tada kurang  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 04:52 PM | Show all posts
sampai yg tulisan bold kaler merah pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 04:55 PM | Show all posts
dah sampai masanya negara jiran seperti Thailand dan Indonesia mengantikan peranan yang pernah Malay ...
cipOt_cedOt Post at 23-3-2012 16:00
Idea dr tua satu pun takda guna... pakai buat lap vunggung boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 07:01 PM | Show all posts
so? so?  ooo.. sampai 2 kali so
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 07:05 PM | Show all posts
hantar sampai 3 kali.. tapi yg keluar dkt sini 2 ja... yg lagi 1 tu ko dah edit delete ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040964 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list