CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

'Apek bebas'

[Copy link]
Post time 8-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
FAM beri pelepasan bantu Kelantan Sabtu ini\rKELANTAN harus menghela nafas lega selepas ayam tambatan mereka, Khairul Fahmi Che Mat dibenarkan beraksi membantu The Red Warriors dalam pusingan kedua Piala FA, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\rTerdahulu, kapten skuad Olimpik negara itu tidak dibenarkan beraksi kerana terikat dengan kem latihan pusat bagi menghadapi perlawanan terakhir Kelayakan Olimpik bertemu Syria di Amman, Jordan, 14 Mac ini.\r\r\n\n\n\n\nSelain penjaga gol utama negara itu, tonggak skuad Terengganu, Zubir Azmi juga diberikan pelepasan membantu cabaran pasukan masing-masing.\r“Rayuan dibuat KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) dan PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu). Jadi JKPT (Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM) semalam (kelmarin) buat keputusan untuk memberi pelepasan kepada dua pemain ini.\r“Zubir akan berlatih bersama kami sebelum dilepaskan pada Jumaat (esok) dan kembali lapor diri pada Ahad manakala Apek hanya akan menyertai kami Ahad ini,” kata penolong jurulatih skuad Olimpik, Hassan Sazali Waras.\rDaripada 24 pelatih dipanggil termasuk dua muka baru - Ashri Chu Chu (Sarawak) dan Rozaimi Abd Rahman (Sabah), hanya 18 pemain akan dibawa ke Amman, Isnin ini dengan penilaian dibuat ketika aksi persahabatan menentang skuad Tentera di Wisma FAM, petang Sabtu ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.156169 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list